Followers

Thursday, May 19, 2011

^^^SANTAIIIII^^^

As Salam....

Cacatan ku terhenti pada 10 Mei.....
Sebab tak benda menarik yang berlaku kebelakangan ini
Yang dapat dijadikan memori kemudian hari.....
Just...santai badan, santai minda...

11 Mei 2011 (Rabu)
Kembali ke pejabat selepas cuti 2 hari....
Surat...surat...masih menjadi tandatanya...xada salinan di.......???? PELIKKKK...
Saja menyantai diri hari ni....letih dengan masalah yang masih belum selesai...
Call unit yang berkenaa, orang yang berkenaan ke luar daerah...????

12 Mei 2011 (Khamis)
Hari ni round selatan aje....santai..amat santai
Ke PPD...urusan edaran bahan /surat-surat...
Selesai...jenguk anak buah di SKNT sedang buat prjek khidmat bantu
Jumpa kawan2 lama....banyak le cite lama yang kluar..nostalgia...
Satu hikmah....YG BENAR TERSULUH JUA...selepas 6 tahun....
Hu...panjang masa tu....
YA ALLAH...syukur atas kebenaran KISAH yang KAU pertunjukkan akhirnya.....

13 Mei 2011 (Jumaat)
Santaiii..mood malas pun nak menyapalah...
Seblum aku bermalas-malasa...baik aku kemas barang....
Ha3...kosong bilik....LEGAAAA....
penuh keta dengan barang peribadiku....
Bila la surat ni nak mai ni...masih menjadi ???????

14 Mei 2011 (Sabtu)
...santai..termat santai...
Sambil memanjaklan badan dan minda....


15 Mei 2011 (Ahad)
Hari Belia Pulau Pinang....saje menyibukkan diri sikit...
Free sangat minggu ni......

16 Mei 2011 (Isnin)
Ha...HARI GURU.....
Banyak ucapan ku terima..THANKS semua...
Sorang kawan katakan...Hari Syok sendiri, sendiri beli hadiah (tukar-tukar), buat majlis, buat persembahan sendiri semua...sendiri hiburkan diri sendiri....
Fikir2 betui jugak...patutnya...REST aje..bagi org lain yg raikan...fenin jugak bila difikir2kan....

17 Mei 2011 (Selasa)
Mood masih santaiiii....
Boleh terjah Gianttt...cari kereta sorong baby unutk cucu....
Seharian berdua...round satu Penang.......

18 Mei 2011 (Rabu)
Pagi...uruskan  bahan edaran PKG....
Surat mesyuarat agung ke ROS....
La...nak buat apa lagi...cam tak da keja ni...ni yang aku nak jadi mood mengantuk ni...
Uruskan pakej teambuilding...xbanyak benda pun nak selesai...
Keboringan dalam kesantaian yang keterlaluan...
Aku boleh mati kalau tak banyak kerja....mati jiwa, mati semangat..
Nak buat keja apa ni ni.....badan rasa sengal2 sebab xda benda nak di sibukkan..
SAUNAkan badan la.....lega dapat masuk sauna ...segar balik badan...

19 Mei 2011(Khamis)
Surat teambuilding masih belum dapat t.tgn......????
Tunggu ada cikgu nak mai ambik resit & cek...tak sampai2 pun lagi cikgu ni...
Nasib baik ari ni CERIA sebab pagi tadi disapa pelangi pagi...
Awal pagi ujan dan lepas tu panas...pelangi pagi muncul dekat2 Office...subhanallah....canteknya

Masih menunggu projek seterusnya.....
I.Allah minggu depan sibuk kembali..syukur....

Wednesday, May 18, 2011

^^^SAHAM AMANAH^^^

As Salam,

Halaqah semalam membincangkan "Saham Amanah"...
Tajuk yang meruntun jiwa aku sebagai ibu, aku sebagai anak dan aku sebagai isteri...
Alunan patah kata yang menyentuh qalbu, menyapa hati, menikam rasa...
Pabila kita diminta membayang "anak sulung".....
Kemudian membayangkan " anak bongsu"...



