Followers

Friday, January 14, 2011

MINGGU "UJIAN".....

Salam Ukhuwah....


Syukur masih ada nafas dihembus, nadi berdenyut...

Minggu ke2 2011.....Ujian dan NIkmat UJIAN....



Sabtu ( 08.01.2011)-
Seawal  pagi telah keluar mencari barangan untuk Fasa satu Projek 2011, petang baru sampai kedai.Letih tapi
syukur ...bukan senang nak SENANG kan...UJIAN 1...

Ahad (09.01.2011)
Sesudah subuh mula masuk STOK dan terus kluar stok...UJIAN 2....semangat Putri sulung ku..almaklum dah abis sekolah, minda pun FREE...so untukmu sayang...2pm, semua STOK sedia di ruang yang sedia ada dan alhamdulilah hari pengenalan yang BAIK, 2 tudung, 1 blaus dan sepansang kurung...ha2, barang pun tak siap lagi, tempat pun tak confirm lagi...so jalan dulu la apa yang ada.....Good Luck My Dear(Kakak)

Isnin (10.01.2011)
Balik berkerja. Dah lama tak balik ke PKG NT, Kenangan manis banyak di sini, suka dan sayu juga menjeguk kembali tempat jatuh, tempat bermain...hi3..UJIAN 3....so hari ni mesyuarat di sini, 8.00-4.00pm...sakit jugak badan buat minit . Mesyuarat pertama dah terbiasa panjang lebar, so minit mesyuarat pun panjang la.....
Menjenguk Putri sulungku..alhamdulilah, hari kedua yang baik, 2 sut, 4 blaus.....Well done....



Selasa (11.01.2011)
Adoiiii....so pemurnian minit mesyuarat la....hi3...alhamdulilah , TQVM iken, Puan Hindon kerana tolong check ejaan, sorang-sorang sure ada kesalahan ejaan punya.
Lawatan ke SABK Al Khairiah (sekolah angkat pertama).....banyak juga yang perlu dibuat masa khidmat bantu nanti, 5 hari macam tak cukup je...UJIAN 4.....kena plan betui2 ni....

Rabu (12.01.2011)
Janji nak tengok anak angkat (SK Pengkalan Jaya), semangat nak jenguk sekolah. Sarapan sedap yang amat sangat pulut kukus dengan ikan masin...2 pinggan, ada pulak pisang berangan.....9 pagi, badan dah tak stabil, sakit mula di kedua-dua pinggang......URAL....so minum ural, sure masalah lama ni....sampai petang masih tak kurang dah 2 cawan URAL aku minum...UJIAN 5....


Khamis (13.01.2011)
Tak mampu nak bangun pagi ni, bukan setakat pinggang ..bisanya sampai ke tulang belakang. Hai mulut nak makan sedap tapi  badan yang tanggung....so terpaksalah pecah rekod tahun ni MC (Januari), tahun lepas 1 hari je (November) kes yang sama, kerap pulak la dia datang kali ni.....maka berdatinglah dengan Mr DR.....satu suntikan, ubat sakit dan antibiotik...so REHAT ari ni... UJIAN 6.


Jumaat (14.01.2011)
Mesyuarat lagiiii...panjang jugak dari 9-12.15pm ( pinggang masih tak berape OK), so susah jugak nak duduk elok-elok dalam bilik mesyuarat tadi (UJIAN 7)...tapi ubat Mr DR masih ada...makan 2 kali sehari...boleh bertahan..i.allah.


Selingan ujian-ujian tersebut ada juga ujian lain yang hadir. Namun sebagai insan UJIAN adalah rencah kehidupan, UJIAN menjadikan kita lebih matang, lebih berfikir panjang dan HIKMAT UJIAN pasti ada.
So pertama...aku mesti disiplin dalam DIET seharian ku, sebab last Dato DR tahan tahun 2009 ( 4 hari di wad), mintak itulah yang terakhir dan yang terkejut amat tu Mr DR kata darah 138/80, so ..."darah tinggi"...tak ada la Dr, saya tak ada darah tinggi, jadi Mr DR kata mungkin sebab tahan sakit, darah naik...yap itu aku setuju....
Adik-adik PT kata, tekanan kerja, rasanya 100% tidak , sebab kerja ni memang pilihanku, salah sendiri silap DIET hari tu...so hikmahnya...MAKAN apa yang BOLEH sahaja....
Ada pula BF cakap balik kampung tengok BENDANG...sure hilang semua masalah....ye ke?




