Followers

Saturday, January 11, 2014

KISAH PERTAMA 2014

Allahhuakbar,

Masa berputar begitu pantas....sedar tak sedar tak sedar hijrahku kali ini telah masuk 5 bulan...
Ya Allah, rasa macam baru 34 minggu sahaja
Mula menapak di destinasi terkini, walaupun dulu aku pernah bertamu di sini...tapi dulu sebagaiguru sekarang sebagai pentadbir.

Sekolah yang memang hebat dari dulu dan kini semakin hebat, GB yang hebat, Guru-guru yang hebat, anak-anak yang hebat dan waris yang hebat.

Bila dah hebat, dan tag line nya UNGGUL pasti semuanya terbaik....masa menjadi musuh aku selama 5 bulan di sini....perlahan lah berdetik wahai masa....

Bukan tidak rindu untuk menarikan jari di laman ini, tapi masa amat terhad....
2013...aku tinggalkan dalam seribu satu warna kesyukuran.
  • Keputusan UPSR yang baik bagi calon tahun ini dengan 30 orang 5A dan GPS 1.74 terbaik di daerah SPS. Syukur Ya Allah satu titik mula buat ku.
  • Sekolah yang cemerlang dan bakal dicalonkan kluster dan SBT Aku sempat berkursus di SP yang dianjurkan oleh JPNPP
  • Warga guru yang ceria- sama ada suka atau tidak, merekaperlu menerika aku dan aku berlapang dada menerima mereka- tip semasa membuat Diploma Pengurusan dan Pentadbiran sekolah (NPQEL) banyak membantu aku mengurus sbuah sekolah yang hebat, guru-guru rmai yang hebat dengan lebih banyak cabaran....ha ha...
  • Anak-anak yang hebat, dua kali ganda sekolah lama...sekolah lama dalam 400 orang di SKPTM ni dah menlebihi 800 murid....guru pun kali 2, staf kali 3, pekerja swasta kali 2....Wah besar tu jumlah insan-insan yang perlu ku perhatikan.
  • Waris yang hebat - ramai dalam kalangan waris adalah berpendidikan, dulu sekolah kampung..kampung saya sendiri 50% sahaja yang berkerja makan gaji yang lain adalah nelayan dan petani. Sekarang 90% adalah berkerja dan selebihnya adalah berniaga.
Dalam itu hebat,ini hebat...aku mencari sesuatu...jelas nampak tapi masih jauh untuk digapai.

Terima kasih pada Mr Suami dan my Princes (Si bongsu) yang faham...bagi masa mama dalam 2 bulan lagi , selepas iniin shaa alah akan kembali seperti biasa...

Bak kata orang bila dah jadi budaya ia mudah..hehe

Doa dan harapan ku padamu YA ALLAH berikan /pinjamkan kekuatan ini untuk aku lunaskan amanahMU di bumi yang sementara ini, agar tidak dipersoalkan di akhirat kelak. Tabahkan hatiku,kuatkan imanku untuk melaksanakan amanah yang telah ENGKAU rencanakan buatku.

1.50 adalah apa yang patut kami gapai bagi tahun 2014, bagaimana? mengapa? Kenapa?

Hanya insan-insan yang di sini memahami.

Dengan seribu satu e dalam kerjabuat harian ini, KAU terangkanlah hati ku bagi melancarkan sesuatu yang baru ku pelajari dan KAU kuatkanlah minda dan fizikalku Ya Allah.

Thursday, September 26, 2013

HIJRAH Lagi.....

Agak lama,
Jariku tidak ditarikan diruang ini.....
banyakyang ingin dilakarkan, tapi tiadak tahu dari mana mahu dimulakan....


Bermula pertengahan Ogos...satu perkhabaran HIJRAHku.....
Malas juga ambil kisah, sebab dah banyak kali riuh rendah 'kena tukar" perlu bertukar"
Tapi lama-lama sneyap juga....bila mulut-mulut insan mula letih bercerita...

Pasrah dan redha...
Tapi kali ini perkhabaran ini BENAR dan kau WAJIB BERHIJRAH....
 Jam 3.00 petang, 2 September terima panggilan dari PT SKSS..
"Kak, esok ada mesyuarat dengan PPD, jam 8.00 pg..saya tanya mesyuarat apa..depa tak mo bagi tau..."
Suara hati kuat menyatakan aku perlu berhijrah....
Petang yang singkat , sempat ke sekolah dan berbual dengan GB Hud....orang berpengalaman...lapang juga hati lepas berbual ringan...ya REDHA....

