Followers

Saturday, May 29, 2010

....TANDA SAHABAT SALING MENGINGAT.....

Assalamualaikum ………
Sebagai Tanda Sahabat Saling Mengingati....
Ingatkan aku juga, kiranya aku alpa dan lena...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali :
  • Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
  • Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
  • Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
  • Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  • Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan 
         "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Note : SYUKUR semalam sempat singgah di PUSARA WAN dan TOK.















Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
  • Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
  • Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
  • Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Note : Carilah Penawar dan WASPADA dengan RACUN
















Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ada 4 dipandang 
sebagai ibu, iaitu:
  • Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
  • Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA
  • Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
  • Ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR
" Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran."


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

    • Subuh      : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    • Zohor      : Tidak diberikan berkat dalam rezekinya
    • Asar        : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
    • Maghrib  : Tidak diberi nilai sopan satun kepada anak-anaknya
    • Isyak       : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya 












Koleksi ILMU KEIMANAN ini adalah dari seorang rakan yang saya terima lama dahulu.......
yang disusun semula untuk RENUNGAN bersama...
Ianya sekadar PERKONGSIAN dan Kasih sesama ISLAM...
Semoga kita semua lebih dekat denganNYA.....

Sayang selalu;
TINTA PELANGI SENJA

Wednesday, May 26, 2010

PERBANDINGAN...0_0


Salam Ukhuwah.......
Petang tadi HATI saya TERGURIS sedikit dengan bicara seorang sahabat lama.......
Membuatkan saya terasa parut luka lama kembali berdarah...
Sejarah tetap sejarah.. dan kemaafan telah diberikan..
Tetapi kekadang BICARA kita menguris kembali sejarah dan 
TERKESAN di hati.....
Oleh yang demikian pada sahabat-sahabat yang disayangi, perkongsian ini , ditarikan.......

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang


 Diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya :-

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu (yang halal sahaja)

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



"Terluka sekali tidak beerti akan terluka selamanya..
Hanya doa dan kesabaran menjanjikan kebahagiaan..
Yakinlah esok pasti akan ada sinarnya..
Langit tak selamanya akan mendung..
Mentari pasti akan bersinar semula..
Hujan pasti berhenti dan PELANGI
akan muncul di destinasi......"

TINTA PELANGI SENJA... 


Tuesday, May 25, 2010

0_0 *** S A H A B A T *** 0_0

Salam .....
Renungan Bersama bagi yang mempunyai sahabat...













Rasulullah SAW pernah bersabda:
" Perumpamaan seorang muslim sesama muslim didalam kasih sayangnya seumpama sekujur tubuh, apabila sakit salah satu anggota maka sakit keseluruh anggotanya"...


SAHABAT SEJATI..susah dicari,ditinggal,dilupakan...
"Hargailah sebuah persahabatan yang sudah dijalin...
Sahabat sejati amat sukar dicari, sukar untuk ditinggalkan dan mustahil untuk dilupakan"....

Terima kasih wahai sahabat-sahabatku..... 

Monday, May 24, 2010

""Just Friends V/S. Best Friends ""

My Friends / Best Frinds...........

A Just Friend says..hi,..hello,..bye,....and walks away...
A Best friend always stop by your side & asks how r u doing ??

A Just Friend has never seen you cry.
A Best friend has shoulders soggy from your tears.

A Just Friend thinks the friendship is over, when you have an argument.
A Best friend knows that it's not a friendship, until after you've had a fight.

A Just Friend hates it when you call, after he has gone to bed.
A Best friend asks you.... why you took so long to call.

A Just Friend, when visiting, acts like a guest.
A Best friend opens your refrigerator and helps himself.

A Just Friend jealous about your romantic history.
A Best friend wonders of your love story......

A Just Friend expects you to be always there for any help.
A Best friend is always there, wherever you require any help.

A Just Friend doesn't have time in his/her busy schedule,
A Best friend always have time for you in his/her busy schedules....

A Just Friend phones you whenever he/she has some work,
A Best friend calls you often just to hear your voice......

A Just Friend doesnt have anything to talk to you on phone,
A Best friend doesnt know...what all to finish...

