Followers

Saturday, September 29, 2012

Dialog Mak Bapa Sayang Anak ...hi3

Salam ukhuwah, salam 1M....

Rasanya suka saya nak berkongsi antara dialog waris yang katanya amat sayang anak, percaya anak 100%, kata cikgu buat tuduhan tanpa periksa....bukan nak persenda, tetapi buat pedoman dan pegajaran termasuklah diri saya yang juga kerana saya juga seorang IBU.....(ibu ni sudah hadir pada hari sebelumnya, mungkin terlalu percayakan anak dan tak percayakan cikgu hadir lagi hari ni)...tak pa la Waris pun pelangan kami...sekolah suka waris selalu datang ke sekolah...hi3

Dialog 1 (mula datang)

Saya : Ya ..... apa yang boleh saya bantu?
Puan H : Nak jumpa PUAN JURA laaa.... (sambil tangan menunjuk ke arah saya).
Pak Cik Y : Apa cite ni cikgu? ni surat ni...?
Saya : Okey tak pa, pak cik dan puan duduk dulu.

Saya minta PAR saya hubungi guru disiplin dan guru yang ambil kes anak dan cucu waris ni. Nak senyum ada..geli hati sgt dah 20 thn kenai baru nak panggil PUAN. Patut pun panggil Puan penat saya belajar nak dapatkan diploma, sambung degree dan masih belajar untuk master...hi3. Banyak juga kos yang telah dilaburkan.

Dialog 2 (peringkat awal di Bilik GB) - GB saya ke PPD- Guru Disiplin saya ada bersama guru bimbingan dna kaunseling

Saya    : Ya, Pak cik  ....biasa la budak2, bawa telefon mai sekolah...ada pulak kawan bawa memori kad  yang tak patut dibawa...pakat2 nak tau, nak tengok......
Pak Cik : Ya la...ni yg kata sebar ni apa?
Saya     : maknanya , kiranya budak2 ni tgok dan ajak kawan2 sama (itu yang berlaku).
Puan H : Cikgu nampak ka depa ni tengok?
Saya     : Saya ada dekat 500 orang murid, saya cuma ada 38 orang cikgu- tak kan la nak ikut setiap murid 24jam. Saya terima aduan dari murid ke, waris ka, cikgu ka dan ada saksi....maka kes akan dibuka. Tapi jangan risau....ni bukan nak dimasukkan dalam data disiplin anak2 cuma sekadar amaran agar mereka tidak pergi lebih jauh. Kami pun ada timbang rasa. Apa pun nanti cikgu disiplin cerita lebih lanjut kes ini.
Puan H  : Kemarin kenapa tak cerita ada cikgu disiplin?
Saya    : Puan, kemarin yang tolong buka dan bacakan mesej lucah anak Puan tu Cikgu Disiplin laaaa , yang tunjukkan gambar boyfriend anak Puan tu dia la Cikgu J (memang hebat kerjabuat beliau dan orang kepercayaan sekolah).  Terdiam sudah Puan H yang nampaknya AYU tapi boleh tahan garang (bagi saya agak kurang ajar sebab cakap tak beralas dgn nada yang tinggi pada CIKGU , lagi pun yg lebih TUA.....dalam hati saya ( laaaa dan berbelas tahun anak sekolah di sini, cikgu disiplin pun tak kenai ka?...kasihan).

Dialog 3 (sesi penerangan oleh cikgu Disiplin)
Cikgu J   : budak2 ni..........panjang lebar sampai selesai...hi3
Puan H   : Boleh panggi budak2 tu tak?
Saya       : Boleh

Murid lelaki (murid A ni ) bercerita dalam VERSI yang sama bila cikgu tanya dari hari Rabu, Khamis dan semalam.

Anak Puan H (murid perempuan) Versi cerita berbeza dan ada watak tambahan dimasukan ( Mak cik cleanner)

Cucu Pak Cik Y ( perempuan) versi pun dah tak sama dengan semalam..tapi macam sama dengan anak Puan H.....

