Followers

Monday, March 19, 2012

BALIK KE SEKOLAH SEKEJAP......

Salam Ukhuwah,

Hari ini sehingga Juaaat ini saya akan menghuni semula bilik kerja saya
Setelah sebulan saya di IAB
Tapi hanya unutk semiinggu sahaja... minggu depan saya akan berkampung di SK Sungai Acheh selama dua minggu untuk projek seterusnya.

Awal pagi, saya setia menunggu anak-anak didik saya melangkah ceria ke dalam perkarangan sekolah,
Rutin yang telah sebulan saya tak lakukan... lega hati melihat langkah-langkah kecil ini maju ke depan dengan senyuman... " Assalamualaikum cikgu..." yang hilang sebulan ini , balik bertamu.

Melihat senyuman "abah"...merangkap GB saya.... "Ok Jura cakap naa.. dah lama tak cakap , wish la selamat kembali.."..."Ok"....hi3...perhimpunan pagi... windunyaaaa....lagu sekolah, ikrar dll...
Ucapan saya ringkas , sekadar meingatkan anak-anak di sini, "back to school" setelah cuti seminggu, disiplin dan bantuan-bantaun yang akan disalurkan minggu ni. Pemantapan saya tetap sama " Semarakkan budaya Memberi salam dan Perkasakan budaya Membaca",  alhamdullilah... saya nampak ada perkembangan.
Apabila saya masuk kelas ganti 5G, anak-anak saya sibukkkkk... " Cikgu, buat NILAM ye"....Syukur.

Belum pun sempat sarapan pagi ini, ada seorang murid baru mendaftar untuk tahun satu, saya bawa ke kelas dan berjumpa dengan guru kelas..."Selamat Menjadi Warga SKSS".

Sedang asyik menaip surat panggilan bantuan dan akuan penerimaan, saya dipanggil ke bilik GB...
Anak saya yang amat popular di sini " Alif"....ada kes lagi...
Alahai la "Alif" cayang cikgu, macam tau aje cikgu ada minggu ni, asal nampak cikgu aje ada le hal yang "Alif" buat....marah ada, kesihan pun ada...Nama dah le sama dengan nama cucu saya ALIF.
Lama juga nak selesaikan kes "Alif" dan beberapa rakan niiii.... satu kelemahan si "Alif" ni dia tak pandai nak tipu saya, cikgu lain dia pandai tipu...dah banyak kes  "Alif" sampai pada saya.....
Akhirnya selesai dengan kata dua dari saya buat "Alif".

Hari ni juga, dah sebulan tak sempat nak bincang-bincang dengan abak buah. Cari guru BK, tgok apa nak dibuat dalam masa terdekat...kem kepemimpinan dan perjumpaan waris- Ok, Jumpa AJK Lawatan- Ok ke Perpustakaan Negeri & ..... hi, beres, RMT - tak ada masalah, SUSU belum sampai, Bantuan - haaa banyak kerja minggu ni kita yeee....

Sedar tak sedar dah dekat jam 2.30 petang....buka jap blog IAB, buat catatan harian, tup2 GB dok kat belakang dengan PKP, hi3...ni la kerja Jura hari2 kena up date...Ni tulis laporan hari ni... tulis ucapan di perhimpunan tadi..."Tulis tak yg  "abah" berleter tu? ".... " Tak le...".....lama juga perbincangan tak rasmi kami tentang Mesy esok kurikulum, Aset & Kewangan......

ASET,,,ssh juga nak diperjelaskan....tak ada yang mahir, baru aje p kursus ...hi3...jam 3 lbh baru le kami bersuraiiiii......

Wajah-wajah dirinduiiii.....

Friday, March 16, 2012

ANUGERAH -NPQEL 1/2012

Salam 1Malaysia,

Lama juga saya tidak menarikan jari di blog TPS ini,\
Anugerah di awal tahun 2012,
Apabila ditawarkan mengikuti kursus NPQEL ambilan 1/2012, setelah selesai mengikuti sesi ujian & temuduga.
Alhamdullilah Fasa 1, kursus saya berjalan dengan BAIK & penuh kenangan,
11 Feb 2012 saya mula melaporkan diri di IAB Utara dengan satu AZAM, ILMU Pengurusan & Pentadbiran perlu saya perolehi sebanyak mungkin.

Bermula dengan sesi malam 11Feb ( ice breaking)..saya memerhati setiap rakan sekursus, menggunakan sedikit kemahiran yang ada dalam mengenal muka-muka baru ini 40 orang, 40 macam...hi3..I.Allah. 4 minggu saya di sini dalam sesi bersemuka.

