Followers

Saturday, November 24, 2012

Cuit atau Tampar Manja

Salam Ukhuwah.....



Berhari-hari renyai hujan membasihi bumi Allah yang indah ini....
Sesak Nafas, sakit Dada.....leher keras di bahagian belakang
serba tak kena dengan badan saya kebelakangan ini,
Lalu cuba cek tekanan darah.... patut la.....Darah rendah.....70/68..sgt rendah....
Terus ambil ubat.....2 hari lepas ke rumah mak, ceritakan pada abah dan mak
Terus suruh makan kerang la, hati laaa.......Ok dah skit....alhamdullilah
Pagi tadi bercakap sekejap dengan my sis (Mariatulshima)...so rasa KUAT  kembali...
Rasanya ...Maria adalah salah satu ubat pada saya bila saya dowm....

Mula terasa kurang Ok selepas hari UPSR keluar...
Jam sembilan saya sudah tiba di sekolah, telah ramai murid dan waris yang hadir
Dalam sepuluh lebih Cikgu Razif datang ke pejabat bawa berita... 2 orang sahaja 5 A
Sesak dada saya, tahun lepas 11 orang 5A...tapi tak apa tgu SU peperiksaan dan GB balik
Setelah lihat  semua analisis keputusan, peratus ok tak bayak turun, cuma 0.3 sahaja, tapi bilangan 5A amat mengejutkan.....
Cikgu HH, hampir menitiskan air mata....ramai juga guru2 yang hadir...dah janji kaita akan hadir hari ni kan..
" Ok simah, kita turun.. suka, sama-sama kita ketawa, sedih..sama-sama kita lalui" pujuk ku pada Cikgu HH, pad ahatiku juga.
" Tapi kena 2 je kak?".....sudah berkaca mata guru yang dedikasi ni....  subjek BM ok , Math pun OK, cuma BI dan Sains yang turun....
" Kita semua muhasabah diri, jangan salahkan sesiapa"....tutur ku mengikut kata hatiku kala itu..

Saya dan Cikgu HH turun ke dewan... semua calon telah sedia duduk mengikut kelas masing2....
Para waris duduk di belakang murid, kami hulurkan kerusi.....melihat muka-muka anak-anak ini yang nampaknya tidak faham hiba hati para guru...mereka masih bergelak ketawa..

Ya Allah berbeza anak-anak tahun ni, tahun lepas lebih matang, yang saya serahkan slip 5A menangis, yang tak dapat 5A pun menangis, tahun ni saya tak nampak air mata dari mereka.....betapa hati mereka suci dan riang serta penuh kesyukuran dengan apa yang ada.

Ucapan ringkas dari saya.....keputusan telah ada, terima rezki kita seadanya, pasti ALLAH tahu apa yang terbaik buat kita..terukan perjuangan anak-anakku...
Ingat 7 Disember ni hari ke sekolah untuk ambik surat tawaran ke sekolah menengah....
Bagi yang ingin memohon ke MRSM, sila ambil no pin di pejabat mara...
Selamat menjadi pelajar sekolah menengah....teruskan berjuang..SPM menunggu.

Buat rakan guru dan warga SKSS....sabarlah...memang di luar sana banyak bunyi-bunyi yang tidak enak dek telinga kita, tapi kita tahu, saya tahu, Allah tahu...usaha kita sama seperti tahun-tahun lalu, malah lebih lagi,
cuma rezki kita kurang tahun ni.....
Mungkin Allah ingin cuit kita sikit agar kita terasa sedikit sakit dan berdoa pada NYA....
Atau Allah Tampar Manja untuk kita sama-sama muhasabah diri... sama-sama merancang dengan lebih teliti bagi tahun 2013.
Jatuh bangun adalah asam garam dalam kehidupan, begitu juga dengan kerjaya kita....
Cuma kita perlu bergading bahu sepakat unutk terus membina kekuatan...
Belajar dari kesilapan-kesilapan masing-masing, bukan menunding jari pada sesiapa.
Di sini, tiada siapa yang bersalah, cuma rezki kita terbatas banyak itu sahaja...
teruskan usaha, teruskan berdoa, agar rezeki kita melimpah -ruah pada tahun-tahun akan datang.

Walaupun banyak kemenangan lain yang digapai pada tahun 2012, terutama HEM dam KOKO...kejatuhan akademik (bilangan 5A) tetap memberikan kesan pada semua. Perlukan perancangan strategik yang lebih mendokong akademik. Kalau sehingga hari ini usaha kita 100%, tingkatkan ke 150%......
Usaha yang luar biasa akan hasilkan sesuatu yang luar biasa......
Terima kasih pada sebahagian besar yang hadir pada hari tersebut.....
Itu yang sepatutnya berlaku...
Pabila kita berjaya..sama-sama kita raikan, pabila kita berduka, sama-sama kita renung-renungkan.

I.Allah, andai rencana ALLAH , saya masih berjodoh dengan SKSS, adalah menjadi tanggungjawab saya, tanggungjawab kita bersama mengembalikan kegemilangan dan kecemelangan SKSS. Kita warga pendidikan faham % tak banyak turun, tapi orang kampung nak bilangan 5A sahaja....sabarlah kita dengan cuitan dan tamparan manja ini. Bagi unit Hem....akan memperkasakan Mentor mentee 2013, harap dapat komitmen dari unit akademik dan Koko....agar cuitan dan tamparan manja ini menjadi satu titik tolak untuk mendapat suatu ANUGERAH....dengan izin DIA, I.Allah.



No comments:

Post a Comment