Followers

Thursday, October 11, 2012

PERASAN atau PERASAAN

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia......

Alhamdullilah, Putri bongsu saya selesai 6 kertas PMR, tinggal dua kertas sahaja (Math & KH)...
LEGA rasanya lihat senyuman dibibir cek mek ni bila selesai satu persatu kertas peperiksaannya...

Hari ni, saya dan kumpulan jawatankuasa kantin masih menanti lawatan penilaian dari Pejabat kesihatan dan juga JPN bagi penilaian kali ketiga.....nampaknya tetamu yang ditunggu tidak hadir..mungkin esok atau minggu depan.....sebab kata penilai pertama dalam dua minggu dari tarikh beliau hadir..so tunggguuuuu aje laaaa...hi3

PERASAN......atau hanya PERASAAN saya sahaja? Tapi saya yakin dan perasan ada sedikit perubahan di dunia kerjabuat saya hari ini dan kebelakangan ini, semuanya berpunca dari Wanita Misteri yang saya tuliskan terdahulu "Nana Yuzir".

PERASAAN saya kuat mengatakan Puan Nana Yuzir ni dekat dengan saya, mungkin kenal saya tapi masih misteri untuk saya tahu siapa dia. Banyak nama saya "Yong Jura" disebut dalam statement beliau. Rasanya kalau dia tak kenal saya kenapa nak sebut nama saya? Saya tidak pasti apa motif beliau? Nak pecah belahkan warga sekolah saya ke? atau nak malukan seseorang? atau nak membalas dendam? ATAU ada motif yang baik yang saya tidak dapat baca/selami? Kalau motif nagatif, suka saya nyatakan di sini anda berjaya melaga2 sebilangan kecil  warga sekolah saya. Kalau Motif anda BAIK? apa ya...nak mengajar dan memberi teladan?????? entahlaaa.....tapi nak mengajar siapa?

Kecoh, kononnya anda ada gambar guru saya berdating di Bukit Bendera. Kenapa ya? kenapa nak sibuk urusan peribadi orang lain.....pengajaran buat diri saya sendiri "jaga tepi kain sendiri, jangan sibuk tepi kain orang...nant kain sendiri yang koyak tak sedar".  MEMANG ada perjumpaan guru saya di luar, tapi itu urusan peribadi mereka. Lagi pun hujung  minggu, bukan hari berkerja. Kenapa nak libatkan semua warga? Yang berkenaan telah pun membuat pengakuan, gambar mereka pun telah disebar luaskan.

Saya amat YAKIN pada 6 perkara, Jodoh, pertemuan, ajal, maut, qada dan qadar. Dari pandangan umum memanglah salah perjumpaan (dating) antara dua rakan saya ini. Tapi bila mendengar penjelasan kedua keluarga faham dan tahu tujuan perjumpaan itu...siapa lah kita nak berkata-kata? Saya percaya setiap kejadian yang berlaku dan telah berlaku adalah dengan izin ALLAH s.w.t, samada ia dalam bentuk UJIAN atau ANUGERAH, semuanya ada hikmah.Termasuklah ujian ALLAH pada saya, pada Puan Nana dan pada 2 rakan guru saya ini.

Saya tetap berkata BENAR kepada insan-insan yang terpilih dalam ujian ini, w.pun PAHIT. Yang salah tetap salah dan jadi marilah kita jernihkan serta betulkan kesalahan.Mana ada manusia yang tidak pernah berbuat SILAP dalam dunia ni, bila kita sedar kita salah dan silap, kita kembali kepada ALLAH S.W.T.

Saya PERASAN, ada dalam kalangan rakan guru yang bergosip & menjauhkan diri. Ingat-ingatlah, bergossip sama dosanya dengan mengumpat, buta-buta saja mangsa gosip tu dapat pahala.....peperangan ini antara Puan Nana Yuzir dan seorang dua rakan guru kita. Yang lain tolong fokus pada kerjabuat kita. Saya PERASAN ada yang sibuk tgok gambar2 yang Nana Yuzir edarkan sampai tak masuk kelas. Sedar tak kita amanah dan tanggungjawab serta duit ringgit (gaji) kita adalah dari titik peluh mengajar. Sanggup tak masuk kelas......biarkan budak2 (Ini saya sangat marah- kelas sangat bising sehingga saya terima komplen dari org luar). Puan Nana Yuzir ni nak malukan sasaran beliau ke atau nak jatuhkan sekolah ? Kasihan murid-murid saya?. Saya tak kisahpun tentang gambar tu, ramai yang datang bercerita, dah namanya pergi BB tempat yang menarik, sure la ada gambar kenangan...kenapa kita nak sibuk sampai hilang fokus pada kerjabuat kita. Tambahan pula buat masa ini banyak perkara yang perlukan komitmen tinggi dari kita.