3 September 2013....awal pagi agak kalut...ada murid tahun 6 tak hadir,ada murid baru masuk..tup tap tup tap...dah 8.15 pagi...kalut terus ke PPD....ha3..sure lewat ni...betul la..
Timbalan Call saya masa OTW..."maaf ada hal di sekolah tadi"
Merah padam muka masuk bilik mesyuarat bila smeua mata tertumpu pada kita...
Adoiiii......

Taklimat ringkas dan penyerahan watikah pertukaran..ke Mana? masih suspen...sebagai apa dah maklum
Akhirnya ditanganku sehelai surat tertera aku bertukar ke sekolah lama....
Tak tahu apa perasaan kal itu...gembira, resah, risau....?????
WaJIB lapor diri hari ni....
Keluar dari PPD....tel my huby, abah  dan sekolah.....

Hadir melaporkan diri  di sekolah lama dengan GB yang baru....ha2
Persoalan yang ada...mampukah saya? Bolehkah aku?
Mohon untuk tangguh sehingga 17 Sept....tipis kerana masalah murid akan UPSR dan byk juga yang perlukan komitmen saya di sini...
05 September mula hadirkan diri.....laksanakan apa yang patut dalam pada itu cuba selesaikan perkara di SKSS....
Di SKSS, tak banyak yang perlu dikemaskan tapai ada yang perlu diselesaikan "Laporan PPDa Kebangsaan"...baru 80%....

SKPTM..sekolah yang cemerlang....aku pernah bertama di sini pada 2002 hingga 2005 sebagai GuruMedia, setelah 8 tahun kembali ke sini sebagai PKP.....
Ha2...ada yang kata "Sirih Pulang ke Gagang"....harap2 begitu lah
Takut juga, kiranya tidak mampu...hanya pada DIA aku bersandar untuk meminjamkan kekuatan, bagi melunaskan kewajipan ini...

Hampir dua minggu di sini....dapat semual aura SKPTM  tapi masih perlukan ruang dan waktu untuk  terus mara...
8 tahun bukan satu tempoh yang singkat, banyak yang berubah....fizikal, sumber manusia, pemikiran dan sebagainya....
2 minggu di sini....pelawat, nazir datang silih berganti....ini ruang untuk aku belajar dan belajar.....
Hanya tinggal lagi 2 bulan untuk selesaikan perkara 2013......in shaa allah
Akan teruskan apa yang dirancang
2014 akan merancang semula.......

Apapun hadirkanya saya kembali di SKPTM agar dapat menjadi semula sebahagian dari warga yang cemerlang juga seperti yang lain-lain...

Kenangan, tawa suka duka di SKSS tetap dikenang...ramai sahabat yang saya temui di sana..semoga ukhuwah kita kekal walau berlainan bumbung tapi kita masih satu kampung....hi



Monday, August 5, 2013

Bersandar Pada DIA Yang ESA



Bersandar pada DIA yang ESA....
Sedar tak sedar hampir 3 tahun Mr huby menghadapi masalah untuk bergerak..
Pada awalnya BSC (tahan 3 hari)  Dr fokus pada kaki
Sebab sukar nak berjalan...
Keluar Hospital..teruskan ubat...masih tak ada perubahan...


Cuba KPJ pula...x-ray semua sama macam BSC...
Masalah tulang belakang....jumpa pakar tulang swasta & tradisional...
5, 6 kali temujanji masih tak berubah...malah nampak semakin teruk
Cadangan unutk operation...peluang baik sgt tipis
Cuba cara kampung, cara perubatan Islam dll
Kata orang setiap penyakit ada ubatnya
teruskan berusaha dan berdoa.....

