Followers

Sunday, July 22, 2012

Bersandar Pada ALLAH....


Salam Ramadhan.....



"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."

~Dr. Ustaz Tariq Ramadan ~


Ramadhan penuh nikmat dan berkat. Kenikmatan ramadhan memancarkan segala kekusutan, titik hitam yang dipalitkan kepada kita tanpa kita sedari. ALLAH maha BESAR, menunjukkan kebenaran atas satu bicara yang tidak terancang. Dalam apa perkara sekali pun pegangan saya tetap sama;

     '"Kebenaran akan terurai juga, cuma masa yang menentukannya"



Dalam kebenaran itu muncul, pasti ada kesakitan, kedukaan, kesedihan tapi apa yang pasti keyakinan pada HATI dan DIRI kita, ALLAH maha mengetahui.

Walau selautan susu yang kita hulurkan, jangan diharapkan balasan yang baik. Pengalaman menunjukan racun yang dibalas. Keredhaan menjadikan kita KUAT dan YAKIN Allah Maha Besar.....

Hanya bersandar pada pada ALLAH, hanya mengadu pada ALLAH, hanya mengharapkan ALLAH. Bersandar pada ALLAH, merasakan hati amat tenang dan damai walaupun bertimbun kesalahan dilemparkan pada kita, dinding keyakinan kita pada ALLAH dan hati kita tahu kita tidak bersalah pada sesiapa, masih jelas keceriaan di wajah. Saudara kekadang hanya menumpang kesenangan dan menambah kusut kekusutan, suka melihat saudara sama saudara jatuh lemah tak berdaya, longlai tak bersemangat. Dengan bersandar pada ALLAH, moga ALLAH membuka pintu-pintu hati mereka yang beku, kaku ini menjadi sesuci Ramadhan.


Thursday, July 19, 2012

PENING SEKETIKA.....

Salam Ukhuwah, Salam Ramadhan.....

Selesai Kursus NPQEL saya, saya selesaikan kerja buat satu persatu...surat yang bertimbun difailkan, surat yang perlukan tindakan diuruskan...penurunan kerja dibuat dengan akur pada perlantikan yang ada dan rasanya  dapat menyambut Ramadhan dengan tenang dan lapang...

Minggu ni, ada lawatan dari JPN, PPD, menurut surat bidang kurikulum...lega juga bukan HEM. Urusan HEM dilaksanakan satu persatu, KWAMP, Pengesahan Tahun 1 2013 dan hampir selesai. Surat terkini lawatan dari Unit PPDa JPN....on d way nak siapkan dokumen ikut panduan yang diberikan.

Semalam, sekumpulan pegawai JPN dan PPD (LINUS), Cikgu Mat (amat komited), banyak juga idea dan perkongsian yang dapat diambil dari perjumpaan ni, Hj Razdi....biasa pegawai yang amat rajin dan seorang pegawai dari JPN...Saringan berjalan lancar. Sekolah masih menunggu lawatan dari unit kurikulum (head count). 

Tetiba yang ditunggu tak datang, yang lain pula yang menziarah. Sedang asyik menikmati pulut kuning , jamuan di pra sekolah.... call dari pejabat ada pegawai dari PPD...tangok2 unit HEM...
Alamakkkkkkkk....nape pula ni....

Sahabat lama En Mat Saad, tanyakan laporan kendiri...dengan YAKIN, jawap hantar, tiap2 bulan hantar. Masa saya berkursus cikgu kantin hantar...ada dalam fail...

"Minta tengok fail dan buku kantin"

"Ok....ni tiap2 bulan ada hantar, ni buku Januari- Jun 2012"......

"Yang helaian pink dan kuning ni laaaa".....

" Fenin...fenin....fenin....Sori la....dulu hantar laporan bulanan cam tu jeeee...so saya ikut leee".

"Hi3....Ok la, petang ni, saya panjangkan ke PPD dan Pejabat kesihatan"....

PELIK bin AJAIB = FENIN....macam mana boleh terlepas panjang 2 helaian di belakang buku pemantauan kantin tuuuuu......

Apapun...alhamdullilah telah dihantarkan oleh PAR saya dengan SEGERA.....

Belajar dari buku, pandainya cara lain, ingatan nya tak lama...belajar dari kesilapan, pandainya 100% (takut silap lagi)..ingatannya KEKAL sampai mati...hi3.....

Moral dari kisah saya ni....jangan terlalu berangan-angan nak bersenang-senang (niat dah tak betul tuuuuu ...hi3),  sentiasa ada saja keja yang perlu dilaksanakan dan perlukan pemerhatian.....ha3.
Apapun.....SALAM RAMADHAN dari saya.......


Wednesday, July 18, 2012

Pembukaan Geleri PPDa

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia,

SYUKUR Alhamdullilah ke hadrat Ilahi dengan rencana Indah dari NYA,
TERIMA KASIH tidak terhingga buat Warga SK Sungai Setar, Pulau Pinang
YB Dato Mahmood, Dato Zainol Abidin, YDP PIBG- Tn Haji Rashidi, AADK, Pejabat Kesihatan, Pejabat Penerangan, Pejabat Perpaduan dan semua yang terlibat dalam merealitikan WUJUDNYA ...

GALERI PPDA, SK Sungai Setar. Juga tidak ketinggalan PPD Selatan dan JPN Pulau Pinang yang turut turun padang memberikan saya panduan dan contoh-contoh. Jasa baik tuan/puan amat disanjung tinggi.

Pensyarah pembimbing , projek sandaran saya- Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid dari IAB Utara yang sentiasa memantau pergerakan projek saya dan selalu mendoakan terbaik dan kejayaan pada saya.

"Abah"....yang tidak lokek memberikan saya peruntukkan dana untuk menggerakkan projek ini.

Alhamdullilah bermula  pada minggu kedua Jun, semua warga sekolah telah turun padang untuk memberikan sentuhan fizikal pada Galeri PPDa ini - Bilik, pondok, lorong dan sudut. Hanya Allah dapat membalas bakti dan jasa kalian. Pada 18 Jun 2012, saya dikunjungi oleh JPN dan PPD, turun hadir pensyarah penyelia saya. SYUKUR komen yang membina dan kata-kata semangat memulihkan kepenatan saya dan guru-guru  di sini.

25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012, tetapi YB setempat akan mengadakan Karnival rakyat pada 30 Jun 2012 , jadi Karnival PPDa disambung sehingga 30 Jun 2012. Syukur YB dapat hadir rasmikan Galeri dna jadikan Galeri Projek angkat beliau.

Akhirnya , saya mampu tersenyum dengan ramsinya projek saya selesai pada 30 Jun 2012. Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa sebagai persediaan unutk ke peringkat yang lebih tinggi.

TANGGUNGJAWAB , seterusnya adalah menyiapkan laporan projek dan menghadirkan diri di fasa akhir bersemuka pada 7 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012 unutk sesi peperiksaan, temuduga dan ujian fizikal.

 Perasmian oleh YB Dato Mahmood bin Zakaria

 Akhirnya....syukur...

 Terima kasih semua....

 karnival PPDa....

 Mula dikunjungi...

Antara yang hadir menyokong....

Sekalung terima kasih untuk semua.....