Followers

Sunday, July 22, 2012

Bersandar Pada ALLAH....


Salam Ramadhan.....



"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."

~Dr. Ustaz Tariq Ramadan ~


Ramadhan penuh nikmat dan berkat. Kenikmatan ramadhan memancarkan segala kekusutan, titik hitam yang dipalitkan kepada kita tanpa kita sedari. ALLAH maha BESAR, menunjukkan kebenaran atas satu bicara yang tidak terancang. Dalam apa perkara sekali pun pegangan saya tetap sama;

     '"Kebenaran akan terurai juga, cuma masa yang menentukannya"



Dalam kebenaran itu muncul, pasti ada kesakitan, kedukaan, kesedihan tapi apa yang pasti keyakinan pada HATI dan DIRI kita, ALLAH maha mengetahui.

Walau selautan susu yang kita hulurkan, jangan diharapkan balasan yang baik. Pengalaman menunjukan racun yang dibalas. Keredhaan menjadikan kita KUAT dan YAKIN Allah Maha Besar.....

Hanya bersandar pada pada ALLAH, hanya mengadu pada ALLAH, hanya mengharapkan ALLAH. Bersandar pada ALLAH, merasakan hati amat tenang dan damai walaupun bertimbun kesalahan dilemparkan pada kita, dinding keyakinan kita pada ALLAH dan hati kita tahu kita tidak bersalah pada sesiapa, masih jelas keceriaan di wajah. Saudara kekadang hanya menumpang kesenangan dan menambah kusut kekusutan, suka melihat saudara sama saudara jatuh lemah tak berdaya, longlai tak bersemangat. Dengan bersandar pada ALLAH, moga ALLAH membuka pintu-pintu hati mereka yang beku, kaku ini menjadi sesuci Ramadhan.


Thursday, July 19, 2012

PENING SEKETIKA.....

Salam Ukhuwah, Salam Ramadhan.....

Selesai Kursus NPQEL saya, saya selesaikan kerja buat satu persatu...surat yang bertimbun difailkan, surat yang perlukan tindakan diuruskan...penurunan kerja dibuat dengan akur pada perlantikan yang ada dan rasanya  dapat menyambut Ramadhan dengan tenang dan lapang...

Minggu ni, ada lawatan dari JPN, PPD, menurut surat bidang kurikulum...lega juga bukan HEM. Urusan HEM dilaksanakan satu persatu, KWAMP, Pengesahan Tahun 1 2013 dan hampir selesai. Surat terkini lawatan dari Unit PPDa JPN....on d way nak siapkan dokumen ikut panduan yang diberikan.

Semalam, sekumpulan pegawai JPN dan PPD (LINUS), Cikgu Mat (amat komited), banyak juga idea dan perkongsian yang dapat diambil dari perjumpaan ni, Hj Razdi....biasa pegawai yang amat rajin dan seorang pegawai dari JPN...Saringan berjalan lancar. Sekolah masih menunggu lawatan dari unit kurikulum (head count). 

Tetiba yang ditunggu tak datang, yang lain pula yang menziarah. Sedang asyik menikmati pulut kuning , jamuan di pra sekolah.... call dari pejabat ada pegawai dari PPD...tangok2 unit HEM...
Alamakkkkkkkk....nape pula ni....

Sahabat lama En Mat Saad, tanyakan laporan kendiri...dengan YAKIN, jawap hantar, tiap2 bulan hantar. Masa saya berkursus cikgu kantin hantar...ada dalam fail...

"Minta tengok fail dan buku kantin"

"Ok....ni tiap2 bulan ada hantar, ni buku Januari- Jun 2012"......

"Yang helaian pink dan kuning ni laaaa".....

" Fenin...fenin....fenin....Sori la....dulu hantar laporan bulanan cam tu jeeee...so saya ikut leee".

"Hi3....Ok la, petang ni, saya panjangkan ke PPD dan Pejabat kesihatan"....

PELIK bin AJAIB = FENIN....macam mana boleh terlepas panjang 2 helaian di belakang buku pemantauan kantin tuuuuu......

Apapun...alhamdullilah telah dihantarkan oleh PAR saya dengan SEGERA.....