A Just Friend would never bother to reply to your fwd mails.
A Best Friend would never stop mailing without expecting any reply.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)

Sayang selalu..
Tinta Pelangi Senja

Sunday, May 23, 2010

.:Permata ♥ Hati ♥ Mama:.

Permata hati mama...

Di matamu kulihat sinaran bercahaya
Permata Hati....
Di wajahmu kulihat harapan yang bersemi
Idaman Hati...
Siti Anis Fitri
Siti Ayu Suffina


Sayang.....Hadirnya kalian adalah seperti ratu-ratu kecil di hati Mama,
Wahai Permata Hatiku....
Setiap hujung minggu Mama  pasti CERIA dan BAHAGIA
kerana kalian di sisi..
Kalian adalah anugerah yang terindah dari NYA...
Kalian juga harapan dan matlamat Mama..

Maafkan Mama, tika kalian membesar pada awalnya,
Mama terlalu sibuk .....saat bertatih.. kalian
Saat jalan jatuh kalian, mama jarang  di sisi.
Syukur...Walid banyak menampung kekosongan itu
Pengorbanan Walid tidak sekali-kali Mama lupakan.
Mama ingin menebus dan membayar semua...
Kekurangan yang dahulu.....
Mendampingi kalian setiap detik dan waktu...
Menjadi Mama, rakan, teman dalam perjalanan
Kalian ke destinasi impian.
Harapan Mama, kalian akan tumbuh menjadi
Manusia yang berjaya di Dunia dan di Akhirat,

Puteriku,
jadilah ....

















Kakak, seperti Mama (Jura Junior)
CERIA...SENYUM SELALU
Bagi Mama kakak adalah kekuatan Mama....
Idola adik.....kebanggaan Walid..
Kesayangan semua.....
Semoga Cemerlang SPM 2010, ratuku...

Adik, betul-betul anak Walid,
Pandai ambik hati pabila amarah Mama tiba
Anak yang amat manja...Anak Walid la katakan
Mama harapkan adik cepat matang dan
menjadi remaja ceria  ratu kecilku...

Sayang Selalu...MAMA Ayu & Anis

*istimewa buat 2 puteriku tersayang*

Saturday, May 22, 2010

"Dahi Cecah Ke Sejadah"

Salam Ukhuwah
Hari yang amat tenang dan mendamaikan dengan cuaca yang
dianugerahkan mendung seharian... tetapi pelangi masih tidak muncul .......

Terkedu seketika menerima emel dari seorang rakan "Dahi Cecah Ke Sejadah"
ALLAHHU...AKHBAR.......

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan....
Tutuplah 'auratmu" sebelum "auratmu" ditutup dengan kain kafan
Usunglah dirimu ke tikar solat, sebelum kamu diusung ke liang lahat
Iringi dirimu ke masjid, sebelum kamu diiringi ke PUSARA
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan oleh panggilan "Izrail"
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan....















Di mana sahaja kamu berada, kamu memijak bumi Tuhan...
Dibumbungi langit Tuhan serta menikmati rezeki Tuhan
Sambutlah seruan "Hayya alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya alal Fallah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Amal bekal sepanjang jalan
Teman perjalanan ke pangkuan Tuhan
Tiada guna kekayaan dunia
Kalau dahi tak mencecah sejadah ....di dunia.


Semoga ianya dapat diselami dengan hati yang ikhlas dan suci serta mendapat hidayat
Sayang selalu...
Tinta Pelangi Senja.

*samalah2 kita menghayati bait2 lagu di bawah ...

Friday, May 21, 2010

"Andai ....ITU ......TakdirNYA"

Salam Rakan-rakan Pengemar Novel.....

BICARA BUKU : ANDAI ITU TAKDIRNYA :: ilham Siti Rosmizah,


















Kisah cinta sejati, cinta pertama Aleya....mencintai Syed Aizril
dalam diam sejak masih bergelar pelajar......
Cinta suci dari seorang gadis kampung yang serba sederhana.
Dikurniakan paras wajah selembut dan seindah pelangi.

