SYUKUR Alhamdullilah ke hadrat Ilahi dengan rencana Indah dari NYA,
TERIMA KASIH tidak terhingga buat Warga SK Sungai Setar, Pulau Pinang
YB Dato Mahmood, Dato Zainol Abidin, YDP PIBG- Tn Haji Rashidi, AADK, Pejabat Kesihatan, Pejabat Penerangan, Pejabat Perpaduan dan semua yang terlibat dalam merealitikan WUJUDNYA ...
GALERI PPDA, SK Sungai Setar. Juga tidak ketinggalan PPD Selatan dan JPN Pulau Pinang yang turut turun padang memberikan saya panduan dan contoh-contoh. Jasa baik tuan/puan amat disanjung tinggi.
Pensyarah pembimbing , projek sandaran saya- Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid dari IAB Utara yang sentiasa memantau pergerakan projek saya dan selalu mendoakan terbaik dan kejayaan pada saya.
"Abah"....yang tidak lokek memberikan saya peruntukkan dana untuk menggerakkan projek ini.
Alhamdullilah bermula pada minggu kedua Jun, semua warga sekolah telah turun padang untuk memberikan sentuhan fizikal pada Galeri PPDa ini - Bilik, pondok, lorong dan sudut. Hanya Allah dapat membalas bakti dan jasa kalian. Pada 18 Jun 2012, saya dikunjungi oleh JPN dan PPD, turun hadir pensyarah penyelia saya. SYUKUR komen yang membina dan kata-kata semangat memulihkan kepenatan saya dan guru-guru di sini.
25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012, tetapi YB setempat akan mengadakan Karnival rakyat pada 30 Jun 2012 , jadi Karnival PPDa disambung sehingga 30 Jun 2012. Syukur YB dapat hadir rasmikan Galeri dna jadikan Galeri Projek angkat beliau.
Akhirnya , saya mampu tersenyum dengan ramsinya projek saya selesai pada 30 Jun 2012. Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa sebagai persediaan unutk ke peringkat yang lebih tinggi.
TANGGUNGJAWAB , seterusnya adalah menyiapkan laporan projek dan menghadirkan diri di fasa akhir bersemuka pada 7 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012 unutk sesi peperiksaan, temuduga dan ujian fizikal.
Perasmian oleh YB Dato Mahmood bin Zakaria
Akhirnya....syukur...
Terima kasih semua....
karnival PPDa....
Mula dikunjungi...
Antara yang hadir menyokong....
Sekalung terima kasih untuk semua.....
No comments:
Post a Comment