Astaqfirullah hal azim...YA ALLAH......(itu yang terdetik di hati)
Ku akui kekadang dalam kealpaan kita mencari kesempurnaan DUNIA,
Kita lupa akan AKHIRAT.....
ALLAH HU AKHBAR.......
Maha Agung Tuhan yang satu...YA ALLAH..
Kau berikan ku 2 saham amanah... anak sulung dan anak bongsuku

Rasanya betapa aku terleka dalam menyuburkan saham-saham ini
Menjadi SAHAM BERHARGA DI AKHIRAT sana...
Kesibukkan DUNIA kekadang memang melalaikan....
Ujian-ujian yang KAU turunkan....kebelakangan ini menjadikan aku pemikir dan
terus berfikir selain muhasabah diri..
Ada rakan menyatakan tanda kasih DIA..ya aku akur, aku lebih banyak mengadu pada MU YA ALLAH
dan aku lebih meinta pada MU TUHANKU...
Ada juga rakan mengatakan " Tuhan usik sikit je".....
Ya...aku  terima, walau kekadang 0 dayaku...dengan memohon padaMU...
Aku mendapat kembali kekuatan....

Syukur, sentuhan "Saham Amanah" yang dibawa semalam
Menjadikan aku seorang pemikir pagi ini...
Menilai kembali "saham-saham" ku....
Menyusun strategi untuk mejulang saham ini di Dunia & Akhirat....
Sesungguhnya "saham amanah" yang KAU berikan adalah anugerah terindah dalam hidupku..
Insyaallah....

Terima kasih YA ALLAH....Syukran....

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU......

As Salam .......Salam Ukhuwah Salam I Malaysia,

Hello cikgu-cikgu...hi2....cepat-cepat ESOK hari kita,
Pastikan ada sejambak rose ooo sesuatu dari Mr Hubby.....hi3.....

Walau pahir, kelat, masin, masam...tapi di akhirnya tetap MANIS pabila aku bergelar GURU...

Sedar tak sedar ESOK 16 Mei ..tarikh keramat buat WARGA Pendidikan.."SAMBUTAN HARI GURU"  bertamu lagi,
Tahun 2011, 15 tahun aku memegang amanah ini, SYUKUR cita2 zaman kanak2 menjadi realiti.
Alhamdullilah.....
Sempena Hari Guru tahun ni, ku ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua rakan guru :

*** rakan dari Maktab Sri Pinang
***Convent Greenlane (1997 - 2000)
***SJKC Kai Chee ( 2000-Jun 2002)
***SK Permatang Tok Mahat (Jun 2002 - dis 2005)
***BTP, BTPN  & PKG (khas nya P.Pinang & lain2 negeri) (Dis 2005 - sekarang)
***serta semua yang bergelar "CIKGU"...

Sajak dr Usman Awang yang tak pernah lekang dari ingatan terutama menjelangnya sambutan esok...

"Guru oh Guru"


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1997

Wednesday, May 11, 2011

^^^Kosong^^^

As Salam,

Tertinggal catatanku seketika dengan ujian-ujian kecil yang hadir bagi aku memuhasabah diri...
Terasa amat kerdil di alam ini, dan terasa melayang jiwa dari jasad
Hilang kekuatan dan semangat.....moga ia hanya seketika....

30 April 2011 (Sabtu)
Sebulan aku dengan program2 yang padat, akhirnya aku tersadai...
Melayan selsema dan deman sahaja hari ni..makan ubat dan restkan badan..
Lemah sesangat...

01 Mei 2011 (Ahad)
Hari ni , hari yang istimewa buat seseorang....chi wawa..
Selamat Bertunang...
Keluarga kak siah sudah macam keluargaku..seharian bantu apa yang patut
Walau badan masih kurang selesa...
Majlis yang indah dan meriah..Moga wawa akan kekal bahgia selamanya...TAHNIAH sis...

02 Mei 2011(Isnin)
REHATTTTTTTTTTTTTTTT..................letih sangat.....

03 Mei 2011 (Selasa)
Sakit satu badan , sengallll.....macam nak demam balik..mungkin cuaca yang  terlalu panas dan kekadang hujan yang tak menentu....dengan aku hari2 drive berjam2 dalam kereta...
Masih fikirkan kenapa la lambat sangat surat bertukar sampai....hu3...
Urusan pejabat yang ringan2 aje dapat dibuat pagi ni...
Nak turun mantau sekolah pun tak terdaya...

04 Mei 2011 (Rabu)
Urusan persediaan mesyuarat akan datang......9 Mei 2011
Alhamdullilah.....selesai

05 Mei 2011 (Khamis)
Pantau sekolah untuk khidmat bantu ISO...SMKTAT...pengetua yang amat faham dan kerjasama yang baik
Kerja menjadi mudah...
Jengok rerakan di SKSG...bantu sistem fail dan pengurusan asas...hari akhir khidmat bantu di sini...