Hampir tiga tahun juga Mr Huby terbatas pergerakkan.......
Mak (mentua) menjadi pendamping....menjadi penguar semangat..
Namum begitu, semangat Mr Huby yang tinggi membantu saya menguruskan Putri Bongsu (hantar/ambil dari sekolah)
Masih boleh memandu ke mana kami nak pergi...walaupun berjalan menggunakan tongkat...
Alhamdullilah....kita akan terus bersandar pada DIA YANG ESA....
Semoga sakit ini mampu menghapuskan dosa-dosa kecil..
Mr Huby dan saya selesai menjalankan majlis perkahwinan putri sulung saya...
Sakit...alhamdullilah...

Ya, siapa kita untuk mempersoalkan musibah & rahmat..
Rencana DIA YANG ESA pasti adil dan saksama serta penuh kenikmatan
Apa yang saya perlu ada adalah KESABARAN...

Kekadang timbul rasa bersalah, bila mana kerjabuat saya memerlukan masa yang lebih...
Tapi itu amanah, syukur Mr Huby faham dan tidak pernah persoalkan...
Masa terluang akan digunakan sebaik mungkin...
menemani Mr Huby berjumpa Dr atau mencari ubat yang perlu...
Usaha dan doa tidak akan terputus sehingga kini....



Hanya pada DIA YANG ESA kami bersandar...
Hati tergerak untuk berjumpa pakar sendi, urat & tulang yang baru beroperasi di Bandar Seb Jaya...
Cuti sekolah ini, masa yang agak sesuai...
Sabtu saya & Mr Huby ke "Bone Joint & Pain Specialist Center" tapi waktu pendaftaran dah tamat, kami sampai jam 12.30...waktu pendaftaran sampai jam 12.00 ...
Tadi saya , My Huby dan Putri bongsu sekali lagi ke sana
SYUKUR.....dapat buat pendaftaran dan berjumpa DR PAKAR

saya bawakan salinan x ray...
" patah ni...2 patah ni...retak pun ada"
"kurang kalsium....perlukan sutikan dllllll"

Masa rawatan di KPJ sulu kata tulang belakang rengang....
Masa bila boleb patah....
Jadi saya tanya DR..macam mana boleh patah..

"jatuh...encik ada jatuh?"

Pesanan DR :
1. Kali ini saya bagi suntikan dan ubat
2. 19hb datang balik untuk pemeriksaan, mungkin akan samb dgn ubat shj
3. Jangan duduk lebih dari setengah jam..perlu bangun/gerak dll
4. Jangan angkat barang lbh dari 3KG

Ok..selesai sesi , saya membuat bayaran dan mengambil ubat..kali pertama ni dengan sutikan ubat boleh tahan bayaran nya...tak pa la berusaha...in shaa allah dengan izin NYA..mana tahu tempat ni penawarnya...


Persoalan :
1. Bila jatuh, di mana?

Selamba Mr Huby bagi tau jatuh di tempat parking kereta depan rumah....

Kali ni...maaf ye Mr Huby...kena dengar cakap & arahan DR betul-betul
Apa yang penting kita akan terus berusaha & berdoa
Serta yang pasti akan terus bersandar pada DIA YANG ESA
Ada perubahan yang positf sebelum ambil suntikan dan selepas..alhamdullilah..
Mr Huby kata jalan pun rasa ringan sikit angkat kaki..SYUKUR YA ALLAH
Teruskan berdoa dan makan ubat dengan betul
Ingat pesanan DR...19hb ni appmt kali kedua....
Semoga Ramadhan & Nur Syawal ini akan memberikan rahmat dan nikmat kepada kita....



Friday, August 2, 2013

Julai Berlabuh dlm Ketenangan...Ogos dalam tandatanya

Julai...
Berambut dengan Ramadhan yang suci...
Kerjabuat berjalan dengan jadual yang diatur...
Ha...dengan proses penyesuaian bersama Bos baru....

Kata sahabat saya " dunia ni, semua ni dunia..."
hanya senyuman tuk respon ini...
hi...

Projek Julai saya bermula dengan menerima panggilan telefon dari PPD
Galeri PPDa sekolah saya akan mewakili negeri buat kali kedua tahun ini
Perbincangan bersama GB.....banyak juga pembaharuan yang beliau cadangkan
Terima kasih adik2 praktikum yang membantu mengubah fizikal
Selesai sudah...
Ogos ini hanya nak naikkan bahan-bahan sahaja....
Semoga projek ini akan terus dikendalikan dngan baik...


