Followers

Saturday, April 6, 2013

JARI......

Setiap insan mempunyai jari jemari yang cantek dan dapat berfungsi dengan baik..
Sibuk sungguh saya dalam minggu niiiii...almaklum..sekolah cuti seminggu
Walaupun saya tidak cuti seminggu....lelah saya dan rawatan 3 hari saya tidak ke sekolah...

Isnin ,
Hari yang agak sibuk...ramai guru-guru yang keluar...latihan itu la, ini la,
kursus laaaa...pening juga saya...semangat di war-warkan maksimumkan masa P & P
Tapi ramai sungguh cikgu2 keluar sekolah minggu ni....????
berlarutan sehingga Rabu...
Selepas REHAT, rasanya tak mampu lagi nak kepung banyak kelas...jlan mudah kumpulkan kelas yang tak ada cikgu di dewan dan buat program yang sesuai....
Dalam pada tak sempat nak angkat muka pun minggu ni...banyak jugak kerenah yang saya nampak....


Kisah Jari.....jari pabila satu jari menunjukkan salah orang...sedarlah 4 jari lagi menghala pada diri sendiri....
Hati mula menilai sedalam dan sehalus mungkin dengan sulaman fikiran yang  sedalam-dalamnya agar saya tidak sama menunjukkan jari ke arah orang lain, bukan apa takut empat jari lagi akan menghala pada saya....

Tersenyum saya mendengar satu persatu kisah dan alkisah yang sinonim dengan menunjukkan jari ke orang lain....
Mudah kita untuk tunjuk  dan nyatakan orang ni salah, orang tu salah...tapi ppt fikir sama apa salah kita...barulah jari dapat ditunjukkan dengan sopan dan betul.

Kes 1, kes 1, Kes A, kes B.....macam budak-budak yang tak ada ILMU....
Kita insan yang mengaku Islam...harus redha dengan ketentuan dan rencana DIA
Menyalahkan orang memang mudah....tapi memikirkan kesalahan sendiri amat sukar...
kerana resam manusia yang tidak pernah mahu mengaku salah dan EGO yang tinggi....
Jalan mudah pabila ada masalah dan musibah....salahkan orang lain...hukum orang lain....
Yang penting EGO diri terbela...????? !!!!!!.....hai la manusia....
Tertusuk juga hati....namapun manusia...manusia mana yang tidak akan tersentuh pabila terjadi musibah
100% dihalakan terus...tanpa mencari kebenaran....
Tapi yakin ALLAH s.w.t itu adil dan saksama....hanya DIA yang mengizinkan atas apa yang terjadi ....
Nikmat dan hikmah dari banyak kisah yang dilalui dan diperhatikan minggu niiii menjadikan saya terfikir tentang JARI.....


YA ALLAH YA TUHANKU, hanya ENGKAU yang Maha Mengetahui, Maha Agung, Maha Adil jauhilah hambaMU ini dari menunjukkan JARI ke arah insan lain sedangkan empat jari lagi menghala kepada diri sendiri.
YA TUHANKU....biarlah satu jari menghala ke depan unutk ditunjukkan kebenaran.....dan bakinya digengam ke dalam sebagai satau rahsia antara KAU dan aku YA TUHANKU....

TERIMA KAsiH YA ALLAH, atas kisah-kisah yang ENGKAU kibarkan dalam hidupku sepanjang minggu ini...banyak betul pelajarannya...I.Alah.

Semoga PENAMAT kisah minggu ini akan dalam perlindungan MU YA ALLAH dan penamat kisah minggu ini yang belum selesai akan selesai dengan BAIK.....penuh keredhaanMU YA ALLAH....

No comments:

Post a Comment