Followers

Tuesday, December 11, 2018

PIBK SK SERI IMPIAN





Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) SK Seri Impian adalah kekuatan SK Seri Impian.
Rata-rata kaum ibu dan komuniti setempat amat membantu 
kelangsungan program-program sekolah sepanjang tahun.


PIBK SK Seri Impian juga baru-baru ini telah dinobatkan sebagai 
PIBK 5 Bintang Peringkat Negeri Pulau Pinang


 Warga PIBK dan CoopBank Persatuan semasa sambutan Bulan Kebangsaan 2018


 Team Zumba PIBK SK Seri Impian


 Jamuan Akhir Tahun, warga sekolah bersama PIBG dan PIBK yang aktif.


 Pengerusi PIBK Negeri, En Wan Chik Merasmikan R&R (Rest and Read)
Ruang santai NILAM
Beliau memberi sumbangan RM1000 untuk sudut RnR dan 2 buah kipas angin dinding.



 Kumpulan Koir PIBK SK Seri Impian membuat Pelancaran TERIMA KASIH CIKGU 
di Pasar Hari Taman Guar Perahu.


SK Seri Impian memulakan sesuatu yang baru, sebenarnya 2016 dah mula....


 Happy jer ibu-ibu PIBK berzumba setiap Selasa 5.20 petg dan Sabtu 8.00 pagi.
Pilih untuk sihat.......



 Cat yer jangan tak cat.....PIBK mengecat JALUR GEMILANG GERGASI di pagar sekolah.


 Pelancaran oleh TOKOH TEMPATAN, EN SUHAIMI, TERIMA KASIH CIKGU 2018



 Semangat MERDEKA......rutin 3 tahun PIBK SKSI...bila JUlai-Ogoas semua sibuk.




 Team Koop bank turut serta gotong royong merdeka 2018.



Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2018.


TERIMA KASIH waris2 PIBK SKSI, Koop Bank yang banyak membantu sekolah dan anak-anak SKSI,
PPD SPT, Jabatan Penerangan P.Pinang dan semua NGO Komuniti yang sering bersama SKSI.

Wednesday, September 14, 2016

AL HANNAN YANG DIRINDUI





Tujuh bulan bukan satu tempoh masa yang panjang bagi Al Hannan mengukir nama di persada kebangsaan. Musolla serba kekurangan berlokasi di sebuah sekolah luar bandar yang dikenali sebagai Musolla Al Hannan SK Seri Impian, pada awalnya ramai juga warga pendidik tidak sedar akan kewujudan sekolah ini, lagi pula musolla ini bukan pusat tumpuan solat warga sekolah. Pada awalnya masing-masing ada “port” tersendiri untuk solat. Ini kerana ruang sedianya yang agak daif.
Mac 2017, Ketua Panitia Pendidikan Islam  Ustazah Siti Alawiyah bt Idris memaklumkan untuk cuba masuk ASISS. Sokongan 100% diberikan dengan harapan membina Rumah Allah adalah ibadah yang amalannya dapat dikongsi bersama. Tidak meletak harapan yang tinggi cukup untuk “top three” daerah. Garapan kekuatan yang ada dengan penglibatan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) serta Penglibatan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) mencari dana, memerah idea, mengerah tenaga, menjana inovasi seiring seia sekata. Rezeki Al Hannan berjaya dinobatkan sebagai Johan Negeri pada Julai 2017 dan akan mewakili Pulau Pinang ke Persada ASISS Kebangsaan.
Warga Seri Impian berkampung di sekolah, 360 darjah berputar tanpa sedar letih lelah . Kelansungan berjalan dengan redhaNYA, letih lelah letak di tepi. Minda berputar laju menjana inovasi dan mengarap program sedia ada sebagai inovasi Al Hannan dengan dijenamakan semula. Sebagai pentadbir, turun padang ambil tahu, ambil kisah ambil peduli resam tingkah saban hari.
Salah satu Inovasi yang ingin saya kongsikan adalah program Murajaah@prep, rata-rata anak-anak Al Hannan Seri Impian adalah berlatar belakangkan sosial ekonomi yang rendah, tiada tempat untuk membuat kerja sekolah dan ulangkaji di rumah, alasan kukuh mereka untuk tidak siapkan kerja rumah. Bergandingan dengan PIBG dan PIBK, saya buka ruang belajar di kantin sekolah bagi murid tahun 6 pada setiap hari Isnin sehingga Rabu, jam 8.00 malam – 10.00 malam. Tiada guru untuk mengajar, cuma saya dan beberapa PIBK hadir bagi mengawal disiplin murid, Yang Dipertua PIBG hadir untuk imamkan solat Isyak di Musolla Al Hannan. Syukur program belajar santai ini membantu peningkatan pencapaian anak-anak Al Hannan dalam UPSR. Tahun 2016 hanya seorang mendapat 6A, tetapi tahun 2017 6 orang mendapat 6A. Peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti peratus lulus dapat ditingkatkan . Program inovasi ini diteruskan pada tahun 2018 dan akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Pada November 2017, tujuh bulan selepas ditransformasikan Al Hannan  bersedia untuk penilaian peringkat Kebangsaan ASISS. Bimbingan dan tunjuk ajar dari Sektor Pendidikan Islam JPN Pulau Pinang dan juga Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, yang turun padang secara berkala, idea dibugarkan digarap dengan apa yang mampu untuk cuba berjuang walaupun usia baru setahun jagung. Kisah hujung minggu di Al Hannan, kisah malam di Al Hannan bukan kisah pelik.

