Followers

Monday, June 28, 2010

**** RAHMAT UJIAN*****

Salam Ukhuwah,
Dedikasikan buat insan-insan tersayang yang
sedang menerima RAHMAT UJIAN ALLAH...






Kebelakangan ini rasanya ujian
datang bertubi-tubi , satu persatu
dalam pelbagai cereka...
pelbagai rupa...
ada ujian mental,
ujian fizikal, ujian perasaan,
ujian HATI...
ujian fikiran dan ntah apa-apa lagi...
Setiap UJIAN ALLAH
pasti ada RAHMATnya....







Sepetang di dua buah hospital.. menjadikan aku terleka memerhati
pelbagai cereka, pelbagai ujian TUHAN... dari sekecil-kecil anak ..
telah diuji dengan pelbagai penyakit....





















Dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar, tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang, mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir , terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur,
di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan ,
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan,
sedangkan ramai terbiar dilalaikan












Hanya yang terpilih sahaja, berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan, rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi......

Segala takdir , terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi, segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


Teman, sahabat, saudaraku yang sedang DIUJI...
moga kuat dan tabah,
Percayalah Mentari tetapkan menyinar dan
memberikan cahaya...
walaupun malam ditinggalkan pada rang bulan dan sang bintang.....



Melawat anakanda YATIEE.....

Sayang selalu......

Thursday, June 24, 2010

^_^ C I N TA ^_^


Dedikasi buat insan-insan
yang ingin  memahami CINTA....


Apakah sebenarnya cinta itu?  
Cinta adalah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.


Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci,
manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan
adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi,
cinta suci atau cinta sejati.

Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran 
yg sangat menggoncangkan jiwa.






















Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna 
memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. 
Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.















Cinta bukan paksaan.
Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang,
perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu
bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, 
mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? 
Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.













Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. 
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. 
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. 
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang,
disaat kita sedang kehilangannya.
Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita,
disaat kita amat memerlukannya.



Cinta itu membahagiakan,
Cinta itu juga menyakitkan..
Mencintai tidak bermakna memiliki cinta tersebut..
Bersyukurlah..
Kerana masih berpeluang merasai 
perasaan mencintai dan dicintai.

Cinta ABADI.....
Hanya pada ALLAH s.w.t


(-_-) BICARA SEORANG GURU WANITA 0_0

Salam sayang...
Kisah guru wanita pernah ku tarikan 
beberapa detik dahulu.....
semasa beliau mula bertugas di tempatku,

Peristiwa semalam....
banyak mengganggu perancangan kerja ku,
Hari Rabu adalah hari kami memakai pakaian koperat (rasmi),
Pakaian kaum hawa ala-ala kebaya pendek..
menjadikan pergerakkan luar dibataskan,
Jadi aku meracang membuat laporan dan kertas cadangan
di pejabat sahaja....

Ujian ku semalam adalah TERPAKSA menghadap Seorang guru wanita..
kami memanggilnya Cikgu L...beliau dikategorikan dalam kumpulan istimewa.
Semalam, bermula jam 8.00...Cikgu L bercakap tanpa henti...
Ntah apa yang dibicarakan, ntah apa yg dipersoalan,
Pelbagai nada ayat beliau..penyata,ayat soal, ajuk ....
Telingaku mula kurang enak, fikiran jadi tertekan...
Patutnya Cikgu L yang tertekan....tapi pagi ni aku yang tertekan..
untuk menidakkan kehadirannya ...adalah mustahil,
Jarak tempat duduk beliau denganku hanyalah  beberapa langkah..
Hilang idea, mood untuk "paper work" aku....
Sampai 10.30 pagi...3 jam setengah...
Celoteh, bicara Cikgu L belum berhenti.....
Aduiiiiiii......sabar ajelah... YA ALLAH...