Belajar dari buku, pandainya cara lain, ingatan nya tak lama...belajar dari kesilapan, pandainya 100% (takut silap lagi)..ingatannya KEKAL sampai mati...hi3.....

Moral dari kisah saya ni....jangan terlalu berangan-angan nak bersenang-senang (niat dah tak betul tuuuuu ...hi3),  sentiasa ada saja keja yang perlu dilaksanakan dan perlukan pemerhatian.....ha3.
Apapun.....SALAM RAMADHAN dari saya.......


Wednesday, July 18, 2012

Pembukaan Geleri PPDa

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia,

SYUKUR Alhamdullilah ke hadrat Ilahi dengan rencana Indah dari NYA,
TERIMA KASIH tidak terhingga buat Warga SK Sungai Setar, Pulau Pinang
YB Dato Mahmood, Dato Zainol Abidin, YDP PIBG- Tn Haji Rashidi, AADK, Pejabat Kesihatan, Pejabat Penerangan, Pejabat Perpaduan dan semua yang terlibat dalam merealitikan WUJUDNYA ...

GALERI PPDA, SK Sungai Setar. Juga tidak ketinggalan PPD Selatan dan JPN Pulau Pinang yang turut turun padang memberikan saya panduan dan contoh-contoh. Jasa baik tuan/puan amat disanjung tinggi.

Pensyarah pembimbing , projek sandaran saya- Tuan Haji Rahimi bin Abdul Majid dari IAB Utara yang sentiasa memantau pergerakan projek saya dan selalu mendoakan terbaik dan kejayaan pada saya.

"Abah"....yang tidak lokek memberikan saya peruntukkan dana untuk menggerakkan projek ini.

Alhamdullilah bermula  pada minggu kedua Jun, semua warga sekolah telah turun padang untuk memberikan sentuhan fizikal pada Galeri PPDa ini - Bilik, pondok, lorong dan sudut. Hanya Allah dapat membalas bakti dan jasa kalian. Pada 18 Jun 2012, saya dikunjungi oleh JPN dan PPD, turun hadir pensyarah penyelia saya. SYUKUR komen yang membina dan kata-kata semangat memulihkan kepenatan saya dan guru-guru  di sini.

25 Jun 2012 hingga 29 Jun 2012, tetapi YB setempat akan mengadakan Karnival rakyat pada 30 Jun 2012 , jadi Karnival PPDa disambung sehingga 30 Jun 2012. Syukur YB dapat hadir rasmikan Galeri dna jadikan Galeri Projek angkat beliau.

Akhirnya , saya mampu tersenyum dengan ramsinya projek saya selesai pada 30 Jun 2012. Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa sebagai persediaan unutk ke peringkat yang lebih tinggi.

TANGGUNGJAWAB , seterusnya adalah menyiapkan laporan projek dan menghadirkan diri di fasa akhir bersemuka pada 7 Julai 2012 sehingga 12 Julai 2012 unutk sesi peperiksaan, temuduga dan ujian fizikal.

 Perasmian oleh YB Dato Mahmood bin Zakaria

 Akhirnya....syukur...

 Terima kasih semua....

 karnival PPDa....

 Mula dikunjungi...

Antara yang hadir menyokong....

Sekalung terima kasih untuk semua.....

Thursday, June 14, 2012

Teruskan Langkah Satu Persatu

Salam 1M,

SYUKUR ALHAMDULLILAH...minggu ini seperti ada cahaya terang yang mula menyuluh kesamaran saya. Perancangan saya atur dengan teliti. Cuti sekolah , saya hadir ke sekolah tetapi tak sampai hati nak ajak guru-guru yang bercuti.

Mulai Isnin tadi semua telah kembali ke sekolah. Syukur alhamdullilah, semua guru-guru dan anak-anak kesayangan saya di sini sihat serta ceria hari pertama kembali ke sekolah.

Mulakan dengan mengecat bilik, syukur semalam dah siap. Semalam juga saya penuh dengan mesyuarat. Mesyuarat Projek Sandaran saya dan Mesyuarat Guru Kali Kelima. Jam 6 juga sampai di rumah. Walaupun letih tetapi, saya telah nampak cahaya yang mula menyuluh. hari ini dah dimulakan taklimat 5 minit anti dadah disampaikan oleh saya sendiri, esok akan diserahkan kepada guru berkenaan (Cikgu Jariah).