Menyentuh tentang dana, Al Hannan tiada mempunyai sebarang dana khas. Betul kata ulamak, jika kita niat ingin imarahkan Rumah Allah, rezeki turun seperti hujan. Ada sahaja individu dan badan NGO yang menampung biaya transformasi Al Hannan dari sebuah Musolla daif yang sujud, dahi lekat pasir ke sebuah Musolla yang indah, damai, tenang untuk sujud pada yang ESA.
Kisah Al Hannan macam kisah dogeng, cuba-cuba buat, cuba-cuba masuk cari pengalaman. Allah bagi pelangi di sebalik cuba-cuba ini iaitu Anugerah Musolla Harapan Peringkat Kebangsaan  2017 kategori Sekolah Rendah. Kita bukan siapa-siapa, kita biasa-biasa sahaja, ukhuwah yang luar biasa antara warga sekolah dengan PIBG PIBK adalah petuanya. Sepanjang tujuh bulan proses transformasi Musolla, hari-hari ada sahaja PIBG PIBK yang hadir menghulurkan dana, tenaga dan masa untuk Al Hannan yang dirindui. Ada yang mengelap tingkap, ada yang mengecat pasu bunga, ada yang memasng karpet, ada yang melukis mural dinding, ada yang menyumbangkan penghawa dingan dan macam-macam lagi. Perjalanan Al Hannan perjalanan yang panjang dalam waktu yang singkat. Ketidaksamaan dapat dirungkai pabila semua warga dan PIBK dari sama-sama memberi dan memberi tanpa mengharapkan balasan, cuma memohon agar kerjabuat dalam redhaNYA.
Kisah perjalanan tujuh bulan al Hannan saya dedikasikan buat semua guru Pendidikan Islam, semua warga SK Seri Impian, semua PIBG PIBK yang terlibat secara lansung dan tidan lansung dan pembimbing, pemudahcara dari JPN PP dan PPD SPT. Dalam lelah ada senyuman, dalam pahit ada pengalaman. Pengalaman itu yang amat bernilai dan guru pada kita di masa akan datang.
Harapan saya dan pencinta Al Hannan agar ia akan menjadi “one stop centre” yang pasti untuk warga SK Seri Impian dan bagi semua yang hadir di SK Seri Impian. Saya merindui Al Hannan yang saban hari dapat dilihat dari tepi sisir tingkap bilik kerja saya, harapan saya juga agar al Hannan akan menjadi kerinduan semua insan.

SK SERI IMPIAN #sehatisejiwa SEMARAK MERDEKA 2016


DESTINASI SETERUSNYA......

3 Mac 2016, jam 3.30 petang terima call dari Bos PPSU, mantan bos lamaku di BTPN
"Ada Mana?"
"saya cuti"
"Oooo cuti ka, Ok esok mai jumpa saya , ambik surat, dah ada sekolah dah. esok petang, pagi saya ada mesyuarat".

Persoalan bersarang di minda... sekolah mana?
Lambatnya tunggu ESOK......

4 Mac 2016
Jam 11.00 aku mula gerak dari Taiping....sampai tengahari di PPDU , makan, rehat, solat, tunggu jam 2.45 petang....
Jam 3.00 petang dapat jumpa bos (bos yang banyak bantu proses pertukaranku balik ke Penang), pernah berkerja sebumbung dengan beliau dan banyak belajar tetang pengurusan mengikut akta dan pekeliling.

Surat penempatan bertukar tangan....SYUKUR YA ALLAH
"Terima kasih En S dan Syukur, syukur, saya tak kena ke Pulau"....
"Tahniahlah, ak terus ke PPDT dan terus ke sekolah lapor diri..."

3.30 petang aku sampai di PPDT, bos mesyuarat dan aku berjumpa dengan KU....
Selesai sesi suai kenal, kenalpasti harapan atasan...langkah seterusnya ke sekolah

SK SERI IMPIAN, KUBANG SEMANG.....kisah benarnya belum pernah aku menjejak kaki ke sekolah ini sebelum ini, cuma di pagar sekolah sepuluh tahun lalu jumpa dengan Kak Pah (mantan BTPNPP).
Jam 4.00 petang, pagar bertutup rapat. Lapor diri di pondok pengawal
"Saya nak lapor diri"
"Dari mana ya"..nampak pening juga pengawal bertugas masa tu....
"Saya GB baru, nama......."
"OOOOooo, maaf cikgu..." atas bawah di pandangnya....

Usai lapor diri di pejabat, berkenalan dengan anak buah yang baru, wahhh semuanya ladys.....OK....satu yang baru untuk saya........................