Kekadang bila kita SAKIT, atau diUJI, kita amat-amat dekat dengan DIA...syukur dengan UJIAN dari NYA, kerana yang pasti DIA masih menyanyangiku dengan UJIAN-UJIAN kecil ini....




Alhamdulilah.....

Friday, January 7, 2011

MINGGU PERTAMA 2011......

Salam Ukhuwah,

Baru sangat rasanya menyambut tahun baru Hijrah (1432), tiba pula tahun baru Masihi (2011)....
Rasanya umur semakin bertambah sudah semestinya, gambira ada, resah pun ada.
Ini bermakna umur semakin pendek...AJAL  itu PASTI......
I.Allah dari Dia kita datang kepada DIA kita kembali....

Azam, Visi, Misi, Matlamat Hidup... sering dilontarkan,
Apa yang pasti jauh disudut HATI...
Ingin ku habiskan sisa usia ini dengan REDHA DIA, dijln yang DIA REDHA dalam perlindungan DIA.
Hampir setengah abad menghuni mukabumi ini, melakonkan watak yg tersurat..
Rasa amat kerdil diri ini di sisi DIA....
Mampukah sisa HIDUP ini menebus kembali kelalaian yang terdahulu....
I.Allah yang pasti, DIA MAHA MENGETAHUI....walau tersemat  rapi di sudut hati....
YA ALLAH, ku pohon dari MU..
Hidayah dan Redha MU dlm PERJALANAN ku hari ini, esok dan seterusnya.


Syukur Ya ALLAH...
Perjalanan minggu pertama selesai dengan INDAH....
01.01.2011.....Sabtu , OOOOOO...sibuknya membantu putri bongsuku bersiap untuk kembali ke asrama, kembali ke sekolah (Ting 2). Ini baru seorang anak ...itulah tanggungjawab kita sebagai ibubapa, memberikan pendidikan yang seimbang ..i.allah

02.01.2011..Ahad, sibuk lagi siapkan beg adik, iron baju-baju sekolah adik...ptg antar adik ke asrama, bayar semua yuran asrama, yuran aktiviti campur yuran sekolah dan barangan sekolah adik boleh tahan...kiranya yang PM bagi saguhati tu kena darah dua le baru cukup.....yang penting adik dapat belajar dengan tenang dan SUCCES...

03.01.2011. Setelah 9 hari bercuti, hari pertama berkerja dengan semangat yang berkobar-kobar...
Ha3, memang lah...adoiiii, banyaknye benda nak selesai ari ni...nak pergi bank pun tak sempat. Sampai tak sempat nak up date FB...hi3...

04.01.2011. Takwim 2011 dan ada...so mulalah mesyuarat unit, mesyuarat tu dan ini...
Tapi waktu rehat sempat juga ke bank (urusan semalam yg tak selesai) dan yang BEST nya,
singgah di DBP, Butterworth nak cari ganti buku libary yang cikgu pinjam bagi hilang...
buk yang dicari tak jumpa..tup..tup terjumpa la pulak...hi3..novel NB (pilihlah 3 buah untuk koleksi tahun baru ni) :
- Ranting yang rapuh
- Terima kasih kekasih
- Kembalikan Cintaku
Kiranya projek membacaku bermulalah, petang ini......semua sedih-sedih belaka....

 
Tuhan Memberikan BELUNCAS untuk kita dapat 
RAMA-RAMA yang CANTIK.....muhasabah diri 2011

05.01.2011 - Mesyuarat UPSP bil.1/2011...8.30am-12pm...murnikan takwim..so dah byak aktviti yang dirancang, maka perlulah guna gear lima....hi3....apa pun dah kejabuat kita..i.allah.
Kerinduan pada putri bongsu..agak parah, jadi balik kerja singgah kat asrama dia kejap...Bila difikirkan balik DIRI jadi HIDUP bila sibuk dengan KERJA, DIRI rasa MATI bila tak ada kerja dah nak dibuat....

06.01.2011 - minit perlu siap, takwim perlu siap 100%...alhamdulilah siap 100% dan telah diemelkan...hi3...bos nak laporon aktiviti yang GRAND 2010...so, kena pilih laporan tu la....So Hari ni jem sikit tapi dapat merasakan bunga-bunga KEGEMBIRAAN....kepuasan pabila kerjabuat kita telah mencapai sasaran. Macam Pengarah kata" Kerja esok siap hari ini, kerja hari ini siap semalam"...hi3.....so kongsilah kegembiraan ini dengan kalian di luar sana.....