Minggu Pertama (12 Feb - 16 Feb 2012)
Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan taklimat asas, mengenal pensyarah-pensyarah, program kecergasan eksekutif..kami berjonging di Tasek Jitra (2.5 KM)..hi3...semput la jugak...dari sesi kecergasan ini la, aku dan rakan-rakan sering menggunjungi GIM IAB.
Minggu ini, kami diajar menggunakan e-learning IAB...emmmmm, macam OK juga la bagi saya, pengalaman kerjabuat yang lalu dan PJJ saya banyak membantu..SYUKUR. Lima hari di sini, tunggu khamis aje..nak memeluk putri kesayangan...

Minggu Kedua ( 19 Feb - 23 Feb 2012)
Minggu kedua , saya dan rakan-rakan mula didedahkan dengan slot Modul-modul. Ada empat Modul untuk sesi pertama ini, dan empat modul untuk sesi kedua..Lapan semua (Modul Utama), ada sub-sub tajuk dalam setiap Modul...YA ALLAH.
Saya mula didedahkan dengan Modul Asas dan Modul 1. Modul Asas ( oleh Pn Norehan) - kepimpinan, pengurusan  & bengkel- mantap penyampaian dan info terus masuk ke kepala....hi3...jelas peranan pemimpin dan pengurus sekolah pada saya di akhir modul ini.
Modul 1 - Pembinaan pelan Strategik (pemikiran Strategik, Visi, Misi, Nilai, Analisis Persekitaran, Objektif KPI, KRA, Plan Stategik, Plan Tindakan, Plan Operasi sehinggala perlaksanaan - kawalan dan pemantauan).
Pelan Strategik juga bukan sesuatu yang baru pada saya, alhamdullilah setiap tahun saya bergelumang dengan Pelan strategik Pusat Sumber Sekolah. Tapi bila nak membina Plan Strategik untuk sekolah ( agak luas)...hi3, syukur, rakan-rakan sekelas banyak berkongsi kerana kami rata-rata dari pelbagai bidang (PKP, PKHEM, PK KO & lain2).
Minggu kedua ni saya dah mula pandai jalan-jalan, bawa kawan-kawan dr Kelantan ke Pekan Rabu..hi3..orang kata dah boleh bawa diri le kat IAB niiii....hi3

Minggu 3 ( 26 Feb - 1Mac)
Minggu ini , saya didedahkan dengan Modul baru Modul 2 dan Modul 4.
Modul 2 - menetapkan matlamat, penyeliaan, penialaian pembelajaran, pembangunan intruksional, penguirusan KOKO, HEM.......ha3 yang saya kenal satu aje Pengurusan HEM itu pun baru 7 bulan, yang lain baca la punya baca ( berlambak buku dah dibeli, photocopy lagi, down load lagi....dah 2 ring fail 40mm, 1 fail 24mm)..hi3 Cabaran Hebat Modul ni untuk saya.....tido 1 pagi ke atas le...kena baca, kena faham, kena buat nota....Tugasan pun dah mula ada _ ASSGMT, Forum, kuiz....go go go
Modul 4 - pengurusna kewangan disentuh di hari akhir minggu ketiga ini. Tajuk ini dulu bos lama saya perlu beri hu3..kena ingat2 balik, power point dia pun ada lagiiiii.....hi3...

Minggu 4 ( 4 Mac - 6 Mac 2012)
Minggu terakhir sesi bersemuka , sambungan dari Modul 4 ( pengurusna pejabat - ingat muka comel PT saya Pn Raina)...hi3....banyaknya kerja kerani niiii. Pembangunan Fzizikal & Aset ...ha3, saya dulu pernah ikut kursus ini, di BTPN, pernah jadi pegawai verifikasi..tapi masih perlu baca untuk ingat balik, Pengurusan ICT (alhamdulilah -kerja buat saya 6 tahun di BTPNPP banyak membantu), pengurusan prestasi (benda baru pada saya) ..hi3..belum pernah terlibat secara penuh lagi. Minggu ini juga kami diberikan taklimat projek penandaarasan ( saya memilih SK Sungai Acheh - PSS dan NILAM).
6 Mac 2012 terakhir sesi bersemuka - my huby dah sampai jam 4 petang, jam 5 baru selesai...copy sana copy sini..al maklum lepas ni semua akan balik ke sekolah masing-masing..takut tercicir maklumat hi3....
Saya juga telah melaporkan diri di SK Sg Acheh pada 9 Mac 2012- berjumpa dengan GB Pn Selasiah yang akan bersara pada 30 Mac ini, sempat bersama saya seminggu aje nanti.

