Followers

Monday, December 26, 2011

Al Kisah "Form 6" panglima......

Salam 1Malaysia.....

Baru-baru ini, kisah 20 tahun mengimbau kembali....
Kisah zaman persekolahan..zaman yang paling indah dan ceria
1988-89......sebenarnya akua masih ada beberapa sahabatku, midah, norli, jamilah, yatie ,akma (cikgu2 la semua) dan azura (his yang ni hebat...taukeh laksa penanti)....
Yang lain macam hilang tak tahu di mana????....
Pada tahun 2010, semasa Majlis Perasmian di Kepala Batas...dapat jumpa Rosoman (wah dah jd pegawai penjara...besar pangkat nooo)....

Aku masih mencari-cari rerakan yang lain, Kelana, Kamal & Bobo ni geng Rosoman...main aje kerja boy2 ni...Tapi bila STPM kluar ...result dasyat...yang pompuan ni study gila2 jugak....tup2.....cikgu je le.....

Satu hari baru-baru ni, tertiba terbaca "chat" cik midah dengan seseorang yang amat-amat dekat dengan aku masa di form 5 dulu....sis nurul.....xtau macam mana aku boleh tak dapat cam dia...bila baca "chat" terus ingat, mana tidaknya...dia lah penyanyi masa tu, aku , cik midah & ija penari...wah...zaman gila2 gitu

Rinduuuuu yang amat sangat pada kekawan form 6 niiii.....kami sangat rapat baik lelaki mahupun pompuan, yang pelik tu tak dak la pulak cintan-cintan...semua brutal....hi3......macam satu keluarga yang BESAR.....
Ya Allah.......FB telah menemukan kami semua....setelah lebih 20 tahun terpisah.....
Ramai jugak dan kebanyakkannya telah mempunyai kehidupan snediri dan amat berjaya...
SYUKUR YA ALLAH....atas rencana KAU pada aku dan rakan-rakanku.....

Balik rumah terus selongkar album lama aku......jumpala banyak gambar-gambar aku masa di form 6...
Yang GERAM tu akan ka sorang kawan ni (PK KOKO- baru2 ni HEM)....boleh kata tak perasan aku masa form 6, padahal satu kelas.....ni nak MARAHHHHH niiiii...hu3......

Hai la jenuh...bagi klu-klu....rasanya aku ni senang orang nak ingat sebab aku "free hair" masa tu....
Jenis yang gila2 skit...abis penat bagi klu...ada pun...kata saje je kata tak perasan....
Memang la terkena dah aku....dulu kami memang suka kena-mengenakan kawan-kawan...
Ingat dah tua2 ni berubah la...rupa-rupanya geng aku ni dah fesyen tu dah...jenis hepi 24 jam......hi3
Tak sabar rasanya , kalau dapat jumpa semua raya cina ni......
Semoga Suzana dapat pelan elok-elok agar semua dapat turun ke Bukit Merah Laketown.....Tahun Baru Cina ni.....

AKU FORM 6 :
Peristiwa 1 : aku kena marah dengan pengawas sebab getah tokcang aku warna warni......10sen masa tu...berbaris selepas perhimpunan, kena tangkap p ke tepi dan diberi amaran, guna getah warna hitam sahaja...hu3......
La ni, aku pulak dok chek budak-budak aku.......ha.....terbalik 360 darjah dah la ni....hi3

Peristiwa 2: entah macam mana, aku ni kira lasakkk la jugak, boleh la pulak menari dalam pertandingan kerjaya....bersama cik midah & ija.....wahhh ni mahai ni.....tunjuk gambar kat anak-anak, ha? nape tak percaya hiiiiiii.....
La ni...menari?????...poco2 boleh..hari2 pun OK...hi

Peristiwa 3 : aku ni macam puteri lilin la , masa form 6 ni......lawan lari kalah, tarik tali tak larat, .lontar peluru, peluru ke belakang.... OK la cikgu, saya jadi RATU Rumah la...hi3...aku jadi ratu rumah kuning masa sukan tahunan, siap pakai songket kuning sponsor lagi.....Glam habis masa tu....
La ni...RATU di hati suamiku.......dan permaisuri kepada putri2 ku aje la...

Peristiwa 4 : aku budak nakal....ada sorang cikgu ni....bujang terlajak la (sori cikgu )....waktu dia ajar dalam kelas, aku & d geng tenung muka dia...sampai cikgu tundukkkkk...Ya Allah nakalnyer akuuu..."ampun cikgu"........tak tau cikgu kat mana...nak mintak ampun ni...hu3
La ni....kalau kes budak-budak nakal ni sampai kat aku...sabaor je la....TUHAN BAYAR CASH ni......
Aku belajar dari kenakalan aku laaa....aku tak akan marah budak-budak yang nakal ni,....
Setakat ni aku cuma sembang dan nasihat......control kemarahan....budak-budak memang la nakal kan....