Aku lari sekejap ke kantin, untuk menenangkan  minda "blerrr"
Bila difikirkan balik....direnung semula
Cikgu L...bicarakan isu dirinya...minat mengajar, boring di tempatku,
penyakit beliau, insuran dan ntah apa-apa isu...terlalu banyak...
Rasa macam "RADIO BERGERAK" yg macam-macam ada...

Waktu rehat kuambil peluang tuk mendapatkan kembali
mood dan menenangkan minda...
Rasa mendapat nafas semula, bila Cikgu L keluar makan...

Petang...hujan  lebat sangat...sampai 2.30 Cikgu L
belum pulang ke office....RISAU...
walaupun tak terlayan celotehnya... aku risau juga
kiranya apa-apa terjadi pada beliau, memandangkan
keadaannya yang terlalu istimewa...2.40 Cikgu L muncul

Dia mulakan "SORI lambat"... bla bla bla....
Adoiiiiii dia mula balik....
kali ni bukan dari tempat dia..
tapi dari depan mejaku....
Ingat petang ni boleh le siapkan kerja-kerjaku...
Pukul 3.00 aku minta Cikgu L balik
Tamat waktu kerjanya..
Oh...celoteh lg...xabis lagi cerita....
Akhirnya aku mendapat idea untuk meminta
Cikgu L ... berjumpa seseorang tuk mendengar
celotehnya....4pm..Cikgu bangun dari kerusi
depan ku.... SYUKUR.....

Sebenarnya....sesi celoteh Cikgu L, masa petang
sempat dirakamkan dengan "h.phone" ku
Lepas Cikgu L balik....aku dan beberapa teman
melihat kembali video itu....
Kasihan... muka dia amat STRESS....
memang dia dalam tekanan...
dia berceloteh dengan penuh penghayatan
Aku rasakan roda perasaannya
berada paling bawah... kasihannya.

Bagi membantu mengurangkan Stress Cikgu L..
aku berpura-pura menjadi seorang pendengar
yang baik...
Paksa dalam rela, rasa bersalah pula..
patutnya aku ikhlas menjadi pendengar pada
permasalahan dia....

Moga hari ini, Cikgu L...akan lebih tenang dari semalam
dan tidak berceloteh terlampau lagi...














Ya Allah....
Ujian ENGKAU berbagai bentuk
Cikgu L pun salah satu UJIAN untukku..
Moga aku mampu....bersabar 
dan ikhlaskan HATI.

Sunday, June 20, 2010

*****MENGUBAT JIWA LARA******

Salam Ukhuwah,

Dedikasi buat semua yang JIWA LARA atau
yang Pernah merasa JIWA LARA......  
















MENGUBAT JIWA LARA

Tiada seorang pun yang terlepas dari rasa duka lara biarpun
hanya seketika. Setiap yang bernama makhluk pasti akan
merasa perasaan ini dalam sepanjang
laluan kehidupannya. Sekejap atau lama ,
hanya itu yang membezakan dari
seorang individu ke individu yang lain.

Hidup ini IBARAT RODA... kita sebenarnya mempunyai dua roda,
satu roda kehidupan kita  yang dapat di lihat dgn mata kasar.
Satu lagi  ialah Roda Perasaan (HATI).. bicara HATI yang  mana
hanya kita dan ALLAH mengetahui kedudukannya...
Roda kehidupan mudah untuk dibantu..
tapi roda perasaan sukar untuk mendapat bantuan jiwa
sekiranya roda kita ini berada di bawah...

















Kemungkinan putaran  kedua-dua roda ini sama...
Kekadang ia bercanggah  dan bertentangan..
Secara fizikal mungkin kita mewah dengan  harta benda
Secara fizikal, kita tersenyum indah, kita orang berjaya
Kita hebat di mata kasar, kita berada paling atas
dalam roda kehidupan.
Tetapi roda perasaan......
Secara perasaan kita mungkin sedang berduka.
Kedukaan ni tidak mampu dirasaikan oleh sesiapa,
kecuali diri kita sendiri...