Sedih juga, bila mengenangkan projek yang kita asakan akan ditinggalkan separuh jalan...
Semalam menerima berita dari pengawai PPD, saya akan digerakkan OGos...
Ha2..Ogos..sekarang pun dah Ogos...lepas raya katanya...
tu ni tu ni alasan saya berikan dengan projek saya, dengan komitmen saya yang baru 2 thn di sini
Tapi terlambat sudah...
Kata pengawai tu nama saya telah dihantar ke JPN...

Bila difikirkan balik, mereka telah bertolakansur dengan saya...pada awal tahun saya ditanya untuk bergerak...tapi lokasi agak jauh, dan saya sendiri mohon..jika nak gerakkan saya..jangan keluar dari kawasan.....
Khabarnya pergerakkan saya Ogos ini dalam kawasan
Puas saya pujuk nak tahu lokasi...tapi hampa....takut ada pertukaran di pihak atasan...
REDHA....itu kata hati saya...itu persetujuan saya dengan Mr Hubby....
Semoga tandatanya saya Ogos ini akan dalam rahmat dari DIA Yang ESA....

Kasih saya bertaut agak KUKUH di sini....bersama warga SKSS adalah antara anugerah terindah dari DIA....
Di manakah saya Ogos ini? Hanya DIA yang tahu...
Semoga semuanya dalam peliharaanNYA...

Sunday, July 14, 2013

Hari Kantin Pertama.....

Pantasnya Jun.....
Sedar tak sedar hampir melabuhkan tirai....
Bermakna Julai akal bertamu bersama Ramadhan yang dirindui....



Lajunya Jun bersama satu program besar yang pertama kali saya laksanakan, lalui dan tempuhi...
Hari Kantin...dah masuk 16 tahun di dunia pendidikan..ini yang pertama dilalui, dilaksanakan...
Pada awalnya agak risau..
Syukur..program lancar, walaupun untung tak banyak...
Hi2..nama pun cikgu mana pandai nak bisnes..tapi yang penting program lancar.meriah dan tak rugi
terima kasih semua yang menjayakannya.....

Kekadang kita telah berpuashati bila kerjabuat menjadi dan matlamat tercapai...
Sudah mampu senyum , walau sekadar senyum simpul, bukan lebar...
Sebab awalnya agak tercabar dengan PIBG..."Boleh ke Cikgu"
In shaa allah......bukan PIBG tak percaya...cuma mereka lebih kenal komuniti di sini
Jadi mereka takut..penat dapat, hasil tak ada...dengan kata lain RUGI..
Sebab, saya bentangkan Kertas Kerja untuk mohon pinjaman modal dari PIBG
Alhamdullilah, berkat doa dan usaha...pinjaman dapat dilunaskan
Keuntungan walau pun tak banyak boleh digunakan untuk Pembangunan Bilik PPDa yang akan mewakili  negeri sekali lagi tahun ini, buat bagi duit raya pada anak-anak kami di SKSS dan buat jamuan hari kanak-kanak.....

Syukur Jun saya berlalu dengan meninggalkan sejarah "Hari Kantin Pertama Buat Saya"...hi

Monday, June 3, 2013

Berlabuh Mei Dalan Kesyukuran

Alhamdullilah, syukur YA ALLAH...
Atas limpah dan kurniaMU
Atas keberkatanMU

12 Mei Majlis Nikah putri sulung saya di Masjid Batu 3 dan doa selamat serta tahlil di rumah ayahanda tercinta
Terima kasih kepada ayahanda dan bonda serta saudara dan sahabat yang hadir pada Majlis ringkas ini, semoga jodoh putri saya kekal sehingga ke akhir hayat..
Terima kasih juga kepada Kak Simah (PIBG) yang membantu urusan jamuan (menu) hari ni amat istimewa...ala- ala kampung
Terima kasih pad jemaah Masjid Batu 3 yang mendoakan dan tahlilkan majlis kami ini.
Buat Mr Huby.....berlapang dada serahkan amanah Yayang kepada Mohd Syukor, semoga putri kesayangan ini akan menjadi is3 yang solehah.
Buat Si adik....ingat kakak dah ada suami, jadi adik mesti berdikari yeee....