Peristiwa 5 : kes "fly-fly" ni......lama duduk asrama tahu lah...ampun la cikgu Razali (warden) masa tu.....tak tahan la cikgu makan nasik kawah bertahun-tahun...fly pun p cari makan je...kat baboo inn atau PB je.
Masa tu geng kami tak ada couple2...pun.....semua campur cam tak berperasaan ...pelikkk jugak...
La ni : anak-anak dok asrama pulak dok fly2.....nak wat cam mana....TUHAN BAYAR CASH.....hu3.....

Banyak lagi peristiwa-peristiwa kalau nak diingatkan balikkkk.......so sweet......

Rinduuuuuuuu la......geng form 6........panglima 88/89.......
Harap-harap semua kisah dapat dikenang bila dapat berkumpul semula nanti
SEMOGA, kalian semua teman-teman, rakan-rakan yang telah menjadi sebahagian kegembiraanku masa lalu akan sentiasa dalam lindungan DIA dan bahagia sentiasa....

Memori form 6, diabadikan di sini.....hi....











2011 Ditinggalkan, 2012 - Perubahan Dilakukan

As Salam.....

Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa, iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang ( Hadis Riwayat Bukhari).


Kata-kata ni yang menarik aku untuk bercerita hari ni....
SYUKUR...masih ada nadi yang berdenyut..masih ada nafas yang berhembus
Takala 2011 melabuhkan tirainya dan 2012 mula bertamu dalam 7 hari sahaja lagi

2011 - Bukanlah sesuatu yang mudah untuk diungkaikan dengan kata-kata
Tahun yang banyak mengajar, bukan dari pembacaan walaupun aku ulat buku
Tapi dari pengalaman.....pengalaman yang menjadikan aku seorang PEMIKIR yang kritis...
Kenapa, Bagaimana......??????
Oh, rupanya TUHAN ingin aku belajar dari pengalaman.....pengalaman dari ujian yang datang
Tidak dapat dicari di mana-mana.....

Namun aku masih mampu TERSENYUM......(terbiasa)
Rasanya terlalu BERAT...tapi mungkin benar kata -kata
"TUHAN memberikan UJIAN yang BESAR, kerana DIA mahu memberikan HIKMAH yg BESAR"

"UJIAN dari DIA , adalah atas mampunya umatNYA untuk harungi"

Insan akan diuji, untuk lebih matang dalam mengharungi kehidupan
HIDUP bukan satu perjanjian yang semua akan berjalan mengikut perancangan kita
Perancangan DIA adalah yang terbaik......
Dalam rintih-rintih ujian, DIA tetap memberikan CAHAYA
Hikmah & nikmatnya......sudah terasa
Alhamdullilah, moga 2011 akan berlabuh dan menjadi satu sejarah
KESABARAN ku kumpulkan untuk meniti ujian-ujian ini, bukan mengeluh kerna mengeluh adalah kebiasaan jahiliah.....kekadang insan tidak dapat membezakan antara mengeluh dan sabar...melainkan ia menggunakan mata hati yang dapat membezakan keduanya  ada jalan yang lain.

Yang perlu ku INGAT :
ALLAH menguji menurut kekuatan iman yang kita miliki. Jika keimanan kita kuat, ALLAH akan memberikan cubaan yang lebih berat manakala jika kurang , cubaan yang diberikan juga akan lebih ringan.

2012 akan muncul, moga aku  dapat melakukan 360 darjah perubahan dari 2011.....
Untuk aku melangkah hari-hari 2012.....
Aku akan memulakan langkah dengan perancanganku
Semoga semua perancanganku, impianku dalam lindungan DIA Tuhan yang ESA
Semoga aku akan sentiasa diberikan petunjuk dalam sebarang kesulitan yang mendatang
Semoga KESABARANku akan bertambah selari dengan Usiaku.....
2012 akan membuka lembaran baru, cerita baru, azam baru.....
Yang pasti PERUBAHAN besar akan berlaku baik dari rencanaku mahupun takdir DIA
2012, juga akan menguji aku menguruskan rencanaku, sang putri yang diamanahkan
Harus dibimbing menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat
Semoga PMR si bongsu akan cemerlang dan si kakak akan succes dalam bidang yang dipilihnya.
Semoga kesihatan akan ditingkatkan , agar dapat lebih beribadat kepada DIA, agar dapat menyumbangkan tenaga dan idea dalam melahirkan anak-anak didik yang lebih PERKASA dan BERJAYA
Semoga perjalanan kerjaya akan lebih succes...
Menjadi diriku seadanya.......walau di mana pun moga aku masih tahu diri.....
Tahu menyayangi, tahu menghormati, tahu berterima kasih dan yang penting tahu BERSYUKUR....


