Followers

Friday, March 4, 2011

^^^ALHAMDULILLAH^^^

As Salam....

Alhamdullillah.... perkataan yang ditinggal semasa 'Ceramah Maulidur Rasul" jumaat lepas
Dalam apa jua situasi sebutlah.." alhamdullillah"...
I.ALLAH...aku akan praktikkan mulai saat dan detik ini
Menjadikan ia lekat dibibir 24 jam ......

26.02.2011
Sabtu.....Lega setelah seminggu padat dengan aktiviti...
"mama nak cuti...nak rest....."
So...alhamdulillah....rehat.....puas rasanya dapat merehatkan badan hujung minggu.

27.02.2011
Ahad....mood masih nak rest...
Sambung  REHAT aje...just siapkan baju untuk keja minggu depan....
Santai hujung minggu, dapat ziarah putri bongsu di asrama...alhamdulilah

28.02.2011
Hari terakhir Feb.....ye ke? Alhamdullillah...
Ya ALLAH, aku masih bernafas....
rasa macam baru je...tinggalkan Januari......
Aduh....cepatnya masa berputar atau kita kah yang lambat...
Plan nak ke SJKCJSB....tapi member xfree...
So siapkan keja buat di office je la.....minit mesyuarat dll.











01.03.2011
Alhamdullillah...welcome...MAC....
Bulan yang istimewa...bulan kehiran 2 insan tersayang dalam hidupku
huby dan putri sulungku
Keja buat di pejabat sahaja...masih bertangguh untuk ke SJKCJSB
Tapi hari ni ada pembantu, putri sulungku...alhamdulillah
Tolong semak ejaan minit mesyuarat dan tolong ringan keja buatku....
tapi mak datuk mulut...tak henti2 komen....anak sape la ni?
Tengahari dpt satu panggilan perlukan batuan hayat dr MR R.....hi3....
Cian pulak la adik aku yang sorang ni......OK ja la...

02.03.2011
Pagi-pagi lagi dan ada "DATE" ngan MR R...ke SKJr...putri sulungku masih nak ikut
Nak tengok keja b uat ibu, ok.....buat peneman....berbual dalam kereta
Boleh jugak bantu bawakan beg bahan yang nak dikongsikan dengan SKJr..
Cian GPm dia, banyak benda yang kena diselesaikan sendiri..
Mana yang ada "soft copy" tu aku tinggalkan dan mintak dia edit aje....
Lama jugak di sini... dari sistem fail, rekod..dan kira menyeluruh la....
Alhamdullillah dapat juga aku sumbangkan sedikit jasa sempena'
Pemantauan Nazir Persekutuan hujung bulan ni...
Gud luck SKJr....semoga semuanya dalam keadaan baik
Dalam perjalanan pulang...putriku membuat ulasan...
" Ibu senang le...bagi tau nak tu, nak ni, nak macam ni, macam tu salah.....bla3..
Cian cikgu tu banyaknyer benda dia kena buat".....
Hi...tu la pasai ibu sayang KERJAYA ibu.....ALHAMDULILLAH....











03.03.2011
Asalnya nak BERCUTI...hari ni birday my dear.....
Tapi ari ni sahaja GPM , SJKCJSB tu free....
Setelah menerangkan pada huby...huby pun kenal Mr Lim..
So ..masalahku selesai..Alhamdullillah....
Aku batalkan niat tuk bercuti dan huby sendiri yang hantar aku ke sekolah Mr Lim (Guru Besar kedua aku)
Nice man.....
Syukur dapat juga membantu sekolah Mr Lim apa yang patut...sama juga sampai 3pm masih di sini
banyak yang dah dicurahkan...lepas ni tak dapat tidur la GPM nak siapkan apa yang dah dicadangkan.
Malam ...Sweets dinner...untuk huby tersayang..HEPI BIRDAY SAYANG.....





04.03.2011
Jumaat...hari yang amat ku nanti setiap minggu....
Alhamdullilah....aku dapat bersua JUMAAT lagi
Syukur YA ALLAH atas ruang yang ENGKAU berikan
Just siapkan laporan minggu ni dan melihat aktiviti minggu depan..
Agar perjalanan minggu depan lancar....
07hb Mac.. pemantauan PKG BP.....i.allah
Hari ni berendam dengan " Buku laporan persatuan" untuk mesyuarat Agung ke8....
Sambil-sambil up date blog aku ni.....