Jiwa lara adalah satu bentuk kesedihan tanpa ekspresi
yang tidak dapat diolah dgn kata-kata, melainkan keluhan.
Jiwa lara  harus diluahkan... dikeluarkan
kerana ia akan mendatangkan penyakit yg memudaratkan..
Luahan akan dapat menyembuhkan jiwa lara..
NAMUM perlu diingat kekadang luahan kita menjadikan
kita lebih terluka dan berduka....
Jika diadukan kepada insan lain..
belum tentu dapat memulihkan jiwa lara


.











Hanya satu sahaja yg dapat menyembuhkan jiwa lara,
iaitu ADUKAN kepada ALLAH s.w.t,
adukan derngan  sepenuh hati.... nescaya
hilanglah LARA dan terbitlah CERIA...
Mengadu kepada MANUSIA takut disalah tafsirkan
Takut dikata bermuka-muka, takut dikata
menangih simpati, tagih perhatian......
Jadi alihkan aduan kita pada ALLAH s.w.t,
kerana DIA pengubat luka terbaik dan sebaik-baik
tempat mengadu....(An Nahl ayat 53)

Yang dikatakan kuat itu bukan org yang mematahkan besi,
melainkan yang KUAT JIWAnya...
Kerana apabila JIWA KUAT.. setiap duka lara akan
bertukar menjadi cahaya hati yang dapat memberikan
inspirasi hidup agar lebih tenang tanpa ada yg tersembunyi...
Kehidupan DAU WAJAH amat menyakitkan roda perasaan.
I. Allah pabila ALLAH mengubat JIWA LARA..
tiada lagi DUA WAJAH.....berdoa dan  mengadulah tanpa jemu.


Teman,
Mudahkan untuk mengubat JIWA LARA.... hanya
kembali kepada NYA tanpa ragu-ragu....I.Allah.











Salam sayang...
Pernah sedetik dlm zon  Jiwa Lara

Thursday, June 17, 2010

SELAMAT HARI BAPA






















Salam Ukhuwah....

Buat semua .......
BAPA, ABAH, AYAH, DADDY, 
BABA, WALID, PAPA .....

AHAD  ini, 20 JUN 2010 adalah
sambutan Hari Bapa di Negara kita 
dan beberapa buah negara lagi.
Bapa adalah orang nombor satu 
dalam sesebuah keluarga,
bapa adalah pemimpin UTAMA...
oleh yang demikian.....

"Ungkaplah sekadar ucapan ringkas pada Hari Bapa
dengan mengukir sekuntum senyuman manis dari bibir
buat bapa kita."

Hargai dan hormatilah bapa selagi hayatnya masih ada,
kelak pabila ia pergi tak kembali, kerinduan tak terubat....

Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang
memimpin keluarganya membentuk sebuah mahligai
yang penuh dengan kasih sayang dan kebahgiaan.
Berpandukan Keperibadian Rasullulah s.a.w

Selamat Hari Bapa 
kepada semua para bapa.

Monday, June 14, 2010

......PELANGI SENJA.....

Salam Ukhuwah, salam sayang......

Petang terindah dalam HIDUPku...
Kisah aku mencari pelangi, aku merindui PELANGI....
Terjawab, rindu terubat....tetiba
PELANGI SENJA muncul di depan mata petang tadi....
Seperti Impian menjadi kenyataan...
Aku dan puteri-puteriku berhenti beberapa minit 
melihat keindahan yang tak terkata ni....
Sempat berdiskusi dengan seorang warga Arab... 
ku kira dr USM terdekat..
Kemudian pelahan-lahan ia hilang di celah Awam...
Aku dan puteri ku meneruskan langkah di PASAR MALAM...  
Tetiba ia muncul kembali dan berkongsi bersama seorang rakan....
CANTIK, INDAH, MEMPESONAKAN.....
terubat terus hati yang gersang kerinduan....