Hai la budak2 ingat cikgu tak sekolah ka, mak bapa kamu, kamu boleh tipu sebab ada yang sampai darjah 6, paling tinggi pun SPM (SAP)....tp cikgu bukan belajar lebih tinggi...pengalaman hampir 20 thn mengenal tingkah laku murid2.....dari 100 orang yang bersalah...hanya 10 orang yang akan mengaku (ini mmg yg HEBAT) yang selebih akan ambil jalan menipu demi melepaskan diri......
Saya bertanya kepada ketiga2 orang pekerja swasta yang dimaksudkan...memang mereka tak tahu apa2..mana la mai cerita ni...pandai betul reka dan libatkan orang lain.....

Dialog 4 ( GB saya dah balik dan guru disiplin Cikgu R ada sama)

GB        : Pengalaman saya 30 thn lebh ni....kes2 mcm nimmg ssh bdk2 nak mengaku, tapi tak pa la..kata tak salah pun tak pa....tu kamu dengan tuhan...harap lepas ni jgn tertangkap lagi. Lagi satu cikgu buat semua ni panggi mak bapa sebab nak bincang bagi membendung masalah salah laku kamu, bukan nak hukum. Sebab cikgu2 di sini sayang kamu. Kalau cikgu tak sayang biar la kamu nak jadi apa pun........betui tak Pak Y? Betul tak Puan H?.....
Saya    : Ya Pak Cik, kami ni sekadar mendidik, tp masa kami terhad, harap di rumah lebih pemantauan dari ibubapa..
Pak Cik Y : Ya la...saya pun setuju tu....(Pak cik Y balik, harap dgn hati yang lapang, saya serahkan H.phone cucu beliau dan beliau tandatangan akuan  cucu beliau tak akan ulang kesalahan)

 Dialog 5  ( Puan H, Gb, saya dan Cikgu J)

Dalam hati saya  (Puan H ni masih tak puas hati....tak pa kita tgok apa kesudahannya)

Saya   :  Macam mana boleh mai sekali dengan Pak Cik Y?
Puan H : Semalam saja p rumah Pak Cik Y, nak tanya pasai apa cucu dia takmai?
Saya    : ooooooo (dalam hati, nak tanya khabar ke, nak ajak Pak Cik Y mai serang sekolah, sebab kecoh dekat pagar tadi......)
Puan H : Malu tau cikgu, semua orang kampung tau...
GB       : Macamana orang kampung tau. kes ni kami ttp di sekolah. Kalau orang kampung tau Puan la yang cerita. Ini kes anak beranak puan patut selesai dalam rumah puan aje, tak payah nak libatkan rumah org lain.....kalau cite banyak tempang semua tau laaa....
Saya    : Kenapa ceritakan pada .........?
Puan H : Nak tanya pendapatan......nak dapat restu....bla2...... ( macam tak sekolah jeeee)

Dialog 6 :
Puan H    : Suami saya pukul anak sampai lembik, Puan Jura telefon suami saya terus bagi tau.........bla...
Saya        : Maaf ye puan, saya bagi salam dulu, tanya suami puan ada di mana, esok free tak, boleh tak datang sekolah jam sekian2, baru saya bagi tau kes salah laku anak puan...
 GB   : Ya, saya past yang tu. Puan Jura amat jaga bahasa selama saya kenai beliau....mungkin suami puan salah faham. Ajak la suami puan mai jumpa sekolah jumpa saya ke , Puan Jura ke....
Saya   : Ya, Hari patut mai dengan suami niiii.........( saya rasa tindakan Puan H tidak dengan pengetahuan suami beliau. Kasih sayang melimpah pada anak membuat beliau tak tentu arah untuk putihkan perkara yang hitam. Anak kalau dah biasa menipu perlukan perhatian yang lebih bukan kepercayaan yang membuta tuli....kasihan).

Rumusanya, saya merasa amat kasihan pada keluarga malang ini.......sayang anak boleh , tapi biarlah berpada....

Saya juga diuji dengan kes anak, tapi saya amat TEGAS dan tiada tolak ansur...sebab sayang saya dari naluri dan akal...bukan  membuta tuli....




Kasihan Si Ibu, Malang Si Anak

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia,

Penghujung September yang penuh kesibukan....
Selesai UPSR, ramai guru berkursus- KSSR, tanda kertas UPSR dan sebagainya
Termasuklah saya yang berkampung di Amanpura Hotel selama 3 hari ( 23-25 Sept 2012), bagi meningkatkan kemahiran menguruskan HEM di sekolah.

