Followers

Saturday, November 26, 2011

HIJRAH kembali TIBA

As Salam, Salam Ukhuwah....



Sedar tak sedar setahun sudah berlalu dan Hijrah bertandang lagi
Bermakna bertambah lagi setahun , meningkat lagi setahun.....
Maka semakin pendeklah USIA yang dipinjamkan.....





Rasanya baru sahaja aku mencatat kisah HIJRAHku 1432 .....
KIsah permohonan ku unutk berhijrah..
Yang direalisasikan pada 15 Jun ...yang lalu.....

Hijrah 1433, aku sambut tanpa perlu aku bergerak (hijrah) dari segi pergerakan kerjaya
Seperti cerita hijrahku yang lalu.....
HIJRAH 1433.......
Kali ini, aku akan berhijrah minda dan jiwa
Amanah dan tanggungjawab, walau seberat mana pun akan dilunaskan dengan pinjaman kudrat dan akal oleh DIA yang Maha Agung.......
Harapanku, agar tahun baru Hijrah 1433 ini akan memutikkan bunga-bunga kecemerlangan
dan kejayaan dalam menjalankan amanah serta menyumbangkan apa adanya pada masyarakat kampungku ...

Sesungguhnya aku amat BERSYUKUR dengan rencana dan ketetapanMU...
Kembali ke menaburkan bakti seadanya di kampung halaman sendiri
Peluang  dan ruang yang amat aku hargai.......
Semoga ENGKAU mempermudahkan dan melindungiku YA ALLAH
Dalam mengatur langkah-langkahku di sini......andai sumbang langkahku
KAU sedarkanlah, KAU sentuhlah naluriku
Agar aku sentiasa di jalanMU YA ALLAH.....

Semoga Kehadiran 1 Muharram 1433H akan menjadikan kita dalam kalangan hamba yg soleh/solehah dan dekat dengan DIA Tuhan yg satu (ALLAH s.w.t). Dapat meneruskan kehidupan di dunia dgn jln yg BENAR dan meningkatkan amalan utk kehidupan yg KEKAL di sana. SALAM MAAL HIJRAH 1433




Moga dalam LINDUNGAN DIA , Dunia & Akhirat......

NILAI RM dalam MASYARAKAT KampungKU

As Salam.........

Hati terdetik untuk mencatat kisah ini sebagai muhasabah untuk diriku sendiri
dan insan-insan yang terdekat.....


Baru-baru ini , kerajaan telah memperuntukan Bantuan Persekolah. Terima Kasih diucapkan. Walaupun hanya RM100 untuk seorang murid, ia besar bagi waris/masyarakat kampungku yang rata-ratanya adalah petani dan nelayan.

Lima bulan kembali bertugas di kampung halaman sendiri adalah satu ANUGERAH dan RENCANA terindah dari DIA dalam HIDUPku....
Dua bulan pertama aku cuba mengenali dengan lebih dekat iklim di sini, al maklum dah 6 tahun tak masuk sekolah....SYUKUR....aku cepat dapat suaikan diri, Orang kampung la katakan...bukan susah pun nak bercampur semula dengan orang-orang kampung... (aku anak kampung).

Dua tiga kali juga perjumpaan dengan waris diadakan dengan pelbagai program. Tetapi perjumpaan untuk Majlis Penyerahan Sumbangan ini amat MERIAH...hampir 98% hadir, yang baki 2% tu pun akan hadir sebab mereka telah menghubungi aku unutk hadir pada hari lain disebabkan beberapa kekangan.
Syukur , pemimpin setempat juga dapat menghadirkan diri...yg penting bagi aku pesanan dari pemimpin setempat dan BOs aku...hala tuju untuk menggunakan wang sumbangan ini.

Dalam kesempatan ini juga aku dapat berjumpa dengan beberapa orang waris, pabila ada ruang dan peluang ini beberpa masalah akan dibincangkan. Aku dapat melihat sendiri ada banyak keluarga dari anak-anak muridku yag amat daif......pertemuan dengan seorang ibu, telah megugat kekuatanku...muatira jernih gugur juga walau aku cuba KUATkan jiwa dan hati agar ibu itu melihat kekuatanku....
Namun....sengsaranya ibu itu yg mungkin sebayaku rasaya amat menyentuh jiwa....
Suami yang tidak memainkan sebarang peranan, ibu muda itu surirumah beranak 6 , lima berskeolah perlu memikirkan semua....bantuan ini amat bermakna pada anaknya......