06 Mei 2011 (Jumaat)
Pemurniaan bahan edaran mesyuarat minggu depan....
Edaran bahan ke PPDS, terus jumpa pengawai yang berkenaan..semakan pertukaran
Pegawai di JPN kurang sihat...makluman selebihnya minggu depan baru dapat..hu3...
Fenin jugak, sebab rerakan yang kemudian semua dan selesai...di mana silapnya ni?

07 Mei 2011 (Sabtu)
TSUNAMIIIIIIIIIII..........di hati.......
Kuatkan hati jenguk rumah mak sekejap....
Siapkan apa yang patut untuk majlis esok.....

08 Mei 2011 (Ahad)
Kumpulkan kekuatan, semangat yang berbaki..teruskan majlis kenduri arwah untuk maksu, wan & tok...
Pasti ada sesauatu yang hilanggggg.......
YA ALLAH......aku terima dugaan ini
TERIMA KASIH YA ALLAH.......

09 Mei 2011 (Isnin)
Jasad dan jiwa tidak sekata........

10 Mei 2011(Selasa)
Tiada kekuatan .......

kosong...kosong...kosong......

Saturday, April 30, 2011

^^^Buku OH Buku^^^

As Salam.....
Cepatnya April berakhir sebab bulan ni memang padat jadual kerjaku...
Kumpulkan tenaga dan minda dari 1st April, tapi akhirnya semalam badan tak mampu sudah menahan.
Akhirnya aku deman dan selsema....pada 29 April....

25 April 2011 (Isnin)
Khidmat Bantu di SKBP...skull baru, fizikal yang sememangnya cantek, tapi masih kosong
Sebab sekolah baru dibuka awal tahun ni..
Buku ada dalam seribu lebih...Jadi..jom proses buku...4 orang buat kerja ni 5 hari sura banyak yang dapat dinaikkan ke rak...

26 APRIL 2011 (Selasa)
Turut serta dalam kumpulan kecil pejabatku ke PWTC untuk Pesta Buku Kebangsaan
5 am bertolak dari Penang, sampai Penang balik 9.30 pm...ha3...pecut jangan tak pecut,
Jangan kena saman dah le...
BEST sangat pesta buku tahun ni...banyak juga yang melekat kat aku
My Princess pun ikut sama....
Jumpa Kak T, kekawan BTP dan BTPN Selangor....
Enjoy d trip....hi3....

27 April 2011 ( Rabu)
Pagi singgah di SMKSN..uruskan LO makan, terus BTPN, banyak benda office yang kena selesai
sebab bulan ni banyak kerja luar...hi3...
Petang...Balik ke kerja buat di SKBP...sambung apa yang patut
Nampak perubahan dari hari pertama, buku pun dah banyak yang diproses...

28 April 2011 (Khamis)
Perubahan amat ketara, banyak kata-kata hikmah dah naik di bay2,
sudut dah naik... buku di rak pun dah tersusun..alhamdullilah
Petang nape la aku bersin tak berhenti ni...badan rasa sengal2... adoiii nak deman la ni...

29 April 2011 (Jumaat)
Pagi memang tak sedap badan, tapi ada janji dengan bdk2 SKBP slot NILAM...
I.allah boleh bertahan lagi ni...
Alamak hujan lebatnya... keluar rumah 7am, 8.20 masih tak lepas H.way Batu Kawan
Dah nak beku dalam keta ni..opss rupa2nya ada kemalangan 2 buah lori ngan 2 buah keta..
teruk nampak...patutla jem teruk dah hujan lagi...talian hayat Wadi back up slot NILAM
8.30 masih tak lepas tol juru....hu3...
9 lebih baru sampai di SKBP..wadi dah selesaikan 2 slot... kemasan terakhir sebelum penutup
Aku ambik slot NILAM ke2 aje....kelas lain pulak...

Patut le selsema dok berkepung dengan buku....

Sunday, April 24, 2011

^^^Yang Aku Suka^^^

As Salam...

Penat sesangat bulan ni kerana kekalutan yang keterlaluan
Tapi itu yang aku suka..kerja banyak..ada kerja
Rasa HIDUP jiwa, cerna MINDA dengan projek-projek kebelakangan ini...
Kalau semua Projek dah siap... kerja tak banyak mulalah, aku tak selesa..hi3...

16.04.2011 (Sabtu)
Melayan Si bongsu ....dan melayan Hidustan je....
Sambil melayan mata....

17.04.2011(Ahad)
Rutin kerja rumah seperti biasa....
Sambil memanjakan badan.....