Sekembali ke sekolah pada hari Rabu, ada satu kes yang bagi saya bukan boleh dipandang mudah..
Guru Disiplin melaporkan dan memanggil murid-murid yang terlibat bersama saksi....
Melihat muka-muka anak-anak (masih bawah 12 tahun), satu keluhan kecil dari saya..Ya Allah baru 12 tahun, nanti kalau pergi SM mana mana lah kamu ni?


Disebabkan kes ini, unit disiplin dan pengawas segera membuat "spot chek".....8 h.phone berjaya dirampas, semua kerja murid tahun 6.....Mulakan prosedur dengan mencatat kesalahan murid dalam buku rekod disiplin sebagai rutin ,membuat surat kepada waris dan saya sendiri menelefon semua waris. Terima kasih pada Unit Disiplin dan guru-guru yang terlibat kerana menjalankan tugas dengan dedikasi bertujuan bukan hanya mengajar tetapi mendidik anak-anak di sini.

Saya , tetapkan perjumpaan waris pada 27 Sept bagi berbincang dan membuat tuntutan hand phone anak mereka. Tujannya adalah bagi kedua-dua pihak (guru dan ibubapa) akan lebih memantau aktiviti anak-anak agar mereka akan cemerlang ke langkah seterusnya, Syukur ramai waris yang jelas dan FAHAM serta amat berterima kasih kepada guru-guru saya ( Ini adalah waris yang amat sayangkan anak), kita tegur anak beliau sekali, beliau tegur berkali2.....

Malang bagi dua waris dan dua anak didik kami.......keluhan kecil saya muncul lagi. Pada 27 Sept seorang waris  wanita yang amat saya kenali (mungkin saya tak kenal hati budi, cuma kenai luaran- hari ni saya kenal luar dalam), sukar menerima salah laku anak beliau sehinggalah guru disiplin saya menunjukan bukti dan mesej2 dari hand phone anak beliau sendiri. Rasanya diakhir perbincangan semua telah selesai. Untuk slot pertemuan waris ini saya masuk dimana yang patut sebab saya dilawati oleh unit kesihatan untuk pemeriksaan aedes di sekolah (syukur semua OK), ramai juga para waris tahun 6 yang hadir bagi bertanyakan tentang pemilihan SM anak mereka. Selesai hari persekolah hari ini dengan Mesyuarat guru, saya sampai di rumah dalam pukul 6petang......hujan....amat letih.....

28 Sept 2012, waris yang sama semalam , yang namak tidak puas hati hadir bersama seorang waris lelaki (tok wan murid terlibat). Gaya, lagak, bahasa  menunjukkan SERANGAN kepada sekolah mungkin atau saya secara peribadi....hi3....yang lawaknya..siap panggil saya "Puan ...." sebelum ni dah dekat 20 tahun tak pernah pun panggil saya Puan , patutnya dari dulu panggil saya Puan atau Cikgu (penat tau saya belajar nak jadi cikgu ni....hi3)....SYUKUR lah ALLAH s.w.t memberikan saya ILMU, PENGALAMAN dan KEMATANGAN. Saya tidak sekali-kali melatah.....Kedua2 waris yang tak puashati ni saya bawa masuk bilik GB untuk perbincangan dan saya panggil semua guru yang terlibat (GB saya ke PPD).

"Ya , Pak Cik apa yang boleh saya bantu?Pak cik nak ambik telefon cucu ke?"
" Ni apa ni cikgu, cuba terang sikit saya xfaham......"

Saya menjelaskan satu-persatu laporan kes yang diambil oleh guru disiplin saya dari buku laporan dan fail dan di akhir penerangan saya..."biasalah Pak cik budak2, tujuan kami membuat teguran ni bagi mencegah perkara lebih buruk belraku. Sekiranya kami tak ambil tindakan, budak2budak ni tak akan serik"....

SYUKUR, dalam 10 minit GB saya  sampai dari PPD, Saya memperkenalkan kedua-dua waris pada GB.
Sekali lagi murid-murid yang terlibat dipanggil untuk mencerita kes tersebut....
Selesai sesi bersama murid, perbincangan berlaku antara waris2 dan guru2 termasuk GB....