Ya Allah, sukar juga difikirkan dalam zaman yang serba maju ini, masih ada orang yang amat susah. Sebab ruang dan peluang kerja yang sedia ada ......perit penderitaan ibu ini.....
"sabarlah puan, puan diuji begini kerna TUHAN tahu puan mampu dan DIA memberikan yg lbh baik kelak"
itu yang dapat ku tuturkan tak kala melihat deraian air mata ibu itu tumpah bagai air yang mengalir.....

YaAllah besar ujian pada ibu ini....
"Kenapa puan tak datang jumpa saya lebih awal ?"

"saya tak pandaiii la cikgu"....

"tak apa la, esok suruh anak puan ambik surat akuan dari pejabat dan puan cuba pergi ke pusat zakat dan pejabat YB, saya saya ad abantuan untuk anak-anak puan"

"suami saya tak suka cam tu"

"ooooo....suami puan xsuka mohon bantuan? Jadi bagaimana anak-anak nak teruskan pelajaran tanpa wang (pakaian, alat sekolah dll)'

Panas hatiKU, apa jenis suami/bapa sorang manusia ni, dah le tak mampu nak sara anak yang ramai, sombong pulak , tak mahu mintak bantuan.......
Ku renung wajah ibu itu...memang jelas berat beban yang digalasnya,,,nampak dari raut wajah yang kelat dan suram.....

"Tak apa lah puan, puan masih ada anak di sini, kiranya puan ada masalah , datanglah jumpa saya"....
I.allah anak-anak puan nanti akan menjadi CAHAYA dalam hidup puan, sabarlah...
Mataku mengiringi puan itu pergi dengan keluhan di hati.....
Hari ni , 3 orang anaknya mendapat bantuan, maknanya RM300.00...adakah duit itu akan digunakan untuk anak-anak dia atau.....(adoiiii prasangka buruk pulak aku ni)....
Teringat kata-kata guru lama di sini...
" Tengok la, mlm pasar malam ni, penuhla tangan depa...."
" ye ke?......."

Aku menunggu hari pasar malam..memerhati tiap orang yang lalu-lalang....
"betuiiii la....setiap orang berbeg2 jinjit di tangan...???????"
Kebetulan, minggu ni semua sekolah di kawasan ini menyerahkan  bantuan persekolahan.....
Ya Allah jauhkan buruk sangkaku ini.......

SEMOGA semua ibubapa/waris akan menyediakan persediaan persekolahan yang sempurna untuk anak-anak mereka 2012....
Aku tak mahu lagi melihat anak-anak muridku memakai kasut seperti ini.....
                                               ini sempat ku rakamkan baru-baru ini.....

Pabila ku berhujah dengan suamiku..mempersoalkan apa yang aku nampak di pasar malam
"biarlah, mungkin mereka baru je nak merasa makanan yang sedap sikit"....

Aku membesar di sini, dulu memang susah, nak makan ayam pun bila raya sahajaTetapi itu 30 thun dahulu,
sekarang kilang dah banyak, kampung pun dah maju
Jadi anak-anak kampung ni tidak sesusah zaman aku bersekolah dahulu.....

Wahai ibubapa, waris.......
SEMOGa dapat menyediakan sesempurnanya kelangkapan anak-anak sebagai MOTIVASI pada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran......
Rasanya, banyak bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan, pusat zakat , bank2 dan sebagainya....
MAAF , saya harap tiada lagi anak-anak murid saya yang berbaju lusuh, kasut koyak tahun 2012 ini dan seterusnya.......
Berkhemahlah dalam berbelanja wahai masyarakat kampungku.....

Anakku sendiri balik dengan Wang Bantuan RM100.....
"wah adik , kayalah......." ayat budak tingkatan 2
"OK, adik list up barang sekolah dan tulis anggaran harganya , pas tu TOTAL, bagi tau ibu"
" mana cukupppppp.......!".......
Betuiiii tak cukup dengan barangan yang semuanya melonjak naik sekarang......itu kes anakku


Anak-anak adalah Anugerah, Rezki anak-anak ada.....jadi kita perlu menjaga anugerah ini dengan baik....

Sunday, November 13, 2011

Pengajaran Dari Kegetiran HIDUP

Salam....

Lama rasanya jari tidak ditarikan di lamanku ini...
Putri bongsu yang rajin bukakan laman ni...
Nak masukk lagu la...apa la.....Lagu sedihhhh la mama...
"blog mama, sedihhh...."????....
Ye ke blog aku blog sedihhhh....sesuailah dengan usia..
Tak kan la blog mana nak muatkan cerita-cerita orang muda....
Yang penting CERIA SELALU.......si bongsu ni memang peneman setia..
sekarang merangkap PA la pulak, tukang up date blog, up date FB.....