18.04.2011 (Isnin)
Yang Aku Suka..amat2 suka..Khidmat Bantu PSS di SMKSN
Hari pertama...perubahan fixikal yang nyata, ubah susun atur rak & meja kerusi
Berpeluh-peluh, tapi hati riang....mungkin cuaca sama panas sangat hari ni...
Nampak lapang PSS SMKSN sekarang...sayup mata sampai ke sudut belakang...
I Like....hi3

19.04.2011(Selasa)
Pagi ni aku berkongsi NILAM dengan Pelajar2 SMKSN  dari form 1 hingga form 4...
Mudah-mudahan akan lahir tokoh2  NILAM dari sini pada tahun2 akan datang..
Anak2 suka membaca , tapi malas nak mencatat dalam rekod NILAM...

20.04.2011 (Rabu)
Hari Ke3..banyak sudut dah terbina bersama labelingnya...
Alhamdullilah
Kerjasama dari rakan sepasukan dan warga SMKSN amat baik
Kerja jadi makin mudah..

21.04.2011( Khamis)
Hari akhir...sentuhan terakhir, mungkin projek terakhir aku..hu3...
Alhamdullilah 3 petang dapat dilaksanakan majlis penutup
Kami berpuas hati, sekolah pun berpuas hati dengan hasilnya..syukur..

22.04.2011(Jumaat)
Keletihan , tapi dah lama tak masuk office..
Nasib baik My D tolong hantar hari ni..
Slot awal pagi, seperti kebiasaan..
Kami berkumpul di surau untuk bacaan YASSIN
Dalam HATi terdetik satu permintaan dari DIA.....
Jam 10.00 pagi..terasa benar akan KEKUASAANnya dan RAHMAT DIA untuk ku
I.Allah.....semua akan baik dan Doaku padaNYA padi td cepat dimahbulkan....SYUKUR..

23.04.2011 (Sabtu)
Just santai sambil bantu projek si kakak...
Tumpang Si Kakak bersemangat, aku sokong je...hi3..

24.04.2011 (Ahad)
Melayan sebgal2 badan...hi3...sure angin, sebab bagus punya masak sayur labu tadi..
Habis semangkuk...alhamdullilah dah makan ubat
Saja2 je....melayan kaki jalan2 kat Pasar Malam Sg Acheh ni
Dah 42 tahun berubah...masih ada orang lama yang berniaga di sini..
I like...bihun sup...pak cik tu..dari budak2 sampai la jd nenek ni...
Aku Suka..  minggu ni....

Friday, April 15, 2011

^^^Day by Day in Alor Setar ^^^

As Salam,

Lima hari di Alor Setar...BTPN kedah....
SKT @ Kerjabuat ---- Kursus Asas Pengurusan PSS (35 Jam) 2011
Alhamdulillah, 
Dua buah bas telah bergerak ke sini dengan seramai 70 orang GPM yang baru dilantik...
Aku & geng...ha3..kamilah urusetia, kamilah penceramah, coz kekangan tenaga
Sebab nak try buat di negeri orang.....so far OK.....

Jadinya 10 April 2011 - 14 April 2011, kami akan berkampung di sini....


10.04.2011 (Ahad)
Pagi di rumah, bergerak dgn pantas, hu3..siapkan si bongsu nak balik asrama
Masak (Nasi Ayam)...menantu baru nak datang rumah....nak fitting baju pengantin....
kemas apa yang patut.....sampai si bongsu merajuk "sape pun xlayan adik, bukan nak tanya adik nak ape ke, tu ke...semua org sibuk..xmau balik la cam ni"....alalalalal  Ciannya simanjaku ni.....
12pm masih belum kemas beg lagi, adoiii...campak aje baju formal 4 pasang, kasual 4...
Tak sempat nak iron dah....xpa..i'am very sure ada iron di asrama BTPN Kedah..sama cam Penang.

2pm antar di bongsu balik ke asrama ( nak mama jugak antar...alahai anak manjaku ni)...terus ke BTPNPP
Kali pertama aku pandang wajah-wajah GPM baru dilantik,  semasa semakan peserta sebelum bas bertolak....kerisauan bersarang di hati...."nampak muka2 cikgu ni semua macam 10sen & serius sgt".....hu3....
So, aku bersama sebuah bas & Cikgu Salim ikut bas yang sebuah lagi....
My dear Wan pun ikut sama, ambik wan di Tol Jawi .....
6.00 petang, kami sampai di BTPN Kedah...syukur....perjalanan yang singkat ke sini.
8.30 mlm slot pertama....oleh Mr Os....wajah GPM masih nampak  10sen...
Slot LM ku ditunda ke mlm akhir....