Pak cik tadi rasanya puashati dengan penerangan dna perbincangan dan sain surat akuan salahlaku cucu beliau  . Pada pandangan saya mesti ada sesuatu yang berlaku di luar sekolah yang menyebabkan Pak Cik tadi pada mulanya MARAH.

Waris yang perempuan masih di dalam biik GB, ini lah masanya saya nak "trip" apa yang berlaku di luar....

" Macam mana boleh mai sekali dengan Pak Cik. Y?"
"OOOO...semalam p rumah Pak Cik Y , nak tanya kenapa cucu ia tak mai sekolah".

Dalam hati saya......wah prihatinnya waris ni, ambik berat tentang murid. Sanggup p rumah nak tanya kenapa tak mai sekolah, cikgu pun tak buat macam tu...kiranya takat sehari tak mai sekolah. Ka, p rumah Pak Cik Y nak BAKAR ajak mai SERANG sekolah? Kasihan........kenapa tak bawa suami sendiri sahaja kalau ada benda yang tak puas hati?

Jangkaan saya TEPAT, waris ni tak dapat terima salahlaku anak beliau , libatkan orang lain. Yang lebih menyedihkan adalah libatkan keluarga terdekat saya (kasihan)....Itulah, bukan senang nak mengawal anak perempuan..ujian yang datang dalam bentuk pelbagai. Cuma kita tabah ke tidak...

SERANGAN peribadi turut dilemparkan pada saya...saya hanya tersenyum. Ini sekolah, saya berkerja secara profesional. BODOH lah saya melatah kerana awak yang tak pas SPM.....hi3.

MALU..MALU ni kata waris ni , satu kampung dah tau.... Guru Besar saya jawab "macam mana satu kampung tau? Kami kes sekolah tutup di sekolah. Puan le yang p cerita satu kampung ...."

MALAS la saya nak melayan waris yang (TAK SAYANG ANAK, KONONNYA SAYANG ANAK), cuba nak tutup salah anak, masuk sebelah anak depan2. Kasihan dan amat kasihan MAK ini , MALANG sangat MALANG anak ini.

Sekarang satu sekolah tak akan kisah PERILAKU SALAH anak "mak" ini.....sebab bagi "mak" ini cikgu tuduh anak dia...anak dia taksalah,anak dia baik walaupun BUKTI ada depan mata.
Saya amat BERTERIMA KASIH pada semua guru-guru yang amat prihatin tentang disiplin anak-anak murid kita di sini. GAGALnya sahsiah seorang murid ini bukan salah kalian, terang-terang "MAK" dialah GURU dia sebenarnya.

Walaupun saya guru versi ibu...kiranya guru menyatakan anak saya salah, saya akan menghukum berganda dari hukuman sekolah..... sebab saya mememang sayang anak saya. betui pujangga lama menyatakan " Sayang Anak tangan-tangankan""....

Pesanan saya buat semua Para Guru versi Pendidik....teruskan mendidik, mengasuh,mengajar walaupun kita dicerca, sebab hanya ALLAH penilai untuk semua kerjabuat kita.

Buat para waris...kiranya tuan/puan tidak mempercayai organisasi sekolah, tidak percayakan guru....ajarlah anak sendiri ,Mungkin tuan/puan lebih PAKAR. Kiranya anak berjaya tuan puan akan bangga, kiranya anak gagal, tuan puan juga akan terima. SEKARANG bukan cemerlang akedemik sahaja, kecemerlangan sahsiah perlu seimbang. Jelas kiranya makbapa tak percayakan cikgu....kami  para guru tak harapkan kepercayaan anak-anak tuan/puan.

Guu sentiasa menjadi Lilin Membakar DIRI unutk MENERANGI orang lain....
Saya berSYUKUR saya seorang guru....

Wasalam......



Tuesday, September 18, 2012

Hilangkan Keluhan......

Salam Ukhuwah...


