Followers

Monday, April 2, 2012

Projek Penandaarasan -NPQEL 1/2012

Salam Ukhuwah...

Fasa pertama saya telah selesai sebulan di IAB Utara
Fasa kedua epembelajaran 1 minggu di sekolah sendiri
Fasa ketiga 2 minggu di sekolah penandaarasan (sekolah berdekatan yang dipilih)
Sekarang saya dalam Fasa ketiga, minggu kedua.

Mendengar taklimat dari penyelaras kursus, Tuan Haji Ismail ...cari sekolah yang ada projek yang mampu dilaksanakan di sekolah sendiri.....
SKSA terus timbul di minda saya, saya terus telefon GB SKSA mohon kebenaran, bila GB dah benarkan saya tanya pendapatn GB saya sendiri..GB saya pun ok..Maka SKSA adalah sekolah pilihan saya untuk penandaarasan....Nama sekolah ini dihantar ke JPNPP untuk mohon sokongan..SYUKUR semua sokong.

Mulai 26 Mac hingga 6 April saya berada di SKSA. Hari pertama saya berbincang dengan GB Pn Hjh Seliseiah..beliau akan bersara pada 30 Mac....beliau tanyakan pada saya macam mana? boleh ka?...Boleh la cikgu.....hi3.

SKSA- Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh Nibong Tebal adalah skolah "showcase" Kokurikulum - Uniform. Ini juga merupakan sekolah pertama saya ( darjah 1-6 di sini), penuh kenangan...jumpa kawan-kawan lama ingat makan buhun Pak Kob (taukeh kantin masa tu) campur kuah laksa..bulatkan plastik tu dan gigit dihujung....oooo......kenangan......Perhimpunan pagi yang sama , lokasi yang sama..cuma arah menaikkan bendera sedikit berubah...

Perhimpunan pagi -Isnin....

Selasa, saya menerima kunjungan dari pensyarah pembimbing, Encik Ishak bin Ibrahim. Saya sudah siapkan log kepimpinan  hari Isnin dan juga laporan projek bahagian A, B dan projek pilihan. Saya membentangkan dua projek yang mampu saya buat iaitu Penglibatan NILAM dalam Kalangan Murid dan Pembangunan PSS.
Walaupun sekolah ini "showcase koko" saya memang tak mampu untuk memilih projek koko kerana saya tidak mempunyai latar belakang koko ...
SYUKUR, Encik Ismail banyak membimbing dan melontarkan idea beliau. Beliau juga seorang yang amat peramah, walau baru pertama kali bersua, rasa macam dah kenal lama...rancak sembang (hi3, bincang laaa)...beliau yakin saya mampu buat, I.allah saya juga yakin saya mampu sebab PSS adalah makanan saya selama 6 tahun ini. Ini adalah cabaran saya pada diri saya sendiri....Encik Ismail mahupan projek ini berterusan..I.Allah...ia adalah projek KPM , maka ia wajid dilaksanakan di sekolah secara berterusan dan sistematik.

Rabu, Khamis, SKSA sibuk membuat persiapan untuk majlis persaraan GB mereka, saya tumpanglah menyumbang apa yang patut...tersentuh kerana semua persiapan dibuat dengan kasih sayang......Jumaat, Majlis persaraan Pn Hjh Selasieah...setelah berkhidmat 30 tahun lebih dan bersara diusia 56 thn.

Sabtu sepatutnya saya turut serta denganwarga SKSA ke Pulau Jerejak (LDP) , tapi saya ada komitmen yang lain, iaitu memesan hadiah pertandingan PSS dan NILAM Negeri ....selesai kerjabuat NGO saya.
Ahad agak sibuk dengan  urusan keluarga......

Minggu kedua , hari pertama penandaarasan saya, GB sudah pencen, PKP yang menjalankan kerja buat GB. Saya mohon untuk balik ke sekolah sendiri jam 10.00 pagi bagi mengruskan beberapa perkara URGENT. Alahmdullilah sedkitar jam 3.30 tadi semua selesai.

Esok , saya ada ceramah di SKSS- NILAM dan bengkel NILAM. Rabu hingga Jumaat say akan teruskan projek penandaarasan ini, walaupun Gb tak ada dan membuat laporan projek saya.....

Fasa keempat menanti - epembelajaran - di sekolah sendiri ( 9-20 April )....




Sunday, April 1, 2012

Salam April......