Alhamdullilah......minggu yang kurang tekanan dan kekangan
Hati merasa puas dapat mencurahkan sedikit ilmu pada insan-insan yang memerlukan
Syukur..dapat meraikan ulang tahun kelahiran huby .
ALHAMDULLILLAH

Tuesday, March 1, 2011

^^^Terkesan di HATI^^^

Assalamualaikum warahmatulllah hiwabaratuh
Bismilahirrahmanirahim , selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Segala puji bagi ALLAH (s.w.t) yang telah mengutuskan RASULNYA sebagai pembawa petunjuk. 
Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) , keluarga dan sahabat sekalian.
Syukur ke hadrat ILAHI yang mengurniakan kekuatan  minda  dan jiwa kepada hambaNYA yang daif.

Yang Terkesan di HATI...ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Khairol Annuar pada perhimpunan bulanan kali pertama 25 Februari lalu....
Kesibukan persiapan mula terasa sebagai unit yang menjadi urusetia majlis ini...
Alhamdulilah Khamis petang semua selesai berpandukan senarai semak yang sedia ada...
Menunggu Hari Majlis berlangsung sahaja....
Memikul amanah sebagai MC pada hari ini....

KAMI RUNDUI KEPIMPINANMU....YA RASULLULLAH (s.a.w)
Perbuka bicara ustaz pada pagi Jumaat yang berkat ini....
Jauh disudut hati sememangnya terdetik " rindu' pada Rasullullah (s.a.w)


Rasullullah( s.a.w) sememangnya telah diperlihara oleh ALLAH sedari kecil lagi
Sebagai umat ..kita terima Rasullullah seorang pemimpin yang amat HEBAT
Rasullulah adalah rahmat untuk semua, hidupnya berpandukan syariat
Penuh keberkatan ALLAH (s.w.t)..
Khuysuk sungguh aku amati ceramah ustaz Khairol ini,
Ringkas, padat dan penuh input....

NABI BERIKAN KEPADA KITA:
   - Wahyu
   - Syariat
   - Bimbingan
   - Kasih Sayang
   - Contoh Teladan
   - Syafaat








Rasullulah seorang yang TEGAS dan TETAP IMANnya tetapi bertolak- ansur
Cara Rasullulah beramal/ bersolat tiada bebanan dan tekanan
Bagai berbual dengan kekasih (ALLAH) dalam Baginda memanjatkan doa-doa kepada ILAHI
Rasullullah melayan semua umat sama rata tanpa mengira darjat dunia

Satu perkara yang amat TERKESAN di HATIku....
" Rasullullah (s.a.w) juga pernah bersedih kerana masalah keluarganya"

Bicara Ustaz ini terus terkesan di hatiku... YA ALLAH, sedang Rasullullah pernah diuji dengan kesedihan kerana keluarganya ( anak isteri Baginda)...apalah kiranya kita hamba yang hina ini yang diuji oleh ALLAH.....
Terasakan diri amat sayu, pilu saat ini.....
Alhamdulllilah....
Rumusanku.....HIDUP cara Rasullullah (s.a.w).....
Boleh membezakan yang HARAM dan HALAL, yang BAIk dan BURUK
Cari KEBERKATAN ALLAH (s.w.t) dalam KEHIDUPAN
Kekal solat 5 waktu
Jadikan Al Quran sahabat SETIA
Solat Dhuha (2 rakaat) - pembuka rezeki
Solat Istikarah - hilangkan tekanan....
Sucikan diri dengan UMRAH...
Rancang kehidupan kita- FOKUS : HIDUP UNTUK BERIBADAT KEPADA ALLAH
Biasakan ucap " ALHAMDULLILLAH" dalam apa situasi dan perkara pun. 

Syukur dan Alhamdullillah...perkongsian ILMU walaupun masa yang terhad
Banyak yang terkesan di hati.....

^^^Hidup Untuk Memberi^^^


Salam Ukhuwah.....