Cinta Aleya cinta SUCI, cinta Syed Azril sesegar embun nan pagi,
semakin resah menanti terbit matahari.
Hangatnya yang membakar mengeringkan segala keindahan yang penuh kepalsuan.

Aleya memendam cintanya sendiri.
Tiada apa yang dipandang oleh Syed Azril pada
Aleya..gadis kampung. Mana setaraf dengannya yang berketurunan Syed?.
KETENTUAN ILAHI, telah melakarkan Aleya dan Syed Azril menjadi
suami isteri dalam onahan hasad dengki.

Malam pertama Aleya lena di hadapan pintu bilik air
beralaskan tuala sebagai bantal dan simen sebagai tilam.
Di hati Aleya segar CINTA dan tanggungjawab seorang ISTERI.
Bukan isteri impian. Perilaku Syed Azril atas dendam dan EGO....
merasakan dirinya tertipu tidak dapat melihat betapa SUCInya cinta Aleya.
Dendam dan EGO menjadikan Syed Azril buta segala-galanya.

Penyeksaan fizikal dan batin tanpa belas ke atas Aleya berterusan...sehinggakan
"Aleya menjadi balu sebelum masanya dan anak-anaknya menjadi yatim sebelum
masanya. Semuanya diharungi tanpa insan bergelar SUAMI......

Keinsafan Syed Azril timbul setelah musibah menimba...sakit pedih Aleya ketepikan
dan memberikan peluang kedua....bahagia hanya sementara. Setelah Syed Azril selesa
DENDAM dan CEMBURU membunuh rasa... Aleya sekali lagi menjadi mangsa.

Andai itu TakdirNYA, Aleya menempuh dengan tabah dan sabar. Apa yang penting
adalah kebahagian anaknya (Dania). Sekurang-kurangnya apabila Aleya menutup mata,
kehidupan Dania akan terbela....

Aleya rela meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, tidak pernah
pasrah dalam hidupnya. Andai itu TakdirNYA sebelum mengapai bahagia, Aleya redha.

Novel setebal 588 mukasurat ini merupakan novel terbaik dan terkesan
yang pernah saya baca sepanjang 20 tahun ini mengjadi pengemar Novel.....
Bermula dengan bab 7 sehingga akhir air mata
tak dapat dihentikan...mengalir bagai gerimis....Aku perlu habiskan.. apa endingnya?
Mula membaca pada awal pagi dan tamat jam 5 pagi berikutnya...
kedua-dua mata bengkak.

Ya Allah.. TERKESAN nya Novel ini....

Novel ini disebarluaskan kepada rakan-rakan... semua kata SEDIH LE...

Renungan :
Andai itu TakdirNYA...
itulah yang akan berlaku..kita hanyalah watak-watak yang
telah diamanahkan sebagai pelakon di mukabumi ini.

Jangan lupa cari novel ini ye...ni pun dah keluaran ke7 ni....

TINTA PELANGI SENJA...

"MENCARI PELANGI"

Salam Sayang......

Indahnya kampung halamanku, saujana mata memandang
tenang dan mendamaikan. Kerinduan pada rumah kayu usang
milik Wan dan Tok kembali berbunga, sunyi kerana penghuninya
 
hanya aku, acu, wan dan tok. Sewaktu kecil, aku teramat kagum
pada lukisan tujuh warna sang pelangi. Cantik, indah dan
mempersonakan. Bolehkan aku mencapai Pelangi?

Warna pelangi ada tujuh. Merah, jingga, kuning,
hijau, biru, indigo dan ungu. Itulah yang tersemat 
dimindakan….tapi seorang sahabat berkeras menyatakan
warna pelangi ada 9…ye ke 9? Apa warna dua lagi.
Katanya warna asas HITAM dan PUTIH.

Menyentuh pelangi senja itu adalah impian.
Selepas renyai hujan memberikan noktah. 
Pasti aku mendonggak ke langgit mengapai pelangi,
lukisan tujuh warna itu mampu mengukirkan sebuah
senyuman kepada ku.
Sebagai halwa mata, agar jiwa tenang dan damai.
Setenang warna-warna pelangi indah ciptaan Ilahi.
Andaikan saja pelangi itu sebuah matlamat . 
 