Salam Ukhuwah,

Terasa kaku jari untuk menari di laman ini,
Mac berlalu dengan warna-warna yang agak pudar.
Mungkin sebab tidka berbunyi, diam...maka orang dapat bebruat dengan sesuka hati
Mengatur dengan sewenang-wenangnya, walau ia adalah hak kita....
Diam bukan bererti mengalah...tetapi aku ingin melihat setinggi mana sandiwara yang akan dimainkan.
KERANA aku yakin...
"Kebenaran akan tersuluh, keburukkan akan terbongkar......." Kata orang mudah, menghukum lagi mudah, meyalahkan orang senang....Yang menanggungnya sahaja yang tahu dan faham......


Moga April akan menengalamkan Mac yang penuh air mata...

Bila peluang demi peluang telah diberikan, tapi insan masih tidak mahu ke pangkal jalan
Maka biarlah...bebaskan dia..redha..Moga Allah melindunginya.
Hijrah bukan bererti jauh, hijrah dari situasi juga, satu perjalanan .......Aku memilih hijrah dalam situasi ini buat seketika ini.....
Bodohlah kita yang ada sedikit ilmu dan masih menuntut ilmu melayan mereka-mereka di luar sana yang tahu menghukum sahaja..mengiakan yang salah, membolehkan yang tidak beretika.


Mac ada gua perkara dalam hidupku, pertama tuntutan kerjaya, tuntut ilmu semakin daya dan cuba berubah dengan ilmu agar menjadi insan yang lebaih berguna pada agama, bangas dan negara. Kedua - ujian kecil dari DIA, pabila hati kita dirobek oleh insan-insan yang telah kita taburkan segalanya......Syukur dengan ujian ini, sekurang-kurangnya kita kenal insan yang sememangnya kita kenal tapi tidak jelas.....



April....permulaan yang baik, Mac akan ditinggalkan , April datang dnegan harapan..pertama Hijrah aku dari situasi dan menyusul hijrah aku dalam lokasi.....Syukur kerjaya yang sibuk menjadikan aku lupa akan pedih robekan hati ......


ALLAH ada jalannya......Insyaallah.....

Monday, March 19, 2012

BALIK KE SEKOLAH SEKEJAP......

Salam Ukhuwah,

Hari ini sehingga Juaaat ini saya akan menghuni semula bilik kerja saya
Setelah sebulan saya di IAB
Tapi hanya unutk semiinggu sahaja... minggu depan saya akan berkampung di SK Sungai Acheh selama dua minggu untuk projek seterusnya.

Awal pagi, saya setia menunggu anak-anak didik saya melangkah ceria ke dalam perkarangan sekolah,
Rutin yang telah sebulan saya tak lakukan... lega hati melihat langkah-langkah kecil ini maju ke depan dengan senyuman... " Assalamualaikum cikgu..." yang hilang sebulan ini , balik bertamu.

Melihat senyuman "abah"...merangkap GB saya.... "Ok Jura cakap naa.. dah lama tak cakap , wish la selamat kembali.."..."Ok"....hi3...perhimpunan pagi... windunyaaaa....lagu sekolah, ikrar dll...
Ucapan saya ringkas , sekadar meingatkan anak-anak di sini, "back to school" setelah cuti seminggu, disiplin dan bantuan-bantaun yang akan disalurkan minggu ni. Pemantapan saya tetap sama " Semarakkan budaya Memberi salam dan Perkasakan budaya Membaca",  alhamdullilah... saya nampak ada perkembangan.
Apabila saya masuk kelas ganti 5G, anak-anak saya sibukkkkk... " Cikgu, buat NILAM ye"....Syukur.

Belum pun sempat sarapan pagi ini, ada seorang murid baru mendaftar untuk tahun satu, saya bawa ke kelas dan berjumpa dengan guru kelas..."Selamat Menjadi Warga SKSS".

Sedang asyik menaip surat panggilan bantuan dan akuan penerimaan, saya dipanggil ke bilik GB...
Anak saya yang amat popular di sini " Alif"....ada kes lagi...
Alahai la "Alif" cayang cikgu, macam tau aje cikgu ada minggu ni, asal nampak cikgu aje ada le hal yang "Alif" buat....marah ada, kesihan pun ada...Nama dah le sama dengan nama cucu saya ALIF.
Lama juga nak selesaikan kes "Alif" dan beberapa rakan niiii.... satu kelemahan si "Alif" ni dia tak pandai nak tipu saya, cikgu lain dia pandai tipu...dah banyak kes  "Alif" sampai pada saya.....
Akhirnya selesai dengan kata dua dari saya buat "Alif".

