Followers

Saturday, September 29, 2012

Dialog Mak Bapa Sayang Anak ...hi3

Salam ukhuwah, salam 1M....

Rasanya suka saya nak berkongsi antara dialog waris yang katanya amat sayang anak, percaya anak 100%, kata cikgu buat tuduhan tanpa periksa....bukan nak persenda, tetapi buat pedoman dan pegajaran termasuklah diri saya yang juga kerana saya juga seorang IBU.....(ibu ni sudah hadir pada hari sebelumnya, mungkin terlalu percayakan anak dan tak percayakan cikgu hadir lagi hari ni)...tak pa la Waris pun pelangan kami...sekolah suka waris selalu datang ke sekolah...hi3

Dialog 1 (mula datang)

Saya : Ya ..... apa yang boleh saya bantu?
Puan H : Nak jumpa PUAN JURA laaa.... (sambil tangan menunjuk ke arah saya).
Pak Cik Y : Apa cite ni cikgu? ni surat ni...?
Saya : Okey tak pa, pak cik dan puan duduk dulu.

Saya minta PAR saya hubungi guru disiplin dan guru yang ambil kes anak dan cucu waris ni. Nak senyum ada..geli hati sgt dah 20 thn kenai baru nak panggil PUAN. Patut pun panggil Puan penat saya belajar nak dapatkan diploma, sambung degree dan masih belajar untuk master...hi3. Banyak juga kos yang telah dilaburkan.

Dialog 2 (peringkat awal di Bilik GB) - GB saya ke PPD- Guru Disiplin saya ada bersama guru bimbingan dna kaunseling

Saya    : Ya, Pak cik  ....biasa la budak2, bawa telefon mai sekolah...ada pulak kawan bawa memori kad  yang tak patut dibawa...pakat2 nak tau, nak tengok......
Pak Cik : Ya la...ni yg kata sebar ni apa?
Saya     : maknanya , kiranya budak2 ni tgok dan ajak kawan2 sama (itu yang berlaku).
Puan H : Cikgu nampak ka depa ni tengok?
Saya     : Saya ada dekat 500 orang murid, saya cuma ada 38 orang cikgu- tak kan la nak ikut setiap murid 24jam. Saya terima aduan dari murid ke, waris ka, cikgu ka dan ada saksi....maka kes akan dibuka. Tapi jangan risau....ni bukan nak dimasukkan dalam data disiplin anak2 cuma sekadar amaran agar mereka tidak pergi lebih jauh. Kami pun ada timbang rasa. Apa pun nanti cikgu disiplin cerita lebih lanjut kes ini.
Puan H  : Kemarin kenapa tak cerita ada cikgu disiplin?
Saya    : Puan, kemarin yang tolong buka dan bacakan mesej lucah anak Puan tu Cikgu Disiplin laaaa , yang tunjukkan gambar boyfriend anak Puan tu dia la Cikgu J (memang hebat kerjabuat beliau dan orang kepercayaan sekolah).  Terdiam sudah Puan H yang nampaknya AYU tapi boleh tahan garang (bagi saya agak kurang ajar sebab cakap tak beralas dgn nada yang tinggi pada CIKGU , lagi pun yg lebih TUA.....dalam hati saya ( laaaa dan berbelas tahun anak sekolah di sini, cikgu disiplin pun tak kenai ka?...kasihan).

Dialog 3 (sesi penerangan oleh cikgu Disiplin)
Cikgu J   : budak2 ni..........panjang lebar sampai selesai...hi3
Puan H   : Boleh panggi budak2 tu tak?
Saya       : Boleh

Murid lelaki (murid A ni ) bercerita dalam VERSI yang sama bila cikgu tanya dari hari Rabu, Khamis dan semalam.

Anak Puan H (murid perempuan) Versi cerita berbeza dan ada watak tambahan dimasukan ( Mak cik cleanner)

Cucu Pak Cik Y ( perempuan) versi pun dah tak sama dengan semalam..tapi macam sama dengan anak Puan H.....

