Minggu lepas saya agakjem dengan 2 perkara yang bertindan, pertama Bilik PPDa akan mewakili Penang ke peringkat kebangsaan, saya perlu siapkan 3 FOLIO berjilid dan 3 CD - Movie maker ttg PPDa. Terima kasih pada yang banyak membantu Wan Su (Kaunselor), Sir Zack (Penyelaras PPDa) dan Cikgu Rosli ICT (CD).....SYUKUR semua bahan dokuentasi dan sesi pemantau ke Bilik PPDa ini selesai pagi Isnin dan maklumbalas dari JPN dan PPD amat mengembira dan membanggakan.
Kantin.....pertandingan saat akhir, pabila saya bertanyakan pada rakan di PPD kenapa tak maklumkan lebih awal, katanya PPD yg calonkan....adoiii bos yg nak SKSS masuk sebab kantn cantek & baru. So , macam komander la saya, agihkan apa yang patut pd AJK Kantin....berkampung la sabtu ahad di sekolah, SYUKUR markah pengreddan amat baik 94%.
Putri Bongsu (Ayu Suffina - Good Luck for PMR 2012)
Jadi , sekarang berikan saya ruang dan waktu untuk Putri saya. Putri bongsu yang menduduki PMR mulai semalam (kertas BM dan Agama(, hari ni bari selesai- Geografi, pagi tadi B.Inggeris). Selesai 4 paper...yang saya dengar semua ok, BM je susah sikit...ni la yang menakutkan putri2 saya...lebih yakin dan pandai BI dari BM....apa pun doa dan kasih sayang saya dan keluarga (terutama walid ayu) sentiasa bersama anakanda bongsu niiii....kakak pun sanggup meluangkan masa dan latih adik yang sorang niiiii.....ini semua ubat keletihan saya dengan kerjabuat yang agak banyak kebelakangan ini.
Jom Kenali Sababat......Sahabat yg BAIK akan berkata BENAR w.pun PAHIT
Kenali Sahabat......seperti kes yang sudah-sudah yang pernah saya lalui selama bergelar pendidik dan insan di mukabumi ini. Apabila ada musibah (masalah), kita akan lebih mengenali siapa sahabat kita. Untuk 3 malam siapkan FOLIO, siapa yang membantu, siapa yang mengulurkan tangan, masa dan tenaga....
Untuk kekalutan persediaan kantin- siapa yang menghulurkan bantuan tenaga dan masa?....
Ya Allah dengan adanya sesuatu perkara, saya dapat kenal dengan lebih mendalam siapa sahabat-sahabat di keliling saya.
Bukan keluhan tapi kesyukuran, kerana peluang dan ruang ini dapat dapat untuk mengenali lebih dalam setiap insan yang berada di sekeliling saya buat masa ini. Ada yang hairan dan bertanya.....saya masih boleh senyum, boleh bergerak . Ha3...itu la saya, kalau saya melakukan sesuatu , saya akan buat sehabis mampu dan sehabis baik, w.pun sendiri.......
Tapi SYUKUR saya, ramai sahabat di SKSS yang ikhlas membantu menjayakan setiap perkara yang diambil. Saya semakin kenali anda semua hari ini..keran masa, ketika mengajar saya mengenal anda.
Maaf pada dua tiga orang sahabat yang "berangin" skit. Saya adalah orang yang akan berkata benar walaupun pahit. Jadi kiranya kalian anggap saya apa pun, ada saya kisah. TIDAK. Saya akan terus melangkah ke hadapan. Malah , saya akan lebih FOKUS. Maaf, anda gagal melemahkan...ada saya kisah bila anda bergossip, bila nampak bayang saya , anda terdiam......????
Dalam kerjabuat saya sikit pun tidak menganggu, 2 3 orang seperti anda memang ada di mana-mana jabatan pun....itu ancaman, tapi saya ambil kekuatan dan peluang yang ada bagi membuang ancaman.
Kita manusia, tidak lepas dari ada kelemahan dan sejarah masing-masing.
Setiap orang ada sejarah.....titik hitam masa lalu , bukan penjelasan masa depan
Bersihkan HATi wahai sahabat-sahabat saya di luar sana....
Meruntuhkan silaturahim ( dua sahabat baik bermasam muka- sindir menyindir dlm FB) bukan sesuatu etika yang baik dan bermoral.
Harapan saya kekusutan yang ada dan gossip ...(siapalah si Nana Yuzir) .....akan terungkai,....yang hitam akan menjadi putih....yg haram akan menjadi halal...yg berdukacita akan gembira dan bahagia....
Tapi biarlah BAHAGIA milik semua.....jangan ada yang bahagis atas duka orang lain....
SYUKUR....setahun 3 bulan di sini...saya kenali SAHABAT .....
Semoga semua kerjabuat saya dalam Lindungan ALLAH S.W.T.
Berkata BENARlah pd sahabat w.pun ianya PAHIT, kerana persahabatan yg IKHLAS perlukan ketulusan HATI. Sahabat yg Baik tidak akan burukkan lg situasi dan meninggalkan sahabatnya dlm kegelapan.....
ReplyDeletesetuju.
Delete