Salam Ukhuwah...
Sedar tak sedar SYAWAL pergi meninggalkan kita tahun ini
Adakah kita akan bertamu dengan Syawal tahun mendatang
Hanya DIA yang tahu.....Ramadhan saya belalu tanpa keluhan
Syawal dan adil fitri secara sederhana bagi saya sekeluarga...
Cukup pabila dapat melihat senyuman di wajah anak-anak tercinta...
Hujung-hujung Syawal yang agak mencabar dan menduga saya
dengan rencah kehidupan dan saya banyak belajar mengenal manusia yang dipanggil insan
Selesai sahaja kursus jangka panjang saya dengan IAB
ALLAH s.w.t seperti memberikan amali kepada saya dengan masalah pengurusan sumber manusia
Di akhir Syawal ini , saya mula mengeluh, mengeluh dan masih mengeluh sehingga hari ini.....
Ha..ha.....Enam tahun saya di Bahagian Teknologi, mengurus insan guru yang dewasa menjadikan saya
dapat STABIL dalam situasi sekarang, walau kekadang sukar juga mengawal HATI....
Berteduh di bumbung SKSS adalah satu rencana Indah dari DIA buat saya...
Hanya lebih kurang 7 minit dari rumah....berbakti pada kampung halaman sendiri menjadikan saya KUAT dengan apa sahaja halangan dan rintangan yang mendatang....
MANUSIA vs INSAN memang unik dan pelbagai, masing-masing punya matlamat danhala tuju...
Syukur Psikologi dan kaunseling yang saya ambil dalam pengajian saya turut membantu
Selain sikap & sifat ayahanda tercinta yang COOL serta Redha dari amanat Wan tersayang...
Sedih ada, lucu ada, 10sen pun kekadang ada...pabila puas kita terangkan sesuatu sebab dan akibat
tetapi sukar diterima dan tidak mahu difahami.....adoiiiii..keluhan kecil saya akan hadir waktu ini.
Saya sayangkan kerjaya saya, saya sayangkan sekolah saya, saya sayang keluarga BESAR ini...
Tolonglah, wahai insan-insan yang digelar profesional...jadilah betul-betul profesional
Agar langkah kita terus lurus, tuju kita terus telus dan bakti kita terus dikenang...
Rasanya setiap kali berbicara, saya amat berjaga-jaga dan menyusun ayat sebaik mungkin agar kasih sayang kekal sebagai satu keluarga yang besar....
Tersentuh juga dalam bersusah payah berusaha..tup..tup...kita yang disalahkan (lumrah kehidupan beginilah)
Tapi saya YAKIN pada ALLAH yang akan menunjukkan kebenaran akhirnya, dan walau ada keluhan kecil saya tetap bergantung kepada ALLAH s.w.t
Sedaya upaya saya cuba memyatukan semula, membina keluarga BESAR yang bahgia seperti 8 bulan yang lalu..YA Allah, bantulah hambamu ini. Sehingga kata-kata sinis saya telan dan keluhan kecil bukan unutk diri tapi unutk mereka yang amat pasif...."asal bercakap, katanya bergossip"....adoiiii macam la tak dak kerja lain.......kesihan saya pada insan-insan yang mulia profesionnya tetapi agak pasif pemikiran. Semoga semua kekusutan, kesulitan akan terlerai secepat mungkin.....agar semua dapat SENYUM seperti matahari pagi yang ceria dan terang.....Yang pasti ALLAH maha mengetahui dan menyayangi para hambanya......semoga HATI-HATI kita diberikan sinar keikhlasan dalam persahabatan.....
No comments:
Post a Comment