19 Mei Majlis Kanduri Kawen di Dewan Seri Krian, Parit Buntar, Majlis yang pada awalnya dirancang ringkas  bersama permuafakatan keluarga saya dan keluarga sebelah Mr Huby
Jamuan oleh Hj sani Catering (sepupu saya)..terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan.
Dewan ..hiasan meja dll - dari Harry Studio, juga dua pupu saya.....banyak juga yang disponsorkan....semoga rezki lebih urah slepas ini...
Saudara-saudara saya, adik lelaki sulung (juruphoto), adik lelaki kedua (laksa), adik perempuan tersayang (door gift) bersama dengan mak...
Sebelah Mr Huby ..urusan dewan dan Bilik rehat.....syukur
majlis lancar, lauk pauk cukup dan cuaca baik...alhamdullilah......
dari mama , waled dan adik.... SELAMAT PEGANTIN BARU KAKAK & Syuk...





25 Mei, Majlis sebelah pengantin lelaki, di teloi Tua, Sik......
Sedikit ujian ... Ya Allah,
Entah di mana silapnya, habis kami seluarga cirit-birit dari mlam 24hb tuuuu...mulai 12 pagi..
Terus Mr Huby mintak semua makan ubat ...
Masalah juga bila pengantin perempuan pun sakit perut.....
Dah makan ubat masih kacau...ha3....lucu ada, 10sen pun ada...
Bila kena stop di Petrolpam dan baiki smeula baju pengantin perempuan..
Akhirnya sampai juga di rumah pengantin lelaki...
Gulai Kawah Batang Pisang........
Yang memang diidamkan dari awal, biar pun jauh berbaloi...bermangkuk saya menghadap gulai batang pisang ni...tak tangok menu lain dah.....syukurlah perut pun dah OK
TERIMA KASIH buat kedua keluarga adik lelaki saya, mak, abah dan sahabat saya Cikgu Suzana sekeluarga yang menjadi pengiring pengantin hari ni....

Ya Allah, Ya Tuhan ku...
Mei saya berlabuh dengan serubu satu cerita, seribu satu kenangan
Alhamdullilah, saya dan Mr Huby dengan redha serahkan tanggungjawab membimbing, mendidik, menyayangi putri sulung kami kepada menantu .....semoga kalian sentiasa dalam redha ALLAH jua.

Buat semua saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga yang hadir di majlis-majlis saya ini, yang tidak dapat hadir  tapi tetap mendoakan kebahgiaan dan kelancaran majlis....TERIAM KASIH, SYUKRAN...hanya ALLAH SWT yang dapat membalas semua jasa baik kalian.

Mei 2013 dalam Kesyukuran.......

Friday, May 17, 2013

Beberapa Jam sahaja Lagiiii......

Debaran majlis nikah putri  sulung saya telah berakhir denga baik & lancar
alhamdulilah, terima kasih YA ALLAH ......

Ahad ni, majlis kawen....dari awal perancangan ada sahaja yang dikuatirkan...
Makan cukup tak, cuaca hari tu cam mana...
Tetamu nanti selesa tak...
Jemputan...adoiii, hrp saya telah menjemput semua kenalan, saudara mara...
Yang tertinggal tu, kiranya terbaca FB saya dan ada yang tahu, saya jemput semunya....
Tak menang tangan nak cari semua kekawan.... al maklum semua dah dok merata tempat...

Perancangan saya dan huby adakan majlis yang simple dan ringkas dan panggilan hanya dalam 1200 aje..
Tapi bila dihitung balik kamid ah tambah ke 1500 orang...hie...
Risau juga, taku ada tetamu yang tak makan...dah namanya buat kenduri
Kena lah semu tatamu dapat makan kenduri...
Syukur , katering abang sepupu saya, semalam berbincang lagi....beliau janji akan cover semua  bahagian makan...
Dewan dan persiapan tempat, abang ipar adik saya yang kerja MDK akan cover...dah berbincang 3 kali..harap semua ok..
Pengantin... Harry Studio (sepupu) juga...hrp smeuanya beresssss yeee....
Tambahan....saudara-mara akan cover..
Sebagai back up saya telah tempah satu bilik famili di PBI..untuk saudara maras solat dna rehat...

YA ALAH, hanya pada Mu hambaMu ini bergantung harap dan berdoa...
KAU permudahkan segala urusan Majlis nanti....