Followers

Sunday, September 30, 2012

RAHMAT SI PUTRI.....

Salam Ukhuwah, salam 1M....

Ujian mendidik anak perempuan ni agak besar, tetapi kata ulamak ujian hadir dengan pilihan Allah dan Allah tahu kita mampu....

Semalam pertemuan keluarga dapat menguraikan beberapa kekusutan. Saya rasanya baru nak lega tapi belum dapat senang lenang kerana Putri bongsu akan menduduki PMR minggu depan (semoga cemerlang).

SYUKUR, banyak yang diluahkan, w.pun pahit kita perlu tahu kerana tidak mahu kekusutan terus menjerut hati.  Ya Allah, saya yang jenis kurang ambil tahu perihal gosip2 dan sibuk dngan kerjabuat harian serta keluarga. Banyak betul kisah yang saya tertinggal. Bila saya ditanya itu ini saya blerrrrr......

Antara yang pahit dan manis, antara yang palsu dan benar, antara cereka dan kisah......adoiiiiii
Saya masih boleh BERSYUKUR kerana tahu banyak yang tidak tahu , saya faham sekarang....

Lewat pagi semalam masih ada komunikasi bagi menerangkan apa yang kelam. Samada semua ikhlas atau tidak hanya hati masing-masing yang tahu. Saya yang serba tidak tahu (tapi banyak cerita tentang saya)....redha...biarlah yang penting saya tahu, keluarga terdekat saya tahu  dan yang amat penting ALLAH tahu.

SYUKUR , siputri dapat terima segala dugaan, Kuat juga semangat dia, walaupun air mata berjurai.....tabah juga dia pabila diperkatakan sesuatu yang rata2 orang sukar menerimanya. Alhamdullilah ABAH masih ada sebagai bukti dan saksi, w.pun Wan telah tiada. Terima Kasih Ya Allah kerana ramai yang mendermakan pahala untuk saya dengan mengarang cerita yang tidka benar....patutlah , saya dapat senyum dalam keadaan apa pun...

RAHMAT si putri...Allah menrencana perjalanan yang lebih indah dari liku berduri ....semoga peluang dan rahmat Allah ini akan menjadi rencana ALLAH buat si putri bagi banguan semula atas kejatuhan semalam.
DOA dan HRAPAN sentiasa bersama mu anakanda tersayang.....percaya pada Allah , jangan kisahkan bicara nista insan sekeliling......Sentiasa ceria, senyum seperi megarnya ROs ini....


3 comments:

  1. PESAN Abah.....sematkan dalam2 PERCAYA kepada ajal maut, jodoh pertemuan dan qada qadar.....

    ReplyDelete
  2. tabah ya kak,
    Allah uji sebab Dia tahu kak mampu
    ujian tu warna warni kehidupan ...
    at least kak masih mampu tersenyum walaupun tika berdepan seribu satu ujianNya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis...

      Alhamdullilah, warna2 pelangi telah hadir di hati akak...SYUKUR atas nikmat di sebalik semua UJIAN.

      Delete