Tarikh : 13 Jun 2010
Masa  : 7.25 petang
Lokasi: Taman Pekaka, Nibong Tebal
Gambar: NANA DARWINA









YA ALLAH.......
Besarnya AnugerahMU untukku hari ini...
Saat aku merasa sunyi, sepi...
Saat aku melihat akan kekuasaanMU... 
Saat aku melerai persoalan-persoalan... di minda
Pengalaman ini amat terkesan di hati....
Kerinduan aku terubat satu persatu hari ini....


Rindu pada Mak Su
(satu-satunya insan yang membesar bersamaku)...
Terubat bila sempat menjegah Mak Su sekejap pagi tadi...
Mak Su kurang sihat... SEMOGA Mak Su cepat sembuh....
Dapat juga ku peluk cium Mak Su.....tersayang.


Rindu pada PELANGI  hampir puluhan tahun...
Sejak aku hilang arah..kerana pelangi pergi
tanpa muncul kembali... rindu teramat rindu
sesekali pelangi muncul... tapi terlalu singkat
Kebelakangan ini, rindu  semakin kuat ....
kerana pelangi telah jauh.. jauh....
Harapan tinggi menggunung....
Hati girang dan rindu berbalas pabila Pelangi muncul
depan mata petang tadi....Syukur YA ALLAH....

















                                 CIPTAAN TERINDAH - pelangi senja petang semalam di
                                 hadapan Restoran Riyas, Taman Pekaka...Photo : Anis Fitri


Kekadang..... manusia memandang ringan dan cetek
pencarian dan cinta kita pada....Pelangilah
ada yang kata cinta monyet,
kononnya cinta monyet sesejuk salju...
cinta yang tak bermatlamat...
terbukti pencarian pelangi senja mencapai matlamat ...
pabila PELANGI SENJA muncul dengan IZINNYA..
Takdir terindah, Nikmat terbesar buatku YA ALLAH.
Biarlah apa orang berbicara....
Yang pasti TUHAN telah merealitikan pencarianku,
cinta dan rinduku pada SANG PELANGI SENJA....
Biarlah HATI terus berbicara.....
HATI terus membisik impian...
HATI terus memasang angan...
HATI terus mengharap ... agar....
HATI terus berDOA ....
YA Allah... semoga akan muncul dan muncul lagi
PELANGI SENJA.....

Pastikan kesetiaan sentiasa diiringi dengan keWAJARan..


Sayang Selalu....
Tinta Pelangi Senja

Thursday, June 10, 2010

....BERDOALAH......

Salam Sayang.....

Lagu dapat membuai rasa dan mendodoi JIWA....kekadang ia menjadi TEMAN SETIA
Kala kita mencari-cari DESTINASI dan MATLAMAT.......
Lirik lagu ini amat terkesan di HATI......
Mengimbau kenangan pada SEJARAH lalu...

Semalam aku bersama MANTAN KPP...berbicara tentang takdir dan apa yang
telah TUHAN tulis atas perjalanan HIDUP kita.....
Kejahilan aku menjadikan aku sentiasa PASRAH dengan takdirNYA...
Suka, duka, gembira, sedih, senyum, pilu...menjadikan aku
DUA WAJAH.....
Kononnya aku REDHA......
Kata-kata Mantan :
"Kita boleh memadam apa yang TUHAN tulis dengan DOA" ,
jadi berbanyaklah.....BERDOA
Persoalan demi persoalan dibahaskan.....
Kata-kata mantan " Hak kita pertahankan, kenapa perlu menyerah...pada TAKDIR...
Tuhan yang menulis Takdir kita dan DIA sahaja yang boleh memadamkan TAKDIR
yang memedihkan....jadi berDOAlah"....
berDOA.....

Sehingga SAAT ni aku masih memikirkan kata-kata......

