Pejam celik, pejamclik dah separuh bulan April...
Beberapa perkara , yang sukar yang mudah telah diselesaikan
Masih banyak yang perlu diselesaikan....
Alhamdullilah urusan kerjabuat berjalan mengikut takwim .......dengan bantuan anak-anak buah di sekolah..
Terima kasih semua, terutama ketua2 unit di bawah HEM...yang berkerja keras, AJk Bantuan, AJK Kesihatan, AJK Kantin, AJK Disiplin & Unit B & K....Syukur perancangan kita menjadi REDHA Allah..alhamdullilah...
Semua berjalan dengan baik & jayanya...
Fitrah ujian akan hadir juga, samada kecil atau besar....ia akan menjadi satu pengajaran dan yakian UJIAN itu dihadirkan kerna ALLAH tahu kita mampu menempuhnya.....
Saya tidak ambil hal dengan kata-kata manusia.....sebab saya yakin setiap orang ada khilafnya..
Tanpa manusia memohon maaf...saya telah terlebih dahulu memaafkan...
Saya mengambil kira NIAT dan KATA HATI saya....setiap nafas saya , dakan agar NIAT saya betul dan dalam keredhaanNYA.
Biarlah ujian-ujian ini menjadi sebahagian warna dalam hidup saya.
April & Mei ni, selaku ibu, emak, mama....bermulalah episod saya unutk melaksanakan tanggungjawab yang agak besar apabila si putri akan menamatkan zaman solonya. I.Allah dengan izinNYA 12 Mei si Putri akan diijabkabulkan dan 19 Mei adalah majlis keraiaan.....
Dalam keadaan huby yang kurang sihat, saya memikul lebih besar tanggunjawab ini...
SYUKUR kerana putri mendapat jodohnya...sedih dan terharu kerana akan melepaskan si putri dalam masa terdekat ini .....entah perasaan bercampur baur....
Dalam keadaan sekarang keluarga terdekat & sahabat setia menjadi tempat saya memaut tangan untuk terus melangkah.....
Terima kasih dinda Maria atas segala bantuan melancarkan urusan kebenaran kawen, terima kasih Ust Humaidi & kakitangan pejabat agama Jawi yang banyak membantu. Syukur alhamdulillah....hanya ALLAH S.W.T membalas segalanya.
Terima kasih my lovely adk munira...sponsor door gift....syukur, kad dah siap dicetak, catering dah ditempah (abang sani), baju pengantin (Hary studio)...gift semasa akad nikah dah disediakan....dwan dah ditempah.....
Senarai tetamu sudah ditulis dan dua tiga minggu ni urusan mengedarkan kad jemputan. Alhamdullilah minggu lepas dengan ditemani oleh Mak selesai di Taiping & Tg Piandang. Minggu ni ingat nak ke Trong, Bagan Serai & Titi Serong...ujian menimpa, my PJB masuk workshop...fuel pam rosak...adoiii..tanya harga boleh tahan dekat 1K.....hu3..ujian2..tabahlah duhai hati. Dah oder barang esok baru sampai dan esok ptg baru PJB beleh keluar.....
Minggu ni edarkan kad bersama huby....ajeee...Kulim, Butterworth, SP....I.Allah minggu depan sambung kerja dengan Mak...
Dengar cerita 27 April ada majlis komesmen kursus NPQEL, yang telah saya selesaikan tahun lepas..minggu 1 Mei, ada hari Kantin...so mgu ni mmg dah ditolak....
Harapan saya semua kad dapat diedarkan sebelum Mei.....
Banyak juga hal2 yang remeh yang nak difikir dan lakukan......list up.....ikut jadual ..i.allah
"Ya Allah,hamba yang lemah ini mohon dipermudahkan dan segala urusan hambaMU ini menjadi Redha MU Ya Allah Ya Tuhanku..sesunguhnya hanya pada MU tempat, hambaMu ini memohon dan bergantung"