Followers

Wednesday, October 31, 2012

Syukur atas Perlindungan MU

Salam Ukhuwah, salam 1M.

Penghujung Okt saya agak kalut......
Saya terima 2 amanah untuk siapkan assigment dari rakan sejawat, bagi mengisi ruang dan masa yang ada
Lagi pun memang saya suka menulis ......tajuk pun saya agak biasa internet dan keselamatan sekolah.
Kerja buat di penghujung tahun ini agak kalut juga.....kursus tu, kursus ni, data tu data ni....
Ahhhhhh dah nama pun kerja...amanah yang diberikan perlu dilunaskan....

21-24 Okt , saya kembali ke IAB Utara, untuk kursus KAJIAN TINDAKAN...
Tak terasa 4 hari di sini sebab kursus ini amat menarik dan banyak maklumat penulisan ilmiah penulisan kertas kajian yang saya perolehi.....Penulisan kertas kajian tindakan mengikut format APA versi 6. Banyak juga perkara baru yang saya dapat....terima kasih buat Puan Rosnani, Encik Ahmad Hanizar dan Dr Sazali...
Ilmu ini akan saya gunakan sebaik mungkin dan sebarkan seluas mampu...i.allah

Malam 24 Okt sampai di rumah....lusa Adil Adha...So 25 Okt ke pasar dapatkan bahan basah (ayam& daging) untuk juadah aidil adha....so aktiviti memasak & mengemas......hi3...
Aidil Adha dalam kesederhanaan.....ziarah pusara Wan, Tok dan Mak Su....sayu hati kerana ketiga-tiga insan ini yang bersama saya dari usia bayi sehingga mereka selamat kembali kepada dia, Wan (2003), Tok (2004), Mak Su (2011).....Al Fatihah untuk insan2 kesayangan saya....Wan (lelaki pertama yang saya cintai dan kekal mencintai), Tok (wanita pertama yang saya sayangi sehingga ke akhir hayat saya), Mak Su (kakak merangkap ibu saudara yng sering menemani saya semasa kecil sehingga dewasa....yg sentiasa saya kasihi).
Ziarah rumah abah & mak...dan rest di rumah.....siapakan tugasan....hi3. Menghabiskan cuti aidil adha dengan kesederhaan. Siap tugasan yang diamanahkan.

29 Okt (isnin), kembali ke sekolah setelah seminggu tidak jejaki bilik kerja saya.....byk juga NOTA....hi3...adoiiiii, baru seminggu.....OK....let kerja....sahkan permohonan murid ke tingkatan 1 (sekolah kawalan)..selesai 43 org....sekitar jam 10.00 pagi PAR saya bawa surat2  utk HEM......?????%%%%%????!!!!!!!! Biar Betul?......TEMUDUGA..30 OKt, 7.30 pg, IPG P.Pinang..... Ok baca lagi sekali...betulllll...tgok tarikh surat diterima 22hb......???????/!!!!!!!?????? Baca senarai keperluan temuduga....A....F (boleh tahan)..yg ssh nak salinan buku perkhidmatan....???..cuba nasib saya call CC PPD En Lie...mintak tolong juga la ..sbb saya baru dpt surat esok pg 7.30 temuduga....
SYUKUR ATAS PERLINDUNGANMU YA ALLAH......5.30 petang saya masih di PPD tgu salinan buku perkhidmatan, terima kasih Ya Allah....turunkan pertolongan kepada saya melalui Encik Rosli . Keluar dari PPD, saya terus SMS, ucapan terima kasih pd Encik Rosli. Kalau ikut prosedur 3 hari baru saya dapat dokumen tersebut...tapi saya dalam darurat.

Malam... nak baca apa ya....esok apa yg nak ditanya....cari lah buku-buku yang ada, I MALAYSIA dan beberapa buah buku pengurusan pendidikan.....baru buka 2 3 bab dah terlena (letih) menguruskan dokumen yang WAJIB di bawa esok.

30 Okt 2012, jam 7.00 pagi saya sudah sampai di IPG P.Pinang....pintu pertama (yang saya selalu gunakan semasa kursus 14 minggu- 2006)..TUTUP...adoiii, ikut pintu kedua RESSAM.....mak ada pagar la pulak, Jadi minta huby saya berhenti di kafetaria aje..masuk dan tanya di kaunter...kat mana bilik gerakan IPG P.Pinang?.....PERLINDUNGAN kedua dariMU YA ALLAH, seorang pensyarah menjawab...Puan ikut saya..jalan kaki dari sini, kereta kena pusing jauh. Saya ambil dokumen dari kereta dan ikut pensyarah yang baik hati tu jalan kaki ke bangunan utama (lokasi Bilik Pengarah)..beliau hantar saya sampai ke depan bilik gerakan.....7.15 pagi saya sudah selesai menadaftar dan menyemak semua dokumen.....w/pun kalut tapi nampak OK....