Minggu ke5 ( School Holiday)
Minggu ke 5 ni , cuti sekolah, saya dan rakan-rakan perlu buat elearning - kuiz, forum dan assgmt perlu di upload ke dalam portal IAB.
Alhamdullilah.. 90% selesai, Khamis ini saya sempat berkampung di BTPNPP - menyiapkan kerja NGO saya sebagai NSU PPSSPP, siapkan hadiah pertandingan PSS & NILAM, siapkan buku laporan Mesyuarat Agung PPSSPP kali kesembilan. Cuti ni saya pakai driver (My dear) sebab putri sulung bercuti dan tak lepas steering my PJB, asyik usung adik manja dia ajeee.....Hari ni (pagi tadi) saya sempat ke sekolah menjengok surat-surat dan keja buat minggu ini...alahmdullih, pemeriksaan gigi minggu depan dah bagi senarai nama pada Klinik, bantuan minggu depan - KWAMP, e Kasih dan Tahun 1...
Ha3....sibuk sikit dengan urusan keluarga, Putri sulung  (nak bertunang)..I.allah 24 Mac... persiapan ala kadar sahaja... namapun budak masih belajar...THANKS my sis, sis in law, my mon & da, my mom in law...my dear atas sokongan & sumbangan pada permata pertama saya ini. Moga semuanya dalam perlindungan ALLAH S.W.T.

Saya kurang menulis di bloh TPS ini, kerana setiap detik dan peristiwa saya semadikan di BLOG NPQEL IAB..sebagai kenangan dan tugasan....Semoga Anugerah NPQEL ini akan menjadi satu memori indah ..kursus saya akan berkahir pada pertengahan Julai 2012.

Sunday, February 5, 2012

KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Salam,

Hampir 6 bulan aku melepaskan jawatan sebagai PTP dan berhijrah kembali ke sekolah
Bermula dengan kosong semula ..belajar dan terus belajar.....
Enam tahun bergelumang dengan Pusat Sumber Sekolah , Kemahiran Literasi Maklumat dan NILAM
Rasanya beratus slot ceramah telah disampaikan dalam "perkongsian seadanya" dengan anak-anak pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang khasnya , Kedah dan lain-lain.

Julai 2011, aku melangkah keluar..Tahun 2012 dalam bidang yang baru..
Minggu ke tiga Januari 2012, terima panggilan dari SMK Tasek...unutk pelajar form 5 (31 Januari), form 3 (2 Feb).....selesai sudah alhamdullilah. Dalam perjalanan balik dari SMK Tasek, dapat panggilan dari SK Sg Bakap, mohon slot NILAM pada 9 Feb ni, Jumaat tadi dari SMK Bandar Tasek mohon slot LM pada 10 Feb (yang ni terpaksa dipinda sebab 11 Feb aku akan ke IAB)...3 minggu.

Rasanya lama kelamaan akau akan terpaksa tinggalkan semua ini kerana kekakangan tugas yang baru....
I.allah sebagai perkongsian yang kekal , aku akan masukkan bahan seadanya dalam blog ini dari semasa ke semasa......hanya ini yang dapat disumbangkan.

LITERASI MAKLUMAT

DOYLE (1992)
nSatu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. 
 
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
nKeupayaan  untuk  mengakses  dan  menilai  maklumat  bagi membuat   pemilihan   dan   menyelesaikan   permasalahan secara efektif.
 
American Library Association (1989)
nSeseorang yang berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh    mengenalpasti    bila    maklumat    diperlukan    dan mempunyai    kebolehan    untuk    menentu,    menilai    dan
mengguna secara berkesan maklumat yang diperlukan. 

Kesimpulannya :
Definisi LM adalah boleh mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut.