Awal pagi, saya dapat jumpa YDP PIBG. Susah nak jumpa Haji ni almaklum orang berniaga dan orang politik. Pagi ni di dataran baru, saya bersama "abah" (GB saya) dan "Pak Su" (Cikgu Razif membentangkan apa yang patut dan program terdekat :

    i. Persaraan PKKK- haji setuju akan tanggung berapa jumlah yang saya perlukan untuk tambahan jemputan dan hadiah dari PIBG (duit poket)..Terima kasih daun keladi.

   ii. Projek Sandaran- disokong 100%...cadangan saya Karnival hanya 5 hari (25 hingga 29 Jun) . Saya serahkan sesalinan kertas kerja pada Haji, tetapi memandangkan YB ada program di sekolah ini pada 30 Jun...kita lanjutkkan ke 30 Jun 2012.

Terasa urusan kerjabuat saya awal pagi ini sangat lancar..syukur Ya Allah.

Jam 10.00 pagi ke AADK, Pejabat Penerangan, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Perpaduan ( abang saudara saya ada di sini)...menjelaskan tujuan dan menyerahkan surat makluman. Kami diberikan kerjasama yang baik. Bahan pameran untuk bilik dah banyak...Jadi esok cikgu-cikgu boleh mula memproses.
I.Allah kalau diizinkan perasmian pembukaan akan dibuat oleh PPD Selatan dan perasmian penutup oleh YB Dato Mahmud.

Kembali ke sekolah....dengan harapan yang berbunga2...hie....Semoga JODOH saya dengan SKSS ini dipanjangkan agar saya dapet melihat hasil perubahan yang dibuat.

Dalam masa yang sama, selamat berjaya buat pasukan pengakap yang akan berkampung di SK Bakap Indah- persediaan yang dibuat amat baik. Semoga banyak kejayaan yang dicapai.

Hati sudah terpaut KUKUH dengan SKSS....


Tuesday, June 12, 2012

Salam Kerinduaan

Salam 1M,

Sedar tak sedar Mei berlalu dengan  begitu cepat, sehingga kini saya di pertengahan Jun. Baru dapat singgah kembali di blog saya setelah agak lama tidak menarikan jari saya di sini. Runti kerjabuat yang amat padat dengan kekangan masa serta tenaga yang semakin kurang...hie....saya terpana dengan tugasan yang tak pernah selesai. Walau pun begitu, syukur saya kerana dalam kekalutan ini, menjadikans aya mat dekat dengan DIA unutk mengadu...YA ALLAH LINDUNGILAH Daku.....

 Saya akan sentiasa rindukan sang pelangi.....

7 Mei saya kembali ke sekolah selepas dua minggu di IAB unutk kursus NPQEL saya Fasa Kedua. Mulai 7 Mei sehingga 7 Jun 2012 saya akan menjalani Program Sandaran di sekolah sendiri. Awalnya nampak amat mudah, al maklum berada di sekolah sendiri, di pejabat sendiri. Masa Program Penandaarasan dulu, saya di sekolah lain. pergerakan agak terbatas..tetapi syukur alhamdullilah ramai rakan-rakan membantu.Selama 8 minggu kerja waktu pejabat dalam program sandaran bukan satu yang sukar bagi saya kerana saya dulu 6 tahun (waktu pejabat) juga sebelum kembali ke sekolah pada Julai 2011.



 Bersama GB (abah)..hie yang sentiasa menyokong, PKP dan PKKO...hari guru 2012

Hari demi hari, minggu demi mingu di sini dah masuk minggu kelima....alamak kerjabuat Sandaran banyak yang belum terlunas....baru tersedar pabila berada di sekolah sendiri kerjabuat rutin HEM dengan P & P, perancangan program sekolah...hu3...tak cukup tangan, tak cukup masa....tenaga pun dah SIFAR.....hu3.