Kumpulan, calon dibahagikan...saya kumpulan kedua...pegawai yang uruskan dokumen, minta baca tentang KSSR....mak datuk..mana nak cari ni? Perlindungan MU yang INDAH YA ALLAH, Sya berjumpa dengan seorang rakan guru dari SK Francis Light ( Cikgu Marliana)...pada beliau byk nota...11 anjakan, KSSR, PBS, NKRA dll...jadi saya dan beliau berbincang....beliau sukar menhuraikan fakta....sya berikan cth2 dari kursus NPQEL, kursus JPN & PPD....selesai kumpulan pertama (8.00-9.00 pagi), kumpulan saya masuk (9.00-1.30 pagi).....Syukurlah apa yang dibincangkan di luar bilik temuduga, itu yang disoalkan di dalam...ALHAMDULLILAH......Sujud syukur saya atas Perlindungan MU YA ALLAH, rata-rata rakan temuduga menerima surat awal 4/5 hari, saya terima kurang dari 24 jam......Pada awalnya saya memang pasrah dengan sesi temuduga ini semasa datang...tetapi rencana ALLAH amat INDAH untuk saya SYUKURI dengan menurunkan PERLINDUNGAN melalui  seorang guru wanita budiman dan ikhlas.......
Mula sesi, saya kenal Panel temuduga (Datuk Moktar), Dato masih ingat saya...di man?....ya la ramai yg Dato temui...saya ingatkan semula " Dato ada datang ke sekolah saya dua bulan yang lalu.....".....Ya nama pun orang bijak pandai, cepat Dato ingat, beliau datang ke SKSS atas urusan seorg kakitangan kami.
Selesai sesi, saya san Cikgu Marliana saling berpelukan...saling berterima kasih kerana saling membantu meyumbang idea dalam sesi temuduga ..i.allah..seccus dgn izin ALLAH.

Ada sedikit persoalan..kenapa saya lambat makluman temuduga....tapi syukur, rencana ALLAH indah buat saya.....TERIMA KASIH YA ALLAH atas PERLINDUNGANMU......

Ya Allah, hamba Mu ini sentiasa memohon perlindungan MU
sentiasa mahu berlindung di bawah MU Ya TUHANKU....


Wednesday, October 17, 2012

SYUKUR Alhamdulliah....

Salam Ukhuwah, salam IMalaysia,

Sedar tak sedar telah 43 tahun saya berpijak dimukabumi ini..
Bukan satu usia yang singkat....Ya Allah Syukur atas limpah kurniaMu meminjam Usia, masa, tenaga, fikiran dan Iman selama ini.
Doa saya semoga saya akan sentiasa dalam lindungan Mu YA TUHANKU....

Terima kasih pada semua , insan-insan tersayang, insan di sekeliling yang "wish" Selamat Hari Lahir pada saya. SYUKRAN......semoga anda juga dilimpahi rahmatnya....

Syukur, penilaian Kantin peringkat dareha ke Negeri selesai semalam dengan Mesyuarat Penutup yang banyak memberikan maklumat dan ilmu baru pada saya dan rakan-rakan. Terima kasih Ust Hazlina, Ust Suriyati, Pn Akma, Ustaz Zabidi dan pengusaha kantin Puan Habibah yang memberikan sokongan selama ini sehingga lah selesai majlis penilaian ini. I.Allah ada rezki adalah tempat kita di peringkat negeri, tapi w.apa pun keputusannya, anda telah menang di hati saya......beberapa rakan yang saya amanahkan sesuatu dan mengaku pada hari semalam tapi tak nampak batang hidung. TERIMA KASIH....saya makin mengenal anda.

Syukur Alhamdullilah juga dipermudahkan ALLAH kepada kerja buat saya, selesai sesi penilaian, saya teruskan dengan Mesy Pembukaan sbeutharga Kantin yang agak tertangguh kerana ramai AJK yang berkursus. Selesai sahaja di dokumentasikan, hadir beberpa orang pegawai PPD, saya teruskan dengan Mesyuarat Pemilihan Kantin yang sepatutnya di adakan pada 15 Okt, tapi terpaksa saya laksanakan semalam 16 Okt. Alhamdullilah, 3 kerjabuat saya selesai hari ini.....

Hari ni, saya tumpukan pada kerja pengurusan - on line thn satu, tingkatan satu, surat panggilan KWAPM, surat kepada pembida kantin.....ala...line tak berapa bagus, jadi saya ubah suai bilik ajeeee...sambungan dengan minit mesyuarat yang semalam. Teruskan dengan mesyuarat perkhemahan dan hari kanak2.

Syukur alhamdullilah.....saya sibuk sangat, jadi saya tak perlu ambil kisah kes "nana yuzir" sebab polis dan PPD dah ambil kes ini. Tapi sewaktu makan pagi...masih panas isu ini dalam kalangan beberapa guru selepas saya keluar bilik makan.....Hai la cikgu2 sudah2 laaaaa.....berpaksilah pada KEBENARAN dan KENYATAAN bukan alam sesawang yang MISTERI....

Kadang-kadang saya kasihan pada segelintir kawan yang tidak dapat membezakan yang mana BENAR yang mana SALAH.....harapan saya semoga KEBENARAN akan hadir secepat mungkin....Saya hanya senyum bila nama saya sekali sekali dinaikkan dalam kes ni......Bukan satu masalah atau gangguan pada saya....cakaplah apa nak cakap yang penting ALLAH melihat segalanya.... dan SYUKUR saya kenal kalian disekeliling saya dgn JELAS. Mudahlah saya mengatur kerjabuat saya bagi tahun 2013...sebab dah kenal siapa ikhlas, siapa lalang, siapa kakai bodek......hi3. Kasihan........