Dalam LM terdapat beberapa kemahiran  iaitu :

1. Mencari Maklumat di Perpustakaan
2. Berfikir
3. Belajar
4. Mengumpul dan menyampaikan maklumat secara verbal
5. Mencari maklumat melalui ICT
 
Kemahiran Perpustakaan
  • §Lokasi bahan
  • Susunan buku, majalah, akhbar dll
  • Bahagian buku, glosari, indeks dll
  • Menggunakan bahan rujukan
  • Membuat nota kaki dan bibliografi

Kemahiran Belajar
§Berfikir
§Membaca
§Mendengar
§Melihat
§Mencatatkan nota
§Mengorganisasikan dan menyampaikan maklumat secara betul
§Membuat renungan dan rumusan
 

Kemahiran Komunikasi
§Bertanya
§Menemuramah
§Memberi pendapat
§Berbahas
§Memberikan ucapan
§Menyampaikan laporan
 
 
KEMAHIRAN ICT
nOPAC
nEnjin Pencari
nBoolean
nPower Point
nLaman Web
nNews Letter
nBrosur

Kemahiran Hidup
§Mengurus masa
§Mengurus diri
§Berinteraksi dan etika
§Pembelajaran sepanjang hayat
 
Asas LM....akan sambung dengan contoh dan aktiviti...i.allah

 
 

KEBETULAN atau SURATAN

Salam Maulidur Rasul....
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhamad SAW
Sempena sambulan ulangtahun kelahiran banginda pada hari ini.....
Hari yang INDAH.......


Seawal pagi putri sulung telah muncul depan mata- balik bercuti
Kereta huby yang masuk w.shop 3 hari petang semalam telah dapat dipandu pagi ini
Cuma keretaku yang  masih dirawat, esok mungkin dah OK..i.allah.

2012...Januari mula melabuhkan tirai.....
Februari mula menampakkan wajah.....

KEBETULAN ATAU SURATAN......
Setelah 6 tahun di BPTN/PKG, dan setelah selesai pengajianku
Rasa ingin berhijrah semula ke sekolah
Kebetulan atau Suratan permohonan tu agak lambat...macam terselit hi3
Sebab pabila rakan yang lewat mohon keluar dapat ke sekolah dahulu
Baru aku perasan....mana borang aku...
Setelah dicek sana sini...rasanya macam ada kesulitan sikit,
Kebetulan atau Suratan sekiranya aku balik ke sekolah pada Mac ...akau akan ditempatkan di sekolah yang agak jauh...tetapi sebab lambat sikit ...perpindahan ku Julai, aku dapat sekolah yang amat dekat..
Alhamdullilah dengan kebetulan  atau suratan ini.....rencana ALLAH amat indah...

Sebulan lebih di sekolah, kebetulan atau suratan aku mengantikan PKP untuk berkursus di IAB -Pengurusan Sekolah. Kursus pertama aku dengan IAB Utara. Alhamdullilah, jumpa ramai kawan PK2...dapat berkongsi cerita dan perancangan. Kebetulan atau suratan aku yang hadir kursus ini.....

Hari akhir kursus, pensyarah kanan promosikan kursus NPQEL- aku pernah dengar kursus ini, dan PKP sekolahku baru mengikutinya....
Hari akhir permohonan..aku pun cuba isi borang "on line"
Alamak...kena buat karangan " SUMBANGAN ANDA TERHADAP PENDIDIKAN"....
Kerja buat baruku ini baru masuk 2 bulan...aku sendiri tak faham sangat...
Aku nekad tulis karangan tentang kerja buatku sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan dan "send" borang...

Borang "hard copy" kena hantar, hari ni Jumaat, 31 Oktober...hari last hantar borang....nak salinan Rekod service (terima kasih cik Lie- CC PPD atas kerjasama), nak markah prestasi 3 thn (terima kasih Yati e-BTPNPP), fakskan pada akak...hi3....sijil semua sesalinan....
Yang parah nak tandatangan Pengarah....t.tgn GB ok, dapatlah dah dan disokong...
Aku terus tel Pn Sri " laaa , akak pengarah out station, lagi 2 hari bru balik"....hu...cam mana ni....
Tawakal aje, aku call PPD...alhamdullilah Tuan PPD ada...siap sain dan sokong, pesan lagi suruh buat pos laju.....

Kebetulan petang ni nak ke penang, jadi poskan di pejabat pos penang...pos ekpress....tup3 esok dpt call berattt lebih laaa pulak.....adoiiii....sabtuuu....hu3...
Mintak tlg my sis ziati tlg ambik dan bayar yg lebih berat tuuu....hi3
SELESAI rasanya.....