Dimulakan  lafaz dengan nama ALLAH Tuhan Ilahi
Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberikan
Diucapkan puji-pujian, kepada Allah dengan sebenar-benarnya puji
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.


Perkongsian kisah seorang teman.....
Seorang teman atau sahabat saya ada bercerita....
Kisah remajanya, kisah semalam tentang dirinya....
yang ....
"HIDUP UNTUK MEMBERI"






 Kisah remaja , sahabat saya mempunyai seorang teman,
Teman bagaimana? Hanya dia yang tahu....
Zaman sekolah  yang CERIA....
Teman yang boleh dikatakan ISTIMEWA...
Suatu hari kekeliruan berlaku, salah tafsiran
Teman istimewa kepada teman saya...
Memilih untuk berteman dengan orang lain....
HIDUP UNTUK MEMBERI...












Teman saya dengan ikhlas memberikan laluan itu pada temannya
Doa dan harapan " temannya akan bahagia selamanya"
Ketentuan ILAHI... tiada siapa yang dapat menyangkal....
Setelah sekian kalinya ditakdirkan perpisahan yang dahulu bertitik dengan pertemuan
Mudah-mudahan terjalin PERSAHABATAN...
Sahabat yang akan menghulurkan tangan, tika sahabatnya terjatuh
Sahabat yang akan menghulurkan bahu, tika sahabatnya bersedih
Sahabat yang berlapang dada , tika sahabatnya ketawa
Sahabat yang sering mendoakan kebahgiaan sahabatnya.
















HIDUP UNTUK MEMBERI...
Sekali lagi teman saya diuji, sahabat beliau mohon untuk menyepi
Entah berapa tahun lagi ..hanya DIA yang menentukan.
Dengan senyuman yang dalam.....doa diiring bersama laluan yang dibentangkan.
Memang Hidup Untuk Memberi...
Haruskan memberi walaupun tiada apa yang tinggal?

Alhamdulilah,
Segala puji bagi ALLAH (s.w.t) yang telah mengutuskan RASULNYA sebagai pembawa petunjuk. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w) , keluarga dan sahabat sekalian. Syukur ke hadrat ILAHI yang mengurniakan kekuatan  minda  dan jiwa kepada hambaNYA yang daif.

Hari ini .....
Bila direnungkan sedalam-dalamnya....secara rasional dan pertimbangan
Tidak adil bagi teman saya...
Tapi bila dihalusi, SYUKUR....teruskan HIDUP UNTUK MEMBERI
Bukan semua hambaNYA diberikan ruang dan peluang sebegini.
 Harapan dan doa saya....
TEMAN SAYA .....teruskan HIDUP UNTUK MEMBERI
Teman kepada TEMAN SAYA.....Semoga berjumpa titik penamat .
Jalan yang diredhai ILAHI. 


Sekadar ingin berkongsi cerita teman saya...
hidup untuk memberi adalah sesuatu yang mulia 
Ditambah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan setitik balasan...
I.Allah.

Sunday, February 27, 2011

Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang: MESYUARAT JAWATANKUASA PPSSPP BIL 2/2010

Persatuan Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang: MESYUARAT JAWATANKUASA PPSSPP BIL 2/2010: "Pengerusi dann Naib Pengegrusi Mesyuarat , Cik Fatimah Bt Othman dan Tuan Haji Mohamad bin Latif Mesyuarat sedang Dijalankan Perbin..."

^^^UKHUWAH bersama sekolah angkatKU^^^

Salam....

Langkah yang hampir tersasar, kerjabuat dan tanggungjawab yang agak berat kebelakangan ini menjadikan
lama "note" ku tertera...namun syukur masih mampu mencuri ruang untuk "up date" blog mengikut hari-hari..
Alhamdulilah......

Pelawaan GB sekolah angkatku..ku simpan dan 50/50...
Bukan aku FREE waktu-waktu ini....
Fikirkan kerja yang tak akan pernah selesai ...aku nekad untuk bersantai dengan sekolah angkatku...
Sungguh meriah...bayangkan sebagai "mak angkat" dengan anak-anak seramai 40 orang dalam bas
Masih ramai yang sukar diingat nama-namanya......
perjalanan dari UTARA ke SELATAN ( 3 hari 2 malam)....
Rasa tenang mindaku..lapang dada.....