Buat Puan Nana Yuzir yang BUDIMAN, tolong lah berperang cara sihat. Hadirkan diri sebagai diri anda sebenar dan saya boleh izinkan anda gunakan bilik khas untuk merungkai kekusutan atau ketidakpuasan hati anda dan berjumpa dengan guru berkenaan. Semoga selepas pertemuan ini anda akan TENANG. Kalau hadir dengan gambar dan nama samaran sape yang nak layan, jadi hadir seadanya anda, kalau benar anda tidak mempunyai niat yang tidak baik...anda patut kenalkan diri anda. Anda terpilih untuk diuji, redha . Pasti ALLAH tahu anda kuat sebab itu ALLAH menguji anda. Pesanan ayah saya " lagi kuat iman seseorang, lagi besar jenis iblis dan syaitan yang dihantar untuk menyesatkan kita". Jadi redha dan berserahlah pada ALLAH S.W.T.

Buat dua rakan guru saya (yang ada dalam gambar). Muhasabah diri...ambil jalan penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Berserah pada ALLAH s.w.t, ambil petunjukkan dari DIA......kalau janji ALLAH begitu maka jadi begitu lah.....UJIAN tidak mengenal siapa kita , kita diuji semampu kita.....bulatkan hati dan berserah pada Allah.

Buat rakan2 yang lain. Tak salah kita mendengar, tak salah kita melihat dan tak salah kita sekadar ambil tahu. Jangan pulak kita jadi kera sumbang kat sekolah sendiri (laaaa ada ceramah ke tak tau pun). Yang sekolah ada aktiviti tak ambik tahu yang cerita kisah peribadi orang tahu dari A to Z.  Saya masih ingat kata-kata mantan pengarah JPN ( TOLONG AMBIL TAHU PERKARA YANG BERLAKU DI DALAM JABATAN ANDA, JANGAN BUAT-BUAT TAK TAHU) . Jadi semua kita patut ambil tahu, tak tahu sila bertanya apa program sekolah hari ni, minggu ni, siapa yang datang melawat dan sebagainya.

Yang saya PERASAN. Silaturahim kita bergegar . Mungkin boleh dijadikan teladan dan sempadan. Tapi biarlah kita merenung pada silaturahim yang telah dibina. Berapa tahun kalian kenal 2 sahabat kita itu, berapa bulan kalian kenal Puan Nana Yuzir? (Yg merahsiakan identitinya). Saya baru kenal setahun lebih  2 sahabat itu yang bagi saya kerjabuat mereka A, Puan Nana Yuzir ni mmg saya tak kenal, saya tanya pada rakan2 lain mereka pun tak kenal? Ini Ujian pada kita dalam PERSAHABATAN. Kalau ada perkara yang kusut, bertanyalah terus kepada sahabat lama kalian ini, beri peluang untuk menjelaskan. Bukan rugi pun........

INGAT, tidak sentiasa kita akan berada di atas, kekadang kita di bawah. SAHABAT yang baik akan ada PERASAAN ingin membetulkan yang salah, cuba memberikan tunjuk laluan yang betul. bukan terus menghukum. Macam yang saya katakan " Sahabat yang BAIK akan berkata BENAR walaupun PAHIT". Agama kita melatih kita agar MEMAAFKAN setiap insan seblum kita melelapkan mata setiap malam. Jadi kalau ada yang bersalah bukan kita yang patut menghukum, biarlah ALLAH yang menilai dan menghukum kerana ALLAH melihat tanpa leka......kita hanya melihat dari mata kasar sahaja.

PERASAAN saya biarlah masa dan waktu yang menentukan segalanya. Rencana ALLAH S.W.T sangat INDAH....sebab itu saya amat PERASAN selepas hujan panas pasti akan hadir pelangi yang indah. HARAPAN saya agar semua warga sekolah saya akan menjalin ukhuwah yang erat seperti sebelumnya. Kita patut kukuhkan silaturahim sesama kita bukan berpecah belah kerana seseorang yang tidak tahu asal wujudnya. Kiranya SAHABAT kita tersesat...sama-sama lah kita pimpin tangan mereka kembali ke pangkal jalan. Agar kiranya kita pula diuji dan tersesat, ada tangan yang akan dihulurkan untuk memimpin kita dan memampah kita bangun untuk terus melangkah ke hadapan.

Semoga PERASAN dan PERASAAN sentiasa dalam POSITIF.......


No comments:

Post a Comment