Sedar tak sedar SYAWAL pergi meninggalkan kita tahun ini
Adakah kita akan bertamu dengan Syawal tahun mendatang
Hanya DIA yang tahu.....Ramadhan saya belalu tanpa keluhan

Syawal dan adil fitri secara sederhana bagi saya sekeluarga...
Cukup pabila dapat melihat senyuman di wajah anak-anak tercinta...
Hujung-hujung Syawal yang agak mencabar dan menduga saya
dengan rencah kehidupan dan saya banyak belajar mengenal manusia yang dipanggil insan
Selesai sahaja kursus jangka panjang saya dengan IAB
ALLAH s.w.t seperti memberikan amali kepada saya dengan masalah pengurusan sumber manusia
Di akhir Syawal ini , saya mula mengeluh, mengeluh dan masih mengeluh sehingga hari ini.....

Ha..ha.....Enam tahun saya di Bahagian Teknologi, mengurus insan guru yang dewasa menjadikan saya
dapat STABIL dalam situasi sekarang, walau kekadang sukar juga mengawal HATI....

Berteduh di bumbung SKSS adalah satu rencana Indah dari DIA buat saya...
Hanya lebih kurang 7 minit dari rumah....berbakti pada kampung halaman sendiri menjadikan saya KUAT dengan apa sahaja halangan dan rintangan yang  mendatang....

MANUSIA vs INSAN memang unik dan pelbagai, masing-masing punya matlamat danhala tuju...
Syukur Psikologi dan kaunseling yang saya ambil dalam pengajian saya turut membantu
Selain sikap & sifat ayahanda tercinta yang COOL serta Redha dari amanat Wan tersayang...

Sedih ada, lucu ada, 10sen pun kekadang ada...pabila puas kita terangkan sesuatu sebab dan akibat
tetapi sukar diterima dan tidak mahu difahami.....adoiiiii..keluhan kecil saya akan hadir waktu ini.
Saya sayangkan kerjaya saya, saya sayangkan sekolah saya, saya sayang keluarga BESAR ini...
Tolonglah, wahai insan-insan yang digelar profesional...jadilah betul-betul profesional
Agar langkah kita terus lurus, tuju kita terus telus dan bakti kita terus dikenang...
Rasanya setiap kali berbicara, saya amat berjaga-jaga dan menyusun ayat sebaik mungkin agar kasih sayang kekal sebagai satu keluarga yang besar....
Tersentuh juga dalam bersusah payah berusaha..tup..tup...kita yang disalahkan (lumrah kehidupan beginilah)
Tapi saya YAKIN pada ALLAH yang akan menunjukkan kebenaran akhirnya, dan walau ada keluhan kecil saya tetap bergantung kepada ALLAH s.w.t

Sedaya upaya saya cuba memyatukan semula, membina keluarga BESAR yang bahgia seperti  8 bulan yang lalu..YA Allah, bantulah hambamu ini. Sehingga kata-kata sinis saya telan dan keluhan kecil bukan unutk diri tapi unutk mereka yang amat pasif...."asal bercakap, katanya bergossip"....adoiiii macam  la tak dak kerja lain.......kesihan saya pada insan-insan yang mulia profesionnya tetapi agak pasif pemikiran. Semoga semua kekusutan, kesulitan akan terlerai secepat mungkin.....agar semua dapat SENYUM seperti matahari pagi yang ceria dan terang.....Yang pasti ALLAH maha mengetahui dan menyayangi para hambanya......semoga HATI-HATI kita diberikan sinar keikhlasan dalam persahabatan.....

Friday, August 10, 2012

Tapak Seterusnya......

Salam Ukhuwah....

SYUKUR, nafas masih berhembus takala Ramadhan hampir ke 10 terakhir.....
Selesai degree petama saya, saya rehat agak lama dan hanya mengikuti kursus pendek bagi memberi ruang kepada Putri Sulung, itu perancangan saya tapi rencana ALLAH amat berbeza....





Aku mula redha dengan rencana ALLAH s.w.t, kern aku yakin DIA akan memberikan yang tebraik buat aku. Lalu aku mula beralih arah...mula mengikuti kursus jangka panjang untuk ruang dan peluang yang ditinggalkan begitu sahaja oleh si Putri.....selesai sudah kursus NPQEL ( 5 bulan) yang berakhir pad 7 Julai 2012.