11.04.2011 (Isnin)
Kursus diteruskan, pagi slot ICT dari Mr Syukur....aku sambung slot Konsep Asas PSS...
Hari ni nampak muka cikgu ada senyuman sikit....mungkin baru rasa selesa & mesra
Soal jawab pun berlaku.... alhamdullilah....nampak mereka mula membuka minda untuk menerima apa yang yang dicurahkan...
Seterusnya Pengurusan & pentadbiran PSS oleh My PP & Wan...
Malam,....ha3 aku lagi, kali ni santai bengkel aktiviti PSS...
Bersungguh GPM buat kertas konsep .."copy paste"...hi3...
Akhirnya...ada 14 kertas konsep yg dihasilkan dan dibentangkan..
TAHNIAH CIKGU...well done.....seronokkan jadi GPM....
Wajah yang 10sen bertukar jadi ceria.....

12.04.2011 (Selasa)
Hari ketiga di sini, 
Nampaknya GPM semakin yakin dan ceria....
Betul kata orang, bila ada sedikit ilmu, kita akan rasa lebih selesa....
I.Allah pabila selesai khamis ini, GPM dapat menguruskan PSS dengan baik...
Awal pagi slot Photoshop dar Mr Mior.....menarik....ilmu baru...
Seterusnya pengkelasan dan proses teknik disusuli bengkel sehingga malam.
Baru tiga hari di sini, rasa dah lama..sebab banyak info yang dicurahkan
GPM setuju dengan aku.....
Petang, Hajah Salmah/ Kak Sal (Mantan Pengetua SMKA Al Irsyad) datang ambik aku, wan & Pn Hindon ke Laksa Teluk Kehcai.....best sgt...
Orang kata kalau mai Alor Setar mesti makan laksa ni....kenyang sampai pagi ni....
Terima Kasih Kak Sal.....

13.04.2011 (Rabu)
Rasminya hari ketiga di sini
Tapi sebab kami mula dari mlm 04.04.2011...rasa hari keempatlah...
Mr Rosli mulakan dgn slot Proses Pilih Buang/Pelupusan...
Ha3...otai ni memang D best...riuh GPM gelak dengan lawak2 dalam perisian yang disampaikan.....tak terasa 2 jam...dah masuk waktu minum pagi pun masih diteruskan..
panas slot ni.....hi3....
NILAM oleh Mr Azman....
Petang kami melawat di Pusat Sumber & Unit Penerbitan BTPN Kedah....
Cool man....terang lagi bersuluh program NILAM cikgu-cikgu ni dengar....
So Cikgu...Perkasakan NILAM....gud luck...
Gambar kumpulan dah siap...70 copy..sorang satu je tau....
Malam...LM aku.....harap balik aje nanti ada wujud sudut LM di sekolah cikgu2...
Harap dalam kadar segera, balik aje terus wujudkan : SUDUT LITERASI MAKLUMAT
Dan harap dapat dibuat bengkel dalaman di sekolah masing2 dgn cikgu2 dan pelajar2.
Sleep well.....esok balik penang...

14.04.2011 (Khamis)
Hari akhir.....alhamdullilah...
Sibuk sikit hari ni...
Awal pagi slot Mantan KPP aku..sistem fail terkini & Kewangan PSS..
Majlis Penutup...sibuk la...nak sampaikan sijil2 pd peserta hi3...
Akhirnya...check out asrama dan...
Wajib..kami singgah di Pekan Rabu....shopping apa yg patut aje....hi3...
Ha3...dpt tudung saji, tongkat kayu antik, bunga pahar sepasang sekali bunga lagi
Dan pelbagai kuih tradisional....
5pm sampai umah...letihhhh nyer...ingat nak lelap le sampai umah ni...
Tup3....ada mertua ku....cian deman pulak mak mertuaku...selesai mandi bawa mak g klinik...
Syukur, selesai salah satu SKTku....
Tahniah pada semua GPM baru yang telah dicurahkan ilmu2 seadanya
dan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...
 
15.04.2011 (Jumaat)
Hari ni cari je baju tangkap muat je dari almari....keletihan....
Awat la pulak...keta xleh nak start.....
Sebab 5 hari xjalan kot..hu3...My D antar le....
Jangan lupa ambik 5.30 petang...Hari ni ada Majlis
Our KPP Bersara...SELAMAT BERSARA CIK MAT....

Cam patah kaki nampak aku sehari dua ni...sampai My D siap baiki keta di bengkel...
Minggu depan 4 hari di SMK Seri Nibong.....I.Allah...projek seterusnya
Khidmat Bantu PSS (ISO).....