Wasalam.........

Sunday, December 18, 2011

HOBI CT AyU......

As Salam......

Senyum sendiri merenung wajah permata hatiku yang bongsu ini....


Saat hati membara, saat hati pilu....Ct AyU lah penawar........
Tak sempat nak rasa marah, CT Ayu cepat-cepat "kiss" pipi....tu yang lemah dengan Ct Ayu ni......
14 tahun lalu, kehadiran Ct Ayu memang diharapkan setelah kakaknya berusia 4 tahun...
Merujuk kepada Dr Tan......konon-konon nak baby "boy" sepasang gitu....
6 bulan dalam kandungan Dr Tan kata tak nampak la cikgu....hi3...sure girl...pandai Dr ni psiko aku...
Lahirnya Ct AyU dengan penuh kebahgiaan dan rezeki dar DIA...
Alhamdullilah........

Ct AyU....sememangnya manja dan teramat manja...
Berusia 5 tahun, tengok orang cuci kereta...." adik nak keja ni la'....."keja lain la adik"
Ct Ayu ....just go on.....hepi je.......nak jadi itu loa...ini laa.....tak nampak kerisauan
Airmuka sayang dan sejuk rasanya.....

Dalam umur 10 tahun, nak keyboard....dapat main sekejap jemu...
Hobi yang banyak tapi tak kekal......
Terkini....minat gitar...almaklum zaman Yuna & Najwa...... dapat gitar 2 minggu je....
Dah make do no kat gitar tu...cian gitar tu...alih-ali9h walid yang main...
Yang kekal IT.......anak-anak zaman IT......
Habis blog aku di "up grade" dia....
Hari ni sekali lagi Ct Ayu ni.....buka sejarah
Buka acc FB kat Wan dia......siap edit2 gambar......

My dear Ct Ayu...go on dengan hobi....tapi ingat PMR next year.....so....ambik dalam 1 jam sehari je la untuk hobi-hobi adik ni OK......
Suka sangat peluk Ct Ayu........rasa dapat semangat yang KUAT......
Luv U ayu so much......

Saturday, December 17, 2011

CERITA MAK.......

As Salam...


Tenang sungguh bumi Lembah Acheh ini selepas hujan mencurahkan jasanya
Meredupkan kepanasan.......
Selesai hujan tadi, aku menjenguk juga ke luar, mana tahu timbul Sang Pelangi
Nampaknya Pelangi merajuk kot...hi3.....tak muncul pun.....




Dalam redup petang ni...teringat cerita mak (my mak mertua) dua hari lepas.....
Jumaat lepas mak datang juga...sebab kucing mak sakit.... my huby bawa ke klinik haiwan
Dua hari lepas mak datang lagi dengan satu-satunya adir ipar perempuanku yg amat disayangi
Balik bercuti dari Kelang.....
Jadi...khamis tadi lepas 12.00 tgh dah sibuk kemas nak balik rumah....
Sama la kisah 2 hari lepas......dalam sibuk-sibuk menyiapkan perancangan 2012.
Seorang rakan pun hairan juga " Eh, bukan minggu lepas dah mai ka?"
"mak mentua saya ni biasalah...kadang 2 3 kali seminggu pun jadi...menantu sibukkkk hi3 nak balik kampung"...


Mak........
Mak memang suka bercerita.....banyak pulak cerita mak tak habis-habis
ada yang lucu,  gelak sampai sakit perut......



Satu cerita mak tu tentang....sepupu mak..kira mak saudaralah(Mak Lang).....dalam 60-an
Selalu pergi pasar pakai anak tudung aje.....anak tudung tu selalu letak di penjuru kerusi
Kalau orang datang capai je...terus cekup atas kepala.....
Pagi tu, mak lang ni nak ke pasar... capailah anak tudung, cekup di kepala
Terus tunggu bas depan rumah....
Jumpa orang, semua orang senyum... Maklang ni 10 kali senyumlah....sedekah la...senyuman tu....
Sampai pasar, orang pasar pun semua senyum......mak lang senyum balik...sampai pipi senyum
Selesai semua barang dibeli, mak lang balik la, naik bas...jumpa orang atas bas masih dok senyum
Suka hati Maklang berbunga-bunga, ramai senyum kat maklang hari ni
Sampai rumah.......terus letak bakul di dapur dan rehat sekejap
Pak lang...." mak hang ooooiiii, mana seluar dalam aku ni"
"pak hang letak kat mana?"
"kat kerusi tu la.......oooooiiiii, awat ada atas kepala hang?"
Maklang terus cabut anak tudung atas kepala........
"adoiiiiii, pak hang oiiiii awat letak tempat chek letak tudung"......"patut la semua senyum kat Chek tadi"