Keluhan mula keluar pada Si bongsu....boringnya mama, sebab dah biasa dengan assigmt, buku-buku rujukan tetiba rasa FREE...syukur juga Ramadhan sibuk-sibukan diri di dapur dan amalan yang termampu.
Rakan di Sg Petani telah terima tawaran untuk MA di UUM pada minggu lepas, aku masih tiada berita. hari Selasa tadi rakan di sekolahku, terima surat tawaran....mungkin bukan rezki aku nak mula tahun ni....

Mungkin permohonanku bermasalah sebab semasa memohon aku tidak dapat sertakan slip MUET kerana hilang...mungkin...mungkin.....hari rabu seorang lagi rakan dapat surat. balik sahaja ke rumah terus buka peti surat...hampa..kosong....

Huby tanya" cari apa?".....
"Tgok kalu ada surat UUM"....
"pakai alamat mana?".....
"Alamat sini laaaa, kan masa isi borang kita dah pindah sini,"....

"petang ni cuba tengok kat rumah lama...", cadang hubyku...

Petang tu sebelum ke pasar Ramadhan, aku, huby dan si bongsu singgah di rumah lama....

YA ALLAH.... SYUKUR, ada surat tawaran MA dari UUM......macam mana aku boleh guna alamat rumah lama, sedangkan aku isi borang bulan Jun, pindah rumah baru ni bulan Mei....???????

ALHAMDULLILAH, ini lah tapak dan langkahku seterusnya. Sepatutnya aku sudah mula tahun  dua tahun lepas tapi itu rencanaku, Rencana DIA lain.....apa pun SYUKUR dengan rencana DIA. Hari ni selesai semua borang diisi dan surat akuan penerimaan diposkan kembali ke UUM. Slip MUET , saya dapatkan salinan dengan menghantar wang pos dan borang ke Majslis Peperiksaan, TUHAN Maha kaya sebaik selesai urusan surat menyurat ini, OUM telefon , mereka dah jumpa slip MUET ku....Ya Allah. Tak apa lah nanti ada dua set...hi3.

I.ALLAH hujung Ogos aku akan mendaftar, 3 lagi rakanku juga menerima tawaran ini, dua orang masih 50-50 kerana tidak mendapat izin suami. My huby....hi3..macam selalu, beliau sentiasa menyokong langkah ku...alhamdullilah. DOA dan HARAPAN ku agar kali in rencanaku dan rencana ALLAH s.w.t akan sekata, selari......Semoga langkahku ini akan menjadi pembakar semangat kepada putri-putriku......




SYUKUR ALHAMDULLILAH..........

Thursday, August 9, 2012

UJIAN RAMADHAN.....

Salam Ukhuwah, salam Ramadhan,

Lebih tenang rasanya Ramadhan kali ini, sebab in tahun kedua aku dekat dengan rumah semasa bulan mulia ini. Paling lewat jam 2.30 sudah dapat berada di rumah..syukur, Lebih banyak hari-hari berbuka dnegan menu air tangan sendiri, sebab masa yang dianugerahkan untuk kali ini. Sebelum ini, jam 6.00 atau 6.30 petang baru sampai di rumah, jadi main tunjuk-tunjuk aje la menu berbuka.....Inilah ramat dan hikmah HIJRAHku Julai 2011 lalu....

Ya Allah, ada beberapa peristiwa yang hadir dalam bulan yang mulia ini atau mungkin ENGKAU mahu tunjukkan sesuatu kepadaku, atas kelalaianku dan tingkahku yang kurang berhati-hati dalam menjalin persahabatan atau hubungan.

  • Seorang rakan guru sakit yang mat setelah bertukar tempat. Bisa di setiap sendi, semua makanan akan keluar kembali apabila masuk ke mulut.
  • Seorang rakan yang lain, sakit satu badan, amat lemah dan selelau bermimpi aneh & ngeri, terjumpa ular...
  • Dua  dari rakan tidak seselesa dahulu...?????
  • Ramai juga rakan-rakan merasa sesuatu yang pelik...!!!!!!
  • Bos saya juga sakitttttt dan bisa-bisa satu badan...
Ya Rabbi, diriku sendiri juga rasanya mula merasai sesuatu yang tidak berapa selesa dengan badan, tapi ku pujuk hati...ala..puasa..angin la tu. Kekadang hanya unutk memalingkan badan sewaktu tidur terasa amat berat sekali...Ujian apakah ini?

