Followers

Wednesday, September 7, 2011

^^^KAMAR-KAMAR DI SYURGA^^^

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia....

Beberapa hari ini buku " Koleksi 75 Kisah Benar -dalam Hidup Nabi-nabi, Pra Sahabat dan Tokoh-tokoh Islam" yang disusun oleh Mohd Najib dan Nasir Ahamd dan diterbitkan pada tahun 1994....
Buku lama ni, aku temui takala mengemas almari buku di rumah menjelang Syawal yang lalu...
Lalu diulit sebagai bacaanku masa kini.....
Mengisahkan 75 kisah benar, tapi tajuk " Kamar-kamar di Syurga" ini amat terkesan di hati...

KAMAR-KAMAR DI SYURGA :
Rasullullah saw pernah bersabda bahada di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di Kamar itu pula terdapat sesuatu pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat suatu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.


"Untuk siapa kamar-kamar itu, wahai Rasullulah SAW?" tanya para sahabat.


"Untuk orang yang mengucaokan dan menyemarakkan SALAM, untuk mereka yang MEMBERI MAKAN kepada yang memerlukan dan mereka yang MEMBIASAKAN PUASA sertA SOLAT di WAKTU MALAM saat manusia lelap dalam mimpinya."


" Siapa yang boleh bertemu temanya lalu memberi SALAM, dengan begitu ia bererti telah MENYEMARAKKAN SALAM. Mereka yang memberi makan kepada AHLI KELUARGA sampai kecukupan dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan diri BERPUASA. Mereka yang SOLAT ISYA' dan SUBUH secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang SOLAT MALAM di saat orang-orang sedang tidur lelap" . Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada para sahabat.


Sebenarnya, al kisah MEMBERI dan MENYEMARAKKAN SALAM ni.....
Dulu semasa di sekolah lama...aku pernah mengegur seorang murid..
"Kenapa kat cikgu kamu bagi SALAM, kat Cikgu ...... , tu tak bagi salam?"

Jawab sekumpulan murid tu " Cikgu tu kalu bagi salam pun bukan nak jawap..masam muka 24 jam"

Adoiii...sape nak disalahkan?.....Ini kisah benar....tapi anak-anak murid ini kena dibentuk sebab mereka masih muda.....KES ini masih bersemi sebagai sempadan di hatiku...

Lawatan ke sebuah sekolah di JB , baru-baru ini... semua murid memberi SALAM sambil menundukkan sedikit badan.....terdetik dihatiku" Patutlah sekolah ini sekolah CEMERLANG"....sejuk mata, sedap hati..

Pabila aku kembali semula ke sekolah....budaya ini kurang semaraknya....
Ucapan pertamaku di perhimpunan " SEMARAKKAN BUDAYA MEMBERI SALAM dan BUDAYA MEMBACA".....
Alhamdullilah......hampir 3 bulan...aku puas menjawap salam dari anak-anak muridku dan warga SKSS..
Syukur....

Kisah ke2, memberikan makan kepada yang memerlukan....ada rakan menyarankan, pendekatan murid bermasalah dan miskin dengan menjamu mereka alas perut/sarapan di kantin awal pagi....
Budaya ini amat baik...
Memberika makan pada ahli keluarga...itu sememangnya amalan aku sekeluarga.....I.allah dengan IZIN DIA.

PUASA... syukur, Ramadhan baru berakhir.....dapatlah kita menjalankan ibadat ini dengan baiknya...
Dalam usaha menjaga kesihatan puasa sunat juga harus diteruskan....

SOLAT Waktu MALAM......dalam menjangkau usia senja ni, ini yang terbaik dan patut diamalkan.....
sedikit sakit-sakit yang diturunkan DIA adalah amaran awal agar tidak leka dengan DUNIA semata-mata...

YA ALLAH, teruslah perlihara aku, keluargaku dan umat Nabi Muhammad SAW untuk dapat menghuni 
KAMAR-MAKAR DI SYURGA.....


No comments:

Post a Comment