Salam ukhuwah.....
Ya allah berikan kekuatan fizikal, mental dan emosi
Hamba perlukan kekuatan bagi mengumpul sepenuh semangat...
Setelah menjalani minggu yang agak mencabar dengan tetamu yang diundang tetapi tidak sependapat
Rasanya malas hendak melayan perkara yang tidak akan mendatang sebarang kebaikan.
Sibuk dengan membimbing dan memantau pendaftaran ke tingkatan satu....
Membuka tender dan menerima sebutharga kantin 2013.....
Semalam, Pegawai PPD menghantar satu pesanan menyatakan hari ini , kantin sekolah saya akan dinilai untuk ke peringkat negeri.....
Saya tak rasa nak mencuba dalam pertandingan ini sebab kantin dah habis tender akhir tahun ni,
Terus saya hubungi Pengusaha kantin dan sampaikan info.....alhamdullilah beliau amat positif
GB (abah) yang sedang berkursus turut hubungi saya.....saya akur dan akan cuba terbaik dan termampu...
Tadi, saya dikunjungi oleh seorang pegawai dari Pejabat Kesihatan bagi memantau kantin (comei orangnya, baik tutur bahasanya). Membantu apa yang kurang, banyak perkongsian dicurahkan. Terus info tersebut saya salurkan kepada semua kakitangan kantin dan guru jawatankuasa kantin......
PESANAN saya....."saya suka kita terpilih, tahniah. Biarlah pegawai yang pakar datang menilai kita, bila kita dapat teguran barulah kita akan ada penambahbaikan, menang kalah urusan ALLAH, yang penting kita usahakan terbaik mungkin".....
Seperti jangkaan saya jentera saya ini mula bergerak dari hari ini sehingga selesai pertandingan....
SYUKUR...saya mohon tangan , kaki, minda, tenaga dna usaha kalian bagi KEKUATAN semangat saya.
TERIMA KASIH GB (abah) menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan pada saya, Kak bibah (pengusaha kantin)...yang memberikan sokongan dana dan keceriaan, kakitangan kantin semua dan tidak ketinggalan jawatankuasa kantin.....USAHA dan PERMUAFAKATAN kalian adalah kejayaan bagi saya....
Pagi ini juga saya terima satu panggilan telefon dari pegawai PPD unit PPDa, "cikgu dah siap ka laporan dan CD?"....hi3.....
Antara percaya atau tidak!!!!!!!!...antara suka atau terkejut........antara bersyukur atau ??????
Sebenarnya , saya telah menubuhkan sebuah Galeri PPDa sebagai projek kursus NPQEL saya bersama IAB, dalam masa yang sama saya jadikan ia projek inovatif dengan kerjasama PPD.
Projek saya telah dikunjungi oleh Pegawai PPD dan JPN.......
Memang saya berhajat untuk membawa projek ini ke peringkat yang lebih tinggi , tapi mungkinn tahun depan
Tak sangka pula terpilih tahun ini.....
Saya mencabar diri saya sendiri untuk memberikan terbaik dan termampu...percubaan pertama
I.allah, saya juga perlukan semangat, minda, tenaga warga SKSS bagi menjadi KEKUATAN saya.....
I.Allah tujuan dan matlamat kita adalah untuk murid....ALLAH akan bersama kita, Allah akan pinjamkan kita kekuatan luar biasa.....
"Usaha yang luar biasa , pasti akan hasilkan kejayaan yang luar biasa. Usaha yang biasa2 sahaja, akan hasilkan hasil yang biasa sahaja".
Walau dalam apa perkara, apa bicara, apa kata sentiasa bersandar pada ALLAH s.w.t.
No comments:
Post a Comment