KEGEMBIRAAN ibarat semburan pewangi pabila kita memakainya semua akan dpt merasa HARUMnya. Oleh itu berikanlah walau secebis KEGEMBIRAAN yg anda miliki itu kpd teman2 disekeliling anda.


07.01.2011 - Jumaat , hari yang amat-amat kutunggu, JUMAAT pertama tahun 2011...i.allah akan memberikan rahmat dan ketenangan.







Sedar tidak sedar telah seminggu belalu tahun 2011. minggu hadapan i.allah akan tiba...pasti tiba.
 Memilih untuk berulang dari NT ke KB seminggu ini bukan sesuatu yang mudah, kemalangan depan mata semalam....YA ALLAH...moga dalam LINDUNGANMU.
HATI, kiranya hati ikhlaskan semua pengorbanan pasti akan hilang semua KELETIHAN...
Moga hari-hari mendatang juga akan tenang dan gembira....
Yang pasti tiada yang sempurna melainkan DIA,
Haruslah kita ikhlaskan hati SEADANYA.....agar HATi tidak akan merungut, jiwa tidak memberontak
Agar ....NUR WAJAH..tetap bersinar dengan cahaya KESYUKURAN Hanya pada DIA.

Hidup ini penuh dengan dugaan, sekali jatih dan sesekali tersungkur adalah pengalaman
Justeru dugaan itu yang mematangkan diri ini...

Wasalam untuk minggu pertama.....

Thursday, December 16, 2010

BICARA SUARA HATI...

BICARA SUARA HATI.....
(karya: Tinta Pelangi Senja)
12 Disember 2010


Damailah hati, itu bicara hati saat ini....
Bila hati berbicara..
Dua Wajah pasti adanya..
Segalanya tidak sama, tidak seiring, tidak sekata,
Apa yang terungkap dibibir mulus
Baik bicara nan lembut menyentuh kalbu

Sukar sekali insan mahu mendengar suara hati..
Acapkali kita disogok agar berfikiran rasional
bertindak profesional
Mengikut kewarasan fikiran agar tidak melukakan mana-mana insan
Agar keputusan nampak BIJAKSANA...
Sehingga ramai yang  menindakkan suara hati....
Walaupun bisikannya tidak pernah terhenti...

Ramaikah insan yang benar-benar bahagia
Memilih Rasional dan Profesional
Hakikatnya masih ada ramai insan yang merasakan
Jiwa kosong, walaupun semua tersedia di depan mata...
Konflik antara rasional profesional dan bicara suara hati...

Lantas kemelut jiwa mula melata,
Hati luka sukar untuk disembuhkan..
Luka berparut nampak berdarah...
Cuma dapat dikaburkan dengan Rasional dan Profesional...
Dibalut dengan senyuman dua wajah...
Selagi kudrat ada, ada daya memujuk hati
Ada ruang memberi ..walau sebenarnya bicara suara hati
Meraung kesakitan, kepedihan.....

Suara bicara hati...
Usah keliru suara hati bukan mengikut perasaan..
Tapi suara bicara hati yang sedalam-dalamnya dalah
Anugerah DIA, pada setiap insan..
Perasaan yang isitimewa dari NYA....


Nukilan dari kedamaian dengan rintih-rintih hujan dihujung minggu ;
Tinta Pelangi senja

P/s: sekadar menjelmakan kembali hobi lama (penulisan kreatif) dan hobi baru.....bagi ruang masa yang bersisa.

SAHABAT.......

SAHABAT
Nukilan :Tinta Pelangi Senja

Sahabat,
Aku bahagia kerana memiliki...
Sebuah hati yang tak pernah membenci...
Sebuah senyum yang tak pernah pudar...
Sebuah sentuhan yang tak pernah menyakiti...
dari sebuah persahabatan yang tak pernah berakhir 


Apabila kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. …

Andai kau ingin SESEORANG sebagai teman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. …



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Janganlah kerana kepandaian ILMUnya
Pabila kekusutan kebuntuan melanda
Dia mungkin akan dicerca. …

Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Usahlah kerana sifat cerianya,
Kemurungan mula melanda dia,
Dia akan mula kau jauhi...



