Followers

Saturday, November 3, 2012

Perlu REHAT......

Salam Ukhuwah....

November melebarkan sayap, sesi 2012 bakal melabuhkan tirai...
Akhir-akhir ini data, laporan dikemaksini dan dihantar kepada unit-unit berkenaan.
Oktober agak PADAT, biasalah sebelum  cuti panjang, banyak yang perlu dilunaskan.

Syukur, banyak kerjabuat yang selesai dengan jaya dan cemerlang tahun ini.
PSS mendapat tempat ketiga Negeri
Kursus NPQEL saya (5 bulan) selesai dengan jayanya pada 13 Julai 2012
Projek Bilik PPDa  mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan
Pertandingan Kantin juga berakhir dengan baik
SMM akhir tahun selesai, pendaftaran dna pengesahan murid ke tingkatan satu selesai 30 Okt
Fail-fail HEm telah dikemaksini
Maklumat dan mesyuarat mengikut takwim
Majlis-majlis- Hari Kanak-kanak dan sebagainya jaya dengan baik
Buku teks diedarkan bagi tahun 2013, dan kutipan 2012 selesai.
Dua program lawatan selesai dengan jaya juga.
Rasanya saya boleh tersenyum untuk melihat tirai 2012 berlabuh kerana banyak sejarah, banyak kejayaan yang telah digapai...SYUKUR.
2012...saya tak ada mengambil sebarang cuti sakit, Cuti rehat yang dibekalkan 7 hari, hanya diambil sehari untuk NPQEL dan mungkin 7 Nov ni sehari lagi untuk menemani Putri sulung temuduga.
Temuduga SPP pun selesai tanpa diduga....


Yang masih berbaki untuk 2012 ini, adalah ...anik kelas (Isnin ni)
Perancangan 2013.....i.allah mgu pertama cuti dapat saya mulakan.
Hari minggu ni....penghujung persekolahan...FLU, FEVER dan sakit tekak.....mungkin badan terkena hujan semasa lawatan sekolah ke Cameron...atau dgn kata lain ALLAH berikan saya ruang dan masa untuk REHAT...hi3...Syukur...layan Fb dan layan badan aje dua hari niii....

Kedatangan 2013...di nanti dengan debaran dan pelbagai perancangan /rencana. Semoga semua rencana saya dalam lindungan ALLAH . Untuk dua hari ni...hanya fikirkan REHAT.....santai.......semoga rehat dua hari ni cukup untuk saya ke skull Isnin ni (ada lawatan JPN)......

No comments:

Post a Comment