  
Ia sia-sia dan membuang masa. Mustahil untuk aku
mengapai, merasai dengan sentuhan jemariku Sang Pelangi.
Ku lepaskan matlamat itu...tetapi kutetap menyimpan impian
untuk terus menjadi pencinta Pelangi Senja.
Hilangnya pondok usang bersama pelangi senjaku...
rasanya telah lama aku tidak melihat pelangi,
saat dan detik ini hati berbisik...rindunya pada Sang Pelangi.
Impian mengapai pelangi subur sehingga kini.

Tinta Pelangi Senja.

Thursday, May 20, 2010

"SEORANG GURU WANITA"

Salam Sayang,

Pagi yang kurang selesa, mungkin salah makan.....mulai tengahari berubah cuaca 
seperti berubahnya cerita hari ini...ketawa....tak boleh dihentikan....  
Kisah Seorang Cikgu Wanita. 
Lucu, gembira, terhibur dan 
diakhirnya sedih mengenangkan Cikgu L ini.


Sejarah Cikgu L, tragis, pilu, tertekan, sadis....perwatakan sedang-sedang
dan pandai berbual, terlalu pandai. Entah apa cerita, apa puncanya Cikgu L
ditempatkan di tempatku kini....seperti selalu dengan tangan terbuka aku
dan rakan setugas menerima Cikgu L.

Hari pertama, mukanya MAASAAM sangat..adui...TAKUT
kami semua, aku yang selalu ketawa, senyum selalu....tak tahan
dengan watak beliau..tapi jauh disudut sanubari timbul perasaan
belas yang mendalam. Salam perkenalan... Cikgu L "single parent"
bercerai, anak meninggal, ibubapa pun telah meninggal....tambah tebal simpati dihati.
Nasib Cikgu L dibandingkan dengan aku bagai langit dengan bumi...
SYUKUR YA ALLAH atas takdirMU padaku.

Hari kedua, ketiga kami cuba dekati Cikgu L....baik orangnya, ramah.
Hilang muka MAASAAM hari pertama tu. Perjalanan Cikgu L perit  dan tertekan ,
oleh itu dia dikelaskan dalam kumpulan yang istimewa.
Berat sungguh tekanan pada GURU WANITA ini.

Hari berganti hari, aku semakin terbiasa dan selesa dengan Cikgu L.
Suka berkerja, tapi kami keliru nak bagi kerja apa yang sesuai dengan dia.....
kita berkerja tak sama dengan di sekolah... akhirnya Cikgu L tolong buatkan
" Paper Cutting". Lancar, membaca tajuk ke tajuk dan merujuk sebelum
memotong sesuatu berita.

Pagi ini perutku meragam... satu office kecoh...Fb pun kecoh... dalam diam
Cikgu L ke kantin dan balik dihulurkan empat ketul  kuih bengkang padaku........
Ya Allah.. dia tahu... aku tak selesa dengan sarapan pagi. Tak gamak untuk menolak,
tapi sememangnya aku tak ada selera langsung nak makan. Jiwa ku terkesan
atas keprihatinan seorang rakan baru yang digelar Cikgu L.

Di mana silapnya dia? Kenapa di dihantar ke sini? Kenapa dikelaskan sedemikian?
Apa tekanan dia? Aku dapati Cikgu L berjiwa besar, bercita-cita besar....impian besar.......
mungkin bermatlamat pun besar. Sukar untuk dimengertikan. Jika beliau sepertiku,
pasti dihulurkan Kitab Suci Al Quran dan Tafsir yang ku susun kemas di rak bilik kerjaku.
Bagaimana aku dapat membantu Cikgu L? Kasihan......semua persoalan timbul.

Celoteh Cikgu L tadi menghilangkan terus sakit perutku. Dalam tawaku, terselit pilu dan sayu....
memikirkan perjalanan Cikgu L pada masa akan datang..... di mana akan ditempatkan.















Ya...ALLAH, bicara hatiku berkata SYUKUR atas takdirMU padaku,
atas anugerah WIRA di hatiku , yang sering menjadi dahan dan tembok untuk
aku bergantung dan bersandar aku bersandar.
Juga Syukur atas hadirnya dua orang puteri yang menjadi permata di hati setiap saat dan detik.