Pusing-pusing sekitar sekolah sekali lalu bersam di bongsu yang setia menjadi peneman....
"Cantik, fizikal dan susun atur.....sejuk mata memandang"

Terjumpa kembali dengan pangawal tadi di penjuru bangunan...
Tak henti2 dia mohon maaf sebab tak dapat kenal saya...
saya maklum...tak kan nak kenal, baru jumpa punnn
"Cikgu, nak tanya. Cikgu pakai jeans lagi?"
Tersenyum saya......"pakai"
Mungkin muka ku yang bulat tidak mengambarkan bilangan usia sebenar....
Dah tua pun, dah hampir mencecah 50 siri, dah ada menantu dan cucu.....

Cuti pada 7 dan 8 Mac  diBATALkan... mantan bos kata....
"P sekolah, dah ada sekolah, cuti tu bila2 boleh, banyak keja di sekolah"
"Ya bos"
Saya mohon cuti sebab, tiada arah kerja di penempatan sementera... hihi
Bila dah ada sekolah ni, harus kerja dan tahu memang banyak kerja.......

7 Mac 2016, 7.00 pagi. Aku dipagar 2....kaku, kuhulurkan tangan bersalaman dan senyuman buat anak-anak comei......ada yang menyambut dalam kebinggungan, ada yang keras kaku.....
...Program Sekolah Penyayang.....opss tugasan 1
 Ku teruskan laku ini, in shaa allah selagi aku di sini, sama maca aku di sekolah lain sebelum ini.

Mac - bulan pemerhatian, scan......isu
APRIL - PELAN TINDAKAN JANGKA PENDEK  mengikut isu yang timbul
Study SKPM, study Hala Tuju SKSI, Dash board dll

Mereka ini kekuatanku......
Mereka ini semangatku.....
Menyemai benih baru, membaja dan menyiram dengan caraku
SYUKUR...Ogos bunga-bunganya mula megar, mewangi ...bukan di sini sahaja...satu MALAYSIA
YA ALLAH.....moga langkahku, tingkah ku, percaturan ku akan memberikan senyuman pada wajah-wajah ceria SKSI
Moga hadirku membawa rezeki, kebahgiaan, kesejahteraan, kejayaan ...bersama #sehati sejiwa
Aku bersyukur YA Allah dengan keluarga besarku kini....

Bertalu juga panggilan, soalan dari halamanku...tak nak balik SPS ker? borang tak da pun dll....
Belum lagi, rasanya...biarlah dulu aku berbakti di sini untuk seketika....
Sampai masa dan waktunya , aku akan pulang juga
Mungkin 5 tahun ...atau entah...hanya DIA Penentu Segalanya.

Akan ku terus bersandar padaNYA....
YAKIN dan amat YAKIN dengan rencana DIA YANG ESA
Moga kekal lama juga di destinasi ini,
Agar dapat dituai tanaman dan semaian...
Moga tuaian menjadi dan semaian tumbuh membiak mewangi.....

Aku di Destinasi ini Mulai 4 Mac 2016 sehingga kini........
Akan terus berbakti di destinasi ini, selagi aku diperlukan........

SKSI di hati.......

 


Tuesday, March 1, 2016

SAMAR......

Salam Sehati sejiwa....


Adakalanya, jalan di hadapan kelihatan SAMAR kerana kabus telah menghalang pandangan. Lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yang sedang menanti disebaliknya. Hakikatnya, kita memang tidak pernah tahu apa yang sedang menanti kita. Namun yakinlah , indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya.

Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hamba-hambaNYA.


Minggu ini kedua menumpang sementara di PPD U. Minggu pertama 2 hari dipenuhi dengan ziarah rakan-rakan lama di BTPN dan SKPTM, dua hari lagi cuti bersama keluarga. Cuti banyak, sementara menunggu menempatan semula, ku ambil ruang ini untuk keluarga tercinta.


Minggu kedua ini, Isnin - dialog prestasi bersama SK dan sedikit perbincangan ilmiah dengan pengawai-pengawai di sini SIP +, KUaliti dan SIS Plus. Hari ni, menjejak rakan sejawat di BTPN sautu masa dahulu ....syukur pertemuan yang singkat dan berkongsi ceritera masing-masing.

Usai pertemuan kami ini, dibawa ke PPD dengan urusan masing-masing dengan Tuan. Mohon cuti lagi dua hari untuk minggu ini, 3 Mac ulang tahun kelahiran suami tercinta, apa pun cerita pasti akan bersama keluarga untuk hari yang istimewa ini.

Disebalik perancanganku, PT sekolah lama juga memerlukan tandatanganku untuk beberapa dokumen bagi tujuan audit pada 14 Mac ini....Kata orang tumpang cuti tu...kita selesaikan semua urusan yang ada.

Agak sukar untuk membuat LOG HARIAN, dengan kerjabuat yang masih terawangan dan di awangan, katanya surat kedua 1MAC ...hari ini la...tapi biasanya akan lewat sampat ke negeri dan daerah. Moga SAMAR - SAMAR yang masih menjadi tandatanya akan menceritakan KISAH SUKA dalam masa terdekat.....

