Followers

Wednesday, October 3, 2012

Wanita Misteri......

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia...

Sejak dua tiga minggu yang lalu, saya menerima request dari seorang insan untuk menjadi kawan saya dalam FB ( nama FB beliau "Nana Yuzir"- gambar profail wanita kartun). Saya ingatkan anak murid saya, sebab anak murid saya suka sangat guna gambar samaran, terus saja terima.

Pada hari minggu yang lalu (ahad lepas), semasa saya baru "chek in" di Amamputra Hotel bagi mengikuti satu Kursus berkaitan kerjabuat saya, saya santai membuka FB saya... ada 3 komen dari Nana Yuzir. Pedas juga dan ditujukan kepada seorang rakan guru saya (guru di sekolah saya), Nana Yuzir siap tulis nama cikgu berkenaan.

Saya memantau profail Nana Yuzir ..tak ada apa info dan saya melihat Mutual Friend dengan saya, saya hubungi seorang rakan guru yang bersahabat dengan beliau dan minta penjelasan , siapa Nana Yuzir, beliau juga buntu....Akhirnya saya unfriend kan Nana Yuzir, sebab tujuan saya buka FB adalah bagi mengukuhkan dan  menjalin silaturahim dengan kekawan, tak mo gaduh2 maaa.... anak memantu saya semua baca wall saya... kalau nak gaduh tlong la ke wall orang lain (rasanya orang lain pun tak suka).

Hari2 berlalu, saya perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Nana Yuzir dan seorang rakan guru di sekolah saya.....gaya dan cara nampaknya Nana Yuzir amat terluka dengan guru tersebut....
Puas juga saya ditanya oleh rakan guru yang lain....siapa nana yuzir? saya sendiri juga bertanya kepada rakan guru lain lain....rata2nya tidak kenal siapa nana yuzir.......sungguh misteri, sebab ayat dan bicara Nana Yuzir , seperti beliau dekat dengan warga sekolah saya....banyak rahsia guru2 saya yang tidak diketahui ramai, Nana Yuzir tahu......Siapakah anda Nana Yuzir? Kalau saya kenal anda dan anda kenal saya, muncullah sebagai diri anda sendiri.....

Pada fahaman saya, Nana Yuzir terluka...amat terluka.....Maaf saya bertanya sendiri kepada anda siapa anda kerana saya ikhlas mahu mengenali anda yang sebenarnya.....

Betul kata anda, saya tidak merasa sakit dan terluka kerana suami saya tidak digoda oleh si A, ke B ke....Allah tidak menurunkan ujian sedemikian pada saya. Anda terpilih untuk diuji cara ini, i.allah pasti ada hikmah di sebalik ujian ini, Berserahkan segalanya pada ALLAH, rencana ALLAH adalah terbaik buat kita.

Saya juga diuji, tetapi ujian yang tidak sama dengan anda. Saya juga pernah kecuncang, renbah, terluka, terguris kerana ALLAH memilih ujian untuk saya adalah dengan menguji anakanda iaitu putri kesayangan saya. Enam bulan saya ambil masa untuk muhasabah diri menerima ujian ini dengan redha dan tenang, syukur akhirnya saya faham....setiap ujian ALLAH ada nikmat dan hikmahnya...saya amat dekat dengan putri saya kini.......putri saya lebih faham cara kasih sayang saya pada beliau......

Puan Nana Yuzir, tiada apa yang mampu saya katakan pada Puan , kerana Puan terlalu misteri.....hanya bersabarlah, banyak-banyak bersabar dan berserah pada ALLAH....i.allah, saya doakan Nana Yuzir juga akan mendapat sinar kebahgiaan di dunia dan akhirat. Kenapa anda diuji, kerana anda insan terpilih. Itulah yang saya selalu snadarkan pada diri saya...kenapa saya diuji kerana Allah sayang saya dan saya insan yang ALLAH pilih untuk menerima ujian NYA.

Akhir kata....ingin saya kenali wanita msiteri ini dengan lebih dekat, mungkin saya boleh turut membantu sekadarnya bagi meringankan luka di hati beliau.....


3 comments:

  1. ye ke?..tau tau leee....misteri sungguh

    ReplyDelete
  2. Nana dgn Yuzir mungkin pasangan yg diduga dgn masalah...fb dijadikan tempat utk meluahkan perasaan..sepatutnya luahkan kpd yg ESA noo....

    ReplyDelete