Awal Nov sedang kursus HEM di Langkawi, dpt call dr JPN, borang aku ada di JPN...hu3...fenin ni....
tup tap tup tap...syukur laaa thanks pada yang membantu....
Dah namanyer isi borang hari last...tawakal aje laaa...hi3...

tup2 22 Dis aku dipanggil temuduga, nak baca apa, nak jawab apa...HEM amat baru
kalau PTP tu i.allah.....
Sesi temuduga berjalan lancar, syukur Dr & Prof yg temuduga aku tu byk tanya tentang kerjabuatku sebagai PTP.....lancarrrrr...tentang buku & projek KEmuDI...alahmdullilah.....Rasanya telah menjawab sebaik mungkin.....

11 Feb ni aku akan mendaftar kursus NPQEL.......hi3...berdebar jugak sebab dah lama tak buat assgmt , xon line forum....i.allah , semoga dipermudahkan dengan sokongan dan dorongan dair keluarga tercinta, GB, kekawan di SKSS dan semua kawan2 ku serta saudaraku tercinta......

Semoga Suratan atau kebetulan ku ini akan selesai (5 bulan ) dengan jayanya...
Terimakasih YA ALLAH.....Syukur Alhamdullilah....

Tuesday, January 10, 2012

LUKA DI TANGAN NAMPAK BERDARAH

As Salam......

Dalam redha kaki kita mula melangkah selangkah demi selangkah di gerbang 2012
Permulaan yang agak sibuk...tetapi minggu pertama persekolah berlalu dengan
seribu satu kenangan..tangisan -tangisan kecil anak-anak yang menjadi penghuni baru sekolahkumenjadi sebahagian dari warna hari-hariku.....

Minggu ke 2, harap tangisan kecil ini akan hilang bersama masa dan ruang...
Harap anak-anak ini sudah ada kawan untuk berdamping di alam baru mereka ini.
ISNIN...sebelum 7 pagi aku telah selamat sampai ke sekolah...
Pesanan dari kaunselor untuk tolong "print" kan watikah aku janji murid tahun 6...
Nasib baik line laju je pagi ni...dapatlah diprint 2 salinan .. dan serahkan pada guru berkenaan.

Seperti biasa, aku mula turun dan berdiri di tepi pagar...
Melihat langkah anak-anak yang CERIA menuju gedung ilmu ini.....
Hari ini ada perhimpunan pagi....
"Abang Chik" buat hal......ala...jenuh juga pujuk baru diam dan mahu nikut aku ke tapak perhimpunan.
Ada lagi sorang murid tahun 2...menangis juga, mungkin sebab 2 hari cuti....
Tangan murid ini ku pimpin dan bawa ke barisan kelas beliau....

Selesai kelas Bahasa aku, dah dekat jam 10.10 pagi, lapar la pulak...
Terus menuju ke kantin.. dalam perjalanan jumpa anak buah dengan rakannya...
"Sakit perut cikgu"......"sakit perut? Bila? dari rumah ke baru sakit?"
"Sakit dari pagi, dari rumah".... ok...
Aku hubungi waris dan unutk datang menjemput anak beliau.....
Sudah namanya Bertugas di kampung halaman...yang sakit ni pun cucu mak longku...

Selepas rehat...seorang ustazah berlari mendapatkan aku....
"Tolong...tolong......kes ......".....
Seorang murid perempuan bersama beliau...
Satu bau menangkap kepalaku....adoiiiii.....
INi kelemahanku...aku akan alah pada bau-bau tertentu dan akan terus ke kepala , kepala akan rasa sakit sangat.......
"Aku mintak murid ini ke tandas untuk bersihkan diri"....
Dan terus hubungi guru bertugas......

Bila ditanya, jawapan sama, sakit perut dari pagi, dari rumah...tak sempat ke tandas...
Murid ini diberikan baju salin yang baru....

Nasihatku :

"Bila dari pagi tak sihat , tak payah mai sekolah Ok,, pergi klinik ambik ubat"

Cuti 2 hari macam-macam yang dimakan, ada kenduri lagi........tu yang perut meragam tu....

Murid ni dah OK setelah dispaukan minyak angin sikit dan boleh masuk kelas... aku yang masih sakit kepala lagi
macam digigit-gigit......kes ni lama dah aku tak lalui...bau yang bukan2....
Sebab keluargaku sedia maklum ...my hubby akan bersihkan apa-apa yg ada BAU yang aku tak tahan....
Anak-anak dah biasa.....mesti pakai rexona dan minyak wangi..kalau tak pakai nanti mama pening.....hi3

Hampir setengah botl asam ku kunyah, minyak cap kapak pun berbau dah kat badan ni....sakit kepala tak hilang juga.....

