Salam Ukhuwah, salam 1M.
Penghujung Okt saya agak kalut......
Saya terima 2 amanah untuk siapkan assigment dari rakan sejawat, bagi mengisi ruang dan masa yang ada
Lagi pun memang saya suka menulis ......tajuk pun saya agak biasa internet dan keselamatan sekolah.
Kerja buat di penghujung tahun ini agak kalut juga.....kursus tu, kursus ni, data tu data ni....
Ahhhhhh dah nama pun kerja...amanah yang diberikan perlu dilunaskan....
21-24 Okt , saya kembali ke IAB Utara, untuk kursus KAJIAN TINDAKAN...
Tak terasa 4 hari di sini sebab kursus ini amat menarik dan banyak maklumat penulisan ilmiah penulisan kertas kajian yang saya perolehi.....Penulisan kertas kajian tindakan mengikut format APA versi 6. Banyak juga perkara baru yang saya dapat....terima kasih buat Puan Rosnani, Encik Ahmad Hanizar dan Dr Sazali...
Ilmu ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan sebarkan seluas mampu...i.allah
Malam 24 Okt sampai di rumah....lusa Adil Adha...So 25 Okt ke pasar dapatkan bahan basah (ayam& daging) untuk juadah aidil adha....so aktiviti memasak & mengemas......hi3...
Aidil Adha dalam kesederhanaan.....ziarah pusara Wan, Tok dan Mak Su....sayu hati kerana ketiga-tiga insan ini yang bersama saya dari usia bayi sehingga mereka selamat kembali kepada dia, Wan (2003), Tok (2004), Mak Su (2011).....Al Fatihah untuk insan2 kesayangan saya....Wan (lelaki pertama yang saya cintai dan kekal mencintai), Tok (wanita pertama yang saya sayangi sehingga ke akhir hayat saya), Mak Su (kakak merangkap ibu saudara yng sering menemani saya semasa kecil sehingga dewasa....yg sentiasa saya kasihi).
Ziarah rumah abah & mak...dan rest di rumah.....siapakan tugasan....hi3. Menghabiskan cuti aidil adha dengan kesederhaan. Siap tugasan yang diamanahkan.
29 Okt (isnin), kembali ke sekolah setelah seminggu tidak jejaki bilik kerja saya.....byk juga NOTA....hi3...adoiiiii, baru seminggu.....OK....let kerja....sahkan permohonan murid ke tingkatan 1 (sekolah kawalan)..selesai 43 org....sekitar jam 10.00 pagi PAR saya bawa surat2 utk HEM......?????%%%%%????!!!!!!!! Biar Betul?......TEMUDUGA..30 OKt, 7.30 pg, IPG P.Pinang..... Ok baca lagi sekali...betulllll...tgok tarikh surat diterima 22hb......???????/!!!!!!!?????? Baca senarai keperluan temuduga....A....F (boleh tahan)..yg ssh nak salinan buku perkhidmatan....???..cuba nasib saya call CC PPD En Lie...mintak tolong juga la ..sbb saya baru dpt surat esok pg 7.30 temuduga....
SYUKUR ATAS PERLINDUNGANMU YA ALLAH......5.30 petang saya masih di PPD tgu salinan buku perkhidmatan, terima kasih Ya Allah....turunkan pertolongan kepada saya melalui Encik Rosli . Keluar dari PPD, saya terus SMS, ucapan terima kasih pd Encik Rosli. Kalau ikut prosedur 3 hari baru saya dapat dokumen tersebut...tapi saya dalam darurat.
Malam... nak baca apa ya....esok apa yg nak ditanya....cari lah buku-buku yang ada, I MALAYSIA dan beberapa buah buku pengurusan pendidikan.....baru buka 2 3 bab dah terlena (letih) menguruskan dokumen yang WAJIB di bawa esok.
30 Okt 2012, jam 7.00 pagi saya sudah sampai di IPG P.Pinang....pintu pertama (yang saya selalu gunakan semasa kursus 14 minggu- 2006)..TUTUP...adoiii, ikut pintu kedua RESSAM.....mak ada pagar la pulak, Jadi minta huby saya berhenti di kafetaria aje..masuk dan tanya di kaunter...kat mana bilik gerakan IPG P.Pinang?.....PERLINDUNGAN kedua dariMU YA ALLAH, seorang pensyarah menjawab...Puan ikut saya..jalan kaki dari sini, kereta kena pusing jauh. Saya ambil dokumen dari kereta dan ikut pensyarah yang baik hati tu jalan kaki ke bangunan utama (lokasi Bilik Pengarah)..beliau hantar saya sampai ke depan bilik gerakan.....7.15 pagi saya sudah selesai menadaftar dan menyemak semua dokumen.....w/pun kalut tapi nampak OK....
Kumpulan, calon dibahagikan...saya kumpulan kedua...pegawai yang uruskan dokumen, minta baca tentang KSSR....mak datuk..mana nak cari ni? Perlindungan MU yang INDAH YA ALLAH, Sya berjumpa dengan seorang rakan guru dari SK Francis Light ( Cikgu Marliana)...pada beliau byk nota...11 anjakan, KSSR, PBS, NKRA dll...jadi saya dan beliau berbincang....beliau sukar menhuraikan fakta....sya berikan cth2 dari kursus NPQEL, kursus JPN & PPD....selesai kumpulan pertama (8.00-9.00 pagi), kumpulan saya masuk (9.00-1.30 pagi).....Syukurlah apa yang dibincangkan di luar bilik temuduga, itu yang disoalkan di dalam...ALHAMDULLILAH......Sujud syukur saya atas Perlindungan MU YA ALLAH, rata-rata rakan temuduga menerima surat awal 4/5 hari, saya terima kurang dari 24 jam......Pada awalnya saya memang pasrah dengan sesi temuduga ini semasa datang...tetapi rencana ALLAH amat INDAH untuk saya SYUKURI dengan menurunkan PERLINDUNGAN melalui seorang guru wanita budiman dan ikhlas.......
Mula sesi, saya kenal Panel temuduga (Datuk Moktar), Dato masih ingat saya...di man?....ya la ramai yg Dato temui...saya ingatkan semula " Dato ada datang ke sekolah saya dua bulan yang lalu.....".....Ya nama pun orang bijak pandai, cepat Dato ingat, beliau datang ke SKSS atas urusan seorg kakitangan kami.
Selesai sesi, saya san Cikgu Marliana saling berpelukan...saling berterima kasih kerana saling membantu meyumbang idea dalam sesi temuduga ..i.allah..seccus dgn izin ALLAH.
Ada sedikit persoalan..kenapa saya lambat makluman temuduga....tapi syukur, rencana ALLAH indah buat saya.....TERIMA KASIH YA ALLAH atas PERLINDUNGANMU......
Ya Allah, hamba Mu ini sentiasa memohon perlindungan MU
sentiasa mahu berlindung di bawah MU Ya TUHANKU....
No comments:
Post a Comment