Salam Ukhuwah,
Sedar tidak sedar kita dalam bulan yang penuh berkat Ramadhan dan bulan Patriotik (Ogos). Bulan ujian juga kepada kita umatnya. Apa pun ujian yang datang , kita perlu senyum dan lalui dengan tenang. kerjabuat saya bulan
Ramadhan ini selari dengan bulan amal bersama dengan Jawatankuasa Bantuan, kami kumpulkan nama-nama anak yatim, yatim piatu dan murid yang daif untuk diberikan sumbangan berupa baju raya dan barangan (zakat para guru). Syukur ramai guru-guru di sini yang tidak loket mengeluarkan zakat di bulan yang mulia ini.
Dato Mahmud telah memilih 40 orang murid unutk disumbangkan baju raya. Lebihan murid yang tidak terpilih akan diberikan baju raya dari sumbangan guru-guru. SYUKUR, kutipan sumbangan untuk duit raya anak-anak SKSS juga telah selesai semuanya dan Ustazah Zurida akan tukarkan kepada nilai ringgit.
Dalam saya menguruskan bantuan-bantuan kepada murid-murid di sini, kami juga melihat kepada beberapa waris yang kurang berkemampuan dan lawatan sosial dengan membawa sumbangan dijalankan. Sumbangan juga diberikan kepada seorang murid yang baru kehilangan ibunda yang telah kembali ke rahmatullah kerana barah. ALHAMDULLILAH, laluan saya dan guru-guru melaksanakan amanah dan tugas lancar dengan keberkatan bulan Ramadhan dan keizinan DIA YANG ESA.
Hari ini , sekumpulan rakan guru sibuk menaikkan bendera...dan ada yang pula nak pasang lampu..jadi MERDEKA RAYA.....Jauh di sudut hati saya dalam kesusahan dan musibah ALLAH s.w.t tetap berikan penawar dengan didekatkan sahabat-sahabat rakan guru yang membantu tanpa jemu menjayakan setiap kerja buat, melancarkan semua urusan. Terima kasih semua, budi baik, sumbangan tenaga dan idea kalian hanya ALLAH s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.
Doa dan Harapan saya, tahun kedua saya di sini , agar anak-anak SKSS dapat menyambut Aidil Fitri dengan senyuman dan semua anak-anak saya di sini adalah kekuatan saya......
No comments:
Post a Comment