Hanya pada DIA , ku sandarkan semua kebimbangan dan kesamaran kerana tidak tahu apa yang bakal menanti....
Terus YAKIN dan YAKIN akan SAMAR ini pasti ada KEBAIKAN dan yang TERBAIK dari dia...

Kekuatan ku pastinya.....








Monday, February 29, 2016

SURAT DARI LANGIT....

Salam sehati sejiwa,


Kita merancang, Allah jua perancang yang HEBAT
Bulatkan hati bersandar pada rencana ALLAH dengan penuh redha...

 


Feb 2006
Kisah Surat dari langit pertama yang ku terima. Syukur Alhamdulilah dapat menyertai program 14 minggu PJJ OUM dalam usia yang agak muda, awal 30-an.
Ada juga bunyi berdetam berdetum..... faham dengan situasi, terima seadanya tingkah manusia sekeliling.
Teruskan dengan satu AZAM, jatuh bangun, perit manis, penat lelah, senyum tangis, selesai 4 tahun perjalanan sebagai pejalar jarak jauh.
2010 dengan rencana dan izinNYA berjaya merangkul segulung ijazah.

Jan 2015
Kisah surat dari langit yang kedua.
7 Jan 2015, seperti biasa mencapai jubah basahan untuk ke sekolah, semalam telah disusun atur bilik untuk wajah 2015
Rekod-rekod dan perancangan 2015 telah tersusun di penjuru rak... sedia menyusun langkah
Panggilan telefon awal pagi dan menerima surat dari langit yang kedua
TIADA KATA-KATA
Arahan bergerak ke luar negeri dalam usia yang senja huhu
Sekali lagi REDHA dengan Rencana DIA YANG ESA
Melangkah dengan seribu tanda tanya....
ALHAMDULILAH SYUKUR YA ALLAH....
Di sini saya terima UKHWAH yang sangat baik....
Sekolah anak-anak tentera, dengan kehebatan PIBG, waris dan anak-anak
Banyak pelajaran di sini.... terima kasih surat dari langkit ke2....
Walaupun jauh diperantauan....

8 Feb 2016
Kisah surat dari langit ketiga....
Hati terbahagi dua.....yang ada dikasihi dan disayangi
Yang akan tiba entah apa cerita....namum pasrah dan redha dengan RENCANA ALLAH SWT
Tak tahu bagaimana mahu dirungkai dengan kata-kata
Keperluan untuk bergerak balik negeri
Walaupun kehendak masih di sini.....
Melapor diri  kembali pada mantan bos yang sekarang jadi bos semula dengan pos baru
Minggu kedua di kerusi sementara ini....
Kesempatan yang ada berjumpa dengan kawan-kawan lama di sini
Up date blog, bahan-bahan slot ceramah dll
Berkenalan dengan rakan-rakan baru di sini.....
Habiskan detik menumpang dengan seadanya...
Dalam proses membina borang Hala Tuju yang baru

Ya Allah, ku syukuri nikmat dan rahmatMU....
Dalam penantian surat dari langit yang keempat
Moga terbaik
dan YAKIN...ALLAH hanya memberikan yang TERBAIK kepada hamba-hambaNYA.

Ku syukuri setiap surat  dari langit yang ku terima.....






Tuesday, February 23, 2016

Assalammualaikum, 

Salam Sejahtera, 

Salam Sehati Sejiwa, 

Salam Perak Excellent, 

Salam Perak Aman Jaya.................

 

Lama juga rasanya blog ini sepi......runtunan kerjabuat yang tidak pernah bertitih noktah, mana mampu saya menjengah ke laman ini. Petang badan yang makin dimamah usia ini , sudah layu keletihan.....
Apa pun SYUKUR YA ALLAH atas apa seadanya.

Hari ini, hari permata pulang semula ke Penang setalah berhijrah mulai 05 Jan 2015...Gerbang 2015, terima sepucuk surat (kata orang surat dari langit) akur akan arahan, saya berhijrah ke SK SULTAN YUSSUF AMDR, Taiping.

Bermula 12 Januari 2015 - mula merubah dan memurnikan satu persatu bidang dengan cara sendiri, bak kata orang pelahan2 takut kalau RAKUS akan tiada hasil yang baik.