Buat rakan-rakan GURU....kawallah diri, redha dengan takdirnya...
jangan sesekali memberi tekanan pada DIRI.
Cikgu L.....semoga mendapat sinar bahagia....


Tinta Pelangi Senja.

Tuesday, May 18, 2010

KALIMAH JIWA

Salam Sayang....

SYUKUR Hujan Rahmat, Setelah Kemarau Panjang......
Saudara yang paling berhak dikekalkan kemesraannya ialah
yang tidak menjemukan anda ketika mendekatinya :
tidak melupakan anda ketika berjauhan... .....
Jika anda mendekatinya dia mendekati anda.
Jika anda berjauhan daripadanya, dia memelihara anda.
Jika anda meminta pertolongan dia membantu anda.
Jika anda berlindung padanya, dia melindungi anda:
dan kemesraan perbuatannya adalah lebih banyak
daripada kemesraan dan kebaikan kata-katanya.

salam sayang  
.:Jura Hj Hamid:.

* SEKUNTUM SENYUMAN *

"Syukur dengan yang ADA dan Sabar dengan yang TIADA" ,
Terukir sekuntum senyuman bila terima ungkapan dari seorang sahabat lama....

Sekuntum senyuman yang berseri ? Senyuman mengubat luka hati ?
Insan mengukir senyuman manis memancarkan kebaikan yang wujud dalam dirinya.
Apabila senyuman dibalas dengan senyuman ...
ia titian perkenalan dan perhubungan mesra...Ukhuwah...
Andai kuntuman senyuman untuk mengubat hati, kalimah jiwa mula bernyanyi.....
Bicara dalam bahasa hati sendiri.
Senyuman yang mempamerkan perasaan.. kekalahan yang abadi.

Senyuman seindah suria menyinarkan cahaya...
Hilang dan perlu kugapai semula...
Senyuman dari hati, agar hidup terus berseri
Dengan sekuntum senyuman.. sebagai ubat yang mujarab mengubat sekeping hati .

Duhai hati, jangan sampai memaksa sekuntum senyuman
Berusahalah memperbetulkan ketetapan minda .
Agar sekuntum senyuman berseri tidak lekang dari menghiasi wajah
DAHULU, KINI dan SELAMANYA.

Sekuntum senyuman kepada semua....

salam sayang 
.:Jura Hj Hamid:.

.: ANGGUN DI LUAR SERLAH PERSONA DARI DALAM :.

Salam Ukhuwah.....

Dasar insan  bergelar manusia,
pasti ingin kelihatan cantik dan tampan, tidak mengira usia, bangsa dan latar belakang.
Kecantikan yang dapat dilihat dari mata kasar - fizikal bukanlah kecantikan yang sebenarnya.
Keanggunan dan pesona ini  yang terserlah indah adalah kecantikan sosial.
Sebagai insan kecantikan sosial boleh digapai dengan ilmu dan usaha .
Rahsia keanggunan dan pesona sebenarnya adalah ;

1. PENCERNAAN DARI DALAM DIRI
~ (kenali diri sepenuhnya dan perbaiki kelemahan, tingkatkan kelebihan).
Apa yang penting adalah pengurusanHATI ...
jangan sekali-kali cernakan HATI kita dengan sikap hasad dan dengki.

2.PENAMPILAN LUARAN
~(pakaian ) dan cara berkomunikasi serta seni berkomunikasi. Tutur kata ikhlas dari hati yang suci

3.PERHUBUNGAN 
~baik dan terbuka dalam menangani konflik dan mengusai impresi pertama

Jadi marilah kita bersama-sama mengarap langkah ke arah
* ANGGUN DI LUAR PESONA DARI DALAM *


salam sayang 
.:Jura Hj Hamid:.

Sunday, May 16, 2010

.:pabila jari menari...:.

Salam ukwah fillah...

pabila jari menari...
akan terbitlah luahan hati...
salam perkenalan diri...


insyaAllah panjang umur pasti kan bersua lagi...


~admin_tintapelangisenja~