Ohhh...1.40 tgh ada meeting di blok lain, blok PSS...
Dalam perjalanan.. ada beberapa orang murid hantar borang RMT...
Selesai naik tangga.....
Kiri Bilik Cikgu Siti (nak bagi borang RMT)...kanan PSS (mesyuarat)
Simpang T....dalam dok fikir-fikir.....berdebommmmmm.......





Sedar-sedar darah dari jari ibu kanan .....melilih tanpa henti....
Tadi sedang fikir nak ke mana ...kiri kanan?
Kiri laaa.... terus cikgu Ct bantu dan ambik ubat serta balutkan lukaku.....

Pecah pasu....nasib baik jari yang terkopak isi...kalau kepala yang berlaga dengan pasu tu
Mau ambulan datang ke sekolah......

Pedih hanya TUHAN yang tahu....dalam hatiku  berkata....
"Luka ditangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu?"
"Itu la kalau pemikiran dan tindakan tidak seiring"....

Aku gagal meimbang badan pabila ada lantai yang tidak sama,
Tapi lantai tu tidak salah...dah lama macam tu
Cuma aku yang baru ni kurang mahir di blok ni....
Lepas ni sampai matipun aku akan ingat ada lantai yang tak sama di area tuu....

Selesai mesyuarat, hubungu hubby ceritaka kemalangan kecil ini...
Risau jugak nampak dia, anak bongsu ku siap suruh jahit lagi....
ingat masa di kemalangan dulu.....hi3, nak jahit macam mana..terkopak dan tak jumpa kulit & isi yang terkopak tu.....nak tampung dengan plaster simen ke? .....

Hari ni hanya tinggal pedihh dan bisa-bisa satu badan,
memang kena mengurut lepas ni.....lebam sana sini....

Akan amat berhati-hati di lain masa.......Hanya aku yang faham dengan kemalangan ini dan MUHASABAH.

Thursday, January 5, 2012

1st Day (Murid Thn 1 & Pra)

Salam......

Bercerita hari pertama persekolah pastinya banyak benda yang indah....

Pendaftaran jam 8.30 pagi......aku sampai sekolah jam 7 pagi....waktu biasa la.....Rasanya masih orang pertama sampai.... terus naik ke pejabat, tengok apa yang patut....brosur, senarai nama, label semua dah siap... alhamdullilah. TERIMA KASIH cikgu-cikgu kesayangan ku....my su merangkap kaunselor sis shahida...
Cari sorang cikgu gantikan sorang ustazah tyang tak dapat hadir.....
Rasanya semua dah SIAP niiii...

7.30 pagi..aku melangkah ke DEWAN...saje nak tengok kalau-kalau ada yang perlukan sentuhan terakhir..
Terima kasih pada pekerja dan cikgu-cikgu ajk  persediaan tempat.....LEGA rasanya bila semua dah diatur dengan baik......kemudian aku pandang kelas tahun satu sebelah dewan...hampir terkejut, nampak ada dua tiga orang murid berbaju sekolah lengkap dengan waris dalam kelas....
 7.35 pagi...awalnya..surat jemput 8.30 pagi.....
"Assalammualaikum... awal nyer datang" sapa ku dengan senyuman semanis mungkin... hi3
" laaa...semangat la cikgu, dia ni, siap awaiii nak mai sekolah" kata ibu anak tersebut
"Bagus la...Ok jom ke Dewan dulu....nanti semua datang, guru kelas akan panggil murid dan bawa ke kelas, waris ada taklimat ringkat di dewan"...ajak ku ....

Tak sampai 30 minit dewan penuh dengan anak-anak pra dan anak-anak tahun satu serta waris mereka...
Ada lima orang murid baru daftar hari ni......SELAMAT DATANG...

Pabila, guru kelas mula memanggil nama anak-anak berbaris unutk ke kelas....sayup terdengar tangisan kecil dari beberpa anak-anak ini.....indahkan suasana ni ...lama rasanya tak melihat suasana seperti ini....
pujuk...punya pujuk...tak gerak jugak...
Sorang mak budak tu cakap " tengok cikgu...cikgu cantik-cantik...jom la p kelas"...
Kembang HATI aku....dapat cikgu cantik-cantik....hi3...tapi di sudut hati kecilku tidak dinafikan
guru-guru di SKSS ni memang cantik-cantik & rajin-rajin.

Tahun satu, ada 2 murid yang nangis......dengan mak sekali la masuk kelas nampaknya.....
Ha, ini biasa bagi hari pertama, dunia baru mereka....
SEJUK hati tengok anak-anak ni dengan pakaian seragam baru, beg baru serba baru.....
Hari yang indah, walaupun agak penat....
Malam letak aje kepala terus terlena......penat tapi PUASHATI......







