Lebih tenang hari-hari kebelakangan ni..tanpa kempen2 ..hie
SYUKUR....
Majlis komensmen NPQEL ambilan 1/2012 telah selesai saya hadiri pada 26 dan 27 April yang lalu...
Penat lelah, 10sen2, gila2, semuanya terbayar...
Bila diingat kembali, kursus setahun dijadikan 5 bulan...padat sungguh bukan?
YA...itu lah yang saya telah lalui...mengumpul sejuta kesabaran, kekuatan sehingga selesai semuanya
Rasanya, tekanan lebih hebat dari saya lalui PJJ- sarjana muda dulu....
Mungkin masa yang singkat, usia yang bertambah...
Bermula Feb..kelas dan projek sangat padat...
Mac saya berpindah rumah....kalutnya hanya DIA yang tahu...
Isu terlalu banyak yang saya tertinggal....di belakang saya...tapi terbuka sudah dan malas saya nak layan....dalam kekalutan isu2 yang saya nampak hanya wajah "abah" ayahanda Hj Hamid, yang mengajar saya REDHA akan 4 perkara...
Tipulah bila saya katakan, tak rasa apa2....tapi biarlah DIA yang membalasnya....
SYUKUR YA ALLAH,,,
Kerana dalam 5 bulan itu, KAU temukan saya dengan rakan-rakan sekelas yang amat baik hati dan banyak membantu...
Kawan2 di sekolah yang turut menhulurkan tenaga dan idea...
Mr Hubby yang memahami dan memberikan sokongan dana dan motivasi...hie
Putri saya yang menjadi kekuatan....
TERBAYAR segalanya.....
Bila saya menerima gulung sijil NPQEL dan segulung Diploma Pengurusan & Pentadbiran Sekolah dengan Cemerlang dan pointer 4.0.....Hanya Kesyukuran pdMU YA ALLAH...
Memang benar, janjiMU setiap musibah ada hikmah dan nikmatnya....
ujian yang ENGKAU hadirkan YA ALLAH semampu hambaMU menanggungnya...
Niat saya memohon NPQEL adalah untuk mengisi kelompongan ILMU Pengurusan di sekolah yang pada saya masih baru.....
Semoga dengan apa yang telah dicurahkan oleh para pensyarah akan dapat saya aplikasikan dalam kerjabuat saya kini.....
Kalau ikutkan SIBUK, macam tak boleh jeee join majlis komensmen niiii pad amulanya..
Minggu tu ada program dengan pelajar tahun 6....dengan sibuk persiapan perkahwinan anak lagi
Tapi dengan indahnya rencana DIA, saya sampai juga di puncak genting buat pertama kalinya dengan bantuan adik tersayang dan adik ipar...serta ditemani si bongsu....
Si bongsu...masa saya mula menerima diploma pertama turut serta bersama (dalam kandungan) 6 bulan. Bila saya menerima ijazah pertama..hadir bersama menghulurkan sejambak bunga....dan kini..masa saya terima diploma kedua turut bersama......semoga si putri mendapat motivasi dalam perkongsian ini,
Untuk saat ini, terima kasih saya kepada semua yang banyak membantu, warga IAB Utara, warga SKSS , SKSA, rkan2 sekelas dan keluarga tersayang.
No comments:
Post a Comment