Sebenarnya ada sesuatu yang menarik hatiku..setelah selesai membaca ..Muslim Kelana terkini...
Mungkin bagus untuk dikongsi bersama.....
Apa yang berlaku sehari dua ini....aku kaitkan dengan apa yang aku baca tadi....
 Dr Paul G. Stolz memgumpulkan mengumpulkan maklumat dari kajiannya berbelas tahun. Penelitian beliau menggunkan tiga cabang ilmu pengetahuan iaitu..AQ ( adversity quatient) iaitu memiliki kecerdasan akibat kemalangan ataupun kesusahan dalam hidup...aku simpulkan sebagai Ujian Kegetiran dari ALLAH untuk diberikan NIKMAT & pastinya ada HIQMAH. Mereka yang mempunyai AQ adalah insan yang sanggup bertahan dan berjaya menakluki tentangan (masalah).

Aduhailah cikgu...pabila diberikan tugasan atau tanggungjawab laksanakan lah dengan ikhlas....
Tak perlulah berdolah-dalih. Mohon maaf le ye..kalau saya agak KERAS dalam kerjabuat ini...
Perlu diingat bahagian akhir tugas kita adalah:

# Melaksanakan apa yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Paul G.Stolz membahagikan manusia kepada tiga kategori :

1.      QUITTERS (Mereka yang Berhenti) : orang yang memilih untuk berhenti berusaha, berundur dan mengelakkan kewajipan.




Saya berjumpa ramai orang seperti ini (tapi dalam kumpulan yang kecil), HATI saya amat sedih melihat mereka ini tewas dengan sikap mereka sendiri..kehidupan yang amat LAYU...hasilnya pastilah SAYU.
Sering memberikan alasan TIDAK BOLEH, sering bertanya BAGIMANA?, Sering berdolah-dalih. Aduhai la insan SEDARlah...mengapa kita masih BERNAFAS.... itu kerana perjuangan kita belum selesai....jadi, kalian perlu Bangun dan terus berusaha....LUNAS kewajipan sehingga akhir  hayat.

2. CAMPERS (Mereka yang Berkhemah) : Orang yang memilih apa adanya, tinggal dalam zon selesa dan berasa berjaya dengan  hasil yang dicapai.

Kumpulan ini adalah yang paling ramai saya temui sepanjang kerjaya saya bermula, saya Ok dah...ok dah macam ni....xpa la, bagi kat depa je la.....itulah perkataan yang sering aku dengar dari kumpulan ini. Kumpulan ini adalah kumpulan orang yang tidak akan berjaya, orang yang merasakan dirinya berada dalam zon yang selesa adalah orang yang penakut sebenarnya....
DUNIA terus berubah, zaman terus maju...kenapa awak masih Ok la..tak apa la.......tolonglah, buka sedikit minda, lapangkan hati lihat dari mata hati telah selesaikan amanah yang diberikan, langsaikah semua tanggungjawab?...fikirkanlah.....

3. CLIMBERS (Mereka yang Mendaki) : Orang yang terus mendaki dan terus berusaha mencapai sejauh mana yang mungkin




Kumpulan ini ada, tapi amat sedikit, pernah aku temui sebahagian besar di tempat lamaku dahulu...dan sekarang aku sedang meneropong tempatku ini, mencari insan-insan katagori ini unutk ku gabungkan dan menjadikan sesuatu yang LUAR BIASA.

YA ALLAH....rencana perjalanan HIDUPku kini, nampak begitu indah dan tenang...KAU temui aku dengan insan-insan "CLIMBERS" agar dapat ku ajak bersama mendaki mengemilangkan sekolahku ini.....

Pengajaran dari menilai manusia adalah dari pengalaman berkerja bersama dalam susah dan senang. Pengalaman itu akan menjadi pengalaman dari kegetiran HIDUP.

Aku perlu redha , untuk mencapai KEJAYAAN dan IMPIAN pasti akan bertemu dengan kegetiran dan cabaran.

Moga dalam lindungan DIA .....ALLAH TUHAN yang SATU...amin

Monday, October 17, 2011

17 Oktober.......SYUKUR

As Salam...... 



Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.


SYUKUR Ya Allah. Syukur atas setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Syukur setiap ujian dan dugaan yang Engkau turunkan. Syukur untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Syukur kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan, suami yang sentiasa mendampingiku dalam susah dan senang, dua orang putri tercinta yang sentiasa menjadi kekuatanku. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Aku hambaMU yang selalu alpa,  lupa. Yang tak lekang dari berbuat silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan. Syukur Ya Allah atas perlindungan MU yang berpanjangan .