Bertolak lebih kurang jam 9pg , 12 Feb....
Lama jugak tak naik bas dalam perjalanan yang jauh, seperti biasa...telan ubat dulu
Alhamdulilah sampai di KL dalam jam 2 lebih...
SYUKUR.. dapat SOLAT di MASJID NEGARA...rasanya lama juga aku tak ke sini.

santai di sekitar masjlid negara...

Perjalanan santai diteruskan ke Jalan TAR & Sogo.....sangkut juga H.beg...orang perempuan la katakan...
dan sedikit sevinior untuk adik2 ku di Penang....
Jam 6 petang kami meneruskan perjalanan ke BTPN Selangor,
Seperti tentatif program 7mlm mendaftar di asrama....penyelia asrama setia menunggu...
Pendaftaran yang lancar...TERIMA KASIH  BTPN SELANGOR dan kekawan di SELANGOR

Jam 8mlm, seperti perancangan semua berkumpul di bawah untuk makan malam di "food court" depan BTPN...dan 8.30 malam bertolak ke i-CITY  Shah Alam....
Banyak kali jugak aku ke BTPN Selangor, tapi tak ada pulak ke tempat ni...
amat MENAKJUBKAN.....
Rekabentuk dan INOVATIF yang tidak dijangka.....
Malam yang indah, santai dan tenang....di Shah Alam.....

imazing.......

Awal pagi selepas bersarapan di BTPN Selangor, kami bertolak ke NILAI3....
Adoh....berbeg2...cikgu-cikgu ni shopping....
Aku cuma tersangkut dengan sevinior kecil untuk putri2ku...
Baju-baju di sini sama harganya dengan tempatku (Parit Buntar)
Silap haribulan Pasar Kemboja PB jauh lebih murah... hi3....

Tengahari setelah lunch di Marry Brown, Nilai..kami bertolak ke MELAKA...
Dengan kerja buatku...Selangor, KL , Melaka dan negeri2 lain dah selalu TURUN.....
Just...round Sg Melaka dgn bot bersam GB, PK2 dan beberapa orang guru

sepetang di Melaka....

Aku senyum sendiri....aku mangli dengan "trip" cikgu-cikgu ni...
Tiap kali turun bas, naik bas mesti tangan kiri kanan penuh dgn beg2 ...shopping cikgu jangan tak shopping hi3...
Selesai sepetang di Melaka, perjalanan diteruskan jam 5 petang ke DESTINASI UTAMA ...Johor
10 malam sampai di asrama BTPN Johor... Thanks Mardiana...tunggu...
Malam ni sure semua tidur MATI... letih shopping...hi3....
AKU di UJI... malam ni pabila menerima panggilan telefon dari cikgu (warden asrama) putri bongsuku
"Kak Jura, ayu kat hospital, DR tgh masukkan air"......
Kenapa, sakit ape, macam mana ..seperti peluru berpandu ku ajukan soalan pada CIKGU AZAM..
C.Azam ku kenal sejak 10 tahun yang lalu.....
Call huby...call c.azam balik...buka lap top...on line cari tiket "air asia....ke mas".....cam mana ni...
Jam 3 pagi...c.azam call semula " kak jura , AYU dah kluar bilik Dr, dah OK"....
Syukur YA ALLAH... hubyku pun menjenguh putri bongsu ku ini...dan menyatakan AYU OK..mama jangan risau
Teruskan dnegan program....balik nanti kita lawat AYU.....lega sikit hatiku
Kurang air.....dah ok...susah juga nak sambung tidur dengan kejutan begini...
Tidurku yang tak lena sehingga pagi....Ujian kecil dari DIA.....

