Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia,
Penghujung September yang penuh kesibukan....
Selesai UPSR, ramai guru berkursus- KSSR, tanda kertas UPSR dan sebagainya
Termasuklah saya yang berkampung di Amanpura Hotel selama 3 hari ( 23-25 Sept 2012), bagi meningkatkan kemahiran menguruskan HEM di sekolah.
Sekembali ke sekolah pada hari Rabu, ada satu kes yang bagi saya bukan boleh dipandang mudah..
Guru Disiplin melaporkan dan memanggil murid-murid yang terlibat bersama saksi....
Melihat muka-muka anak-anak (masih bawah 12 tahun), satu keluhan kecil dari saya..Ya Allah baru 12 tahun, nanti kalau pergi SM mana mana lah kamu ni?
Disebabkan kes ini, unit disiplin dan pengawas segera membuat "spot chek".....8 h.phone berjaya dirampas, semua kerja murid tahun 6.....Mulakan prosedur dengan mencatat kesalahan murid dalam buku rekod disiplin sebagai rutin ,membuat surat kepada waris dan saya sendiri menelefon semua waris. Terima kasih pada Unit Disiplin dan guru-guru yang terlibat kerana menjalankan tugas dengan dedikasi bertujuan bukan hanya mengajar tetapi mendidik anak-anak di sini.
Saya , tetapkan perjumpaan waris pada 27 Sept bagi berbincang dan membuat tuntutan hand phone anak mereka. Tujannya adalah bagi kedua-dua pihak (guru dan ibubapa) akan lebih memantau aktiviti anak-anak agar mereka akan cemerlang ke langkah seterusnya, Syukur ramai waris yang jelas dan FAHAM serta amat berterima kasih kepada guru-guru saya ( Ini adalah waris yang amat sayangkan anak), kita tegur anak beliau sekali, beliau tegur berkali2.....
Malang bagi dua waris dan dua anak didik kami.......keluhan kecil saya muncul lagi. Pada 27 Sept seorang waris wanita yang amat saya kenali (mungkin saya tak kenal hati budi, cuma kenai luaran- hari ni saya kenal luar dalam), sukar menerima salah laku anak beliau sehinggalah guru disiplin saya menunjukan bukti dan mesej2 dari hand phone anak beliau sendiri. Rasanya diakhir perbincangan semua telah selesai. Untuk slot pertemuan waris ini saya masuk dimana yang patut sebab saya dilawati oleh unit kesihatan untuk pemeriksaan aedes di sekolah (syukur semua OK), ramai juga para waris tahun 6 yang hadir bagi bertanyakan tentang pemilihan SM anak mereka. Selesai hari persekolah hari ini dengan Mesyuarat guru, saya sampai di rumah dalam pukul 6petang......hujan....amat letih.....
28 Sept 2012, waris yang sama semalam , yang namak tidak puas hati hadir bersama seorang waris lelaki (tok wan murid terlibat). Gaya, lagak, bahasa menunjukkan SERANGAN kepada sekolah mungkin atau saya secara peribadi....hi3....yang lawaknya..siap panggil saya "Puan ...." sebelum ni dah dekat 20 tahun tak pernah pun panggil saya Puan , patutnya dari dulu panggil saya Puan atau Cikgu (penat tau saya belajar nak jadi cikgu ni....hi3)....SYUKUR lah ALLAH s.w.t memberikan saya ILMU, PENGALAMAN dan KEMATANGAN. Saya tidak sekali-kali melatah.....Kedua2 waris yang tak puashati ni saya bawa masuk bilik GB untuk perbincangan dan saya panggil semua guru yang terlibat (GB saya ke PPD).
"Ya , Pak Cik apa yang boleh saya bantu?Pak cik nak ambik telefon cucu ke?"
" Ni apa ni cikgu, cuba terang sikit saya xfaham......"
Saya menjelaskan satu-persatu laporan kes yang diambil oleh guru disiplin saya dari buku laporan dan fail dan di akhir penerangan saya..."biasalah Pak cik budak2, tujuan kami membuat teguran ni bagi mencegah perkara lebih buruk belraku. Sekiranya kami tak ambil tindakan, budak2budak ni tak akan serik"....