1. Mulakan dengan FIZIKAL - dinding2 bangunan dimuralkan, sudut-sudut bawah tangga dijadikan sudut ilmu
2, Pusat Sumber Sekolah - keceriaan, susun atur dan aktiviti mengikut instrument (beri sedikit wajah baru)
3. Akademik - ada pengingkatan % dan GPS, alhamdulilah dengan guru-guru yang komited (hanya sekeping sijil dapat saya berikan sebagai tanda terima kasih)
4. Bilik darjah - alhamdulllilah semua berwajah PA21 (terima kasih cikgu-cikgu, sayang kalian ketat2, bukan diarahkan tapi dipujuk untuk laksanakan)
5. Dewan Terbuka - dicat dan tiang-tiang diwarnakan warna-warna ceria ( hidupkan dengan pelbagai aktiviti )
6. Dewan Panglima - sedikit sentuhan untuk program2 rasmi dan program sekolah
7. Bilik Mesyuarat - pemurnian dengan wajah baru ( skitting dan informasi)
8. 3K - satu tiang satu pasu bunga, sudut2 3K - ditambahnilai
9. MOBAIL KELAS - bangunan lama (asal) ditransformkan dengan kerjasama ATM
10. Naik taraf tandas dengan kerjasama ATM
11. Naik taraf Kantin - ikut intrument
12. Pejabat - ditambahnilai, tukar pintu pejabat dan cat
13. Bilik Dokumentasi - diwujudkan bagi meletakkan dokumentasi sekolah
14. Bilik-bilik khas (SALC, BBM, Tayangan , PBS dll) ditambah nilai
15. Murid - disiplin ditingkatkan dengan amalan-amalan baik ( budaya mencatat nota, mentor mentee, sekolah penyayng, 3S dll)
16. NILAM GURU dilancarkan
17. Sistem Fail - Arkib dan fail-fail dokumentasi diwujudkan
18. PIBG - pelbagai  program dilaksanakan ( bacaan yasin, kelas tambahan, jamuan raya, sukan, HAK, pembugaran emosi dll)
19. Jalinan - MRSM, Sekolah Sains, Klinik Kesihatan, Polis
20. Jaringan - sekolah zon kemunting
 dan lagi dan lagi dan lagi.......

Rasanya setahun dua bulan yang PADAT, tapi bukan kerjabuat saya, KERJA BUAT CIKGU-CIKGU SK SULTAN YUSSUF AMDR yang sangat hebat di mata saya.

Hari ini, saya tinggalkan semuanya, saya tinggalkan cikgu-cikgu dan staf bagi meneruskan apa yang telah kita mulakan....

TQVM warga SKSY AMDR atas ukhuwah dan kasih sayang yang hebat dari kalian, pasti akan dirindui dan menjadi ceritera indah dalam sejarah hidup saya....

TQVM cikgu Rupa, Cikgu Lina, Cikgu Raflan, Cikgu Aziz, Cikgu Azmi, Cikgu Khairul, Cikgu Jazlan, Cikgu Kamar, Ustaz Azrul, Cikgu Rosmiza, Cikgu Sapiah, Cikgu Rusita, Cikgu Sunita, Cikgu Roslina, Cikgu Kilawani, Cikgu Rohayah, Cikgu Husniza, Cikgu Siti Zaleha, Cikgu Ida Shellene, Teacher Kalpana,Cikgu Faridah, Ustazah Hidayah, Ustazah Isnawati, Cikgu Hasimah, tak ketinggalan cikgu Azharun, Cikgu Sabrina, Cikgu Rokiah dan Ustzah Azwa.

TQVM anak buah di opis , iman, azlin, epol, midon dan sue.

TQVM  pekerja yang banyak membantu saya Vello dan isteri, Mary dan Wan

TQVM yang tolong menjaga keselamatan sekolah - Pak Ariifin, Tarmizi, Pak Sahak dll

TQVM team Kantin Pn Huda dan anak buah

TQVM Sy Kedai Buku - Mata air ( ani  - pekerja yang banyak sabar

dengan karenah anak2 SKSY)

TQVM semua......


detik akhir - punch out ( 22 FEB 2016) 5.15 petang


Tuesday, June 16, 2015

Salam Ramadhan,

Syukur lambaian Ramdhan semakin hampir,

Syukur kiranya kali ini kita bertamu lagi dengan bulan penuh suci dan rahmat ...


 

Kekadang antara sedar atau tidak, kita leka dengan dunia, kerja buat yang tidak pernah habis.

Dikesempatan bertamu Ramadhan kali ini, saya menysusn sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua insan di mukabumi ini, jika ada tutur yang terlancang, ada langkah yang sumbang, ada laku yang cela,  semua atas kekhilafan saya sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini. Moga kita terus dirahmati dan diberikan perlindungan dari NYA yang ESA.

 

Senyum dalam gerbang Ramadhan.... 



Friday, June 12, 2015

Salam Perkenalan Perak

Kisah 2016 agak mengejutkan....

Aku di Perak bukan di Penang lagi.

Mulakan tahun 2016 dengan tempat baru, jawatan baru, kawan baru, tugas baru, tapi azam dan komitmen masih sama , in shaa allah.

Genap 5 bulan 5 hari di negeri Perak yang damai ini.

Untuk pertama kalinya ingin memperkenalkan tempat baru ku di sini.




Sebagai permulaan perkenalan denmgan tempat baru .....
Sehingga berjumpa  berkisah lagi selepas ini.


Salam Ramadhan, salam sejahtera,
Salam Perak Excellent.....

Ya Allah Ya Rab... hampir setahun setengah blog hambaMU ni kaku tanpa cerita dan kisah. Bukan sengaja dibiarkan tanpa sentuhan...tetapi kekangan dan kisah0kisah yang terlalu padat dan banyak menyebakan daku tidak sempat singgah ke sini.