Esok mesti SEGAR sebab ke DESTINASI UTAMA...hi3...
Aku juga harus fokus pada aktiviti hari ini...melihat bagaimana sesebuah sekolah itu
boleh mencapai SBT....dari segala aspek....walau jiwapun separuh telah TERBANG ke Penang malam tadi...
14 Feb 2011, seawal 8 pagi, bersarapan di BTPN Johor...aku dan GB sempat bertemu dengan
Puan Helen untuk menyerahkan tanda hati dari sekolah...TERIMA KASIH BTPN JOHOR...
Perjalanan ke SK Bandar Uda 2...bas ada masalah sikit, jadi kami dibawa dengan bas ganti
Tak kisahlah, janji sampai....9 pagi sampai dan disambut oleh guru-guru yang bertugas....

SK Bandar Uda 2, GB Puan Hajah Fuziah....memang tidak dapat disangkal walau sebesar hama pun
Orangnya TEGAS, BERKEYAKINAN, BERKALIBER, menpunyai JATI DITI yang UTUH.. dan banyak lagi
dengan sokongan guru-guru yang cemerlang serta anak-anak didik yang gemilang..
Membudayakan "adat bersalam" dan "bacaan yasin"....
Sejuk hati berada di sini.....
Banyak perkongsian dan dapatan yang dapat digunapakai dalam perjalanan kerjayaku yang masih panjang.

SBT.....SK BANDAR UDA 2

Sampai jam 3 petang kami masih di sini, kebetulan bas masih rosak... memang rezki kami untuk lebih berlama di sini
Jam lima petang mula bertolak dari BTPN Johor ke Penang....Sampai Penang jam 3 pagi..
Nasib baik 15hb ....cuti umum... MAULIDUR RASUL...selawat dan salam atas junjungan kita NABI MUHAMMAD (saw)

Alhamdulilah....satu perkongsian perjalanan yang terkesan di HATI
SYUKUR YA ALLAH dengan kurniaan MU atas silaturahim dengan warga SK Pengakalan Jaya ini.
MOGA UKHUWAH YANG TERJALIN MEMBERIKAT KEBERKATAN KEPADA SEMUA.

Saturday, February 26, 2011

^^^Gear LIMA^^^

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia..

Perjalanan yang agak pantas...
Februari yang rasanya baru sahaja disapa
Hampir ke penghujung..
Nampaknya kena guna GEAR LIMA minggu ini...
Dengan perkara-perkara yang dicatatkan akan berlaku
Dengan ujian-ujian kecil tanda kasih DIA padaku
Dengan kerja buatku yang amat ku cintai...
Dalam meneruskan pencarian dan meluruskan langkah yang BENAR dan LURUS
Bak kata ulama " Hidup dalam KEREDHAAN ALLAH"
I.Allah atas doa dan sokongan rakan-rakan terdekat
Serta insan-insan tersayang....

19.02.2011 (SABTU)
Alhamdulilah dapat melihat wajah kecil, orang baru dalam keluargaku
Cucu.....adam danial/ alif Irfan
Sebelum menjenguk cucu...gear lima mama tok ngan Walid Wan...shopping untuk "adam"..
Hati tak dapat dikawal melihat barangan "baby" yang semuanya cute2...
Seharian di sisi cucu...syahdu hati melihat kesucian wajah kecil ini yang penuh suci
Moga hadirnya cucu pertama suamiku ini akan memberikan sinar dalam keluargaku
Membawa rahmat dan kebahgiaan yang berpanjangan
Lewat petang menjenguh tak terasa dengan melihat reaksi si kecil...
Singgah makan laksa beras dekat P.Serai....sebelum menghantar mak mertuaku balik ke Selama....

20.02.2011(Ahad)
Sibuk melayan putri bongsu
Persiapan untuk kembali ke asrama dan kerja sekolahnya
Petang baru terasa mendapat nyawa kembali
Kesibukan hujung minggu yang berulang dan telah menjadi rutin (wajid guna gear lima)

21.02.2011 (Isnin)
Oooooh.. minggu terakhir Februari
Pantas, lajunya masa berlaku....hi3..GEAR LIMA aku minggu ni..
Petang selesaikan putri sulung...alhamdulilah
Rasa mendapat kembali kekuatanku yang hilang.
Terima kasih  TUHAN....Syukur YA ALLAH
Semoga apa yang terjadi akan menjadi satu iktibar dan
syukur atas peringatan kasih dari MU Ya  ILAHI