Ya Allah, setiap detik saat yang ENGKAU pinjamkan, ENGKAU hadirkan dengan seribu satu ujian dan keindahan. Semoga hambaMU ini sentiasa tergolong dalam orang-orang yang sentiasa berkata BENAR.
Terima Kasih dan Syukur YA ALLAH atas kurniaanMU yang INDAH ni.....

Saturday, October 13, 2012

TERKEJUT .......???? ...!!!!!!!

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia,

Semoga hujung minggu mengeratkan lagi ukhuwah kekeluarga dan sesama Islam....
Ruang petang semalam, rasa letihhhh sangat...pagiada 2 mesyuarat di skull dan 10.00 pagi di PPD
Telefon dari skull (PAR) menanyakan siapa nak sain buku ringkasan cikgu....adoiiiiiii
GB berkursus, PKP pula tanda paper UPSR....so mengenangkan Saya Suka Jadi Cikgu, Saya Ikhlas dengan Cita-cita saya...maka saya hadir juga ke sekolah jam 3.30 petang....ramai murid berlatih bola di padang.... Tahniah Cikgu Faizailriza dan Cikgu Sulaiman, sanggup hadir untuk latihan murid-murid ni...sempat tanya khabar mereka sebelum melangkah ke pejabat....

TERKEJUT.....!!!!!! PAR saya maklumkan ada satu surat Cikgu kena kursus di Kelantan 15 -17 OKt ni, JPN baru fax.....ooooo program PPDa (bagus program ni, peringkat kebangsaan pula. Tapi saya perlu memberikan komitmen pada Si Putri Bongsu (PMR) isnin ni papaer Math dan KH (last day). Syukurlah pegawai JPN yang menguruskan program ini FAHAM..."Tak pa la cikgu, terima kasih byk2 atas Folio PPDa, I.allah tahun depan ada rezki, kami bwa cikgu".....selesai kejutan pertama saya petang semalam.

 TErKeJuT dgn  surat dari JPN (bestnyerrrr kalu dpt ke Kelantan...sabarrr je leee)

Sebenarnya dan janji dengan beberapa rakan untuk ziarah seorang rakan tetapi cucu saya pula deman, My huby dan kedua-dua putri nak sangat jumpa anak buah mereka. Jadi dalam 5.00 petang semalam kami ke Padang Srai (hari hujan renyai)...allaaaaa kesihan serah badan Si Alif ni deman dan seminggu...puas Acu, Acik dan Wan Lid melayan Si Alif ni.....

TERKEJUT....????? dalam jam 7.00 saya terima sms dari seorang rakan guru ..." Gambar Nana Yuzir dah jadi gambar .........". Biar betul? ......tu saya kenal....hai macam-macam la korang ni fenin kepala ..tak habis-habis lagi ke? PENAT dah melayan ntah sapa la Puan Nana Yuzir niiiiii? Cara cakap macam dia kenal saya, tapi nama palsu, gambar palsu cam mana saya nak kenal atau saya nak kata saya kenal........adoiiiiii tak abis lagi ke cite korang niiiiii.....

ODW balik putri2 nak makan kat Marry Brown...so saya pun try wifi dan nak tgok betulllllll keeee? La betuiiii la ada dua acct Nana Yuzir...satu yang asal, satu yang baru dan gambar profail tu saya kenaiiiii....Apa nak jadilah depa ni? Betui kata PKP (kak Simah) tak payah layan...kerja orang GILA....So mmg saya dah dah layan bila saya unfriend dgn Nana Yuzir selepas saya tak berminat dgn kes dia.

SABTU.....biasalah memcuci, mengemas & memasak....tak lupa melayan Si Putri bongsu (ada dua paper lagi Isnin ni).....FREE ni so layan aje tugasan (assgmt) yang diamanahkan. Ini lebih baik dari layan kes ntah apa2...tak faham saya......ada dua tugasan yang diamanahkan..i.allah....saya mmg suka buat asggmt....sebab dalam kita mencari bahan, banyak maklumat yang baru yang kita dapat bagi kerjabuat kita....

TeRKeJuT Cek......????? !!!!!! Fenin kepala....


TERKEJUT.....saya dengan dari rakan gambar sahabat2 yg ke BB dah sampai ke SMK (sekolah is3 sahabat lelaki tu). Pertemuan 3 pasang mata berlaku bagi menguraikan kekusutan....dengar juga dah sampai kes polis......terkejut tapi eloklah...kalau dah dekat 3 mgu perkara ni tak selesai, saling buruk memburukkan di laman sesawang ni...bila nak habis. Kenapa dah bersemuka terus?.....kalau dah jadi kes polis, biar polis lah yang selesaikan. Mereka ada kepakaran....cikgu ni mana la tau nak cari siapa Nana Yuzir ni? TERKEJUT juga sebab Puan Nana Yuzir ni asyik nak libatkan saya dalam statement  beliau????? Kenapa ye?????Maaf la Puan...saya rasa Puan tak kenal saya dan saya pun tak kenal Puan......Saya tetap akan berkata benar walaupun PAHIT"..... Jadi kalau Puan ingat saya sekongkol dengan mana2 kumpulan Puan silap. Saya boleh menjadi pendengar yang baik, bila kawan nak bercerita saya dengar, kalau salah, saya akan katakan SALAH. Saya tidak berpihak pada mana2 tetapi berpihak pada KEBENARAN.

