Followers

Monday, February 18, 2013

Tazkirah Ayahanda Aji Hassan

Salam Ukhuwah...

Hampir dua tahun saya kembali ke sekolah,
Sejak itu saya jarang-jarang dapat bertemu dan bercerita dengan kekawan dari BTPNPP
Bila ada slot unutk motivasi waris....
terus saya cadangkan jemput Tn Hj Hassan Ahmad , GB  SKPJ....
Dulu semasa saya di BTPNPP , setiap hari Jumaat pagi..sebelum sesi bacaan Yasin, kami warga BTPNPP akan mendengar Tazkirah dari ayahanda Haji....
Kekadang waktu sengkang juga ada slot tazkirah tak rasmi dari Aji....

Aji, adalah ketua unit PSS semasa saya melaporkan diri di BTPNPP....tetapi mempunyai pendekatan islam yang hebat...secara peribadi saya suka mendengar ceramah/tazkirah Aji...lapang rasa dada bila dengar Aji berceloteh.

Saya jemput Aji datang pada 15hb Feb untuk memberikan ceramah kepada waris tahun 6 dan 5 serta anak-anak tahun 6.
Jumaat...saya saja hadir awal petang ni, GB saya ke JPNPP (panggilan dari Unit naik Pangkat), dalam jam 2.50 Aji muncul di pejabat..selesai tandatangan buku pelawat..cerita la sikit2 kisah BTPNPP...al maklum...kata orang tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat bermain (keja)...hi3

Kisah rakan2 kami yang masih di sana, termasuklah yang telah berhijrah.....
Aji sempat memberikan Tazkirah kepada saya secara spontan seperti selalu-selalunya.....
"Walau sehebat manapun kerja kita di lapangan, di rumah perlu lebih hebat....ingat chek (panggilan yang aji selalu guna pada saya dan rakan-rakan BTPNPP), suami2 semakin tua smekain mahu dimanjakan. Jangan kita Berjaya di lapangan tetapi kandas di dalam rumah tangga....apa yang ada adalah anugerah dan amanah yang perlu kita syukuri.......

Saya memang setuju dengan Aji, 100% setuju....begitulah Aji, tiap kali ada ruang dan peluang pasti ada sahaja nasihat yang dilaburkan kepada kami sekeliling beliau...Syukran....terima kasih...

Waris , warga SKSS dan anak-anak tahun 6 ..leka dengan slot Aji, selesai dua jam dapat disimpulkan ibubapa yang berjaya adalah ibubapa yang dapat menyelesaikan 3 perkara berkaitan anak-anak :
  •   Khatam Al Quran
  •   Solat 5 waktu 
  •   Menutup aurat
Anak-anak yang cemerlang dan hebat adalah anak -anak yang :
  • Kasih akan dirinya
  • hormat guru dan ibubapa
  • Solat kewajipannya
  • Taat kepada guru dan ibubapa
Tak terasa 2 jam slot bersama Aji....syukur alhamdullilah, saya mendapat maklumbalas yang baik dari guru-guru, waris dan anak-anak tahun 6......I.allah ada ruang saya akan menjemput Aji lagi untuk slot-slot yang lain. Dari saya, ribuan terima kasih atas kesudian Aji hadir ke sini bagi meninggalkan sedikit ilmu yang dapat memotivasikan para waris kami.
 

Cabaran ibubapa masa kini amat dasyat.....kepercayaan kepada takdir dan redha akan qada dan qadar setelah usaha termampu dilaksanakan bagi memastikan anak-anak terus di landasan yang benar.
Kalau dapat diputarkan masa , mahu rasanya saya di bangku sekolah semula...hi3....

Ya Allah....terima kasih atas segalanya .

No comments:

Post a Comment