Alhamdulliah, mulai minggu ni saya dapat tepikan sedikit hal2 lain dan terus FOKUS pada program sandaran saya. Membina sebuah Galeri PPDa....Fizikal dah mula nampak wujudnya. Terima kasih pada GB , semua guru-guru dan pekerja yang banyak membantu.....ALLAH itu maha melihat dan adil. Pabila DIA melihat kita tidak mampu, maka diturunkan orang2 sekeliling yang menghulurkan tangan untuk melancarkan perancangan yang telah dibuat. I.Allah dengan sokongan dr GB dan rakan-rakan guru serta keluarga tersayang kursus saya akan selesai pada 6 Julai 2012 ini. laporan saya hanpir 80% selesai. Hati tersnetuh dan terharu dengan sokongan semua di saat saya rasakan amat lemah dan terasa hendak jatuh, ada sahaja tangan-tangan yang dihulurkan untuk memimpin saya bangun kembali. Besarnya Anugerah dan perancangan ALLAH pada saya.


Rakan-rakan NPQEL 1/2012- pasti akan saya rindui kelak

Selesai kekalutan dan kesibukan saya dengan kursus NPQEL ini pada 6 Julai, saya akan berehat pada Ramadhan dan Syawal. I.Allah, jika diizinkan oleh ALLAH s..w.t, saya akan mulakan pengajian PJJ sarjana saya dengan UUM pada SEPT 2012...semoga dapat diselesaikan dalam masa dua tahun sahaja...hi3....

Kesibukan dengan kerjabuat dan kursus menjadikan saya semakin rapat dengan buku-buku. Jiwa tenang dan lapang, walaupun masa rasanya 24 jam sehari tidak cukup....apa yang saya amat yakin" JANJI ALLAH ITU PASTI". Semoga perjalanan dan kerjabuat saya  serta keluarga tersayang sentiasa dalam lindungan ALLAH s.w.t.

Saya pasti dengan rencana ALLAH s.w.t

Rencana ALLAH pasti terbaik dari rencana kita...Redha adalah penyubur ketenangan jiwa dan pendamai minda......

Monday, April 2, 2012

Projek Penandaarasan -NPQEL 1/2012

Salam Ukhuwah...

Fasa pertama saya telah selesai sebulan di IAB Utara
Fasa kedua epembelajaran 1 minggu di sekolah sendiri
Fasa ketiga 2 minggu di sekolah penandaarasan (sekolah berdekatan yang dipilih)
Sekarang saya dalam Fasa ketiga, minggu kedua.

Mendengar taklimat dari penyelaras kursus, Tuan Haji Ismail ...cari sekolah yang ada projek yang mampu dilaksanakan di sekolah sendiri.....
SKSA terus timbul di minda saya, saya terus telefon GB SKSA mohon kebenaran, bila GB dah benarkan saya tanya pendapatn GB saya sendiri..GB saya pun ok..Maka SKSA adalah sekolah pilihan saya untuk penandaarasan....Nama sekolah ini dihantar ke JPNPP untuk mohon sokongan..SYUKUR semua sokong.

Mulai 26 Mac hingga 6 April saya berada di SKSA. Hari pertama saya berbincang dengan GB Pn Hjh Seliseiah..beliau akan bersara pada 30 Mac....beliau tanyakan pada saya macam mana? boleh ka?...Boleh la cikgu.....hi3.

SKSA- Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh Nibong Tebal adalah skolah "showcase" Kokurikulum - Uniform. Ini juga merupakan sekolah pertama saya ( darjah 1-6 di sini), penuh kenangan...jumpa kawan-kawan lama ingat makan buhun Pak Kob (taukeh kantin masa tu) campur kuah laksa..bulatkan plastik tu dan gigit dihujung....oooo......kenangan......Perhimpunan pagi yang sama , lokasi yang sama..cuma arah menaikkan bendera sedikit berubah...

Perhimpunan pagi -Isnin....