TERKEJUT......nak confirm apa yang saya nampak semalam, hari ni ada lagi Nana Yuzir sekali gambar MONYET la pulak....hi3..lucu la pulak...sapa la punya kerja ni.....banyak pula masa nak buat kerja niii, kalau ada masa baik kita buat perkara lain yang ada faedah.....atau jalan-jalan cari makan hujung minggu ni....

TERKEJUT demi TERKEJUT saya dua hari niiii, tapi biarlah, saya layan assgmt ni la...ada juga hasilllll hi3.....sambil temankan Si Putri bongsu ulangkaji. Kadang-kadang saya pelik bin hairan...ada orang tu banyak masa terluang begitu sahaja...saya ni tak pernah rasa cukup masa , kalaulah TUHAN berikan 30jam sehari pun lagi banyak benda yang nak diuruskan.....

PERINGATAN kepada saya sendiri......ada mata tengok, ada telinga dengar, ada hati perlu BERSIH dan SUCI......  kiranya kawan kita lemasm hulurkanlah tangan untuk selamatkan bukan membiarkan atau merejam terus ......sebagai manusia kekadang kita tidak mampu dengan UJIAN ALLAH S.W.T (itu kata kita), tapi ALLAH tahu kita mampu sebab itu kita diuji.

Thursday, October 11, 2012

PERASAN atau PERASAAN

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia......

Alhamdullilah, Putri bongsu saya selesai 6 kertas PMR, tinggal dua kertas sahaja (Math & KH)...
LEGA rasanya lihat senyuman dibibir cek mek ni bila selesai satu persatu kertas peperiksaannya...

Hari ni, saya dan kumpulan jawatankuasa kantin masih menanti lawatan penilaian dari Pejabat kesihatan dan juga JPN bagi penilaian kali ketiga.....nampaknya tetamu yang ditunggu tidak hadir..mungkin esok atau minggu depan.....sebab kata penilai pertama dalam dua minggu dari tarikh beliau hadir..so tunggguuuuu aje laaaa...hi3

PERASAN......atau hanya PERASAAN saya sahaja? Tapi saya yakin dan perasan ada sedikit perubahan di dunia kerjabuat saya hari ini dan kebelakangan ini, semuanya berpunca dari Wanita Misteri yang saya tuliskan terdahulu "Nana Yuzir".

PERASAAN saya kuat mengatakan Puan Nana Yuzir ni dekat dengan saya, mungkin kenal saya tapi masih misteri untuk saya tahu siapa dia. Banyak nama saya "Yong Jura" disebut dalam statement beliau. Rasanya kalau dia tak kenal saya kenapa nak sebut nama saya? Saya tidak pasti apa motif beliau? Nak pecah belahkan warga sekolah saya ke? atau nak malukan seseorang? atau nak membalas dendam? ATAU ada motif yang baik yang saya tidak dapat baca/selami? Kalau motif nagatif, suka saya nyatakan di sini anda berjaya melaga2 sebilangan kecil  warga sekolah saya. Kalau Motif anda BAIK? apa ya...nak mengajar dan memberi teladan?????? entahlaaa.....tapi nak mengajar siapa?

Kecoh, kononnya anda ada gambar guru saya berdating di Bukit Bendera. Kenapa ya? kenapa nak sibuk urusan peribadi orang lain.....pengajaran buat diri saya sendiri "jaga tepi kain sendiri, jangan sibuk tepi kain orang...nant kain sendiri yang koyak tak sedar".  MEMANG ada perjumpaan guru saya di luar, tapi itu urusan peribadi mereka. Lagi pun hujung  minggu, bukan hari berkerja. Kenapa nak libatkan semua warga? Yang berkenaan telah pun membuat pengakuan, gambar mereka pun telah disebar luaskan.

Saya amat YAKIN pada 6 perkara, Jodoh, pertemuan, ajal, maut, qada dan qadar. Dari pandangan umum memanglah salah perjumpaan (dating) antara dua rakan saya ini. Tapi bila mendengar penjelasan kedua keluarga faham dan tahu tujuan perjumpaan itu...siapa lah kita nak berkata-kata? Saya percaya setiap kejadian yang berlaku dan telah berlaku adalah dengan izin ALLAH s.w.t, samada ia dalam bentuk UJIAN atau ANUGERAH, semuanya ada hikmah.Termasuklah ujian ALLAH pada saya, pada Puan Nana dan pada 2 rakan guru saya ini.