SEGUNUNG TERIMA KASIH pada semua yang terlibat menjayakan Majlis ini....
All THE Best.....permulaan yang amat baik untuk SKSS......bermula dari titik ni
I.ALLAH kita akan terus melangkah ke hadapan dengan JAYA.......

1st DaY 2012

Salam Ukhuwah, salam Ceria....

Alhamdullilah hari-hari 2012 mula mengatur langkah...
Seiring dengan DOA dan HARAPAN moga 2012
Lebih bermakna dan sentiasa dalam lindungan DIA TUHAN yg SATU...

Penghujung 2011 menemukan kembali aku dan kekawan tersayang di zaman persekolahan...
(Suzana, Nurul, Fauziah, Asla, Kelana, Bobo, Rosoman, Che Omar, Kamal, Zul , Din (suami Rosnah) dll juga mengeratkan lagi yang tak pernah berpisah dengan ku ( Midah, Kema, Norli & Ayu).....
TERIMA KASIH Suzana (na) kerana dapat mengumpulkan semula geng form six (1988-1989) Panglima
FB banyak membantu TAUTkan semula kasih yang terpisah hampir 23 tahun......

Tanya putri bongsuku " Ma, nape kawan-kawan mama terpisah?"....
Hi2...anak zaman IT ni rasa pelik sebab sekarangkan ada h.phone, FB, dlll jadi pelik bagi dia kenapala mama dia ni terlampau GEMBIRA bila dapat jumpa rakan-rakan sekolah....
" adik...dulu mana ada telefon, internet pun xada macam sekarang, so, abis ekolah semua dah bawa haluan masing-masing...cuma mama masih jumpa beberapa orang aje"......

" Ohhhhhh patutla...mama happy sangat"......

Spontan merancang pertemuan ringkas (01.01.2012)....cantik tu sebab semua CUTI di Along Char Koaw Teow Along Parit Buntar.....

Alhamdullilah selepas magrib dalam pukul 8.00 malam, kami mula berkumpul...
Cik midah sayang kita orang pertama sampai...Kema dan aku orang ke3 sama dengan Asla...
diikuti dengan Ayu sekeluarga, zana sekeluarga, rosoman (sorang), BObo ngan Kelana xnampak rupa lagi ni, G sekeluarga....dah semua berkumpul......ramai jugak alhamdullilah
SURE susah nak dapat meja kat Along CKT niiii...jadi kita buat Plan B....konvoi ke Shasha Corner.....
Sampai aje Shasha Corner...si Bobo & Mr Kelana dah siap tunggu pun....
Apa lagi sambung...sambung ...sambung meja...sampai panjangggg.....hi3

Wajah-wajah yang lama terpisah ni....CERIA dan BANYAK CERITA nak diceritkan semula....
cerita punya cerita......antara yang hadir :

Mr BOBO ni anak dia sekolah matang, isteri dia cikgu kat SMK Sg Acheh....laaa kiranya Bobo  ni dekat je la dengan aku...cuma tak pernah terjumpa....apa pun seronok sangat bila Bobo dah jadi Manager Intel (malam ni Manager yang belanja...Thanks Bobo).

Mr Kelana....nama ni memang terpahat dalam hati, apa tah nyer...dulu masa sekolah asyik jumpa je bergaduh, asyik bergaduh je jumpa......masa terpisah dulu Kelana dah jadi cikgu dan sambung belajar di JEPUN.....
Kecilnyer dunia...isteri Kelana Cikgu di Bakap Indah dulu la ni di Keledang....tak jauh la jugak tu...
Mr Kelana ni dari dulu pandai...sekarang ni Pensyarah Bahasa Jepun di USM.....syukur.

Tuan Rosoman.....dalam geng Kelana ni, Rosoman ni agak baik la....aku tak pernah pun gaduh dengan man ni....5 thn lalu...masa Pak Lah datang ke Kepala Batas....aku ada jumpa dengan man ni...man yang tegur dulu, tapi tak sempatlah nak ambik no tel...hi3.....masing-masing sibuk dengan tugas dan sembang jap je....
Cite punya cite isteri man ni cikgu kat sekolah Datin.....terus aku mintak isteri man sampaikan salam kat Datin.....Datin Sabariah (GB yg amat Cemerlang)......Tuan Rosoman juga berjaya sebagai Pegawai Tinggi Penjara di Penang.....

