Followers

Thursday, March 21, 2013

ADUHAI BADAN....

Salam...


Rasanya makin jauh jari tariku dengan blog TPS yang medan luahan rasa suka, duka, sedih dan gembira..
Tengelam dek kekalutan tugas yang tidka akan pernah putus
Karam dalam kerjarumah yang menjadi rutin.

Semuanya OK, dah hampir tuga bulan di tahun 2013
Saya masih mampu memegang rkod tanpa MC tanpa CUTI seperti tahun-tahun yang lalu.
Tapi, sebab badan bukan muda remaja lagi...hie, kata orang dah hampir separuh abab...
Bila kerjabuat dan minda berfungsi tegar, badan tak dapat nak turut segar...hu3
Dari minggu lepas badan mula terasa kurang enak..selsema dan sedikit panas...
Seminggu bertahan dengan ubat farmasi....
Sabtu tadi gagahkan diri hadir MTQ peringkat daerah setelah selesai kerja rumah...
Ahad, dalam keterpaksaan menemani ibumertua ke majlis kenduri saudara di Butterworth..

Isnin, ha3....dah dapat pakej......mula batuk2.....
Badan saya mampu bertahan dengan selsema dan deman...tapi memang alah teruk kalau batuk dan memang susah nak baik cepat...
Selasa, memandangkan ada kursus di SKSBa, saya gagahkan juga dengan bertemankan "fisherman's friend" dan air anugerah...memang kurang selesa...dalam peserta kyusuk tu ...bunyi batuk saya pula yang jadi iringan...hu3
Rabu, pagi badan masih kurang enak (batuk)teka mula berasa pedih/sakit, petang saya terus rasa amat lemah dan sesuatu yang menganggu penafasan....aduhai badan..memang perlukan PAKAR jugak ni...so petang tu terus ke Klinik Jammy Suzana....nah kau..ubat batuk sahaja 4 jenis, 3 biji 1 cecair, antibiotik lagi dan ubat deman selsema...DR tanya nak MC tak?...hie dalam senyuman "tak nak la DR"...sebab saya nekad selagi terdaya tak akan ambik MC ...ia.llah dengan izin DIA.  
ADoiiii Mak banyaknya ubat....Balik malam mula makan set ubat Dr Jammy ni...si putri jadi nurse..hu3..cek makan ubat betuiiii tak.... LENA yang panjang selepas makan set ubat niiii...

Hari niiii, pagi tekak terasa lapang sikit, dada pun rasa lega sikit....harus hadir dengan CERIA, ramai guru tak ada ..ada yang kursus, ada yang cuti (anak calon SPM 2012- result keluar hari ni)...tahniah pada kawan-kawan yang anak-anak mereka cemerlang hari ni...

Pening, fikir nak buat kelas ganti (relief), saya buat program....
Tahun 1 dan Tahun 6 - ada ceramah kesihatan dan suntikkan...selesai mereka ( 6 orang guru uruskan)
Tahun lain-lainnya - senamrobik, mewarna dan tayangan....baki cikgu2 yang lain2 uruskan....
Pagi ni, masih takut nak ambil set ubat..sebab sure MENGANTUK...
baru ambik tadi bila semua dah selesai...so boleh la rehat sekejap....

Dua minggu ini, badan sedikit kacau..tapi mudah-mudahan sakit kecil, dugaan kecil ini akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecil saya...amin.....
Renungan buat diriku..muhasabah diri..
Apalah boleh dikira sakit deman yang swedikit ini dengan sakit-sakit serius yang dihadapai oleh rakan-rakan lain di luar sana....
Aduhai Badan, syukurlah dengan dugaan kecil ini.....
Aduhai Badan, semoga langkah dapat disusun bagi terus menaburkan sdikit bakti dan jasa di bumi tercinta ini.
Aduhai Badan, kuatlah...agar dapat dilaksanakan tanggungjawab yang digalas dan diamanahkan....






No comments:

Post a Comment