22.02.2011 (Selasa)
Mesyuarat GPM di PKG NT......
Perlukan bahan-bahan untuk dibentangkan,
Terima kasih atas perkongsian bahan ...Mr Os..hi3...
Sepetang di PKG NT..... (arahan diterima tanpa bantahan dr bos mgu lalu)
Al Maklum nak balik jumpa sahabat-sahabat tercinta...
Hilang juga rinduku pada rakan-rakan GPM di sini
Alhamdulilah dapat memeluk cium kalian sesuatu yang didambarkan sekian lama
Rasa nak FREE GEAR la pulak....nak hentikan masa...tak puas rasanya berborak selepas selesai slot.....
Sayang kalian.....serba salah juga bila diminta turun ke sekolah masing-masing
Aduiii masa....di mana nak curi masa ni... SJKT LC, SKPTM dll...bla boleh turun ni...

23.02.2011 (Rabu)
Syukur Penilaian di SKJ  berjalan dengan sempurna....
Tengahari aku ada janji di SKPTM...dekat jam 1pm, minta-mintalah
cikgu-cikgu tak balik lagi....pasang GEAR LIMA juga hari ni...
"Hello, tunggu jap ye, saya ODW"....
Alhamdulilah selesai slot di SKPTM sekitar jam 3.30 petang....
Ada gear ENAM tak? Gear lima pun dan lambat ni...
Janji nak pergi FACIAL.....kena juga sempatkan diri
Sebab dah dekat 2 bulan tak buat facial.....
Selesai Facial...Azan Magrib berkumandang.......
Akhirnya selesai 3 perkara hari ni....

24.02.2011 (Khamis)
Dua hari tak masuk Office... tak sempat nak pergi tandas pun...
tu , ni yang ni yang tu.... ok  ok ok...
GEAR LIMA...AUTO je la.....terus PECUT.......
akhirnya 5.30 selesai persiapan untuk  perhimpunan bulanan esok dan mesyuarat aktiviti petang esok...
5.30 petang , keluar office ..Ya ALLAH lebatnya hujan.....
7.00 pm baru sampai ke rumah... LETIH.....
Ya ALLAH...nak keluar dinner.....ok ok ok...

25.02.2011(Jumaat)
Hari ini ada niat yang ku simpan, ada hasrat yang ku harapkan
ada HAJAT yang ku idamkan darimu ILAHI
YA ALLAH permudahkanlah HAJATku hari ini....
Alhamdulilah....majlis bacaan YASIN sempurna dengan alunan DOA yang amat syahdu
Diikuti Ceramah Maulidur Rasul......
Intipatinya amat terkesan di HATI... HIDUP IKUT SYARIAT RASULLULAH
HIDUP DALAM REDHA ALLAH..
Rehat yang panjang....tak sempat rehat pun..persiapan untuk mesyuarat petang nanti...
Petang Mesyuarat...berakhir 5pm lbh...Ya TUHAN...lebatnya hujan
Semalam berhujan sepanjang perjalanan balik 1 jam lebih
Hari ni pun sama rasanya....moga selamat sampai ...

Syukur YA ALLAH....Gear lima aku minggu ni
Tapi aku kembali mendapat sesuatu yang hampir hilang dalam hidupku
Aku kembali dapat TERSENYUM dari sudut HATI
Walau masih tersisa rasa pedih ..akan ku rawat dengan memohon dariMU....
TERIMA KASIH YA ALLAH...
Segala pujia-pujian HANYA PADAMU
TUHAN YANG SATU.

Friday, February 18, 2011

^^^Minggu " Mengatur Langkah"^^^

Salam UKHUWAH...

Dalam langkah ada SUKA
Dalam langkah ada DUKA
Dalam langkah ada GEMBIRA
Dalam langkah ada PILU
Dalam langkah ada KEBERANIAN
Dalam langkah ada KETAKUTAN
Dalam langkah ada KEGAGALAN
Dalam langkah ada KEJAYAAN
Dalam langkah ada KETERLANJURAN, KESILAPAN , KEALPAAN...
SYUKUR bila kita dikejutkan dengan UJIAN-UJIAN
Langkah dapat DIPERBETULKAN dengan ruang dan peluang dari kasih sayang DIA
Atas MUSIBAH yang datang.....AKHIRNYA HATI akan berbisik...DIA lah SEGALANYA
Kepada DIA aku berserah, aku berdoa dan memohon...
AGAR segalanya dalam lindungan DIA (ILAHI)..Ya ALLAH...