Lirik Caramel : Tinggal Kenangan
(lagu .......ku)
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih


Harapanku.. semoga
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada
Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya.
Namun tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul.
Lantaran itu, sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak
berhasil sedangkan Allah telah berfirman:
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Disebabkan perasaan kecewa kerana tanggapan bahawa permohonannya itu
seakan-akan tidak dimakbulkan, maka timbul perasaan putus asa. Sehingga ada
yang meninggalkan amalan berdoa yang sebenarnya merupakan salah satu ibadah
yang dimuliakan Allah. Nabi SAW bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah
dibanding doa”. (Riwayat Tirmidzi)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa
mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal
untuk memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan
apa yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita
sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya
itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang insan.
 
Jadi...berdoalah......
Kenangan Indah kekal...megar
di lakaran MINDA...
















 Sayang selalu........

Friday, June 4, 2010

SESUATU YG ANDA TIDAK PERASAN *_*..........

Assalammualaikum Wahai Sahabatku;
Sesuatu yang anda tidak perasan atau
tidak terfikir langsung....


Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang saya
sentiasa mengingati anda semua. Ambillah sedikit masa 
dan ia pasti memberi keceriaan kepada anda atau
mungkin mengubah hidup anda kepada yang lebih baik...

Sekurang2nya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.

Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi
anda dalam beberapa cara.

Sebab utama seseorang membenci anda 
adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

Senyuman daripada anda boleh membawa 
kebahagiaan kepada seseorang, walaupun 
dia tidak menyukai anda.

Setiap malam ada seseorang mengingati anda 
sebelum dia tidur.

Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

Kalau bukan kerana anda, seseorang itu 
tidak akan hidup bahagia.

Anda seorang yang istimewa dan unik.

Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,  
fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai 
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda
ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, 
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda;
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, 
ambillah masa untuk memberitahunya yang 
dia adalah yang terbaik.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat
sahabat baik, sejam untuk menghargainya, 
sehari untuk menyayanginya,
tapi sepanjang 
hidup untuk melupakannya......

Berilah kemaafan kepada musuh-musuh anda sebelum 
anda TIDUR ......sekiranya saya salah seorang musuh
anda berikan kemaafan kepada saya. Kiranya ada
 adalah musuh saya, SAYA TELAH MAAFKAN ANDA.

Sayang selalu.....
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi,
kita akan menerima percikkan wangiannya,
manakala bersahabat dengan tukang besi,
percikkan apinya akan mencarikkan baju kita.”






AKU dan HIKAYAT FLINSTONE

Salam Ukhuwah....

Perkongsian ini adalah seperti setitik ILMU dalam lautan yang LUAS....
Semoga Keberkatan penghulu hari ini, menjadikan perkongsian ini
BERKAT  selamanya....

Alhamdulilah dengan izinNYA, projek KAJIAN TINDAKAN..

“HIKAYAT FLINSTONE” selesai..

Bermula dengan pemerhatian di sekolah,
ujian pra, temubual dan analisis menunjukkan wujudnya
masalah murid untuk mengenalpasti Sistem Dewey di Pusat Sumber.
Pendekatan melalui Poster Flinstone dan Sesi bercerita
“Hikayat Flinstone’ telah dijalankan pada 25 Mei 2010.
Saya dan kumpulan telah melaksanakan aktiviti ini di
Pusat Sumber Sekolah SK Pokok Sena. Ribuan terima kasih
kepada “team work”yang terlibat….juga perhargaan kepada
Warga Sekolah Kebangsaan Pokok Sena yang mendokong
projek ini sepenuhnya...


Cerita Flinstone sememangnya sering aku gunakan semasa
memberikan ceramah berkaitan Kemahiran Perpustakaan dan
Literasi Maklumat sejak tahun 2005... dari pemerhatian
jelas dilihat murid mudah mengingat nombor pengkelasan
ini berdasarkan"Cerita Flinstone".....ini kerana urutan
cerita yang berkait dan sesuai untuk taraf pemikiran
murid/pelajar.

Semoga ianya dapat dimanafaatkan bersama.

Sayang selalu...
TINTA PELANGI SENJA

Tuesday, June 1, 2010