Hari ni juga, dah sebulan tak sempat nak bincang-bincang dengan abak buah. Cari guru BK, tgok apa nak dibuat dalam masa terdekat...kem kepemimpinan dan perjumpaan waris- Ok, Jumpa AJK Lawatan- Ok ke Perpustakaan Negeri & ..... hi, beres, RMT - tak ada masalah, SUSU belum sampai, Bantuan - haaa banyak kerja minggu ni kita yeee....

Sedar tak sedar dah dekat jam 2.30 petang....buka jap blog IAB, buat catatan harian, tup2 GB dok kat belakang dengan PKP, hi3...ni la kerja Jura hari2 kena up date...Ni tulis laporan hari ni... tulis ucapan di perhimpunan tadi..."Tulis tak yg  "abah" berleter tu? ".... " Tak le...".....lama juga perbincangan tak rasmi kami tentang Mesy esok kurikulum, Aset & Kewangan......

ASET,,,ssh juga nak diperjelaskan....tak ada yang mahir, baru aje p kursus ...hi3...jam 3 lbh baru le kami bersuraiiiii......

Wajah-wajah dirinduiiii.....

Friday, March 16, 2012

ANUGERAH -NPQEL 1/2012

Salam 1Malaysia,

Lama juga saya tidak menarikan jari di blog TPS ini,\
Anugerah di awal tahun 2012,
Apabila ditawarkan mengikuti kursus NPQEL ambilan 1/2012, setelah selesai mengikuti sesi ujian & temuduga.
Alhamdullilah Fasa 1, kursus saya berjalan dengan BAIK & penuh kenangan,
11 Feb 2012 saya mula melaporkan diri di IAB Utara dengan satu AZAM, ILMU Pengurusan & Pentadbiran perlu saya perolehi sebanyak mungkin.

Bermula dengan sesi malam 11Feb ( ice breaking)..saya memerhati setiap rakan sekursus, menggunakan sedikit kemahiran yang ada dalam mengenal muka-muka baru ini 40 orang, 40 macam...hi3..I.Allah. 4 minggu saya di sini dalam sesi bersemuka.

Minggu Pertama (12 Feb - 16 Feb 2012)
Saya dan rakan-rakan didedahkan dengan taklimat asas, mengenal pensyarah-pensyarah, program kecergasan eksekutif..kami berjonging di Tasek Jitra (2.5 KM)..hi3...semput la jugak...dari sesi kecergasan ini la, aku dan rakan-rakan sering menggunjungi GIM IAB.
Minggu ini, kami diajar menggunakan e-learning IAB...emmmmm, macam OK juga la bagi saya, pengalaman kerjabuat yang lalu dan PJJ saya banyak membantu..SYUKUR. Lima hari di sini, tunggu khamis aje..nak memeluk putri kesayangan...

Minggu Kedua ( 19 Feb - 23 Feb 2012)
Minggu kedua , saya dan rakan-rakan mula didedahkan dengan slot Modul-modul. Ada empat Modul untuk sesi pertama ini, dan empat modul untuk sesi kedua..Lapan semua (Modul Utama), ada sub-sub tajuk dalam setiap Modul...YA ALLAH.
Saya mula didedahkan dengan Modul Asas dan Modul 1. Modul Asas ( oleh Pn Norehan) - kepimpinan, pengurusan  & bengkel- mantap penyampaian dan info terus masuk ke kepala....hi3...jelas peranan pemimpin dan pengurus sekolah pada saya di akhir modul ini.
Modul 1 - Pembinaan pelan Strategik (pemikiran Strategik, Visi, Misi, Nilai, Analisis Persekitaran, Objektif KPI, KRA, Plan Stategik, Plan Tindakan, Plan Operasi sehinggala perlaksanaan - kawalan dan pemantauan).
Pelan Strategik juga bukan sesuatu yang baru pada saya, alhamdullilah setiap tahun saya bergelumang dengan Pelan strategik Pusat Sumber Sekolah. Tapi bila nak membina Plan Strategik untuk sekolah ( agak luas)...hi3, syukur, rakan-rakan sekelas banyak berkongsi kerana kami rata-rata dari pelbagai bidang (PKP, PKHEM, PK KO & lain2).
Minggu kedua ni saya dah mula pandai jalan-jalan, bawa kawan-kawan dr Kelantan ke Pekan Rabu..hi3..orang kata dah boleh bawa diri le kat IAB niiii....hi3