Sahabatku Fauziah , kami panggil G aje....dulu G ni....mak oooiii ala-ala tomboy gitu...sekarang G adalah IBU yang amat lemah lembut dan isteri yang solehah...alhamdullilah.... G buka syarikat sendiri...datang sekeluarga dari Taiping.....semata-mata nak jumpa kekawan lamani...anak-anak dah besar panjang dah....

Sis Suzana (na)....dia lah mula bina group kami....comei & sweets....surirumah yang POWER......nampak macam anak dara lagi......surirumah pun Ok , kalau suami amat mampu...nak buat apa susah-susah kerja kan... anak-anak na pun comei-comei cam mama dia.....hubby zana bekas duta di  Brunei.....baru balik Malaysia......alhamdullilah......

Pn Asla.....jenuh nak ingat... rupanya Asla kelas 6A1....last-last dapat ingat juga, Asla datang dengan 3 orang cahaya mata yang comei...suami di oversea.....OK la, kalau jadi surirumah ......dapat berbakti pada anak-anak 100%......alhamdullilah.

Cikgu Khursiah.....antara nama yang tidak hilang dalam ingatan.....Khursiah tak jauh dari aku kat Tangjung Piandnag je....tapi tak pernah la jumpa......TABAH Khursiah setelah baru kehilangan suami tercinta (kemalangan).....shabat yang amat KUAT SEMANGATnya ni.....

Cikgu Akma (Kema).....adalah sahabat sejati.....yang sentiasa  dihati...selalu jugak jumpa sebab sudahlah sahabat, kami ditemukan dengan ikatan persaudaraan... mak saudara aku, kawin la pulak dengan abang Kema...jadi kami memang tak pernah terputus...Kema mengajar di Bandar Baru aje....anak sorang je.....anak tunggal (anak dara).

Cikgu Kamarudin ( din)...dalam diam Din ni bercinta dengan Rosnah ( adik warden) aku masa di asrama...berjodoh..sayang Rosnah tak datang Malam tu.....Din ni Cikgu kat Area Bagan Serai.....Banyak cerita dia...cuma Din ni kira baik la ..sebab dia KETUA MURID dulu....mana boleh buat jahat hi3....

Che Omar....ampun la Che Omar...aku tak perasan hang masa di pasar malam ari tu, bila hang cite pasai Panglima baru ingat balik....Tahniah ada butik pengantin sendiri...nanti anak-anak kawin boleh bagi diskaun kot? hi3.....serba boleh Cik Omar ni...

Tuan Zul......Mr Bomba....alaaa...kat Balai bomba NT je...ntah-ntah pernah jumpa tapi tak perasan, Macam mana aku nak perasan. Zul ni amat pemalu orang nyer....tak pa, nanti kita panggil mai sekolah buat kawat kecemasan.....senang ada kawan kat balai.....hi3

Cikgu Ayu....aku dan ayu tak pernah terpisah...lepas habis form six dulu, masa di maktab aku dan ayu satu maktab selalu makan sama.....ayu pun mengajar dekat-dekat sini sahaja....anak-anak ayu dah besar cam aku jugak sebab masa masuk maktab kami berdua dah ada anak.....hi

Cik Midah sayang....ni dari kecik...sekolah rendah sama, sekolah menengah sama, maktab sama...pas tu mengajar di sekolah yang sama......banyak cerita dikongsi bersama dari dulu, kini dan selamanya.....suka, duka hanya antara kita...

Itu antara yang hadir pada malam ni....cerita sampai dekat 12.00 mlm pun tak abis lagi.....

soalan aku :

" Pasai apa aku tak dak boyfriend masa form six? "
" mummy...mana ada boy yang berani nak kacau hang...hang garang la "...jawap Kelana....
"betui ka?"
" Betuiiiiiiiiii la mummy Oiiiiii".....

GARANG......
Anak-anak kata " Mama ni garang"
Anak murid " Cikgu, Cikgu Garang la"
Kawan sekolah " hang ni garang tau"....

Memang GARANG kot....nak JAGA Diri kan......hi3....

Perjumpaan kami dengan seribu satu kenangan indah zaman sekolah
I.Allah kami akan berjumpa pada Tahun Baru Cina ni di Bukit Merah...
Harap Lebih ramai yang Hadir.....ye....Mr Kamal, Norli, Jamilah dll......





Wajah-wajah Indah zaman Persekolahan Ku.......