Salam Ukhuwah, salam IMalaysia,
Sedar tak sedar telah 43 tahun saya berpijak dimukabumi ini..
Bukan satu usia yang singkat....Ya Allah Syukur atas limpah kurniaMu meminjam Usia, masa, tenaga, fikiran dan Iman selama ini.
Doa saya semoga saya akan sentiasa dalam lindungan Mu YA TUHANKU....
Terima kasih pada semua , insan-insan tersayang, insan di sekeliling yang "wish" Selamat Hari Lahir pada saya. SYUKRAN......semoga anda juga dilimpahi rahmatnya....
Syukur, penilaian Kantin peringkat dareha ke Negeri selesai semalam dengan Mesyuarat Penutup yang banyak memberikan maklumat dan ilmu baru pada saya dan rakan-rakan. Terima kasih Ust Hazlina, Ust Suriyati, Pn Akma, Ustaz Zabidi dan pengusaha kantin Puan Habibah yang memberikan sokongan selama ini sehingga lah selesai majlis penilaian ini. I.Allah ada rezki adalah tempat kita di peringkat negeri, tapi w.apa pun keputusannya, anda telah menang di hati saya......beberapa rakan yang saya amanahkan sesuatu dan mengaku pada hari semalam tapi tak nampak batang hidung. TERIMA KASIH....saya makin mengenal anda.
Syukur Alhamdullilah juga dipermudahkan ALLAH kepada kerja buat saya, selesai sesi penilaian, saya teruskan dengan Mesy Pembukaan sbeutharga Kantin yang agak tertangguh kerana ramai AJK yang berkursus. Selesai sahaja di dokumentasikan, hadir beberpa orang pegawai PPD, saya teruskan dengan Mesyuarat Pemilihan Kantin yang sepatutnya di adakan pada 15 Okt, tapi terpaksa saya laksanakan semalam 16 Okt. Alhamdullilah, 3 kerjabuat saya selesai hari ini.....
Hari ni, saya tumpukan pada kerja pengurusan - on line thn satu, tingkatan satu, surat panggilan KWAPM, surat kepada pembida kantin.....ala...line tak berapa bagus, jadi saya ubah suai bilik ajeeee...sambungan dengan minit mesyuarat yang semalam. Teruskan dengan mesyuarat perkhemahan dan hari kanak2.
Syukur alhamdullilah.....saya sibuk sangat, jadi saya tak perlu ambil kisah kes "nana yuzir" sebab polis dan PPD dah ambil kes ini. Tapi sewaktu makan pagi...masih panas isu ini dalam kalangan beberapa guru selepas saya keluar bilik makan.....Hai la cikgu2 sudah2 laaaaa.....berpaksilah pada KEBENARAN dan KENYATAAN bukan alam sesawang yang MISTERI....
Kadang-kadang saya kasihan pada segelintir kawan yang tidak dapat membezakan yang mana BENAR yang mana SALAH.....harapan saya semoga KEBENARAN akan hadir secepat mungkin....Saya hanya senyum bila nama saya sekali sekali dinaikkan dalam kes ni......Bukan satu masalah atau gangguan pada saya....cakaplah apa nak cakap yang penting ALLAH melihat segalanya.... dan SYUKUR saya kenal kalian disekeliling saya dgn JELAS. Mudahlah saya mengatur kerjabuat saya bagi tahun 2013...sebab dah kenal siapa ikhlas, siapa lalang, siapa kakai bodek......hi3. Kasihan........
Ya Allah, setiap detik saat yang ENGKAU pinjamkan, ENGKAU hadirkan dengan seribu satu ujian dan keindahan. Semoga hambaMU ini sentiasa tergolong dalam orang-orang yang sentiasa berkata BENAR.
Terima Kasih dan Syukur YA ALLAH atas kurniaanMU yang INDAH ni.....
No comments:
Post a Comment