Kiranya kau inginkan SESEORANG sebagai sahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana sahabat ,
Hanya insan biasa….
Yang tidak pernah terpisah dari sifat-sifat lemahnya
Kekurangan, kelemahan adalah alunan dalam kehidupan insan
Andai kau menerima semua sifat sahabat ini,
Maka pasti kau akan ada seseorang yang bergelar SAHABAT
Satu titik pertemuan bagi memperolehi keseimbangan
dalam ERTI SAHABAT sebenar...
Seperkara yang perlu diingat...
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna….
Melainkan DIA yang ESA.



p/s: 
buat semua sahabatku tersayang.....kalian sentiasa ADA dihatiku dalam suka dan duka

sayang selalu......
Tinta Pelangi Senja

Sunday, December 5, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432....

SALAM MAAL HIJRAH 1432 .....

Sempena Maal Hijrah yang bakal hadir (1432)....Selasa ni,
Saya menyusun sepuluh jari, mengikhlaskan HATI ...
Menghulurkan ....
SALAM MAAL HIJRAH.....


Hijrah... satu pengorbanan..
Korbankan keegoaan, korbankan kedegilan, korbankan sifat-sifat yang negatif....
Kerna kekadang kita lebih suka meletakkan kesilapan, kesalahan atas orang lain
Kerna kita ego untuk korban......
Moga kita dapat sama-sama hijrahkan HATI kita.....   

Hijrah ..satu perjuangan ...
Perjuangkan ISLAM, Perjuangankan IMAN di dada.....Perjuangkan Hak Seadanya....
Perjuangkan untuk jalan ALLAH.......


Tinta Pelangi senja....


  

Monday, November 29, 2010

HADIAH SEBUAH PENGORBANAN.....

Salam Ukhuwah.....

Letih masih terasa diseluruh badan, sebab lama juga tak berjalan jauh....
Perjalanan ke Kuala Lumpur pada 20.11.2010 dan balik ke Penang pada 23.11.2010....
Agak meletihkan...tapi tenaga yang bersisa perlu dikumpulkan bagi memberikan semangat
pada putri sulung yang telah selesai 3 kertas SPM dan akan berakhir pada 20 Dis 2010....

Perjalanan pada mulanya aku, huby dan putri bongsu bertukar di saat akhir...
Di mana mak, adik (muni), dik ma dan huby adik serta anak buahku yg cute ..iman..
Tambahan ...kakak angkat dan anak buah  angkat...so meriah majlis konvokesyenku...
Siapa sangka, pada mulanya rasakan agak sunyi hanya  2 orang bertukar menjadi sefamili besar...



Bertolak agak awal pagi dengan genangan air mata dari putri sulungku...
Tak pa..nanti kakak abis SPM, kita pergi "Holiday" ye...do the best for yr SPM dulu sayang...
Sampai di Tol Jln Duta, adik angkatku" Wawa" sedia menanti...huby hanya ikut kereta Wawa sahaja sampai ke hotel Dynasty...

Sedikit di kaunter untuk "check in" Dynasty Hotel...kerna terlalu ramai yang rata-ratanya graduan tua seperti aku..yang ingin menginap....syukur, tempahan bilik ku lain..jadi selesai dalam setengah jam. Ada yang dari pagi belum dapat bilik pun...sabar je la,,,cikgu....

Ahad, pagi dengan huby dan adik ke OUM induk untuk ambik Jubah...
Selesai urusan jubah, jalan kaki ke LRT....bersama adik sekeluarga, mak, dik ma..ronda2 KL...
KLCC, i- Setan (offer gila2), Masjid India, Jalan TAR ( I like...), Sogo ....adoiii...KL gila2 jualan murah hujung tahun....sabarrrrrrrrrr...

Isnin saat yang dinantikan....menerima skroll dr Tan Sri Azman sebagai tanda, tamat satu fasa perjalanan peningkatan ilmu,
Walaupun lewat rasanya...ini kerna semasa aku mendaftar untuk coz ini, pensyarah peribadi kata kenapa lambat sambung, STPM lebih baik dari saya... aku hanya senyum.....
Lambat?....sebenarnya setelah selesai pengajian di Maktab Perguruan, aku telah suarakan hasrat untuk sambung belajar dari my huby....memikirkan anak2 masih kecil..tumpuan pada dunia pendidikan diberikan sepenuhnya....syukur akhirnya selesai fasa ke2 ini....i.allah fasa ke 3 akan menyusul....

Selesai detik indahku...malam my sis WAWA, bawa ke studio untuk ambik gambar kenangan, ini sememangnya dalam bujetku... malam pula , jalan-jalan ke pasar murah...tengah malam...
Adoiii semua barang murah.....sabar je la.....