Sering dalam aku kesulitan, ada seorang insan yang akan hadir dalam mindaku...adinda Mariatulshima. Khamis lepas aku nekad hubungi beliau, lagi pun dah lama kami tak berbual..masing-masing sibuk. Ku cerita sedikit apa yang aku dan rakan-rakan alami, sebelum ini aku kenal seorang Ustaz yang sama bertugas dengan sis Maria, banyak Ustaz memberikan zikir dan amalan untukku kitika hati resah dan gelisah.

Jumaat, dua rakanku  nekad unutk berjumpa dengan Ustaz, sebelum ini seorang rakan guru yang dihormati di sini memesan agar...kami semua tidak lekang dari wuduk...Slot pada mulanya difikirkan unutk mendapatkan zikir dan amalan pendinding dan penguat semangat menjadi slot berubat... YA ALLAH, jauhkan kami dari segala syaitan, jin dan iblis durjana, dari orang-orang yang busuk hatinya dari perkara-perkara yang buruk. Seorang rakan dapat dipulihkan dengan izin ALLAH buat sementara waktu. Kami balik dengan petua Ustaz agar amalkan 313 kali Bismillahhirahmanirahim, ayat Qurysi dan beberapa ayat yang diamalkan setiap selesai solat. malan tu, saya dan rakan-rakan yang bertiga ini agak terganggu.... YA ALLAH...lindungilah hambaMU yang lemah ini.  Rakan saya yang agak lemah teruskan perubahan cara Islam dengan berubat dengan seorang Ustaz di Ipoh. Syukur hari Isnin, tadi wajahnya sudah ceria ..... hari Minggu yang lalu (Ahad), saya mula mencari maklumat di internet tentang SIHIR, banyak info yang saya dapat....banyak yang sinonim dengan apa yang berlaku pada saya dan rakan-rakan...ALLAH HU AKHBAR.....semua ini harus ditamatkan.

SYUKUR dengan izin ALLAH s.w.t, aku dapat harungi tiga hari ini dengan amalan dan zikir yang Ustaz berikan. ISNIN, Bos saya mengadu amat sakit satu badan, sekit di sendi2, berpeluh di awal pagi......pabila beliau datang bertanya...jawapanku .." pergilah cari mana-mana Ustaz..berubatlah, jangan pergi cari bomoh...cari ustaz ya..."

Semoga ujian kecil dan petanda ini sebagai amaran dan peringatan agar saya dan semua rakan-rakan lebih berhati-hati dan berwaspada. Saya mungkin tak akan percaya pada benda macam ini, kalau tidak lihat sendiri dengan mata kepala. Pabila melihat seorang rakan berubat... YA ALLAH. Bos saya juga berjumpa dengan Ustaz Suhaimi ( amat terkenal di sini)...jelas ada yang tidak kena dan harus diubat bagi mendapatkan diri yang dulu.

Esok, Jumaat..bermakna seminggu sudah  dan SYUKUR, seperti pesanan Ustaz pada saya...siapa yang rasa pelik, sakit berubat....ramai yang berubat dan nampaknya keadaan semakin baik. Esok juga akan diadakan Khatam Quran, moga dengan alunan ayat-ayat suci ini dapat menghindarkan segala sihir dan kejahatan dari kami. Peristiwa ini adalah iktibar dan pengajaran Ramadhan pada saya dan rakan-rakan. Walau apapun terjadi akan sentiasa berfikir POSITIF......di bulan ibadat ini, maka saya dan rakan-rakan harus melipat gandakan agar terhindar dari segala masalah dan sendiri merasakan ALLAH S.W.T dekat dengan diri  dan semoga dengan musibah ini saya dan rakan-rakan akan bertemu dengan Lailatul Qadar tahun ini....



