Followers

Friday, August 10, 2012

Tapak Seterusnya......

Salam Ukhuwah....

SYUKUR, nafas masih berhembus takala Ramadhan hampir ke 10 terakhir.....
Selesai degree petama saya, saya rehat agak lama dan hanya mengikuti kursus pendek bagi memberi ruang kepada Putri Sulung, itu perancangan saya tapi rencana ALLAH amat berbeza....





Aku mula redha dengan rencana ALLAH s.w.t, kern aku yakin DIA akan memberikan yang tebraik buat aku. Lalu aku mula beralih arah...mula mengikuti kursus jangka panjang untuk ruang dan peluang yang ditinggalkan begitu sahaja oleh si Putri.....selesai sudah kursus NPQEL ( 5 bulan) yang berakhir pad 7 Julai 2012.

Keluhan mula keluar pada Si bongsu....boringnya mama, sebab dah biasa dengan assigmt, buku-buku rujukan tetiba rasa FREE...syukur juga Ramadhan sibuk-sibukan diri di dapur dan amalan yang termampu.
Rakan di Sg Petani telah terima tawaran untuk MA di UUM pada minggu lepas, aku masih tiada berita. hari Selasa tadi rakan di sekolahku, terima surat tawaran....mungkin bukan rezki aku nak mula tahun ni....

Mungkin permohonanku bermasalah sebab semasa memohon aku tidak dapat sertakan slip MUET kerana hilang...mungkin...mungkin.....hari rabu seorang lagi rakan dapat surat. balik sahaja ke rumah terus buka peti surat...hampa..kosong....

Huby tanya" cari apa?".....
"Tgok kalu ada surat UUM"....
"pakai alamat mana?".....
"Alamat sini laaaa, kan masa isi borang kita dah pindah sini,"....

"petang ni cuba tengok kat rumah lama...", cadang hubyku...

Petang tu sebelum ke pasar Ramadhan, aku, huby dan si bongsu singgah di rumah lama....

YA ALLAH.... SYUKUR, ada surat tawaran MA dari UUM......macam mana aku boleh guna alamat rumah lama, sedangkan aku isi borang bulan Jun, pindah rumah baru ni bulan Mei....???????

ALHAMDULLILAH, ini lah tapak dan langkahku seterusnya. Sepatutnya aku sudah mula tahun  dua tahun lepas tapi itu rencanaku, Rencana DIA lain.....apa pun SYUKUR dengan rencana DIA. Hari ni selesai semua borang diisi dan surat akuan penerimaan diposkan kembali ke UUM. Slip MUET , saya dapatkan salinan dengan menghantar wang pos dan borang ke Majslis Peperiksaan, TUHAN Maha kaya sebaik selesai urusan surat menyurat ini, OUM telefon , mereka dah jumpa slip MUET ku....Ya Allah. Tak apa lah nanti ada dua set...hi3.

I.ALLAH hujung Ogos aku akan mendaftar, 3 lagi rakanku juga menerima tawaran ini, dua orang masih 50-50 kerana tidak mendapat izin suami. My huby....hi3..macam selalu, beliau sentiasa menyokong langkah ku...alhamdullilah. DOA dan HARAPAN ku agar kali in rencanaku dan rencana ALLAH s.w.t akan sekata, selari......Semoga langkahku ini akan menjadi pembakar semangat kepada putri-putriku......




SYUKUR ALHAMDULLILAH..........

No comments:

Post a Comment