12.02.2011 (Sabtu)
HATI pada mulanya berbelah bahagi unutk mengikut "trip" KL, Selangor, Melaka dan Johor.
Langkah ku bulatkan, dengan niat merehatkan minda setelah beberapa kerja buatku selesai
Alhamdulilah, perjalanan yang tenang..sempat "shopping" di SOGO dan Jalan TAR
Petang bertolak ke BTPN Selangor,
YA ALLAH, malam yang sangat INDAH di i CITY Shah Alam..

13.02.2011(Ahad)
Seawal pagi langkah diteruskan ke NILAI 3...sukanya cikgu-cikgu ni..
banyak shopping, dalam menyusun langkah tak banyak yang menarik di hati
hanya sedikit "sevinior" untuk putri2 ku , huby dan kekawan di Penang.
Hampir 10pm sampai di BTPN Johor..alhamdulilah...
Jam 2.00am satu panggilan dari CIKGU AZAM, warden sekolah AYU...
Nadi rasa terhenti selepas habis bercakap dengan beliau
"AYU di HOSPITAL".......YA ALLAH..rasa macam nak terbang balik ke PENANG
Apa langkah aku seterusnya?
Hanya telefon yang menjadi pengantara...
SYUKUR jam 3am, Cikgu Azam call "AYU dah OK" dan huby pun CALL kata AYU OK ...
Alhamdulilah...dengar suara ayu mlm tu rasa LEGA HATI.....

14.02.2011 (ISNIN)
Lawatan Sandaran ke SBT,...SK Bandar Uda 2......memang sekolah yang HEBAT
Pengurusan yang amat cemerlang
Banyak info yang dapat dijadikan panduan....
Langkah kakiku mula tidak seiring dengan HATI
Keresahan hati menyumbangkan langkahku hari ini
Menanti saat-saat untuk kembali ke Penang.
Sampai ke penang 3am (15.02.2011)

15.02.2011(SELASA)
SALAM MAULIDUR RASUL.....
Moga dengan kasih sayang dan keberkatan ulangtahun kelahiran RASULULLAH  SAW melimpahi kita semua. Moga lukisan perjalanan HIDUP ku sekeluarga dalam limpahan kebenaran...
Puji-pujian padaMU  Muhamad Rasulullah...

16.02.2011 (RABU)
Langkah kerjabuatku di SK Methodist dan SMK Methodist - kem Kepimpinan Pengawas PSS
Alhamdulilah, moga perkongsian yang seadanya membuka ruang langkah
kejayaan bersama.
Ya ALLAH...lindungi langkahku seterusnya.....

17.02.2011(KHAMIS)
Hampir sepuluh hari tak masuk office, majadikan langkahku tak dapat dihentikan hari ini
Kedatangan tetamu (rakan dari Kedah, GB sekolah PROSA dan Cik Timah..hi3)
Langkahku harus dilajukan...
Persediaan mesyuarat untuk esoknya....jom langkah-langkah ....

18.02.2011 (JUMAAT)
Seawal pagi langkah terhenti seketika.....alhamdulilah..ahli keluargaku bertambah...syukur.
Langkah kaki seterusnya  ke bilik mesyuarat, mesyuarat PPSSPP bil 2...
Perancangan aktiviti 2011... moga perancangan dan langkah
akan berjalan seiring.
Alhamdulilah, perjalanan mesyuarat yang baik....sempena keberkatan JUMAAT

Kekadang dalam mengatur langkah, kita terlupa langkah telah sumbang
Bila tersadung, terjatuh dan tersungkur
Baru tersedar.......

YA ALLAH,
Lindungilah langkah-langkah ku seterusnya
Rasanya aku tidak mampu untuk meluruskan   langkah
Tanpa LINDUNGANMU YA ALLAH....
Moga aku sekeluarga sentiasa dalam LINDUNGAN MU...