Syukur, hari ini dapat ku buka semula kisahku di sini.

Jan 2014 akhir coretan ku....
2014 penuh dengan kisah dan kejayaan, sepenuhnya aku di SKPTM, bersama rakan-rakan yang dulunya pernah bersama . Antara lakaran indah adalah ;
  • Tawaran baru GB ( bai'ah)
  • Pusat Sumber Sekolah - tempat ketiga kebangsaan
  • NILAM - wakil negeri
  • Surau - Johan Negeri
  • Pelbagai kemenangan di peringkat negeri
  • Pelbagai jenis pelawat yang hadir
  • yang paling istimewa adalah diiktirafkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK)
05 Jan 2015 - hari akhir aku di SKPTM - setahun 3 bulan rasa bagaikan berkerja 5 tahun...terlalu banyak program, terlalu banyak anugerah... Syukur YA ALLAH .... semuanya pengalaman dan pengajaran.
Tutup buku SKPTM dengan senyuman dan kesyukuran.

Saturday, January 11, 2014

MESYUARAT-MESYUARAT PEMBUKAAN 2014

GERBANG 2014 disambut dengan azam yang sangat tinggi
Dengan AMANAH yang lebih berat
Dengan TUGAs yang lebih mencabar...

2014 :
  • Insayaallah akan bertahan lama sebagai PKP di SKPTM kerana permohonan GB ditolak disebabkan gred ...terlebih gred la sudah... ha.... okey la redha jeeee
  • Masih Naib setiausaha PPSSPP (NGO)  negeri
  • Setiausaha Permuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran Daerah SPS
  • Setiausaha dalam beberapa bidang di bahagian
  • PENTING - alhamdullilah masih isteri kepada MR Suami tercinta, semoga kekal ke hujung nyawa.
  • MUSTAHAK - ibu kepada putri tersayang Anis dan Ayu
  • INGATAN - ibu mertua kepada Mohd Syukur
  • Juga mama kepada Ady, Maman, Tim dan Aishah serta nenek kepada Alif dan Alisa
Wajah-wajah mesyuarat di Gerbang 2014...pembukaan yang penuh dengan semangat bekerja kerana ALLAH SWT







Jadual Mesyuarat Yang telah selesai Fasa 1 Gerbang 2014

23 Dis 2013               Mesyuarat Guru 1/2014          
                                Mesyuarat  Kurikulum 1/2014

24.Dis 2013              Mesy HEM dan KOKO bil 1/2014

26.Dis 2014              LADAP VLE FROG

27 DIS 2014             LADAP KSSR Tahun 4

30 Dis 2013              LADAP KSSR 2013 & Kemas kelas

31DIS 2013              ORIENTASI Tahun 1 dan Pra Sekolah

03 JAN 2014            Mesyuarat Staf bil 1/2014

04 JAN 2014            LADAP 1/2014 ( Perancangan Strategik)

06 JAN 2014            Mesyuarat Tahun Enam

07 JAN 2014            Mesyuarat  Jawatankuasa Blog/ laman web

08 JAN 2013             Mesyuarat SMM dan ke PPD

08 JAN 2014            Mesyuarat Sekolah Cemerlang

09 JAN 2014            Mesyuarat Panitia PJK

10 JAN 2014            Mesyuarat NILAM
                               Mesyuarat Panitia Sains
                 


Ya Allah Ya Tuhanku, ku mohon semangat yang utuh, kekuatan minda dan fizikal, pertimbangan yang waras dengan semua kerjabuat ini.

KISAH PERTAMA 2014

Allahhuakbar,

Masa berputar begitu pantas....sedar tak sedar tak sedar hijrahku kali ini telah masuk 5 bulan...
Ya Allah, rasa macam baru 34 minggu sahaja
Mula menapak di destinasi terkini, walaupun dulu aku pernah bertamu di sini...tapi dulu sebagaiguru sekarang sebagai pentadbir.

Sekolah yang memang hebat dari dulu dan kini semakin hebat, GB yang hebat, Guru-guru yang hebat, anak-anak yang hebat dan waris yang hebat.

Bila dah hebat, dan tag line nya UNGGUL pasti semuanya terbaik....masa menjadi musuh aku selama 5 bulan di sini....perlahan lah berdetik wahai masa....

