Followers

Thursday, August 9, 2012

UJIAN RAMADHAN.....

Salam Ukhuwah, salam Ramadhan,

Lebih tenang rasanya Ramadhan kali ini, sebab in tahun kedua aku dekat dengan rumah semasa bulan mulia ini. Paling lewat jam 2.30 sudah dapat berada di rumah..syukur, Lebih banyak hari-hari berbuka dnegan menu air tangan sendiri, sebab masa yang dianugerahkan untuk kali ini. Sebelum ini, jam 6.00 atau 6.30 petang baru sampai di rumah, jadi main tunjuk-tunjuk aje la menu berbuka.....Inilah ramat dan hikmah HIJRAHku Julai 2011 lalu....

Ya Allah, ada beberapa peristiwa yang hadir dalam bulan yang mulia ini atau mungkin ENGKAU mahu tunjukkan sesuatu kepadaku, atas kelalaianku dan tingkahku yang kurang berhati-hati dalam menjalin persahabatan atau hubungan.

  • Seorang rakan guru sakit yang mat setelah bertukar tempat. Bisa di setiap sendi, semua makanan akan keluar kembali apabila masuk ke mulut.
  • Seorang rakan yang lain, sakit satu badan, amat lemah dan selelau bermimpi aneh & ngeri, terjumpa ular...
  • Dua  dari rakan tidak seselesa dahulu...?????
  • Ramai juga rakan-rakan merasa sesuatu yang pelik...!!!!!!
  • Bos saya juga sakitttttt dan bisa-bisa satu badan...
Ya Rabbi, diriku sendiri juga rasanya mula merasai sesuatu yang tidak berapa selesa dengan badan, tapi ku pujuk hati...ala..puasa..angin la tu. Kekadang hanya unutk memalingkan badan sewaktu tidur terasa amat berat sekali...Ujian apakah ini?

Sering dalam aku kesulitan, ada seorang insan yang akan hadir dalam mindaku...adinda Mariatulshima. Khamis lepas aku nekad hubungi beliau, lagi pun dah lama kami tak berbual..masing-masing sibuk. Ku cerita sedikit apa yang aku dan rakan-rakan alami, sebelum ini aku kenal seorang Ustaz yang sama bertugas dengan sis Maria, banyak Ustaz memberikan zikir dan amalan untukku kitika hati resah dan gelisah.

Jumaat, dua rakanku  nekad unutk berjumpa dengan Ustaz, sebelum ini seorang rakan guru yang dihormati di sini memesan agar...kami semua tidak lekang dari wuduk...Slot pada mulanya difikirkan unutk mendapatkan zikir dan amalan pendinding dan penguat semangat menjadi slot berubat... YA ALLAH, jauhkan kami dari segala syaitan, jin dan iblis durjana, dari orang-orang yang busuk hatinya dari perkara-perkara yang buruk. Seorang rakan dapat dipulihkan dengan izin ALLAH buat sementara waktu. Kami balik dengan petua Ustaz agar amalkan 313 kali Bismillahhirahmanirahim, ayat Qurysi dan beberapa ayat yang diamalkan setiap selesai solat. malan tu, saya dan rakan-rakan yang bertiga ini agak terganggu.... YA ALLAH...lindungilah hambaMU yang lemah ini.  Rakan saya yang agak lemah teruskan perubahan cara Islam dengan berubat dengan seorang Ustaz di Ipoh. Syukur hari Isnin, tadi wajahnya sudah ceria ..... hari Minggu yang lalu (Ahad), saya mula mencari maklumat di internet tentang SIHIR, banyak info yang saya dapat....banyak yang sinonim dengan apa yang berlaku pada saya dan rakan-rakan...ALLAH HU AKHBAR.....semua ini harus ditamatkan.

SYUKUR dengan izin ALLAH s.w.t, aku dapat harungi tiga hari ini dengan amalan dan zikir yang Ustaz berikan. ISNIN, Bos saya mengadu amat sakit satu badan, sekit di sendi2, berpeluh di awal pagi......pabila beliau datang bertanya...jawapanku .." pergilah cari mana-mana Ustaz..berubatlah, jangan pergi cari bomoh...cari ustaz ya..."

Semoga ujian kecil dan petanda ini sebagai amaran dan peringatan agar saya dan semua rakan-rakan lebih berhati-hati dan berwaspada. Saya mungkin tak akan percaya pada benda macam ini, kalau tidak lihat sendiri dengan mata kepala. Pabila melihat seorang rakan berubat... YA ALLAH. Bos saya juga berjumpa dengan Ustaz Suhaimi ( amat terkenal di sini)...jelas ada yang tidak kena dan harus diubat bagi mendapatkan diri yang dulu.

Esok, Jumaat..bermakna seminggu sudah  dan SYUKUR, seperti pesanan Ustaz pada saya...siapa yang rasa pelik, sakit berubat....ramai yang berubat dan nampaknya keadaan semakin baik. Esok juga akan diadakan Khatam Quran, moga dengan alunan ayat-ayat suci ini dapat menghindarkan segala sihir dan kejahatan dari kami. Peristiwa ini adalah iktibar dan pengajaran Ramadhan pada saya dan rakan-rakan. Walau apapun terjadi akan sentiasa berfikir POSITIF......di bulan ibadat ini, maka saya dan rakan-rakan harus melipat gandakan agar terhindar dari segala masalah dan sendiri merasakan ALLAH S.W.T dekat dengan diri  dan semoga dengan musibah ini saya dan rakan-rakan akan bertemu dengan Lailatul Qadar tahun ini....



   

No comments:

Post a Comment