Kini sudah 42 tahun aku menjadi hambamu di mukabumi MU Ya Allah….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak didikku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.
Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..



Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

TERIMA KASIH YA ALLAH
TERIMA KASIH YA NABI (Muhamad S.A.W)
Terima Kasih My D to be My hubby....THanks for everthings
Terima kasih Siti Anis Fitri & Siti Ayu Suffina menjadi permata di HATI mama
TERIMA KASIH kalian semua........

Sunday, October 16, 2011

"CIKGU GARANG"

As Salam.....

Oktober....telah tiga bulan aku kembali ke sekolah....
Sibuk?...nampak macam tak, tapi sibuk la jugak..al maklum selalu ada 2 orang anak aje
ni ada 400 orang lebih......macam-macam cerita, macam-macam cara....
Rasanya dalam kesibukan..aku masih sentiasa tersenyum..
Aku masih aku yang dulu...'senyum selalu" walau dalam apa keadaan pun..


Sesibuk mana pun aku dalam sehari tu...aku amat bersyukur...ramai anak-anak yang mendoakan..
"Assalammualaikum Cikgu" tak lekang dari telingaku......
Itulah nikmatnya YA ALLAH......syukur.....

Dalam sibuk-sibuk, bulan Oktober ni ada peperiksaan sekolah agama bagi anak-anakku di SKSS ni...
Sebuah sekolah agama telah menghantar surat dan memaklumkan senarai murid yang akan menduduki peperiksaan .....lagi 2 buah takada apa-apa...
Jadi satu pengumuman dibuat.....
"Kalau kamu nak balik awal sikit  (12.30 tgh) untuk persediaan ke kelas peperiksaan sekolah agama, perlu ada waris datang ambik dan kena isi buku keluar dan borang keluar. Waris kena tandatangan buku keluar ...

Nampak semua macam faham alhamdullilah.....bukan ramai sangat sebab ikut hari peperiksaan tu...
Dalam dua tiga orang yang datang, Syukur ada bapa bersama untuk tandatangan buku keluar...

Tetiba depan kaunter sorang anak murid ku tahun 5, memandangku ...
Cikgu nak balik.... "Ok, sapa ambik? Mana ayah?"...
Tak da, saya naik basikal....
"TAK BOLEH, kan Cikgu kata kena ada waris datang".....

Terkelip-kelip murid tu pandang aku ....."Cikgu Garang nooo....."

"Ok, tunggu waktu balik 1.30 ni baru balik..."....

Lucu jugak aku bila dapat gelaran "Cikgu Garang"....
Zaman sekolah aku dulu....cikgu memang garang-garang...tengok misai pun kami dah takut....
Tapi sekarang cikgu dah berubah...dah tukar cara dengan pendekatan yang lembut.....

Apapun.......nikmat pabila "cikgu" disebut oleh anak-anak murid amat besar nikmatnya....
Walau pun "garang".....hi3...
Cikgu garang sebab sayang kamu, tak mahu jadi apa-apa pada kamu sekiranya balik sendiri...
Cikgu marah ke, cikgu tegur ke, cikgu berleter ke.....sebab cikgu sayang kamu...
Niat dan cita-cita cikgu hanya mahukan KALIAN semua BERJAYA dunia akhirat.....

Doa dan harapan cikgu kalian akan menjadi seseorang yang dibanggakan keluarga, agama, bangsa dan negara.

Sunday, September 25, 2011

Berbaik SanGkA.......

As Salam....
Salam 1Malaysia.....

Kebanyakkan manusia ingin lari dari masalah..tension dengan masalah/musibah...
MASALAH bukan bebanan...
Berbaik sangka lah dengan setiap perkara yang berlaku...
Pasti sekuntum SENYUMAN sesegar MAWAR akan terserlah...












Bersyukur dan berbaik sangka dengan setiap masalah yang datang
Ianya adalah satu latihan bagi mengapai kenikmatan yang akan terurai di sebalik semua kesulitan...
Dalam kesebatian HIJRAH aku di tempat baru...
Kasih mula berbunga...cinta mula bersemi pad anak-anak kampung...
NAKAL anak2......bukan lah sesuatu perkara yang BURUK
Pabila anak2 murid nakal kanak2..usik, cuit kekawan....
Bagiku ini adalah proses pembesaran anak-anak...terutama anak2 lelaki....
Pabila selesai mendengar punca masalah mereka....
Aku berikan mereka berfikir sejenak....akhirnya mereka sendiri dapat membuat
RUMUSAN.....dan nyatkan tindkan MOHON MAAF....
Kesimpulanku.....berbaik sangkalah pada kenakalan anak-anak.....hi3...