Bukan tidak rindu untuk menarikan jari di laman ini, tapi masa amat terhad....
2013...aku tinggalkan dalam seribu satu warna kesyukuran.
  • Keputusan UPSR yang baik bagi calon tahun ini dengan 30 orang 5A dan GPS 1.74 terbaik di daerah SPS. Syukur Ya Allah satu titik mula buat ku.
  • Sekolah yang cemerlang dan bakal dicalonkan kluster dan SBT Aku sempat berkursus di SP yang dianjurkan oleh JPNPP
  • Warga guru yang ceria- sama ada suka atau tidak, merekaperlu menerika aku dan aku berlapang dada menerima mereka- tip semasa membuat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran sekolah (NPQEL) banyak membantu aku mengurus sbuah sekolah yang hebat, guru-guru rmai yang hebat dengan lebih banyak cabaran....ha ha...
  • Anak-anak yang hebat, dua kali ganda sekolah lama...sekolah lama dalam 400 orang di SKPTM ni dah menlebihi 800 murid....guru pun kali 2, staf kali 3, pekerja swasta kali 2....Wah besar tu jumlah insan-insan yang perlu ku perhatikan.
  • Waris yang hebat - ramai dalam kalangan waris adalah berpendidikan, dulu sekolah kampung..kampung saya sendiri 50% sahaja yang berkerja makan gaji yang lain adalah nelayan dan petani. Sekarang 90% adalah berkerja dan selebihnya adalah berniaga.
Dalam itu hebat,ini hebat...aku mencari sesuatu...jelas nampak tapi masih jauh untuk digapai.

Terima kasih pada Mr Suami dan my Princes (Si bongsu) yang faham...bagi masa mama dalam 2 bulan lagi , selepas iniin shaa alah akan kembali seperti biasa...

Bak kata orang bila dah jadi budaya ia mudah..hehe

Doa dan harapan ku padamu YA ALLAH berikan /pinjamkan kekuatan ini untuk aku lunaskan amanahMU di bumi yang sementara ini, agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Tabahkan hatiku,kuatkan imanku untuk melaksanakan amanah yang telah ENGKAU rencanakan buatku.

1.50 adalah apa yang patut kami gapai bagi tahun 2014, bagaimana? mengapa? Kenapa?

Hanya insan-insan yang di sini memahami.

Dengan seribu satu e dalam kerjabuat harian ini, KAU terangkanlah hati ku bagi melancarkan sesuatu yang baru ku pelajari dan KAU kuatkanlah minda dan fizikalku Ya Allah.

Thursday, September 26, 2013

HIJRAH Lagi.....

Agak lama,
Jariku tidak ditarikan diruang ini.....
banyakyang ingin dilakarkan, tapi tiadak tahu dari mana mahu dimulakan....


Bermula pertengahan Ogos...satu perkhabaran HIJRAHku.....
Malas juga ambil kisah, sebab dah banyak kali riuh rendah 'kena tukar" perlu bertukar"
Tapi lama-lama sneyap juga....bila mulut-mulut insan mula letih bercerita...

Pasrah dan redha...
Tapi kali ini perkhabaran ini BENAR dan kau WAJIB BERHIJRAH....
 Jam 3.00 petang, 2 September terima panggilan dari PT SKSS..
"Kak, esok ada mesyuarat dengan PPD, jam 8.00 pg..saya tanya mesyuarat apa..depa tak mo bagi tau..."
Suara hati kuat menyatakan aku perlu berhijrah....
Petang yang singkat , sempat ke sekolah dan berbual dengan GB Hud....orang berpengalaman...lapang juga hati lepas berbual ringan...ya REDHA....

3 September 2013....awal pagi agak kalut...ada murid tahun 6 tak hadir,ada murid baru masuk..tup tap tup tap...dah 8.15 pagi...kalut terus ke PPD....ha3..sure lewat ni...betul la..
Timbalan Call saya masa OTW..."maaf ada hal di sekolah tadi"
Merah padam muka masuk bilik mesyuarat bila smeua mata tertumpu pada kita...
Adoiiii......

Taklimat ringkas dan penyerahan watikah pertukaran..ke Mana? masih suspen...sebagai apa dah maklum
Akhirnya ditanganku sehelai surat tertera aku bertukar ke sekolah lama....
Tak tahu apa perasaan kal itu...gembira, resah, risau....?????
WaJIB lapor diri hari ni....
Keluar dari PPD....tel my huby, abah  dan sekolah.....

Hadir melaporkan diri  di sekolah lama dengan GB yang baru....ha2
Persoalan yang ada...mampukah saya? Bolehkah aku?
Mohon untuk tangguh sehingga 17 Sept....tipis kerana masalah murid akan UPSR dan byk juga yang perlukan komitmen saya di sini...
05 September mula hadirkan diri.....laksanakan apa yang patut dalam pada itu cuba selesaikan perkara di SKSS....
Di SKSS, tak banyak yang perlu dikemaskan tapai ada yang perlu diselesaikan "Laporan PPDa Kebangsaan"...baru 80%....

SKPTM..sekolah yang cemerlang....aku pernah bertama di sini pada 2002 hingga 2005 sebagai GuruMedia, setelah 8 tahun kembali ke sini sebagai PKP.....
Ha2...ada yang kata "Sirih Pulang ke Gagang"....harap2 begitu lah
Takut juga, kiranya tidak mampu...hanya pada DIA aku bersandar untuk meminjamkan kekuatan, bagi melunaskan kewajipan ini...

Hampir dua minggu di sini....dapat semual aura SKPTM  tapi masih perlukan ruang dan waktu untuk  terus mara...
8 tahun bukan satu tempoh yang singkat, banyak yang berubah....fizikal, sumber manusia, pemikiran dan sebagainya....
2 minggu di sini....pelawat, nazir datang silih berganti....ini ruang untuk aku belajar dan belajar.....
Hanya tinggal lagi 2 bulan untuk selesaikan perkara 2013......in shaa allah
Akan teruskan apa yang dirancang
2014 akan merancang semula.......