Minggu 3 ( 26 Feb - 1Mac)
Minggu ini , saya didedahkan dengan Modul baru Modul 2 dan Modul 4.
Modul 2 - menetapkan matlamat, penyeliaan, penialaian pembelajaran, pembangunan intruksional, penguirusan KOKO, HEM.......ha3 yang saya kenal satu aje Pengurusan HEM itu pun baru 7 bulan, yang lain baca la punya baca ( berlambak buku dah dibeli, photocopy lagi, down load lagi....dah 2 ring fail 40mm, 1 fail 24mm)..hi3 Cabaran Hebat Modul ni untuk saya.....tido 1 pagi ke atas le...kena baca, kena faham, kena buat nota....Tugasan pun dah mula ada _ ASSGMT, Forum, kuiz....go go go
Modul 4 - pengurusna kewangan disentuh di hari akhir minggu ketiga ini. Tajuk ini dulu bos lama saya perlu beri hu3..kena ingat2 balik, power point dia pun ada lagiiiii.....hi3...

Minggu 4 ( 4 Mac - 6 Mac 2012)
Minggu terakhir sesi bersemuka , sambungan dari Modul 4 ( pengurusna pejabat - ingat muka comel PT saya Pn Raina)...hi3....banyaknya kerja kerani niiii. Pembangunan Fzizikal & Aset ...ha3, saya dulu pernah ikut kursus ini, di BTPN, pernah jadi pegawai verifikasi..tapi masih perlu baca untuk ingat balik, Pengurusan ICT (alhamdulilah -kerja buat saya 6 tahun di BTPNPP banyak membantu), pengurusan prestasi (benda baru pada saya) ..hi3..belum pernah terlibat secara penuh lagi. Minggu ini juga kami diberikan taklimat projek penandaarasan ( saya memilih SK Sungai Acheh - PSS dan NILAM).
6 Mac 2012 terakhir sesi bersemuka - my huby dah sampai jam 4 petang, jam 5 baru selesai...copy sana copy sini..al maklum lepas ni semua akan balik ke sekolah masing-masing..takut tercicir maklumat hi3....
Saya juga telah melaporkan diri di SK Sg Acheh pada 9 Mac 2012- berjumpa dengan GB Pn Selasiah yang akan bersara pada 30 Mac ini, sempat bersama saya seminggu aje nanti.

Minggu ke5 ( School Holiday)
Minggu ke 5 ni , cuti sekolah, saya dan rakan-rakan perlu buat elearning - kuiz, forum dan assgmt perlu di upload ke dalam portal IAB.
Alhamdullilah.. 90% selesai, Khamis ini saya sempat berkampung di BTPNPP - menyiapkan kerja NGO saya sebagai NSU PPSSPP, siapkan hadiah pertandingan PSS & NILAM, siapkan buku laporan Mesyuarat Agung PPSSPP kali kesembilan. Cuti ni saya pakai driver (My dear) sebab putri sulung bercuti dan tak lepas steering my PJB, asyik usung adik manja dia ajeee.....Hari ni (pagi tadi) saya sempat ke sekolah menjengok surat-surat dan keja buat minggu ini...alahmdullih, pemeriksaan gigi minggu depan dah bagi senarai nama pada Klinik, bantuan minggu depan - KWAMP, e Kasih dan Tahun 1...
Ha3....sibuk sikit dengan urusan keluarga, Putri sulung  (nak bertunang)..I.allah 24 Mac... persiapan ala kadar sahaja... namapun budak masih belajar...THANKS my sis, sis in law, my mon & da, my mom in law...my dear atas sokongan & sumbangan pada permata pertama saya ini. Moga semuanya dalam perlindungan ALLAH S.W.T.

Saya kurang menulis di bloh TPS ini, kerana setiap detik dan peristiwa saya semadikan di BLOG NPQEL IAB..sebagai kenangan dan tugasan....Semoga Anugerah NPQEL ini akan menjadi satu memori indah ..kursus saya akan berkahir pada pertengahan Julai 2012.

Sunday, February 5, 2012

KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

Salam,

Hampir 6 bulan aku melepaskan jawatan sebagai PTP dan berhijrah kembali ke sekolah
Bermula dengan kosong semula ..belajar dan terus belajar.....
Enam tahun bergelumang dengan Pusat Sumber Sekolah , Kemahiran Literasi Maklumat dan NILAM
Rasanya beratus slot ceramah telah disampaikan dalam "perkongsian seadanya" dengan anak-anak pelajar dan guru-guru di Pulau Pinang khasnya , Kedah dan lain-lain.

Julai 2011, aku melangkah keluar..Tahun 2012 dalam bidang yang baru..
Minggu ke tiga Januari 2012, terima panggilan dari SMK Tasek...unutk pelajar form 5 (31 Januari), form 3 (2 Feb).....selesai sudah alhamdullilah. Dalam perjalanan balik dari SMK Tasek, dapat panggilan dari SK Sg Bakap, mohon slot NILAM pada 9 Feb ni, Jumaat tadi dari SMK Bandar Tasek mohon slot LM pada 10 Feb (yang ni terpaksa dipinda sebab 11 Feb aku akan ke IAB)...3 minggu.

Rasanya lama kelamaan akau akan terpaksa tinggalkan semua ini kerana kekakangan tugas yang baru....
I.allah sebagai perkongsian yang kekal , aku akan masukkan bahan seadanya dalam blog ini dari semasa ke semasa......hanya ini yang dapat disumbangkan.

LITERASI MAKLUMAT

DOYLE (1992)
nSatu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. 
 
Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)
nKeupayaan  untuk  mengakses  dan  menilai  maklumat  bagi membuat   pemilihan   dan   menyelesaikan   permasalahan secara efektif.
 
American Library Association (1989)
nSeseorang yang berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh    mengenalpasti    bila    maklumat    diperlukan    dan mempunyai    kebolehan    untuk    menentu,    menilai    dan
mengguna secara berkesan maklumat yang diperlukan. 

Kesimpulannya :
Definisi LM adalah boleh mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut.

Dalam LM terdapat beberapa kemahiran  iaitu :

1. Mencari Maklumat di Perpustakaan
2. Berfikir
3. Belajar
4. Mengumpul dan menyampaikan maklumat secara verbal
5. Mencari maklumat melalui ICT
 
Kemahiran Perpustakaan
  • §Lokasi bahan
  • Susunan buku, majalah, akhbar dll
  • Bahagian buku, glosari, indeks dll
  • Menggunakan bahan rujukan
  • Membuat nota kaki dan bibliografi

Kemahiran Belajar
§Berfikir
§Membaca
§Mendengar
§Melihat
§Mencatatkan nota
§Mengorganisasikan dan menyampaikan maklumat secara betul
§Membuat renungan dan rumusan
 

Kemahiran Komunikasi
§Bertanya
§Menemuramah
§Memberi pendapat
§Berbahas
§Memberikan ucapan
§Menyampaikan laporan
 
 
KEMAHIRAN ICT
nOPAC
nEnjin Pencari
nBoolean
nPower Point
nLaman Web
nNews Letter
nBrosur

Kemahiran Hidup
§Mengurus masa
§Mengurus diri
§Berinteraksi dan etika
§Pembelajaran sepanjang hayat
 
Asas LM....akan sambung dengan contoh dan aktiviti...i.allah

 
 

KEBETULAN atau SURATAN

Salam Maulidur Rasul....
Selawat dan salam buat junjungan kita Nabi Muhamad SAW
Sempena sambulan ulangtahun kelahiran banginda pada hari ini.....
Hari yang INDAH.......


Seawal pagi putri sulung telah muncul depan mata- balik bercuti
Kereta huby yang masuk w.shop 3 hari petang semalam telah dapat dipandu pagi ini
Cuma keretaku yang  masih dirawat, esok mungkin dah OK..i.allah.

2012...Januari mula melabuhkan tirai.....
Februari mula menampakkan wajah.....

KEBETULAN ATAU SURATAN......
Setelah 6 tahun di BPTN/PKG, dan setelah selesai pengajianku
Rasa ingin berhijrah semula ke sekolah
Kebetulan atau Suratan permohonan tu agak lambat...macam terselit hi3
Sebab pabila rakan yang lewat mohon keluar dapat ke sekolah dahulu
Baru aku perasan....mana borang aku...
Setelah dicek sana sini...rasanya macam ada kesulitan sikit,
Kebetulan atau Suratan sekiranya aku balik ke sekolah pada Mac ...akau akan ditempatkan di sekolah yang agak jauh...tetapi sebab lambat sikit ...perpindahan ku Julai, aku dapat sekolah yang amat dekat..
Alhamdullilah dengan kebetulan  atau suratan ini.....rencana ALLAH amat indah...

Sebulan lebih di sekolah, kebetulan atau suratan aku mengantikan PKP untuk berkursus di IAB -Pengurusan Sekolah. Kursus pertama aku dengan IAB Utara. Alhamdullilah, jumpa ramai kawan PK2...dapat berkongsi cerita dan perancangan. Kebetulan atau suratan aku yang hadir kursus ini.....

Hari akhir kursus, pensyarah kanan promosikan kursus NPQEL- aku pernah dengar kursus ini, dan PKP sekolahku baru mengikutinya....
Hari akhir permohonan..aku pun cuba isi borang "on line"
Alamak...kena buat karangan " SUMBANGAN ANDA TERHADAP PENDIDIKAN"....
Kerja buat baruku ini baru masuk 2 bulan...aku sendiri tak faham sangat...
Aku nekad tulis karangan tentang kerja buatku sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan dan "send" borang...

Borang "hard copy" kena hantar, hari ni Jumaat, 31 Oktober...hari last hantar borang....nak salinan Rekod service (terima kasih cik Lie- CC PPD atas kerjasama), nak markah prestasi 3 thn (terima kasih Yati e-BTPNPP), fakskan pada akak...hi3....sijil semua sesalinan....
Yang parah nak tandatangan Pengarah....t.tgn GB ok, dapatlah dah dan disokong...
Aku terus tel Pn Sri " laaa , akak pengarah out station, lagi 2 hari bru balik"....hu...cam mana ni....
Tawakal aje, aku call PPD...alhamdullilah Tuan PPD ada...siap sain dan sokong, pesan lagi suruh buat pos laju.....

Kebetulan petang ni nak ke penang, jadi poskan di pejabat pos penang...pos ekpress....tup3 esok dpt call berattt lebih laaa pulak.....adoiiii....sabtuuu....hu3...
Mintak tlg my sis ziati tlg ambik dan bayar yg lebih berat tuuu....hi3
SELESAI rasanya.....

Awal Nov sedang kursus HEM di Langkawi, dpt call dr JPN, borang aku ada di JPN...hu3...fenin ni....
tup tap tup tap...syukur laaa thanks pada yang membantu....
Dah namanyer isi borang hari last...tawakal aje laaa...hi3...

tup2 22 Dis aku dipanggil temuduga, nak baca apa, nak jawab apa...HEM amat baru
kalau PTP tu i.allah.....
Sesi temuduga berjalan lancar, syukur Dr & Prof yg temuduga aku tu byk tanya tentang kerjabuatku sebagai PTP.....lancarrrrr...tentang buku & projek KEmuDI...alahmdullilah.....Rasanya telah menjawab sebaik mungkin.....

11 Feb ni aku akan mendaftar kursus NPQEL.......hi3...berdebar jugak sebab dah lama tak buat assgmt , xon line forum....i.allah , semoga dipermudahkan dengan sokongan dan dorongan dair keluarga tercinta, GB, kekawan di SKSS dan semua kawan2 ku serta saudaraku tercinta......

Semoga Suratan atau kebetulan ku ini akan selesai (5 bulan ) dengan jayanya...
Terimakasih YA ALLAH.....Syukur Alhamdullilah....

Tuesday, January 10, 2012

LUKA DI TANGAN NAMPAK BERDARAH

As Salam......

Dalam redha kaki kita mula melangkah selangkah demi selangkah di gerbang 2012
Permulaan yang agak sibuk...tetapi minggu pertama persekolah berlalu dengan
seribu satu kenangan..tangisan -tangisan kecil anak-anak yang menjadi penghuni baru sekolahkumenjadi sebahagian dari warna hari-hariku.....

Minggu ke 2, harap tangisan kecil ini akan hilang bersama masa dan ruang...
Harap anak-anak ini sudah ada kawan untuk berdamping di alam baru mereka ini.
ISNIN...sebelum 7 pagi aku telah selamat sampai ke sekolah...
Pesanan dari kaunselor untuk tolong "print" kan watikah aku janji murid tahun 6...
Nasib baik line laju je pagi ni...dapatlah diprint 2 salinan .. dan serahkan pada guru berkenaan.