Itu kisah anakmuridku....ini pula kisah anak manjaku...
Seminggu yang lalu si manja ni kemalangan.....
Kata Tok Wan " essshhh kalau Tok wan bawa kunci moto tu, UCU xla bwa moto tu, Ayu pun xla jth"...
Kata Tok " Laaa, kalu tok tak ikut ibu p alor setar...acu xberani la bawa ayu naik moto"
Kata My D" Eish, kalu bwa mak p kubur ari khamis...xjadi cam ni"....
Semua menyalahkan diri sendiri....??????
Tak siapapun menyalahkan AYU & UCU....
Hairan jugakkkkkk....ikutkan salah...salah dua beranak ni la....
dah pesan bebuih mulut...jangan naik moto.....
Mungkin bila tengok keadaan Ayu yang manja kesakitan,,,smeua orang tak jadi nak marah..hi3...

Hari ni dah 8 hyari Ayu accdt.....jahitan pun dah dibuka....alhamdullilah...hampair baik 90%...
Cuma parut muda lu masih perlu dijaga dengan baik dna pantang makan lagi...
Pagi tadi baru aku bersuara...
Cuba cerita dekat mama kejadian ari TU....
"bal...bal...bla......ba............"....oooooo cam tu kisahnya....
Jelaslah Ayu banyak belajar dari pengalaman sendiri....
Alhamdullilah.....hikmah DIA disebalik kemalangan ini....
Berbaik sangka pada Ayu......kemalangan...siapa pun tak mahu kan...
Akhirnya Ayu dapat cermin mata baruuuuu.....dan sedit kesan di bawah mata akan
mengingatkan AYU pada bahaya MOTO.....

SYUKUR atas segalanya ..INDAHNYA berbaik sangka.......
Alahmdullilah...

Saturday, September 17, 2011

FOBIA...MOTO......

As Salam ...Salam 1 Malaysia.....

KIsah motor ni memang aku agak fobia sikit......


Semalam putri kemanjaan kelaurgaku, si bongsu...jatuh motor...
Jadi memang terkesan kisah 18 tahun lalu..
aku dan motor.....

awal perkawinan...my huby ada sebuah motor yang digunkan unutk ke market, ke kedai yg dekat2,,,,round petang2 bwa putri sulung dai dan aku....
Jadi aku pun try2 la bawa....
Dari rumah ke market...
dari rumah ke Rumah Kak siah (mak anis merangkap pengasuh ayu dan anis)...
Masa anis dalam umur setahun...aku meletakkan anis dalam raga motor dan
bercadang untuk ke rumah Kak siah yg hanya beberapa meter sahaja dari rumahku
Ikut jalan kecil tepi rumah....
Belok aje motor ke jalan kecil tu..entah di mana silap perhitunganya...terus masuk longkang...
Nasib baik dapat dakap anis dan motor aku lepaskan...
My huby yang sedang memerhati aku bergerak tadi..terus mendapatkan aku dan anis..
SYUKUR.....anis dan aku tak apa2.....

Dari hari itu, aku dah berhenti naik motor....
Walau ke mana pun pasti naik kereta aje.....

Bila anis 17 tahun, aku hanya izinkan anis ambik lesen kereta saja....
Alhamdullilah PAS sudah dan boleh memandu kereta....
Dalam diam anis rupanya pandai naik motor....
Terus saja aku daftarkan anis lesen motor pula...
Uncle "Melati Driving Scholl" fenin...ari tu apasal tak ambik sekali?....
"Saya tak mau bagi dia naik motor, tapi dia diam2 curi naik..jd saya kena bg dia ambik lesen la jugak"...

Semalam....my princes kemanjaan ...Ayu...naik moto dengan mak su dia nak beli ais krim...
Malang tidak berbau....
Jadi my princess....kena 20 jahitan di muka....
ayat pertama bila aku jumpa putri kemanjaan aku ni...
"Adik tak mau naik moto dah"......

Nampaknya my princess juga ...FOBIA mcm aku.....
CIAN jugak anak manja ku ni...
Nak salahkan dia dan mak sunya tak patut...
Jalan kampung je...kluar beli ais krim...
Kebetulan selisih dengan VAN yg MEMECUT.....
Motor terbabas dan terbalik...
kaca mata....tikam pipi putriku...4cm....16 jahitan
atas bibir...4 jahitan.. tambah luka sana sini sikit...
SYUKUR tak ada yang patah......

Moga putri ku cepat sembuh....
Mama dan Walet akan jadi NURSE adik....
Adik dapat FOBIA yang sama macam mama.....