Selasa, saya menerima kunjungan dari pensyarah pembimbing, Encik Ishak bin Ibrahim. Saya sudah siapkan log kepimpinan  hari Isnin dan juga laporan projek bahagian A, B dan projek pilihan. Saya membentangkan dua projek yang mampu saya buat iaitu Penglibatan NILAM dalam Kalangan Murid dan Pembangunan PSS.
Walaupun sekolah ini "showcase koko" saya memang tak mampu untuk memilih projek koko kerana saya tidak mempunyai latar belakang koko ...
SYUKUR, Encik Ismail banyak membimbing dan melontarkan idea beliau. Beliau juga seorang yang amat peramah, walau baru pertama kali bersua, rasa macam dah kenal lama...rancak sembang (hi3, bincang laaa)...beliau yakin saya mampu buat, I.allah saya juga yakin saya mampu sebab PSS adalah makanan saya selama 6 tahun ini. Ini adalah cabaran saya pada diri saya sendiri....Encik Ismail mahupan projek ini berterusan..I.Allah...ia adalah projek KPM , maka ia wajid dilaksanakan di sekolah secara berterusan dan sistematik.

Rabu, Khamis, SKSA sibuk membuat persiapan untuk majlis persaraan GB mereka, saya tumpanglah menyumbang apa yang patut...tersentuh kerana semua persiapan dibuat dengan kasih sayang......Jumaat, Majlis persaraan Pn Hjh Selasieah...setelah berkhidmat 30 tahun lebih dan bersara diusia 56 thn.

Sabtu sepatutnya saya turut serta denganwarga SKSA ke Pulau Jerejak (LDP) , tapi saya ada komitmen yang lain, iaitu memesan hadiah pertandingan PSS dan NILAM Negeri ....selesai kerjabuat NGO saya.
Ahad agak sibuk dengan  urusan keluarga......

Minggu kedua , hari pertama penandaarasan saya, GB sudah pencen, PKP yang menjalankan kerja buat GB. Saya mohon untuk balik ke sekolah sendiri jam 10.00 pagi bagi mengruskan beberapa perkara URGENT. Alahmdullilah sedkitar jam 3.30 tadi semua selesai.

Esok , saya ada ceramah di SKSS- NILAM dan bengkel NILAM. Rabu hingga Jumaat say akan teruskan projek penandaarasan ini, walaupun Gb tak ada dan membuat laporan projek saya.....

Fasa keempat menanti - epembelajaran - di sekolah sendiri ( 9-20 April )....




Sunday, April 1, 2012

Salam April......

Salam Ukhuwah,

Terasa kaku jari untuk menari di laman ini,
Mac berlalu dengan warna-warna yang agak pudar.
Mungkin sebab tidka berbunyi, diam...maka orang dapat bebruat dengan sesuka hati
Mengatur dengan sewenang-wenangnya, walau ia adalah hak kita....
Diam bukan bererti mengalah...tetapi aku ingin melihat setinggi mana sandiwara yang akan dimainkan.
KERANA aku yakin...
"Kebenaran akan tersuluh, keburukkan akan terbongkar......." Kata orang mudah, menghukum lagi mudah, meyalahkan orang senang....Yang menanggungnya sahaja yang tahu dan faham......


Moga April akan menengalamkan Mac yang penuh air mata...

Bila peluang demi peluang telah diberikan, tapi insan masih tidak mahu ke pangkal jalan
Maka biarlah...bebaskan dia..redha..Moga Allah melindunginya.
Hijrah bukan bererti jauh, hijrah dari situasi juga, satu perjalanan .......Aku memilih hijrah dalam situasi ini buat seketika ini.....
Bodohlah kita yang ada sedikit ilmu dan masih menuntut ilmu melayan mereka-mereka di luar sana yang tahu menghukum sahaja..mengiakan yang salah, membolehkan yang tidak beretika.


Mac ada gua perkara dalam hidupku, pertama tuntutan kerjaya, tuntut ilmu semakin daya dan cuba berubah dengan ilmu agar menjadi insan yang lebaih berguna pada agama, bangas dan negara. Kedua - ujian kecil dari DIA, pabila hati kita dirobek oleh insan-insan yang telah kita taburkan segalanya......Syukur dengan ujian ini, sekurang-kurangnya kita kenal insan yang sememangnya kita kenal tapi tidak jelas.....



April....permulaan yang baik, Mac akan ditinggalkan , April datang dnegan harapan..pertama Hijrah aku dari situasi dan menyusul hijrah aku dalam lokasi.....Syukur kerjaya yang sibuk menjadikan aku lupa akan pedih robekan hati ......


ALLAH ada jalannya......Insyaallah.....