Followers

Friday, November 9, 2012

Cuti Sekolah.......

Salam Ukhuwah...

Celikpejam..celik pejam...sesi persekolahan, atau kohort persekolah 2012 berakhir hari ni.....
Syukur setahun penuh aku di sekolah tahun ni....banyak perancangan  yang dibuat telah dilaksanakan
Banyak kejayaan mampu digapai oleh SKSS.....syukur alhamdullilah...
Banyak juga pengalaman dan ujian....tapi adat setiap ujian ada hikmahnya
setiap ujian ada rahmatnya...kita lebih kenal siapa di sisi kita tika kita diuji
Alhamdullilah, hari ini 09 Nov..selesai kohort persekolah 2012..


SELAMAT BERCUTI buat semua warga SKSS....
Buat anak-anak SKSS, seperti pesanan cikgu pada perhimpunan Isnin tadi dan pagi tadi
Jaga Keselamatan, Jaga Kesihatan dan ulangkaji pelajaran semasa cuti panjang ini.
Harapan saya semoga semua anak-anak SKSS akan kembali ke kohort 2013 dengan selamat dan ceria.
Bagi tahun 2013, cikgu harap semua dapat memulakan hari pertama nanti dengan penuh semangat dan kegembiraan.
Gunakanlah ruang dan peluang cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah selain sentiasa mengulangkaji pelajaran.

Buat guru-guru SKSS, selamat bercuti juga..tapi sebelum menikmati cuti yang panjang, esok ada mesyuarat guru dan banyak juga yang perlu dilunaskan sebelum cuti panjang.

Anak-anak tahun 6, jangan lupa keputusan UPSR 19 Nov....semoga keputusan lebih baik dari tahun sebelumnya dan ramai yang cemerlang.

Syukur alhamdullilah hampir setahun setengah bersama warga SKSS. Semalam perjumpaan tidak dirancang dengan pegawai PPD....."hijrah".....sememangnya saya juga sudah meramal, sebagai seorang kakitangan awam, saya akur kiranya arahan bertukar.....tahun lepas lagi sudah meletop-letop cerita pertukaran ni.....hi3, tapi rencana ALLAH lain, saya masih berjodoh dengan SKSS bagi kohort 2012. Bila saya redha untuk berhijrah..pastinya seminggu dua ini saya akan kemaskini semua kerjabuat saya. Walau bagaimanapun , perancangan kohort 2013 tetap akan saya sediakan. Samada saya masih di SKSS atau ada pergerakan itulah yang terbaik dari ALLAH......

Semoga cuti persekolahan kali ini dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment