Followers

Monday, December 26, 2011

2011 Ditinggalkan, 2012 - Perubahan Dilakukan

As Salam.....

Ada dua jenis nikmat yang sentiasa menyebabkan ramai manusia menjadi leka dan alpa, iaitu nikmat kesihatan dan juga nikmat masa lapang yang terluang ( Hadis Riwayat Bukhari).


Kata-kata ni yang menarik aku untuk bercerita hari ni....
SYUKUR...masih ada nadi yang berdenyut..masih ada nafas yang berhembus
Takala 2011 melabuhkan tirainya dan 2012 mula bertamu dalam 7 hari sahaja lagi

2011 - Bukanlah sesuatu yang mudah untuk diungkaikan dengan kata-kata
Tahun yang banyak mengajar, bukan dari pembacaan walaupun aku ulat buku
Tapi dari pengalaman.....pengalaman yang menjadikan aku seorang PEMIKIR yang kritis...
Kenapa, Bagaimana......??????
Oh, rupanya TUHAN ingin aku belajar dari pengalaman.....pengalaman dari ujian yang datang
Tidak dapat dicari di mana-mana.....

Namun aku masih mampu TERSENYUM......(terbiasa)
Rasanya terlalu BERAT...tapi mungkin benar kata -kata
"TUHAN memberikan UJIAN yang BESAR, kerana DIA mahu memberikan HIKMAH yg BESAR"

"UJIAN dari DIA , adalah atas mampunya umatNYA untuk harungi"

Insan akan diuji, untuk lebih matang dalam mengharungi kehidupan
HIDUP bukan satu perjanjian yang semua akan berjalan mengikut perancangan kita
Perancangan DIA adalah yang terbaik......
Dalam rintih-rintih ujian, DIA tetap memberikan CAHAYA
Hikmah & nikmatnya......sudah terasa
Alhamdullilah, moga 2011 akan berlabuh dan menjadi satu sejarah
KESABARAN ku kumpulkan untuk meniti ujian-ujian ini, bukan mengeluh kerna mengeluh adalah kebiasaan jahiliah.....kekadang insan tidak dapat membezakan antara mengeluh dan sabar...melainkan ia menggunakan mata hati yang dapat membezakan keduanya  ada jalan yang lain.

Yang perlu ku INGAT :
ALLAH menguji menurut kekuatan iman yang kita miliki. Jika keimanan kita kuat, ALLAH akan memberikan cubaan yang lebih berat manakala jika kurang , cubaan yang diberikan juga akan lebih ringan.

2012 akan muncul, moga aku  dapat melakukan 360 darjah perubahan dari 2011.....
Untuk aku melangkah hari-hari 2012.....
Aku akan memulakan langkah dengan perancanganku
Semoga semua perancanganku, impianku dalam lindungan DIA Tuhan yang ESA
Semoga aku akan sentiasa diberikan petunjuk dalam sebarang kesulitan yang mendatang
Semoga KESABARANku akan bertambah selari dengan Usiaku.....
2012 akan membuka lembaran baru, cerita baru, azam baru.....
Yang pasti PERUBAHAN besar akan berlaku baik dari rencanaku mahupun takdir DIA
2012, juga akan menguji aku menguruskan rencanaku, sang putri yang diamanahkan
Harus dibimbing menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat
Semoga PMR si bongsu akan cemerlang dan si kakak akan succes dalam bidang yang dipilihnya.
Semoga kesihatan akan ditingkatkan , agar dapat lebih beribadat kepada DIA, agar dapat menyumbangkan tenaga dan idea dalam melahirkan anak-anak didik yang lebih PERKASA dan BERJAYA
Semoga perjalanan kerjaya akan lebih succes...
Menjadi diriku seadanya.......walau di mana pun moga aku masih tahu diri.....
Tahu menyayangi, tahu menghormati, tahu berterima kasih dan yang penting tahu BERSYUKUR....


Wasalam.........

Sunday, December 18, 2011

HOBI CT AyU......

As Salam......

Senyum sendiri merenung wajah permata hatiku yang bongsu ini....


Saat hati membara, saat hati pilu....Ct AyU lah penawar........
Tak sempat nak rasa marah, CT Ayu cepat-cepat "kiss" pipi....tu yang lemah dengan Ct Ayu ni......
14 tahun lalu, kehadiran Ct Ayu memang diharapkan setelah kakaknya berusia 4 tahun...
Merujuk kepada Dr Tan......konon-konon nak baby "boy" sepasang gitu....
6 bulan dalam kandungan Dr Tan kata tak nampak la cikgu....hi3...sure girl...pandai Dr ni psiko aku...
Lahirnya Ct AyU dengan penuh kebahgiaan dan rezeki dar DIA...
Alhamdullilah........

Ct AyU....sememangnya manja dan teramat manja...
Berusia 5 tahun, tengok orang cuci kereta...." adik nak keja ni la'....."keja lain la adik"
Ct Ayu ....just go on.....hepi je.......nak jadi itu loa...ini laa.....tak nampak kerisauan
Airmuka sayang dan sejuk rasanya.....

Dalam umur 10 tahun, nak keyboard....dapat main sekejap jemu...
Hobi yang banyak tapi tak kekal......
Terkini....minat gitar...almaklum zaman Yuna & Najwa...... dapat gitar 2 minggu je....
Dah make do no kat gitar tu...cian gitar tu...alih-ali9h walid yang main...
Yang kekal IT.......anak-anak zaman IT......
Habis blog aku di "up grade" dia....
Hari ni sekali lagi Ct Ayu ni.....buka sejarah
Buka acc FB kat Wan dia......siap edit2 gambar......

My dear Ct Ayu...go on dengan hobi....tapi ingat PMR next year.....so....ambik dalam 1 jam sehari je la untuk hobi-hobi adik ni OK......
Suka sangat peluk Ct Ayu........rasa dapat semangat yang KUAT......
Luv U ayu so much......

Saturday, December 17, 2011

CERITA MAK.......

As Salam...


Tenang sungguh bumi Lembah Acheh ini selepas hujan mencurahkan jasanya
Meredupkan kepanasan.......
Selesai hujan tadi, aku menjenguk juga ke luar, mana tahu timbul Sang Pelangi
Nampaknya Pelangi merajuk kot...hi3.....tak muncul pun.....




Dalam redup petang ni...teringat cerita mak (my mak mertua) dua hari lepas.....
Jumaat lepas mak datang juga...sebab kucing mak sakit.... my huby bawa ke klinik haiwan
Dua hari lepas mak datang lagi dengan satu-satunya adir ipar perempuanku yg amat disayangi
Balik bercuti dari Kelang.....
Jadi...khamis tadi lepas 12.00 tgh dah sibuk kemas nak balik rumah....
Sama la kisah 2 hari lepas......dalam sibuk-sibuk menyiapkan perancangan 2012.
Seorang rakan pun hairan juga " Eh, bukan minggu lepas dah mai ka?"
"mak mentua saya ni biasalah...kadang 2 3 kali seminggu pun jadi...menantu sibukkkk hi3 nak balik kampung"...


Mak........
Mak memang suka bercerita.....banyak pulak cerita mak tak habis-habis
ada yang lucu,  gelak sampai sakit perut......



Satu cerita mak tu tentang....sepupu mak..kira mak saudaralah(Mak Lang).....dalam 60-an
Selalu pergi pasar pakai anak tudung aje.....anak tudung tu selalu letak di penjuru kerusi
Kalau orang datang capai je...terus cekup atas kepala.....
Pagi tu, mak lang ni nak ke pasar... capailah anak tudung, cekup di kepala
Terus tunggu bas depan rumah....
Jumpa orang, semua orang senyum... Maklang ni 10 kali senyumlah....sedekah la...senyuman tu....
Sampai pasar, orang pasar pun semua senyum......mak lang senyum balik...sampai pipi senyum
Selesai semua barang dibeli, mak lang balik la, naik bas...jumpa orang atas bas masih dok senyum
Suka hati Maklang berbunga-bunga, ramai senyum kat maklang hari ni
Sampai rumah.......terus letak bakul di dapur dan rehat sekejap
Pak lang...." mak hang ooooiiii, mana seluar dalam aku ni"
"pak hang letak kat mana?"
"kat kerusi tu la.......oooooiiiii, awat ada atas kepala hang?"
Maklang terus cabut anak tudung atas kepala........
"adoiiiiii, pak hang oiiiii awat letak tempat chek letak tudung"......"patut la semua senyum kat Chek tadi"

Terburai gelak dan sakit2 perut aku dengar mak kisahkan kisah Mak Lang ni......
Pengajarannya: 
SELALULAH CERMIN DIRI.....TERUTAMA BILA NAK KELUAR RUMAH.


Cerita kedua mak ini......ada keinsafan
Mak cerita Ahad lepas mak turut serta dalam mesyuarat cawangan gitu-gitu la....
Ada beberapa orang pak cik ni, asyik dok kedai kopi je, kutuk itu, kutuk ini
Orang tu tak betui, orang ni tak betui.......
Tak tau apa yang betui.......
fasi tu tanya " Pak cik ada berapa orang anak"
"ooooo pak cik ada 6 orang anak"
"Bagus ramai anak pak cik...tu... sebulan seorang anak bagi pak cik berapa ringgit ?"
" Sekupang pun tak bagi.....aiiiii"
"oooooo....tak bagi ke? Pak cik dapat zakatkan? Dapat bantuan bulanan?"
"Ya dapat laa..."
"Yang pak cik dok kutuk-kutuk tu la yang dok bagi pak cik bantuan bulanan, macam-macam pulak tu".




Terdiam pak cik tu....fikirkan balik.........


Pengajaran : SELALU LAH BERTERIMA KASIH dan BELAJAR MENGENANG BUDI, KALAU ANAK-ANAK PUN tak DAPAT MENGHULURKAN BARANG RM50.00 KEPADA IBUBAPA SEBULAN, ADA PIHAK LAIN YANG MEMBANTU IBUBAPA TERSEBUT, Banak2 perlulah MUHASABAH diri ni.....


Ini hanyalah cerita mak aje.......suka juga dan boleh direnungkan......Kekuatan yang adalah dari MAK........satu-satunya mak mertua TERBAIK di DUNIA......

Monday, December 12, 2011

AS Salam.....

Allah masih memberikan kekuatan dan ketenangan dalam jiwa ini untuk menempuh ujian-ujian yang diberikanNya, .walaupun kadang2 ada rasa ‘sakit’ tapi itu sebab salah ku sendiri..mungkin ketika itu terasa jauh daripada Allah disebabkan kelalaian untuk menjaga hubunganku denganNya.. astarghfirullah.



Takala rasa lemah menyapa diri, sayu bertakhta di hati dengan ujian yag datang, cukup satu ujian yang menyapa....namun amat berat rasanya untuk membuat aku hilang arah seketika...


MInda berkata, aku perlu bangun, aku perlu cari kekuatan yang ada, aku perlu bersandar pada baki sinarku, alhamdullilah.....rasanya tiada air mata untuk ujian yang satu ini, walaupun amat hebat sekali....

Semakin lama hidup di dunia ni, semakin besar cabaran yang ada, dan semakin tinggi pengorbanan yang dituntut dalam diri.. pada satu sudut, diri ni memang bersemangat berkobar-kobar untuk menempuhinya, berfikiran positif dan optimis, dan yakin bahawa jika diri ini melakukan yang terbaik, insyaAllah usaha itu yang dikira walaupun apa sekali outcome atau natijahnya. Tapi pada satu sudut yang lain, ada elemen negatif yang masuk yang cuba untuk menumpaskan semangat dan keyakinan diri.. diri mula bertanya, ‘Mampukah aku ?’…seolah-olah menyoalkan ketentuan Allah untuk berdiri di sana menerima ujian-ujianNya.









Namun, kadang-kadang ujian yang satu ini seakan-akan merenggut segala daya dan upayaku. Tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada.
Lalu, masihkah ada sinar harapan buatku bangkit kembali? mampukah aku menyingkapinya?
Aku percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya.

Benar. Memang tidak dapat dinafikan.  Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. Keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu tergoyah kembali.

Maka di sini, kita dapat melihat kepentingan saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan kesabaran, yang ditekankanNya melalui surah al-Asr.

Seringkali, kata-kata tulus mereka itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
AKU WAJIB :
Mulakanlah dengan bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara.

Bersangka baiklah.

Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti punya hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216] 
Kemudian, sertai kepositifan tadi (bersangka baik) dengan bersabar. Inallaha ma'as sobirin.Kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar.

Dan kelak, kesabaranmu itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kau dapat merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil dirimu tersenyum.

Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita.
Dia mahu kita kembali kepadaNya.

Dia mahu kita selamat di 'sana'.

Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali.

Wahai diri, kali ini. . .letakkan DIA (ALLAH yg SATU)'bersama' ketika kamu menapak.

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
Dengan satu ujian yang hebat ini, aku dapat secalit cahaya dari sisa kekuatan yang ada.
ALHAMDULLILAH ...syukur atas segalanya.


Saturday, November 26, 2011

HIJRAH kembali TIBA

As Salam, Salam Ukhuwah....



Sedar tak sedar setahun sudah berlalu dan Hijrah bertandang lagi
Bermakna bertambah lagi setahun , meningkat lagi setahun.....
Maka semakin pendeklah USIA yang dipinjamkan.....





Rasanya baru sahaja aku mencatat kisah HIJRAHku 1432 .....
KIsah permohonan ku unutk berhijrah..
Yang direalisasikan pada 15 Jun ...yang lalu.....

Hijrah 1433, aku sambut tanpa perlu aku bergerak (hijrah) dari segi pergerakan kerjaya
Seperti cerita hijrahku yang lalu.....
HIJRAH 1433.......
Kali ini, aku akan berhijrah minda dan jiwa
Amanah dan tanggungjawab, walau seberat mana pun akan dilunaskan dengan pinjaman kudrat dan akal oleh DIA yang Maha Agung.......
Harapanku, agar tahun baru Hijrah 1433 ini akan memutikkan bunga-bunga kecemerlangan
dan kejayaan dalam menjalankan amanah serta menyumbangkan apa adanya pada masyarakat kampungku ...

Sesungguhnya aku amat BERSYUKUR dengan rencana dan ketetapanMU...
Kembali ke menaburkan bakti seadanya di kampung halaman sendiri
Peluang  dan ruang yang amat aku hargai.......
Semoga ENGKAU mempermudahkan dan melindungiku YA ALLAH
Dalam mengatur langkah-langkahku di sini......andai sumbang langkahku
KAU sedarkanlah, KAU sentuhlah naluriku
Agar aku sentiasa di jalanMU YA ALLAH.....

Semoga Kehadiran 1 Muharram 1433H akan menjadikan kita dalam kalangan hamba yg soleh/solehah dan dekat dengan DIA Tuhan yg satu (ALLAH s.w.t). Dapat meneruskan kehidupan di dunia dgn jln yg BENAR dan meningkatkan amalan utk kehidupan yg KEKAL di sana. SALAM MAAL HIJRAH 1433




Moga dalam LINDUNGAN DIA , Dunia & Akhirat......

NILAI RM dalam MASYARAKAT KampungKU

As Salam.........

Hati terdetik untuk mencatat kisah ini sebagai muhasabah untuk diriku sendiri
dan insan-insan yang terdekat.....


Baru-baru ini , kerajaan telah memperuntukan Bantuan Persekolah. Terima Kasih diucapkan. Walaupun hanya RM100 untuk seorang murid, ia besar bagi waris/masyarakat kampungku yang rata-ratanya adalah petani dan nelayan.

Lima bulan kembali bertugas di kampung halaman sendiri adalah satu ANUGERAH dan RENCANA terindah dari DIA dalam HIDUPku....
Dua bulan pertama aku cuba mengenali dengan lebih dekat iklim di sini, al maklum dah 6 tahun tak masuk sekolah....SYUKUR....aku cepat dapat suaikan diri, Orang kampung la katakan...bukan susah pun nak bercampur semula dengan orang-orang kampung... (aku anak kampung).

Dua tiga kali juga perjumpaan dengan waris diadakan dengan pelbagai program. Tetapi perjumpaan untuk Majlis Penyerahan Sumbangan ini amat MERIAH...hampir 98% hadir, yang baki 2% tu pun akan hadir sebab mereka telah menghubungi aku unutk hadir pada hari lain disebabkan beberapa kekangan.
Syukur , pemimpin setempat juga dapat menghadirkan diri...yg penting bagi aku pesanan dari pemimpin setempat dan BOs aku...hala tuju untuk menggunakan wang sumbangan ini.

Dalam kesempatan ini juga aku dapat berjumpa dengan beberapa orang waris, pabila ada ruang dan peluang ini beberpa masalah akan dibincangkan. Aku dapat melihat sendiri ada banyak keluarga dari anak-anak muridku yag amat daif......pertemuan dengan seorang ibu, telah megugat kekuatanku...muatira jernih gugur juga walau aku cuba KUATkan jiwa dan hati agar ibu itu melihat kekuatanku....
Namun....sengsaranya ibu itu yg mungkin sebayaku rasaya amat menyentuh jiwa....
Suami yang tidak memainkan sebarang peranan, ibu muda itu surirumah beranak 6 , lima berskeolah perlu memikirkan semua....bantuan ini amat bermakna pada anaknya......


Ya Allah, sukar juga difikirkan dalam zaman yang serba maju ini, masih ada orang yang amat susah. Sebab ruang dan peluang kerja yang sedia ada ......perit penderitaan ibu ini.....
"sabarlah puan, puan diuji begini kerna TUHAN tahu puan mampu dan DIA memberikan yg lbh baik kelak"
itu yang dapat ku tuturkan tak kala melihat deraian air mata ibu itu tumpah bagai air yang mengalir.....

YaAllah besar ujian pada ibu ini....
"Kenapa puan tak datang jumpa saya lebih awal ?"

"saya tak pandaiii la cikgu"....

"tak apa la, esok suruh anak puan ambik surat akuan dari pejabat dan puan cuba pergi ke pusat zakat dan pejabat YB, saya saya ad abantuan untuk anak-anak puan"

"suami saya tak suka cam tu"

"ooooo....suami puan xsuka mohon bantuan? Jadi bagaimana anak-anak nak teruskan pelajaran tanpa wang (pakaian, alat sekolah dll)'

Panas hatiKU, apa jenis suami/bapa sorang manusia ni, dah le tak mampu nak sara anak yang ramai, sombong pulak , tak mahu mintak bantuan.......
Ku renung wajah ibu itu...memang jelas berat beban yang digalasnya,,,nampak dari raut wajah yang kelat dan suram.....

"Tak apa lah puan, puan masih ada anak di sini, kiranya puan ada masalah , datanglah jumpa saya"....
I.allah anak-anak puan nanti akan menjadi CAHAYA dalam hidup puan, sabarlah...
Mataku mengiringi puan itu pergi dengan keluhan di hati.....
Hari ni , 3 orang anaknya mendapat bantuan, maknanya RM300.00...adakah duit itu akan digunakan untuk anak-anak dia atau.....(adoiiii prasangka buruk pulak aku ni)....
Teringat kata-kata guru lama di sini...
" Tengok la, mlm pasar malam ni, penuhla tangan depa...."
" ye ke?......."

Aku menunggu hari pasar malam..memerhati tiap orang yang lalu-lalang....
"betuiiii la....setiap orang berbeg2 jinjit di tangan...???????"
Kebetulan, minggu ni semua sekolah di kawasan ini menyerahkan  bantuan persekolahan.....
Ya Allah jauhkan buruk sangkaku ini.......

SEMOGA semua ibubapa/waris akan menyediakan persediaan persekolahan yang sempurna untuk anak-anak mereka 2012....
Aku tak mahu lagi melihat anak-anak muridku memakai kasut seperti ini.....
                                               ini sempat ku rakamkan baru-baru ini.....

Pabila ku berhujah dengan suamiku..mempersoalkan apa yang aku nampak di pasar malam
"biarlah, mungkin mereka baru je nak merasa makanan yang sedap sikit"....

Aku membesar di sini, dulu memang susah, nak makan ayam pun bila raya sahajaTetapi itu 30 thun dahulu,
sekarang kilang dah banyak, kampung pun dah maju
Jadi anak-anak kampung ni tidak sesusah zaman aku bersekolah dahulu.....

Wahai ibubapa, waris.......
SEMOGa dapat menyediakan sesempurnanya kelangkapan anak-anak sebagai MOTIVASI pada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran......
Rasanya, banyak bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan, pusat zakat , bank2 dan sebagainya....
MAAF , saya harap tiada lagi anak-anak murid saya yang berbaju lusuh, kasut koyak tahun 2012 ini dan seterusnya.......
Berkhemahlah dalam berbelanja wahai masyarakat kampungku.....

Anakku sendiri balik dengan Wang Bantuan RM100.....
"wah adik , kayalah......." ayat budak tingkatan 2
"OK, adik list up barang sekolah dan tulis anggaran harganya , pas tu TOTAL, bagi tau ibu"
" mana cukupppppp.......!".......
Betuiiii tak cukup dengan barangan yang semuanya melonjak naik sekarang......itu kes anakku


Anak-anak adalah Anugerah, Rezki anak-anak ada.....jadi kita perlu menjaga anugerah ini dengan baik....

Sunday, November 13, 2011

Pengajaran Dari Kegetiran HIDUP

Salam....