Saya tetap berkata BENAR kepada insan-insan yang terpilih dalam ujian ini, w.pun PAHIT. Yang salah tetap salah dan jadi marilah kita jernihkan serta betulkan kesalahan.Mana ada manusia yang tidak pernah berbuat SILAP dalam dunia ni, bila kita sedar kita salah dan silap, kita kembali kepada ALLAH S.W.T.

Saya PERASAN, ada dalam kalangan rakan guru yang bergosip & menjauhkan diri. Ingat-ingatlah, bergossip sama dosanya dengan mengumpat, buta-buta saja mangsa gosip tu dapat pahala.....peperangan ini antara Puan Nana Yuzir dan seorang dua rakan guru kita. Yang lain tolong fokus pada kerjabuat kita. Saya PERASAN ada yang sibuk tgok gambar2 yang Nana Yuzir edarkan sampai tak masuk kelas. Sedar tak kita amanah dan tanggungjawab serta duit ringgit (gaji) kita adalah dari titik peluh mengajar. Sanggup tak masuk kelas......biarkan budak2 (Ini saya sangat marah- kelas sangat bising sehingga saya terima komplen dari org luar). Puan Nana Yuzir ni nak malukan sasaran beliau ke atau nak jatuhkan sekolah ? Kasihan murid-murid saya?. Saya tak kisahpun tentang gambar tu, ramai yang datang bercerita, dah namanya pergi BB tempat yang menarik, sure la ada gambar kenangan...kenapa kita nak sibuk sampai hilang fokus pada kerjabuat kita. Tambahan pula buat masa ini banyak perkara yang perlukan komitmen tinggi dari kita.

Buat Puan Nana Yuzir yang BUDIMAN, tolong lah berperang cara sihat. Hadirkan diri sebagai diri anda sebenar dan saya boleh izinkan anda gunakan bilik khas untuk merungkai kekusutan atau ketidakpuasan hati anda dan berjumpa dengan guru berkenaan. Semoga selepas pertemuan ini anda akan TENANG. Kalau hadir dengan gambar dan nama samaran sape yang nak layan, jadi hadir seadanya anda, kalau benar anda tidak mempunyai niat yang tidak baik...anda patut kenalkan diri anda. Anda terpilih untuk diuji, redha . Pasti ALLAH tahu anda kuat sebab itu ALLAH menguji anda. Pesanan ayah saya " lagi kuat iman seseorang, lagi besar jenis iblis dan syaitan yang dihantar untuk menyesatkan kita". Jadi redha dan berserahlah pada ALLAH S.W.T.

Buat dua rakan guru saya (yang ada dalam gambar). Muhasabah diri...ambil jalan penyelesaian yang terbaik bagi kedua-dua pihak. Berserah pada ALLAH s.w.t, ambil petunjukkan dari DIA......kalau janji ALLAH begitu maka jadi begitu lah.....UJIAN tidak mengenal siapa kita , kita diuji semampu kita.....bulatkan hati dan berserah pada Allah.

Buat rakan2 yang lain. Tak salah kita mendengar, tak salah kita melihat dan tak salah kita sekadar ambil tahu. Jangan pulak kita jadi kera sumbang kat sekolah sendiri (laaaa ada ceramah ke tak tau pun). Yang sekolah ada aktiviti tak ambik tahu yang cerita kisah peribadi orang tahu dari A to Z.  Saya masih ingat kata-kata mantan pengarah JPN ( TOLONG AMBIL TAHU PERKARA YANG BERLAKU DI DALAM JABATAN ANDA, JANGAN BUAT-BUAT TAK TAHU) . Jadi semua kita patut ambil tahu, tak tahu sila bertanya apa program sekolah hari ni, minggu ni, siapa yang datang melawat dan sebagainya.

Yang saya PERASAN. Silaturahim kita bergegar . Mungkin boleh dijadikan teladan dan sempadan. Tapi biarlah kita merenung pada silaturahim yang telah dibina. Berapa tahun kalian kenal 2 sahabat kita itu, berapa bulan kalian kenal Puan Nana Yuzir? (Yg merahsiakan identitinya). Saya baru kenal setahun lebih  2 sahabat itu yang bagi saya kerjabuat mereka A, Puan Nana Yuzir ni mmg saya tak kenal, saya tanya pada rakan2 lain mereka pun tak kenal? Ini Ujian pada kita dalam PERSAHABATAN. Kalau ada perkara yang kusut, bertanyalah terus kepada sahabat lama kalian ini, beri peluang untuk menjelaskan. Bukan rugi pun........

INGAT, tidak sentiasa kita akan berada di atas, kekadang kita di bawah. SAHABAT yang baik akan ada PERASAAN ingin membetulkan yang salah, cuba memberikan tunjuk laluan yang betul. bukan terus menghukum. Macam yang saya katakan " Sahabat yang BAIK akan berkata BENAR walaupun PAHIT". Agama kita melatih kita agar MEMAAFKAN setiap insan seblum kita melelapkan mata setiap malam. Jadi kalau ada yang bersalah bukan kita yang patut menghukum, biarlah ALLAH yang menilai dan menghukum kerana ALLAH melihat tanpa leka......kita hanya melihat dari mata kasar sahaja.