Terburai gelak dan sakit2 perut aku dengar mak kisahkan kisah Mak Lang ni......
Pengajarannya: 
SELALULAH CERMIN DIRI.....TERUTAMA BILA NAK KELUAR RUMAH.


Cerita kedua mak ini......ada keinsafan
Mak cerita Ahad lepas mak turut serta dalam mesyuarat cawangan gitu-gitu la....
Ada beberapa orang pak cik ni, asyik dok kedai kopi je, kutuk itu, kutuk ini
Orang tu tak betui, orang ni tak betui.......
Tak tau apa yang betui.......
fasi tu tanya " Pak cik ada berapa orang anak"
"ooooo pak cik ada 6 orang anak"
"Bagus ramai anak pak cik...tu... sebulan seorang anak bagi pak cik berapa ringgit ?"
" Sekupang pun tak bagi.....aiiiii"
"oooooo....tak bagi ke? Pak cik dapat zakatkan? Dapat bantuan bulanan?"
"Ya dapat laa..."
"Yang pak cik dok kutuk-kutuk tu la yang dok bagi pak cik bantuan bulanan, macam-macam pulak tu".




Terdiam pak cik tu....fikirkan balik.........


Pengajaran : SELALU LAH BERTERIMA KASIH dan BELAJAR MENGENANG BUDI, KALAU ANAK-ANAK PUN tak DAPAT MENGHULURKAN BARANG RM50.00 KEPADA IBUBAPA SEBULAN, ADA PIHAK LAIN YANG MEMBANTU IBUBAPA TERSEBUT, Banak2 perlulah MUHASABAH diri ni.....


Ini hanyalah cerita mak aje.......suka juga dan boleh direnungkan......Kekuatan yang adalah dari MAK........satu-satunya mak mertua TERBAIK di DUNIA......

Monday, December 12, 2011

AS Salam.....

Allah masih memberikan kekuatan dan ketenangan dalam jiwa ini untuk menempuh ujian-ujian yang diberikanNya, .walaupun kadang2 ada rasa ‘sakit’ tapi itu sebab salah ku sendiri..mungkin ketika itu terasa jauh daripada Allah disebabkan kelalaian untuk menjaga hubunganku denganNya.. astarghfirullah.



Takala rasa lemah menyapa diri, sayu bertakhta di hati dengan ujian yag datang, cukup satu ujian yang menyapa....namun amat berat rasanya untuk membuat aku hilang arah seketika...


MInda berkata, aku perlu bangun, aku perlu cari kekuatan yang ada, aku perlu bersandar pada baki sinarku, alhamdullilah.....rasanya tiada air mata untuk ujian yang satu ini, walaupun amat hebat sekali....

Semakin lama hidup di dunia ni, semakin besar cabaran yang ada, dan semakin tinggi pengorbanan yang dituntut dalam diri.. pada satu sudut, diri ni memang bersemangat berkobar-kobar untuk menempuhinya, berfikiran positif dan optimis, dan yakin bahawa jika diri ini melakukan yang terbaik, insyaAllah usaha itu yang dikira walaupun apa sekali outcome atau natijahnya. Tapi pada satu sudut yang lain, ada elemen negatif yang masuk yang cuba untuk menumpaskan semangat dan keyakinan diri.. diri mula bertanya, ‘Mampukah aku ?’…seolah-olah menyoalkan ketentuan Allah untuk berdiri di sana menerima ujian-ujianNya.









Namun, kadang-kadang ujian yang satu ini seakan-akan merenggut segala daya dan upayaku. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buatku bangkit kembali? mampukah aku menyingkapinya?
Aku percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan.  Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
AKU WAJIB :
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216] 
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Wahai diri, kali ini. . .letakkan DIA (ALLAH yg SATU)'bersama' ketika kamu menapak.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Dengan satu ujian yang hebat ini, aku dapat secalit cahaya dari sisa kekuatan yang ada.
ALHAMDULLILAH ...syukur atas segalanya.