SYUKUR, dalam 10 minit GB saya sampai dari PPD, Saya memperkenalkan kedua-dua waris pada GB.
Sekali lagi murid-murid yang terlibat dipanggil untuk mencerita kes tersebut....
Selesai sesi bersama murid, perbincangan berlaku antara waris2 dan guru2 termasuk GB....
Pak cik tadi rasanya puashati dengan penerangan dna perbincangan dan sain surat akuan salahlaku cucu beliau . Pada pandangan saya mesti ada sesuatu yang berlaku di luar sekolah yang menyebabkan Pak Cik tadi pada mulanya MARAH.
Waris yang perempuan masih di dalam biik GB, ini lah masanya saya nak "trip" apa yang berlaku di luar....
" Macam mana boleh mai sekali dengan Pak Cik. Y?"
"OOOO...semalam p rumah Pak Cik Y , nak tanya kenapa cucu ia tak mai sekolah".
Dalam hati saya......wah prihatinnya waris ni, ambik berat tentang murid. Sanggup p rumah nak tanya kenapa tak mai sekolah, cikgu pun tak buat macam tu...kiranya takat sehari tak mai sekolah. Ka, p rumah Pak Cik Y nak BAKAR ajak mai SERANG sekolah? Kasihan........kenapa tak bawa suami sendiri sahaja kalau ada benda yang tak puas hati?
Jangkaan saya TEPAT, waris ni tak dapat terima salahlaku anak beliau , libatkan orang lain. Yang lebih menyedihkan adalah libatkan keluarga terdekat saya (kasihan)....Itulah, bukan senang nak mengawal anak perempuan..ujian yang datang dalam bentuk pelbagai. Cuma kita tabah ke tidak...
SERANGAN peribadi turut dilemparkan pada saya...saya hanya tersenyum. Ini sekolah, saya berkerja secara profesional. BODOH lah saya melatah kerana awak yang tak pas SPM.....hi3.
MALU..MALU ni kata waris ni , satu kampung dah tau.... Guru Besar saya jawab "macam mana satu kampung tau? Kami kes sekolah tutup di sekolah. Puan le yang p cerita satu kampung ...."
MALAS la saya nak melayan waris yang (TAK SAYANG ANAK, KONONNYA SAYANG ANAK), cuba nak tutup salah anak, masuk sebelah anak depan2. Kasihan dan amat kasihan MAK ini , MALANG sangat MALANG anak ini.
Sekarang satu sekolah tak akan kisah PERILAKU SALAH anak "mak" ini.....sebab bagi "mak" ini cikgu tuduh anak dia...anak dia taksalah,anak dia baik walaupun BUKTI ada depan mata.
Saya amat BERTERIMA KASIH pada semua guru-guru yang amat prihatin tentang disiplin anak-anak murid kita di sini. GAGALnya sahsiah seorang murid ini bukan salah kalian, terang-terang "MAK" dialah GURU dia sebenarnya.
Walaupun saya guru versi ibu...kiranya guru menyatakan anak saya salah, saya akan menghukum berganda dari hukuman sekolah..... sebab saya mememang sayang anak saya. betui pujangga lama menyatakan " Sayang Anak tangan-tangankan""....
Pesanan saya buat semua Para Guru versi Pendidik....teruskan mendidik, mengasuh,mengajar walaupun kita dicerca, sebab hanya ALLAH penilai untuk semua kerjabuat kita.
Buat para waris...kiranya tuan/puan tidak mempercayai organisasi sekolah, tidak percayakan guru....ajarlah anak sendiri ,Mungkin tuan/puan lebih PAKAR. Kiranya anak berjaya tuan puan akan bangga, kiranya anak gagal, tuan puan juga akan terima. SEKARANG bukan cemerlang akedemik sahaja, kecemerlangan sahsiah perlu seimbang. Jelas kiranya makbapa tak percayakan cikgu....kami para guru tak harapkan kepercayaan anak-anak tuan/puan.
Guu sentiasa menjadi Lilin Membakar DIRI unutk MENERANGI orang lain....
Saya berSYUKUR saya seorang guru....
Wasalam......
Semua semua guru versi ibu atau bapa TABAH, dan semua ibubapa versi ibubapa yang sayang anak, sayang anak cara yang betul....
ReplyDelete