PERASAAN saya biarlah masa dan waktu yang menentukan segalanya. Rencana ALLAH S.W.T sangat INDAH....sebab itu saya amat PERASAN selepas hujan panas pasti akan hadir pelangi yang indah. HARAPAN saya agar semua warga sekolah saya akan menjalin ukhuwah yang erat seperti sebelumnya. Kita patut kukuhkan silaturahim sesama kita bukan berpecah belah kerana seseorang yang tidak tahu asal wujudnya. Kiranya SAHABAT kita tersesat...sama-sama lah kita pimpin tangan mereka kembali ke pangkal jalan. Agar kiranya kita pula diuji dan tersesat, ada tangan yang akan dihulurkan untuk memimpin kita dan memampah kita bangun untuk terus melangkah ke hadapan.

Semoga PERASAN dan PERASAAN sentiasa dalam POSITIF.......


Wednesday, October 10, 2012

KENALI SAHABAT.....

Salam Ukhuwah, Salam 1Malaysia...

Minggu lepas saya agakjem dengan 2 perkara yang bertindan, pertama Bilik PPDa akan mewakili Penang ke peringkat kebangsaan, saya perlu siapkan 3 FOLIO berjilid dan 3 CD - Movie maker ttg PPDa. Terima kasih pada yang banyak membantu Wan Su (Kaunselor), Sir Zack (Penyelaras PPDa) dan Cikgu Rosli ICT (CD).....SYUKUR semua bahan dokuentasi dan sesi pemantau ke Bilik PPDa ini selesai pagi Isnin dan maklumbalas dari JPN dan PPD amat mengembira dan membanggakan.

Kantin.....pertandingan saat akhir, pabila saya bertanyakan pada rakan di PPD kenapa tak maklumkan lebih awal, katanya PPD yg calonkan....adoiii bos yg nak SKSS masuk sebab kantn cantek & baru. So , macam komander la saya, agihkan apa yang patut pd AJK Kantin....berkampung la sabtu ahad di sekolah, SYUKUR markah pengreddan amat baik 94%.

Putri Bongsu (Ayu Suffina - Good Luck for PMR 2012)



Jadi , sekarang berikan saya ruang dan waktu untuk Putri saya. Putri bongsu yang menduduki PMR mulai semalam (kertas BM dan Agama(, hari ni bari selesai- Geografi, pagi tadi B.Inggeris). Selesai 4 paper...yang saya dengar semua ok, BM je susah sikit...ni la yang menakutkan putri2 saya...lebih yakin dan pandai BI dari BM....apa pun doa dan kasih sayang saya dan keluarga (terutama walid ayu) sentiasa bersama anakanda bongsu niiii....kakak pun sanggup meluangkan masa dan latih adik yang sorang niiiii.....ini semua ubat keletihan saya dengan kerjabuat yang agak banyak kebelakangan ini.

Jom Kenali Sababat......Sahabat yg BAIK akan berkata BENAR w.pun PAHIT



Kenali Sahabat......seperti kes yang sudah-sudah yang pernah saya lalui selama bergelar pendidik dan insan di mukabumi ini. Apabila ada musibah (masalah), kita akan lebih mengenali siapa sahabat kita. Untuk 3 malam siapkan FOLIO, siapa yang membantu, siapa yang mengulurkan tangan, masa dan tenaga....
Untuk kekalutan persediaan kantin- siapa yang menghulurkan bantuan  tenaga dan masa?....
Ya Allah dengan adanya sesuatu perkara, saya dapat kenal dengan lebih mendalam siapa sahabat-sahabat di keliling saya.
Bukan keluhan tapi kesyukuran, kerana peluang dan ruang ini dapat dapat untuk mengenali lebih dalam setiap insan yang berada di sekeliling saya buat masa ini. Ada yang hairan dan bertanya.....saya masih boleh senyum, boleh bergerak . Ha3...itu la saya, kalau saya melakukan sesuatu , saya akan buat sehabis mampu dan sehabis baik, w.pun sendiri.......
Tapi SYUKUR saya, ramai sahabat di SKSS yang ikhlas  membantu menjayakan setiap perkara yang diambil. Saya semakin kenali anda semua hari ini..keran masa, ketika mengajar saya mengenal anda.

Maaf pada dua tiga orang sahabat yang "berangin" skit. Saya adalah orang yang akan berkata benar walaupun pahit. Jadi kiranya kalian anggap saya apa pun, ada saya kisah. TIDAK. Saya akan terus melangkah ke hadapan.  Malah , saya akan lebih FOKUS. Maaf, anda gagal melemahkan...ada saya kisah bila anda bergossip, bila nampak bayang saya , anda terdiam......????
Dalam kerjabuat saya sikit pun tidak menganggu, 2 3 orang seperti anda memang ada di mana-mana jabatan pun....itu ancaman, tapi saya ambil kekuatan dan peluang yang ada bagi membuang ancaman.