Selasa pagi, hari hantar jubah dan ambil gambar konvo....satu lagi hikmah...selain jumpa kawan2 maktab lama, aku terjumpa seorang rakan guru yang telag lama terputus silaturahim...SYUKUR... kami dapat berpelukan, bermaafan....kesilapan semua orang akan pernah lakukan, memohon maaf adalah orang yang benar2 ikhlas dan kuat dapat lakukan....

Perancangan TUHAN, hikmah TUHAN, ujian TUHAN adalah yang telah ditetapkan, syukur alhamdulilah seadanya, redha dengan yang ada dan sabar dengan yang tiada.....
Kita hanyalah hamba yang kerdil...yang tak punya apa2 selain memohon pada DIA...
Selain segulung Ijazah sebagai hadiah pengorbanan...
Banyak lagi yang ku rasai baik dari mata kasar atau pun dari mata hati....

Terima kasih semua...my famili, my friends dan......
TERIMA KASIH...YA ALLAH.....

Tuesday, November 16, 2010

PENGORBANAN

Salam Aidil Adha,
Selamat Hari Raya Korban...


 

Kisah korban, pengorbanan ini adalah kisah yang sememangnya sinonim dengan kita,
sama-sama lah kita hati KORBAN pada tahun ini.
Bukan sekadar korbankan lembu kerbau...
Tapi yang lebih adalah korbankan HATI...buang segala yang buruk...yang hitam,
dan disucikan dengan Azam dan NIAT baru ..ke arah HATI SUCi yang baru...

Pengorbanan.....

Buat Suami tersayang,
Disebalik "aku" hari ini adalah seorang insan yang bergelar suami
Yang rasanya telah banyak menghulurkan pengorbanan , tanpa dapat dihitung.
Bagi mengejar impian menjadi seorang pendidik...anak kecil seusia 7 bulan ditinggalkan dalam jagaan dan tanggunjawab sepenuhnya pada "Suamiku"..
Selesai pengajian di Maktab Perguruan , anak kecil ini telah pun masuk ke tadika...

Sekolah pertama ditugaskan mengajar di sebelah pulau,
Rumah di Utara, jadi sesudah subuh terpaksa merentas Jambatan P.Pinang setiap pagi...
Melahirkan putri bongsuku...dengan tempat bertugas yang jauh..
Sekali lagi "Suamiku" menguruskan putri bongsu ini.....

Mahu dihitung, rasanya terlalu banyak pengorbanan dari dia....
Selari peredaran waktu, orang sambung belajar...aku pun sambung
Empat tahun dalam pengajian jarak jauh...ada juga tanggungjawabku pada
urusan anak-anak dan rumah yang terculas.....
Jelas pengorbanan "Suamiku" yang tiada akhirnya....

Sesungguhnya...SIAPA aku pada hari ini adalah dari pengorbanan Suami tercinta...
Dalam kesempatan yang masih bersisa...
Terima kasih sayang, terima kasih untuk segalanya....

Sempena Hari raya korban ini, terlalu banyak pengorbanan yang telah Yayang berikan...
Terlalu sedikit rasanya yang telah Mama balas....
Syukur, selagi ada nyawa di badan...
Mama akan sentiasa di sisi dalam susah dan senang...

Buat Putri sulungku....
Beberapa hari sahaja lagi adalah saat kakak akan diuji (SPM),
Pengorbanan kakak selama ini menimba ilmu akan ditafsir...
Berdoalah moga kakak akan berjaya...
Mama dan Walid akan merestui setiap langkah yang kakak aturkan.

Putri Bongsuku...
Semoga membesar sebagai anak yang solehah dan cepat matang,
Kemanjaan adik adalh penyeri Mama dan walid...
Sama-sama kita hayati "korban" tahun ini...

Buat Ayahbonda,
Moga dalam kesihatan dan lindungan ALLAH....

Wan & Tok,
Kerinduan yang amat sangat pada kekasih pertamaku ini...
Damai dan tenanglah kalian di sana
Kami juga akan menyusur bila tiba saat dan waktunya...
Al Fatihah...

Mak Esah( Mertuaku)...
Satu-satunya TELADAN terdekat yang TUHAN berikan untukku
kenal erti "PENGORBANAN"....

Kalian semua di luar sana....
Renungkan betapa banyak kita telah menerima pengorbanan dari orang-orang di sisi, betapa banyak pula yang kita ikhlas untuk korbankan buat mereka...

Moga....Kita Ikhlas Berkorban demi kebahgiaan insan-insan di sisi...