Hai la budak2 ingat cikgu tak sekolah ka, mak bapa kamu, kamu boleh tipu sebab ada yang sampai darjah 6, paling tinggi pun SPM (SAP)....tp cikgu bukan belajar lebih tinggi...pengalaman hampir 20 thn mengenal tingkah laku murid2.....dari 100 orang yang bersalah...hanya 10 orang yang akan mengaku (ini mmg yg HEBAT) yang selebih akan ambil jalan menipu demi melepaskan diri......
Saya bertanya kepada ketiga2 orang pekerja swasta yang dimaksudkan...memang mereka tak tahu apa2..mana la mai cerita ni...pandai betul reka dan libatkan orang lain.....

Dialog 4 ( GB saya dah balik dan guru disiplin Cikgu R ada sama)

GB        : Pengalaman saya 30 thn lebh ni....kes2 mcm nimmg ssh bdk2 nak mengaku, tapi tak pa la..kata tak salah pun tak pa....tu kamu dengan tuhan...harap lepas ni jgn tertangkap lagi. Lagi satu cikgu buat semua ni panggi mak bapa sebab nak bincang bagi membendung masalah salah laku kamu, bukan nak hukum. Sebab cikgu2 di sini sayang kamu. Kalau cikgu tak sayang biar la kamu nak jadi apa pun........betui tak Pak Y? Betul tak Puan H?.....
Saya    : Ya Pak Cik, kami ni sekadar mendidik, tp masa kami terhad, harap di rumah lebih pemantauan dari ibubapa..
Pak Cik Y : Ya la...saya pun setuju tu....(Pak cik Y balik, harap dgn hati yang lapang, saya serahkan H.phone cucu beliau dan beliau tandatangan akuan  cucu beliau tak akan ulang kesalahan)

 Dialog 5  ( Puan H, Gb, saya dan Cikgu J)

Dalam hati saya  (Puan H ni masih tak puas hati....tak pa kita tgok apa kesudahannya)

Saya   :  Macam mana boleh mai sekali dengan Pak Cik Y?
Puan H : Semalam saja p rumah Pak Cik Y, nak tanya pasai apa cucu dia takmai?
Saya    : ooooooo (dalam hati, nak tanya khabar ke, nak ajak Pak Cik Y mai serang sekolah, sebab kecoh dekat pagar tadi......)
Puan H : Malu tau cikgu, semua orang kampung tau...
GB       : Macamana orang kampung tau. kes ni kami ttp di sekolah. Kalau orang kampung tau Puan la yang cerita. Ini kes anak beranak puan patut selesai dalam rumah puan aje, tak payah nak libatkan rumah org lain.....kalau cite banyak tempang semua tau laaa....
Saya    : Kenapa ceritakan pada .........?
Puan H : Nak tanya pendapatan......nak dapat restu....bla2...... ( macam tak sekolah jeeee)

Dialog 6 :
Puan H    : Suami saya pukul anak sampai lembik, Puan Jura telefon suami saya terus bagi tau.........bla...
Saya        : Maaf ye puan, saya bagi salam dulu, tanya suami puan ada di mana, esok free tak, boleh tak datang sekolah jam sekian2, baru saya bagi tau kes salah laku anak puan...
 GB   : Ya, saya past yang tu. Puan Jura amat jaga bahasa selama saya kenai beliau....mungkin suami puan salah faham. Ajak la suami puan mai jumpa sekolah jumpa saya ke , Puan Jura ke....
Saya   : Ya, Hari patut mai dengan suami niiii.........( saya rasa tindakan Puan H tidak dengan pengetahuan suami beliau. Kasih sayang melimpah pada anak membuat beliau tak tentu arah untuk putihkan perkara yang hitam. Anak kalau dah biasa menipu perlukan perhatian yang lebih bukan kepercayaan yang membuta tuli....kasihan).

Rumusanya, saya merasa amat kasihan pada keluarga malang ini.......sayang anak boleh , tapi biarlah berpada....

Saya juga diuji dengan kes anak, tapi saya amat TEGAS dan tiada tolak ansur...sebab sayang saya dari naluri dan akal...bukan  membuta tuli....




No comments:

Post a Comment