Kita manusia, tidak lepas dari ada kelemahan dan sejarah masing-masing.
Setiap orang ada sejarah.....titik hitam masa lalu , bukan penjelasan masa depan
Bersihkan HATi wahai sahabat-sahabat saya di luar sana....
Meruntuhkan silaturahim ( dua sahabat baik bermasam muka- sindir menyindir dlm FB) bukan sesuatu etika yang baik dan bermoral.
Harapan saya kekusutan yang ada dan gossip ...(siapalah si Nana Yuzir) .....akan terungkai,....yang hitam akan menjadi putih....yg haram akan menjadi halal...yg berdukacita akan gembira dan bahagia....
Tapi biarlah BAHAGIA milik semua.....jangan ada yang bahagis atas duka orang lain....

SYUKUR....setahun 3 bulan di sini...saya kenali SAHABAT .....
Semoga semua kerjabuat saya dalam Lindungan ALLAH S.W.T.


PENANG WIFI.....

Salam Ukhuwah, Salam 1M,

Beberapa bulan yg lalu, pabila saya guna mini laptop saya, ada iklan Penang Wifi....antara percaya atau tidak, saya daftar juga....


Pernah beberapa kali online...line laju...tapi kena kat kampung saya la Pekan Kecil Sungai Acheh, Kat rumah saya tak ada line.....
Sebab rumah tak ada line, saya tak kisah sangat, terus guna Mr BB.....ha3...senang dapat line, tapi bayar laaa yeee..bulan2.
Jumaat lepas sedang berbengkel dengan guru kaunseling baru saya di pekan kecil ini, beliau ada sebutkan "Penang Wifi".....saya tak endah sangat sebab tgah sibuk nak siapkan Folio PPDa..kami sembant santai ajeee....
Saya kata, saya pernah daftar.....lepas tu cam tu jeee cerita "penang wifi" ni
Dua tiga hari lepas...talian BB saya ada skit masalah, jadi muncul 'Penang Wifi"
Try dapatkan talian...alaaaa...password lupa pulak...
So.....mohon bantuan....dah dpt blik pasword.....jadi try masuk
LINE CLEAR....hi3...dpt sampai hari ni......
Merasa juga saya sebagai anak Pulau Pinang talian WIFI yg ditaja ....Terima kasih daun keladi
Kalau satu Penang dapat talian ni , tak le, susah anak-anak murid saya nak on line cari bahan untuk tugasan mereka....remaja nak isi borang perjawatan, nak isi sekolah asrama dan lain2 senang laaa....

Komputer pun dah murah sekarang....kalau ada sebuah dan talian internet FREEEEEE......bagusssss kansssss......

SYUKUR atas keamanan dan kemajuan.....

Wednesday, October 3, 2012

Wanita Misteri......

Salam Ukhuwah, salam 1Malaysia...

Sejak dua tiga minggu yang lalu, saya menerima request dari seorang insan untuk menjadi kawan saya dalam FB ( nama FB beliau "Nana Yuzir"- gambar profail wanita kartun). Saya ingatkan anak murid saya, sebab anak murid saya suka sangat guna gambar samaran, terus saja terima.

Pada hari minggu yang lalu (ahad lepas), semasa saya baru "chek in" di Amamputra Hotel bagi mengikuti satu Kursus berkaitan kerjabuat saya, saya santai membuka FB saya... ada 3 komen dari Nana Yuzir. Pedas juga dan ditujukan kepada seorang rakan guru saya (guru di sekolah saya), Nana Yuzir siap tulis nama cikgu berkenaan.

Saya memantau profail Nana Yuzir ..tak ada apa info dan saya melihat Mutual Friend dengan saya, saya hubungi seorang rakan guru yang bersahabat dengan beliau dan minta penjelasan , siapa Nana Yuzir, beliau juga buntu....Akhirnya saya unfriend kan Nana Yuzir, sebab tujuan saya buka FB adalah bagi mengukuhkan dan  menjalin silaturahim dengan kekawan, tak mo gaduh2 maaa.... anak memantu saya semua baca wall saya... kalau nak gaduh tlong la ke wall orang lain (rasanya orang lain pun tak suka).

Hari2 berlalu, saya perhatikan ada sesuatu yang tidak kena dengan Nana Yuzir dan seorang rakan guru di sekolah saya.....gaya dan cara nampaknya Nana Yuzir amat terluka dengan guru tersebut....
Puas juga saya ditanya oleh rakan guru yang lain....siapa nana yuzir? saya sendiri juga bertanya kepada rakan guru lain lain....rata2nya tidak kenal siapa nana yuzir.......sungguh misteri, sebab ayat dan bicara Nana Yuzir , seperti beliau dekat dengan warga sekolah saya....banyak rahsia guru2 saya yang tidak diketahui ramai, Nana Yuzir tahu......Siapakah anda Nana Yuzir? Kalau saya kenal anda dan anda kenal saya, muncullah sebagai diri anda sendiri.....

Pada fahaman saya, Nana Yuzir terluka...amat terluka.....Maaf saya bertanya sendiri kepada anda siapa anda kerana saya ikhlas mahu mengenali anda yang sebenarnya.....

Betul kata anda, saya tidak merasa sakit dan terluka kerana suami saya tidak digoda oleh si A, ke B ke....Allah tidak menurunkan ujian sedemikian pada saya. Anda terpilih untuk diuji cara ini, i.allah pasti ada hikmah di sebalik ujian ini, Berserahkan segalanya pada ALLAH, rencana ALLAH adalah terbaik buat kita.