   

Thursday, August 2, 2012

Salam Ogos VS Ramadhan

Salam Ukhuwah,

Sedar tidak sedar kita dalam bulan yang penuh berkat Ramadhan dan bulan Patriotik (Ogos). Bulan ujian juga kepada kita umatnya. Apa pun ujian yang datang , kita perlu senyum dan lalui dengan tenang. kerjabuat saya bulan


Ramadhan ini selari dengan bulan amal bersama dengan Jawatankuasa Bantuan, kami kumpulkan nama-nama anak yatim, yatim piatu dan murid yang daif untuk diberikan sumbangan berupa baju raya dan barangan (zakat para guru). Syukur ramai guru-guru di sini yang tidak loket mengeluarkan zakat di bulan yang mulia ini.

Dato Mahmud telah memilih 40 orang murid unutk disumbangkan baju raya. Lebihan murid yang tidak terpilih akan diberikan baju raya dari sumbangan guru-guru. SYUKUR, kutipan sumbangan untuk duit raya anak-anak SKSS juga telah selesai semuanya dan Ustazah Zurida akan tukarkan kepada nilai ringgit.

Dalam saya menguruskan bantuan-bantuan kepada murid-murid di sini, kami juga melihat kepada beberapa waris yang kurang berkemampuan dan lawatan sosial dengan membawa sumbangan dijalankan. Sumbangan juga diberikan kepada seorang murid yang baru kehilangan ibunda yang telah kembali ke rahmatullah kerana barah. ALHAMDULLILAH, laluan saya dan guru-guru melaksanakan amanah dan tugas lancar dengan keberkatan bulan Ramadhan dan keizinan DIA YANG ESA.

Hari ini , sekumpulan rakan guru sibuk menaikkan bendera...dan ada yang pula nak pasang lampu..jadi MERDEKA RAYA.....Jauh di sudut hati saya dalam kesusahan dan musibah ALLAH s.w.t tetap berikan penawar dengan didekatkan sahabat-sahabat rakan guru yang membantu tanpa jemu menjayakan setiap kerja buat, melancarkan semua urusan. Terima kasih semua, budi baik, sumbangan tenaga dan idea kalian hanya ALLAH s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Doa dan Harapan saya, tahun kedua saya di sini , agar anak-anak SKSS dapat menyambut Aidil Fitri dengan senyuman dan semua anak-anak saya di sini adalah kekuatan saya......

Sunday, July 22, 2012

Bersandar Pada ALLAH....


Salam Ramadhan.....



"Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan Allah. Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, tiada siapa yang menyokong saya tetapi Allah. Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, menyenangkan Allah adalah yang paling mudah. Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan. Dialah Allah, Yang Maha Besar Maha Kuasa, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah."

~Dr. Ustaz Tariq Ramadan ~


Ramadhan penuh nikmat dan berkat. Kenikmatan ramadhan memancarkan segala kekusutan, titik hitam yang dipalitkan kepada kita tanpa kita sedari. ALLAH maha BESAR, menunjukkan kebenaran atas satu bicara yang tidak terancang. Dalam apa perkara sekali pun pegangan saya tetap sama;

     '"Kebenaran akan terurai juga, cuma masa yang menentukannya"



Dalam kebenaran itu muncul, pasti ada kesakitan, kedukaan, kesedihan tapi apa yang pasti keyakinan pada HATI dan DIRI kita, ALLAH maha mengetahui.

Walau selautan susu yang kita hulurkan, jangan diharapkan balasan yang baik. Pengalaman menunjukan racun yang dibalas. Keredhaan menjadikan kita KUAT dan YAKIN Allah Maha Besar.....

Hanya bersandar pada pada ALLAH, hanya mengadu pada ALLAH, hanya mengharapkan ALLAH. Bersandar pada ALLAH, merasakan hati amat tenang dan damai walaupun bertimbun kesalahan dilemparkan pada kita, dinding keyakinan kita pada ALLAH dan hati kita tahu kita tidak bersalah pada sesiapa, masih jelas keceriaan di wajah. Saudara kekadang hanya menumpang kesenangan dan menambah kusut kekusutan, suka melihat saudara sama saudara jatuh lemah tak berdaya, longlai tak bersemangat. Dengan bersandar pada ALLAH, moga ALLAH membuka pintu-pintu hati mereka yang beku, kaku ini menjadi sesuci Ramadhan.