Lama rasanya jari tidak ditarikan di lamanku ini...
Putri bongsu yang rajin bukakan laman ni...
Nak masukk lagu la...apa la.....Lagu sedihhhh la mama...
"blog mama, sedihhh...."????....
Ye ke blog aku blog sedihhhh....sesuailah dengan usia..
Tak kan la blog mana nak muatkan cerita-cerita orang muda....
Yang penting CERIA SELALU.......si bongsu ni memang peneman setia..
sekarang merangkap PA la pulak, tukang up date blog, up date FB.....

Sebenarnya ada sesuatu yang menarik hatiku..setelah selesai membaca ..Muslim Kelana terkini...
Mungkin bagus untuk dikongsi bersama.....
Apa yang berlaku sehari dua ini....aku kaitkan dengan apa yang aku baca tadi....
 Dr Paul G. Stolz memgumpulkan mengumpulkan maklumat dari kajiannya berbelas tahun. Penelitian beliau menggunkan tiga cabang ilmu pengetahuan iaitu..AQ ( adversity quatient) iaitu memiliki kecerdasan akibat kemalangan ataupun kesusahan dalam hidup...aku simpulkan sebagai Ujian Kegetiran dari ALLAH untuk diberikan NIKMAT & pastinya ada HIQMAH. Mereka yang mempunyai AQ adalah insan yang sanggup bertahan dan berjaya menakluki tentangan (masalah).

Aduhailah cikgu...pabila diberikan tugasan atau tanggungjawab laksanakan lah dengan ikhlas....
Tak perlulah berdolah-dalih. Mohon maaf le ye..kalau saya agak KERAS dalam kerjabuat ini...
Perlu diingat bahagian akhir tugas kita adalah:

# Melaksanakan apa yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Paul G.Stolz membahagikan manusia kepada tiga kategori :

1.      QUITTERS (Mereka yang Berhenti) : orang yang memilih untuk berhenti berusaha, berundur dan mengelakkan kewajipan.




Saya berjumpa ramai orang seperti ini (tapi dalam kumpulan yang kecil), HATI saya amat sedih melihat mereka ini tewas dengan sikap mereka sendiri..kehidupan yang amat LAYU...hasilnya pastilah SAYU.
Sering memberikan alasan TIDAK BOLEH, sering bertanya BAGIMANA?, Sering berdolah-dalih. Aduhai la insan SEDARlah...mengapa kita masih BERNAFAS.... itu kerana perjuangan kita belum selesai....jadi, kalian perlu Bangun dan terus berusaha....LUNAS kewajipan sehingga akhir  hayat.

2. CAMPERS (Mereka yang Berkhemah) : Orang yang memilih apa adanya, tinggal dalam zon selesa dan berasa berjaya dengan  hasil yang dicapai.

Kumpulan ini adalah yang paling ramai saya temui sepanjang kerjaya saya bermula, saya Ok dah...ok dah macam ni....xpa la, bagi kat depa je la.....itulah perkataan yang sering aku dengar dari kumpulan ini. Kumpulan ini adalah kumpulan orang yang tidak akan berjaya, orang yang merasakan dirinya berada dalam zon yang selesa adalah orang yang penakut sebenarnya....
DUNIA terus berubah, zaman terus maju...kenapa awak masih Ok la..tak apa la.......tolonglah, buka sedikit minda, lapangkan hati lihat dari mata hati telah selesaikan amanah yang diberikan, langsaikah semua tanggungjawab?...fikirkanlah.....

3. CLIMBERS (Mereka yang Mendaki) : Orang yang terus mendaki dan terus berusaha mencapai sejauh mana yang mungkin




Kumpulan ini ada, tapi amat sedikit, pernah aku temui sebahagian besar di tempat lamaku dahulu...dan sekarang aku sedang meneropong tempatku ini, mencari insan-insan katagori ini unutk ku gabungkan dan menjadikan sesuatu yang LUAR BIASA.

YA ALLAH....rencana perjalanan HIDUPku kini, nampak begitu indah dan tenang...KAU temui aku dengan insan-insan "CLIMBERS" agar dapat ku ajak bersama mendaki mengemilangkan sekolahku ini.....

Pengajaran dari menilai manusia adalah dari pengalaman berkerja bersama dalam susah dan senang. Pengalaman itu akan menjadi pengalaman dari kegetiran HIDUP.

Aku perlu redha , untuk mencapai KEJAYAAN dan IMPIAN pasti akan bertemu dengan kegetiran dan cabaran.

Moga dalam lindungan DIA .....ALLAH TUHAN yang SATU...amin