Saya juga diuji, tetapi ujian yang tidak sama dengan anda. Saya juga pernah kecuncang, renbah, terluka, terguris kerana ALLAH memilih ujian untuk saya adalah dengan menguji anakanda iaitu putri kesayangan saya. Enam bulan saya ambil masa untuk muhasabah diri menerima ujian ini dengan redha dan tenang, syukur akhirnya saya faham....setiap ujian ALLAH ada nikmat dan hikmahnya...saya amat dekat dengan putri saya kini.......putri saya lebih faham cara kasih sayang saya pada beliau......

Puan Nana Yuzir, tiada apa yang mampu saya katakan pada Puan , kerana Puan terlalu misteri.....hanya bersabarlah, banyak-banyak bersabar dan berserah pada ALLAH....i.allah, saya doakan Nana Yuzir juga akan mendapat sinar kebahgiaan di dunia dan akhirat. Kenapa anda diuji, kerana anda insan terpilih. Itulah yang saya selalu snadarkan pada diri saya...kenapa saya diuji kerana Allah sayang saya dan saya insan yang ALLAH pilih untuk menerima ujian NYA.

Akhir kata....ingin saya kenali wanita msiteri ini dengan lebih dekat, mungkin saya boleh turut membantu sekadarnya bagi meringankan luka di hati beliau.....


MOHON KEKUATAN ......

Salam ukhuwah.....



Ya allah berikan kekuatan fizikal, mental dan emosi
Hamba perlukan kekuatan bagi mengumpul sepenuh semangat...

Setelah menjalani minggu yang agak mencabar dengan tetamu yang diundang tetapi tidak sependapat
Rasanya malas hendak melayan perkara yang tidak akan mendatang sebarang kebaikan.

Sibuk dengan membimbing dan memantau pendaftaran  ke tingkatan satu....
Membuka tender dan menerima sebutharga kantin 2013.....

Semalam, Pegawai PPD menghantar satu pesanan menyatakan hari ini , kantin sekolah saya akan dinilai untuk ke peringkat negeri.....
Saya tak rasa nak mencuba dalam pertandingan ini sebab kantin dah habis tender akhir tahun ni,
Terus saya hubungi Pengusaha kantin dan sampaikan info.....alhamdullilah beliau amat positif
GB (abah) yang sedang berkursus turut hubungi saya.....saya akur dan akan cuba terbaik dan termampu...
Tadi, saya dikunjungi oleh seorang pegawai dari Pejabat Kesihatan bagi memantau kantin (comei orangnya, baik tutur bahasanya). Membantu apa yang kurang, banyak perkongsian dicurahkan. Terus info tersebut saya salurkan kepada semua kakitangan kantin dan guru jawatankuasa kantin......
PESANAN saya....."saya suka kita terpilih, tahniah. Biarlah pegawai yang pakar datang menilai kita, bila kita dapat teguran barulah kita akan ada penambahbaikan, menang kalah urusan ALLAH, yang penting kita usahakan terbaik mungkin".....
Seperti jangkaan saya jentera saya ini mula bergerak dari hari ini sehingga selesai pertandingan....
SYUKUR...saya mohon tangan , kaki, minda, tenaga dna usaha kalian bagi KEKUATAN semangat saya.
TERIMA KASIH GB (abah) menyokong dan memberikan sepenuh kepercayaan pada saya, Kak bibah (pengusaha kantin)...yang memberikan sokongan dana dan keceriaan, kakitangan kantin semua dan tidak ketinggalan jawatankuasa kantin.....USAHA dan PERMUAFAKATAN kalian adalah kejayaan bagi saya....

Pagi ini juga saya terima satu panggilan telefon dari pegawai PPD unit PPDa, "cikgu dah siap ka laporan dan CD?"....hi3.....
Antara percaya atau tidak!!!!!!!!...antara suka atau terkejut........antara bersyukur atau ??????
Sebenarnya , saya telah menubuhkan sebuah Galeri PPDa sebagai projek kursus NPQEL saya bersama IAB, dalam masa yang sama saya jadikan ia projek inovatif dengan kerjasama PPD.
Projek saya telah dikunjungi oleh Pegawai PPD dan JPN.......
Memang saya berhajat untuk membawa projek ini ke peringkat yang lebih tinggi , tapi mungkinn tahun depan
Tak sangka pula terpilih tahun ini.....
Saya mencabar diri saya sendiri untuk memberikan terbaik dan termampu...percubaan pertama
I.allah, saya juga perlukan semangat, minda, tenaga warga SKSS bagi menjadi KEKUATAN saya.....
I.Allah tujuan dan matlamat kita adalah untuk murid....ALLAH akan bersama kita, Allah akan pinjamkan kita kekuatan luar biasa.....



"Usaha yang luar biasa , pasti akan hasilkan kejayaan yang luar biasa. Usaha yang biasa2 sahaja, akan hasilkan hasil yang biasa sahaja".

Walau dalam apa perkara, apa bicara, apa kata sentiasa bersandar pada ALLAH s.w.t.