Seperti biasa, aku mula turun dan berdiri di tepi pagar...
Melihat langkah anak-anak yang CERIA menuju gedung ilmu ini.....
Hari ini ada perhimpunan pagi....
"Abang Chik" buat hal......ala...jenuh juga pujuk baru diam dan mahu nikut aku ke tapak perhimpunan.
Ada lagi sorang murid tahun 2...menangis juga, mungkin sebab 2 hari cuti....
Tangan murid ini ku pimpin dan bawa ke barisan kelas beliau....

Selesai kelas Bahasa aku, dah dekat jam 10.10 pagi, lapar la pulak...
Terus menuju ke kantin.. dalam perjalanan jumpa anak buah dengan rakannya...
"Sakit perut cikgu"......"sakit perut? Bila? dari rumah ke baru sakit?"
"Sakit dari pagi, dari rumah".... ok...
Aku hubungi waris dan unutk datang menjemput anak beliau.....
Sudah namanya Bertugas di kampung halaman...yang sakit ni pun cucu mak longku...

Selepas rehat...seorang ustazah berlari mendapatkan aku....
"Tolong...tolong......kes ......".....
Seorang murid perempuan bersama beliau...
Satu bau menangkap kepalaku....adoiiiii.....
INi kelemahanku...aku akan alah pada bau-bau tertentu dan akan terus ke kepala , kepala akan rasa sakit sangat.......
"Aku mintak murid ini ke tandas untuk bersihkan diri"....
Dan terus hubungi guru bertugas......

Bila ditanya, jawapan sama, sakit perut dari pagi, dari rumah...tak sempat ke tandas...
Murid ini diberikan baju salin yang baru....

Nasihatku :

"Bila dari pagi tak sihat , tak payah mai sekolah Ok,, pergi klinik ambik ubat"

Cuti 2 hari macam-macam yang dimakan, ada kenduri lagi........tu yang perut meragam tu....

Murid ni dah OK setelah dispaukan minyak angin sikit dan boleh masuk kelas... aku yang masih sakit kepala lagi
macam digigit-gigit......kes ni lama dah aku tak lalui...bau yang bukan2....
Sebab keluargaku sedia maklum ...my hubby akan bersihkan apa-apa yg ada BAU yang aku tak tahan....
Anak-anak dah biasa.....mesti pakai rexona dan minyak wangi..kalau tak pakai nanti mama pening.....hi3

Hampir setengah botl asam ku kunyah, minyak cap kapak pun berbau dah kat badan ni....sakit kepala tak hilang juga.....

Ohhh...1.40 tgh ada meeting di blok lain, blok PSS...
Dalam perjalanan.. ada beberapa orang murid hantar borang RMT...
Selesai naik tangga.....
Kiri Bilik Cikgu Siti (nak bagi borang RMT)...kanan PSS (mesyuarat)
Simpang T....dalam dok fikir-fikir.....berdebommmmmm.......





Sedar-sedar darah dari jari ibu kanan .....melilih tanpa henti....
Tadi sedang fikir nak ke mana ...kiri kanan?
Kiri laaa.... terus cikgu Ct bantu dan ambik ubat serta balutkan lukaku.....

Pecah pasu....nasib baik jari yang terkopak isi...kalau kepala yang berlaga dengan pasu tu
Mau ambulan datang ke sekolah......

Pedih hanya TUHAN yang tahu....dalam hatiku  berkata....
"Luka ditangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu?"
"Itu la kalau pemikiran dan tindakan tidak seiring"....

Aku gagal meimbang badan pabila ada lantai yang tidak sama,
Tapi lantai tu tidak salah...dah lama macam tu
Cuma aku yang baru ni kurang mahir di blok ni....
Lepas ni sampai matipun aku akan ingat ada lantai yang tak sama di area tuu....

Selesai mesyuarat, hubungu hubby ceritaka kemalangan kecil ini...
Risau jugak nampak dia, anak bongsu ku siap suruh jahit lagi....
ingat masa di kemalangan dulu.....hi3, nak jahit macam mana..terkopak dan tak jumpa kulit & isi yang terkopak tu.....nak tampung dengan plaster simen ke? .....

Hari ni hanya tinggal pedihh dan bisa-bisa satu badan,
memang kena mengurut lepas ni.....lebam sana sini....

Akan amat berhati-hati di lain masa.......Hanya aku yang faham dengan kemalangan ini dan MUHASABAH.