Apapun hadirkanya saya kembali di SKPTM agar dapat menjadi semula sebahagian dari warga yang cemerlang juga seperti yang lain-lain...

Kenangan, tawa suka duka di SKSS tetap dikenang...ramai sahabat yang saya temui di sana..semoga ukhuwah kita kekal walau berlainan bumbung tapi kita masih satu kampung....hi



Monday, August 5, 2013

Bersandar Pada DIA Yang ESA



Bersandar pada DIA yang ESA....
Sedar tak sedar hampir 3 tahun Mr huby menghadapi masalah untuk bergerak..
Pada awalnya BSC (tahan 3 hari)  Dr fokus pada kaki
Sebab sukar nak berjalan...
Keluar Hospital..teruskan ubat...masih tak ada perubahan...


Cuba KPJ pula...x-ray semua sama macam BSC...
Masalah tulang belakang....jumpa pakar tulang swasta & tradisional...
5, 6 kali temujanji masih tak berubah...malah nampak semakin teruk
Cadangan unutk operation...peluang baik sgt tipis
Cuba cara kampung, cara perubatan Islam dll
Kata orang setiap penyakit ada ubatnya
teruskan berusaha dan berdoa.....

Hampir tiga tahun juga Mr Huby terbatas pergerakkan.......
Mak (mentua) menjadi pendamping....menjadi penguar semangat..
Namum begitu, semangat Mr Huby yang tinggi membantu saya menguruskan Putri Bongsu (hantar/ambil dari sekolah)
Masih boleh memandu ke mana kami nak pergi...walaupun berjalan menggunakan tongkat...
Alhamdullilah....kita akan terus bersandar pada DIA YANG ESA....
Semoga sakit ini mampu menghapuskan dosa-dosa kecil..
Mr Huby dan saya selesai menjalankan majlis perkahwinan putri sulung saya...
Sakit...alhamdullilah...

Ya, siapa kita untuk mempersoalkan musibah & rahmat..
Rencana DIA YANG ESA pasti adil dan saksama serta penuh kenikmatan
Apa yang saya perlu ada adalah KESABARAN...

Kekadang timbul rasa bersalah, bila mana kerjabuat saya memerlukan masa yang lebih...
Tapi itu amanah, syukur Mr Huby faham dan tidak pernah persoalkan...
Masa terluang akan digunakan sebaik mungkin...
menemani Mr Huby berjumpa Dr atau mencari ubat yang perlu...
Usaha dan doa tidak akan terputus sehingga kini....



Hanya pada DIA YANG ESA kami bersandar...
Hati tergerak untuk berjumpa pakar sendi, urat & tulang yang baru beroperasi di Bandar Seb Jaya...
Cuti sekolah ini, masa yang agak sesuai...
Sabtu saya & Mr Huby ke "Bone Joint & Pain Specialist Center" tapi waktu pendaftaran dah tamat, kami sampai jam 12.30...waktu pendaftaran sampai jam 12.00 ...
Tadi saya , My Huby dan Putri bongsu sekali lagi ke sana
SYUKUR.....dapat buat pendaftaran dan berjumpa DR PAKAR

saya bawakan salinan x ray...
" patah ni...2 patah ni...retak pun ada"
"kurang kalsium....perlukan sutikan dllllll"

Masa rawatan di KPJ sulu kata tulang belakang rengang....
Masa bila boleb patah....
Jadi saya tanya DR..macam mana boleh patah..

"jatuh...encik ada jatuh?"

Pesanan DR :
1. Kali ini saya bagi suntikan dan ubat
2. 19hb datang balik untuk pemeriksaan, mungkin akan samb dgn ubat shj
3. Jangan duduk lebih dari setengah jam..perlu bangun/gerak dll
4. Jangan angkat barang lbh dari 3KG

Ok..selesai sesi , saya membuat bayaran dan mengambil ubat..kali pertama ni dengan sutikan ubat boleh tahan bayaran nya...tak pa la berusaha...in shaa allah dengan izin NYA..mana tahu tempat ni penawarnya...


Persoalan :
1. Bila jatuh, di mana?

Selamba Mr Huby bagi tau jatuh di tempat parking kereta depan rumah....

Kali ni...maaf ye Mr Huby...kena dengar cakap & arahan DR betul-betul
Apa yang penting kita akan terus berusaha & berdoa
Serta yang pasti akan terus bersandar pada DIA YANG ESA
Ada perubahan yang positf sebelum ambil suntikan dan selepas..alhamdullilah..
Mr Huby kata jalan pun rasa ringan sikit angkat kaki..SYUKUR YA ALLAH
Teruskan berdoa dan makan ubat dengan betul
Ingat pesanan DR...19hb ni appmt kali kedua....
Semoga Ramadhan & Nur Syawal ini akan memberikan rahmat dan nikmat kepada kita....